Tuesday, July 30, 2013

EXCO KEDAH DAH MULA CAKAP MERAPU

"Kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran dan modal intelektual dalam usaha melahirkan insan berkualiti di kawasan luar bandar. 
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, ini termasuk ilmu sains, teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif dan nilai etika serta moral tinggi. 
Kata beliau, salah satu faktor yang menyebabkan kemiskinan luar bandar bukan hanya disebabkan kemiskinan fizikal semata-mata tetapi kerana kemiskinan minda. 
"Kemiskinan minda dan sikap inilah yang menjurus kepada kemiskinan fizikal kerana insan tidak berupaya untuk berfikir mencari jalan keluar memajukan diri mereka," katanya. 
Beliau berucap demikian dalam majlis penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di Masjid Al-Falah, Jeneri di sini semalam. (Utusan) 
Jika dihubung kait kenyataan ini dengan tindakan yang telah diambil ke atas Kolej Universiti Insaniah(KUIN) ianya ternyata bercanggah sama sekali dengan dasar dan tindakan Kerajaan Mukhriz. 
KUIN di Kuala Ketil ditutup dan di bawa balik ke Alor Setar atas cadangan Exco Pendidikan dan dinasihat oleh Pentadbir Negeri (yang bukan tokoh akademik) kini telah menjadi kecil. 
Semua nya atas alasan politik konon perbelanjaan besar untuk menghidupkan KUIN. Sepatutnya KUIN dinaik taraf ke universiti penuh dengan bantuan Kerajaan Persekutuan. 
Tulis seorang aktivis media sosial: “Jika Kerajaan Najib boleh menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah venerkular Cina mengapa tidak disalurkan kepada KUIN?”.
Tindakan menutup kampus Kuala Ketil adalah tindakan pak pandir. KUIN sepatutnya menjadi katalis pembangunan ekonomi penduduk-penduduk di Kuala Ketil (mana wakil rakyat Kuala Ketil?) selain menjadi kawasan ilmu seperti Universiti Al Azhar di Mesir. 
Apa yang Kerajaan Mukhriz harus lakukan ialah ‘process turnaround’ bagi menjadikan KUIN menguntungkan bukannya 'process trimming'. Kalau mahu seribu daya kalau tak mahu seribu dalih. 
Mengapa universiti-universiti swasta yang diuruskan oleh tauke-tauke Cina seperti Universiti Lim Kok Wing, Taylor’s Universiti, Sunway Universiti dll boleh menguntungkan? 
Malah FELDA mengeluarkan biasisiwa dengan menghantar ribuan anak-anak FELDA belajar di Universiti Lim Kok Wing yang mengamalkan pendekatan bebas sosial tanpa had konon untuk buka otak anak-anak FELDA. FELDA support siapa? dan siapa untung?. 
KUIN boleh menguntungkan kalau ada iltizam ikhlas dari semua pihak yang tidak main politik termasuk pentadbir Kerajaan Negeri.

14 comments:

  1. Apa diharap pada Exco Pendidikan not even master holder mana dia tahu tentang pentadbiran sesebuah universiti macam tu jugak Barni mana dia tahu manage U yang depa tahu nak kejar pangkat dalam kerajaan.
    Apa pun kita bagi peluang kepada Mukhriz on his 100 days kalau tidak kita hentam dia.

    ReplyDelete
  2. kita ni dah tak dak pemimpin yang pakai akai panjang sikit laa ni.

    ni kira darurat.

    ramai tak suka mahathir, tapi dia satu2 pemimpin yang kata apa dalam hati kita rakyat. dia berani buat yang betoi bukan ikot2 orang nak jadi popular.

    bila dah pernah rasa aman dan bangga berkerja selama 22 tahun, rasa kerajaan laa ni memang haprak.

    ReplyDelete
  3. MR,mohon masuk,

    Cara dan gaya bahasa saperti ada ghost writer speech writer, terlalu bombastik, macam tak ada wawasan yang jelas, berunsur dari tidak ada kematangan politik. 100 % klone kepala bapak kucing.
    T N B
    T N B
    T N B
    TUMBANGKAN NAJIB BOMBASTIK
    TUMBANGKAN NAJIB BATTERSEA
    TUMBANGKAN NAJIB BERLIBERAL

    arjuna waspada
    chnagkat lobak

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan Mummy!!! Saya setuju apa yang Mummy tulis dan arah tuju Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil yang pernah Mummy tuliskan dulu.Oklah Mummy itu hak Mummy berpandangan. Mummy harus membuat penyelidikan mendalam soal KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil.Jangan babitkan Pentadbiran Negeri dalam soal ini kerana Pentadbiran waktu perancangan KUIN di Kuala Ketil telah tidak bersetuju dengan rancangan pembinaan Kampus KUIN di Kuala Ketil tersebut kerana kekurangan kewangan kerajaan.Tetapi diteruskan juga oleh Kerajaan Negeri waktu itu konon untuk menunjukkan Kerajaan berupaya. Bila ditanya di dalam Dewan Negeri senang sahaja jawaban yang diberi.Kalau mereka terus memerintah mereka tahu untuk membayar hutang yang dibuat itu tetapi jika tidak memerintah terpulang kepada kerajaan yang ada.

    Mummy!Jangan dibandingkan dengan IPTS yang lain kerana yuran yang dikenakan anatara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.Cuba naikkan yuran KUIN kalau tidak bergegar penentangnya.Ini sebenarnya masalah KUIN.Perkhidmatan dan segalanya mesti first class tapi bab yuran tiada class.Cuba Mummy bandingkan semasa KUIN bertumpu kepada pengajian yang berkisar tentang Ilmu Islam seperti awal penubuhannya.KUIN terpaksa menolak kemasukan pelajar baru kerana model yang diikut adalah Universiti Al Azhar.

    Bila terlalu banyak pusat pengajian baru ditubuhkan maka ianya umpama kain selimut pendek.Pandai mengurus ni Mummy bukan dilihat pada degree apa dia miliki tetapi tergantung banyak pada niat seseorang itu.Banyak kepincangan berlaku diKUIN.Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kebenaran itu boleh dibuktikan dengan angka dan fakta.Uztaz Azizan betul dengan impiannya tetapi pelaksananya menjahanamkan kepercayaan dan impian Uztaz Azizan.Kesian Uztaz Azizan.Sememangnya telah dinasehati Kerajaan dahulu supaya ditangguhkan dahulu pembangunan KUIN di Kuala Ketil kerana masalah kewangan Kerajaan Negeri tetapi tidak diikuti. Jadinya Mummy jangan salahkan Pentadbir kerana seorang Pentadbir hanya boleh menasehati pembuat dasar.

    Selamat hari raya Mummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Anom July 31, 1:12 AM,

      Terima kasih di atas respon puan, ada beberapa perkara yang diketengahkan sama-sama dapat kita ambil iktibar. Jika terdapat kesalahan kerajaan dahulu seharusnya kerajaan yang baru ambil alih tidak mengambil jalan mudah dengan memajak apa juga asetnya. Kalau nak dikira kegagalan berapa banyak dasar kerajaan persekutuan juga yang gagal malah di ’bailout’ lagi.

      1.“Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil” –
      Apa juga tanggapan saya terima. Tetapi biar kita rasional dalam hal ini. Dapatan kajian awal saya Dr Jamil terlibat secara tidak langsung dalam Kolej Insaniah ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Rektor di UIA dan ketika itu beliau juga aktif dalam Persatuan Anak-Anak Kedah atau ADAM (Anak Darul Aman yang terdiri dari kumpulan anak-anak Kedah di perantauan eg Kuala Lumpur). Persatuan ini mempunyai hubungan rapat dengan MB Kedah ketika itu Datuk Seri Syed Razak dan banyak memberi buah fikiran kepada Syed Razak. Salah satu nya ialah untuk dinaikkan taraf Kolej Insaniah kepada University College maka Dr Jamil menyahut cabaran ini dan berusaha membantu sehingga diiktiraf sebagai Kolej Universiti Insaniah.
      Apabila Kerajaan PAS mengambil alih, MB Ustaz Azizan telah menghubungi Presiden UIA ketika itu Tan Sri Sanusi Junid untuk mengambil Dr Jamil mentadbir KUIN setelah mengetahui penglibatan Dr Jamil melalui ADAM dan Tan Sri Sanusi memberi sokongan di atas pelantikan beliau dan melepaskan Dr Jamil dari UIA.

      2.“KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil”- Keputusan pemimpin ada ketika tesurat ada ketika tersirat. Banyak keputusan Tun M yang tersirat e.g apabila beliau membuat keputusan untuk menubuhkan UUM di Sintok ketika itu kawasan ‘jin bertendang’. Ramai yang bantah dan jauh sekali jika dinilai dari segi ‘financial viability’ kalau keuntungan yang dicari. Tetapi lihat hasilnya hari ini Sintok yang satu ketika merupakan 'Ghost Town'telah tercatat nama bandar nya di Harvard.

      3.“yuran yang dikenakan anatara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.”- Keuntungan sesebuah universiti adalah dari yuran program-program post graduate ; Master dan Doctorate. Untuk menganjur program ini tenaga pengajarnya harus lah berkelayakan seperti jumlah Professor dsbnya. Difahamkan KUIN telah mendapat tenaga dari beberapa orang Professor Emeritus yang sanggup berkhidmat untuk anak Kedah kerana mereka juga anak Kedah e.g Professor Emeritus Dr Amir Awang- yang terkenal dari USM malah terkenal di luar Negara juga khasnya kalangan Universiti ternama. Universiti swasta sanggup menawarkan bayaran lumayan kepada mereka ini tetapi di atas kecintaan sbg anak jati Kedah, Melayu dan Islam mereka sanggup berkhidmat di KUIN. (Lim Kok Wing sanggup beli untuk dapatkan Prof Emeritus padahal beliau bukan pun dari kalangan academician) sebab itu adalah nilai sesebuah universiti bukan bangunannya tetapi 'softwarenya' otak-otak kesarjanaan tenaga pengajarnya.

      4. Sebab itu saya berpendapat KUIN mesti dinaikkan taraf kepada universiti penuh supaya mendapat peruntukan yang lebih dari Kerajaan Persekutuan dan dapat menghasilkan kajian-kajian tersohor yang akan menjadi rujukan dunia Islam di rantau ini dan graduannya kelak adalah produk yang bertaraf dunia.

      5.Dari sudut pandangan politik:- Dulu semua pihak menentang cadangan penubuhan University Merdeka yang ingin ditubuhkan oleh kerjasama kaum Cina MCA dan DAP kini hasil dari liberalisasi pendidikan, mereka telah berjaya jauh kehadapan lebih dari itu malah telah berapa banyak peruntukan telah disalur oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abd Rahman yang semuanya pelajar Cina . Sebaliknya kita masih lagi bergelut sesama sendiri di atas satu isu yang cetek.

      6.Penjelasan saya yang ringkas ini adalah demi orang Islam dan Melayu Kedah. WASSALAM.

      Delete
  5. Mummy,
    1) Saya rasa tindakan yang dibuat ke atas KUIN oleh MB Mukhriz ini adalah tindakkan yang terburu-buru atas sentimen emosi politik untuk buktikan janji-janji pilihanraya sebaliknya merugikan semua pihak khasnya orang Melayu dan Islam negeri Kedah.

    2) Kalau nak satukan Melayu dan Islam negeri Kedah Mukhriz kena tarik ramai Melayu yang berkecuali esp akademician dan professional mentadbir KUIN bukan tindakan menghukum mereka.

    3)Pendekatan mesra penmgajian Pondok yang diusahakan Mukhriz dikira sudah baik tetapi ianya akan lengkap jika KUIN di naik tarafkan supaya lepasan-lepasan pondok ini boleh teruskan pengajian diperingkat lebih tinggi di KUIN.

    4) Kalau Maktab Mahmud terkenal seantero nusantara mengapa tidak KUIN?

    5) Mukhriz harus gembelingkan tenaga dan pemikir akedemik bukannya mendapat nasihat orang-orang politik yang penuh demdam kesumat.

    6) Be rasional not emosional. Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang. Produknya adalah insan bukan barangan yang kita boleh lihat satu atau dua tahun. Berapa lama Al Azhar establish? Berapa lama Harvarad establish? Oxford dan Cambridge begitu juga.
    Wasaallam.

    ReplyDelete
  6. Kualiti pemimpin boleh dinilai dari cara dia menyelesaikan masalah. Kampun KUIN di K.Ketil adalah ujian kepada Mukrij. Kalau dia ambil jalan senang, jual sahaja. Dapat RM dan beritahu rakyat bagaimana pandainya dia membuat duit. Itu kaedah dipanggil kaedah Nenek Tua. Kalau dia bijak, KUIN boleh dibangunkan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dirantau ini.
    Saya tidak percaya Kedah begitu sengkek sehingga tidak mampu menguruskan universiti sebesar KUIN.
    Tetapi dilihat dari apa yang berlaku setakat ini, KUIN sedang menunggu masa untuk kembali menjadi koleh yang menyewa dirumah kedai.

    ReplyDelete
  7. sebagai anak kedah aku percayakan MB.. dia tau apa yang dia lakukan hang mummy rokiah yang buta tuli jadi judgemental belum cukup 100 hari lagi D Mukhriz ambil alih hang dah merapu cakap itu ini. kalau setakat menulis copy and paste camni boleh bukan tugas seorang MB yang terpaksa cuci bersih kotoran yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu

    ReplyDelete
  8. Yesss aku yakin apa MB buat sebab MB seorang yang bijak.Kita tunggu apa akan jadi 100 hari lagi. MB ini lain dari yang lain. Berkelulusan dari Jepun sebab tu dia kerja macam Jepun takut kita tak boleh ligan dia. Dia macam bapak dia seorang yang vision dan berwawasan. Kita jangan kacau dia. Lima tahun lagi kita pilih dia lagi. Jangan bimbang.Sokong UMNO sokong Melayu. BN menang Kedah senang.!!!

    ReplyDelete
  9. MR.
    Isu KUIN amat kecil jika ianya atas tanggung jawab sebuah kerajaan.
    Hutang sekadar RM 32o juta adalah amat kecil kalau kerajaan ambil tanggung jawab.
    Bayar balik hutang pun katanya RM 48 juta setahun bukan besar sangat.
    Kalau jumlah itu sebuah kerajaan tak mampu kendali lebih baik letak jawatan serah pada orang lain.
    Sepatutnya kerajaan negeri Kedah,Kerajaan Persekutuan dan GLC-GLC yang ada di peringkat negeri dan pusay main peranan saling membantu tak ada masaalah.

    Ini semua kerana muslihat politik yang merugikan semua pihak terutama orang Melayu/Islam.
    Masa nak tubuh dulu pun mungkin ada muslihat politik.Kemudian bila BN menang MB baru macam pandang sebelah mata sahaja.

    PAS dgn UMNO nama sahaja parti Melayu tetapi kurang bijak hendak menjulang Melayu/Islam.Main politik sampai merugikan Melayu/Islam

    EXCO Kedah pula dilihat macam syok sendiri bila buat satu kenyataan.Kita tak perlu terkejutlah.Apa yg EXCO berkata itu semuanya teks ucapan yang ditulis oleh oarang lain.EXCO cuma baca macam burung kakak tua.Dia sendiri pun tak faham apa dia cakap.

    Itulah nilai dan kualiti EXCO Kedah hari ini.
    Latar belakang pun serba kurang macamana nak teraju mesej sebuah kerajaan yang kian mencabar.

    Itulah kesimpulannya saya.Kalau negeri dan negara yang makmur kaya raya selamatkan KUIN ini.
    Koporat Melayu/Islam kalau sumbang RM 1/2 seorang pun sudah lega nafas KUIN ini.

    Sama-sama lah kita tunggu bila Dewan Negeri Bersidang nanti kemana wakil rakyat UMNO/Pas nak bawa masa depan KUIN ini.

    Melayu/Islam Kedah kena muafakat jangan main sandiwara merugikan.

    Semoga slogan BN Menang Kedah Senang jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  10. Anak Negeri Jelapang PadiJuly 31, 2013 at 2:02 PM

    Mummy,
    Yang sebenarnya BN terpaksa membuktikan KUIN ini koyak kerana semasa berkempen nak memang pilihanraya dulu depa dok hentam kiri kanan tanpa siasatan yang menyeluruh. Oleh yang demikian kalau KUIN hidup pengundi akan kata depa lidah bercabang, malangnya yang menjadi mangsa ialah pelajar dan waris yang menaruh harapan yang tinggi menghantar anak mereka ke KUIN.
    Apa yang harus Tok Mukhriz sedar ialah BN Kedah menang pun kerana ada juga pengundi dari Melayu Islam PAS kalau harap pengundi Cina depa dah lama bungkuihhhh.

    ReplyDelete
  11. MR.
    Sedikit pembetulan ayat.

    sepatutnya:

    ..........kalau sumbang RM 1/2 juta seorang pun sudah......


    pohon maaf MR.

    ReplyDelete
  12. mummy bab exco sorg nie rasanya malas nak komen tapi bila mummy dah sentuh memang tahap nie jelah exco yg dapat umno lahirkan...

    jika mamat tajudin nie jika sapa2 pie lepak kat sik dan tanya hangpa kenai dak fuad ayam tentu depa akan tunjuk dia nie...

    dan nak tengok tahap pendidikan dari sydney tu cuba suruh dia cakap mat saleh tengok...adakah cayaq atau pekat bahasa mat saleh tu dari sutu dapatlah menilai tahap fikiran fuad ayam nie...

    nak buat camna dah yg nie yg rakyat pangkahnya redho ja lah...

    ReplyDelete
  13. Tajudin Abdullah....
    nak sebut Datok pun aku malu pasai Datok beli....
    Dia luluih dari universiti Australia memang karut cakap & tulih orang puteh bukan tak betoi tapi tak gheti tentu kantoi ujian IELST macamana nak masuk u kat Australia....
    Mamat ni paling tinggi SPM gred 2....
    Dulu juai ayam goreng di pasar malam & pekan hari dlm daerah Sik, tak brapa maju lari pi jadi barua KJ & Merican....
    Aktif dalam UMNO Sik dia balaih pulak Puteri UMNO Sik yang ala-ala anak mammy anak pada pakistan....
    Nak tau dia tinggi ilmu ka dak pangge wartawan interview dia dalam bahasa orang puteh... nak elok yang dari Autralia...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.