Saturday, November 30, 2013

KELEMAHAN JENTERA PENTADBIRAN MUKHRIZ. USTAZ AZIZAN TELAH LAMA DIKEBUMIKAN TETAPI NAMANYA MASIH DI LAMANWEB.

Nama Ustaz Azizan masih lagi dalam laman web GLC Kedah. Apa hal ni?
Mukhriz mungkin namanya besar sebab bapanya juga BESAR. Tetapi jentera-jentera di sekelilingnya nampak mandom, slow dan lembab.
Lihat pendedahan blogger Kedah Times (syburi-times.blogspot.com). 
Laman web yang tidak dikemaskini bukan satu perkara kecil. Ini bukan sekali ditegur tapi dah berkali-kali. MR sendiri pernah bisik hal ini. 
Ternyata ketuloi-ketuloi dalam GLC masih asyik dibuai lena mimpi yang tak sudah seperti tajuk lagu Shidi.
Apa jadi ni? "100 days gone brother Mukhriz but your WOW!!! factor is still haven't felt by the voters"

Wednesday, November 27, 2013

BAGAIMANA SURAT-SURAT RAKYAT DITENDANG MENENDANG OLEH PEJABAT NAJIB RAZAK

Sudah lama dan beberapa kali rakan-rakan kedai kopi ingin MR membangkitkan kekeciwaan mereka tentang surat-surat mereka yang dihantar ke pejabat Najib Razak tidak mendapat layanan. Jangankan tindakan malah langsung tidak ada respon atau jawapan. 
Mereka merungut ketika pentadbiran Tun M dahulu pentadbiran pejabat PM cukup sensitif dengan surat-surat rakyat. Ada seorang hamba rakyat marhaen menghantar surat menegur Tun Siti yang tidak bertudung Tun M sendiri ketika itu menjawab surat beliau. 
Berbeza dengan hari ini. Pentadbiran Najib Razak dengan pendekatan lautan biru atau Blue Ocean seharusnya lebih efficient dan perihatin dalam hal ini. Hendaknya lagi kerajaan BN pimpinan beliau hari ini sedang berada di ambang goyang seperti telur di hujung tanduk.
Mungkin proses penerajangan surat-surat rakyat hari ini melalui liku-liku proses yang panjang sebelum dibakul sampahkan. Mari kita lihat bagaimana proses satu-satu surat itu dilayan. 
Apabila surat-surat dihantar ke pejabat PM kelazimannya penerima pertama ialah kerani pejabat PM. Mereka akan membuka dan dibawa ke meja Ketua Setiausaha Sulit Kanan (KSSK). KSSK akan salur untuk tindakan samada kepada Pegawai Khas 1, Pegawai Khas 2, Pegawai Khas 3, Pegawai Khas 4, Pegawai Khas 5 dan entah berapa banyak Pegawai Khas yang ada. Atau ditujukan kepada mana-mana agensi yang terlibat jika bersangkut dengan agensi itu.
Kelazimannya surat-surat rakyat sekadar Pegawai Khas yang handle. Pegawai-Pegawai Khas ini melihat dari perspektif mereka sendiri kalau surat itu dirasakan menguris hati Najib baik mereka simpan dan bakar sahaja untuk menjaga boss supaya sentiasa riang dan gemnbira. 
Jika surat itu menepati selera dan kehendak-kehendak mereka seperti ada kepentingan sendiri atau kroni mereka baru tindakan akan dibuat.
Amalan biasa surat-surat akan melalui satu tapisan yang ketat dan sendat. Kalau boss anmgin nya bagus baru surat-ssurat ini dibawa ke meja boss. Kalau tidak bagus disimpan dulu kekadang lupa terus dan akhirnya menjadi pekasam. Proses ini adalah proses tipikal mereka-mereka yang disekeliling boss. 
Menurut maklumat dalaman (spy yang mudah bolos) PM tidak mungkin dapat melayan surat-surat ini kerana setiap hari hampir satu lori yang sampai dari dalam negara dan luar negara. Bukan setakat surat kepada PM tetapi surat kepada isteri PM pun hampir sama banyak. Malah yang belum buka pun banyak lagi katanya.
Konklusinya usahlah dibuang masa menghantar surat-surat kepada PM kalau ada hamba rakyat yang tidak puas hati salurkan kepada media-media social atau kepada blogger-blogger lantang seperti kadirjasin.blogspot.com yang lebih ikhlas memperjuangkan suara rakyat dari setiausaha-setiausaha di sekeliling pinggang PM.

Friday, November 22, 2013

PRU 12 - TSUNAMI POLITIK, PRU 13 - TSUNAMI CINA, PRU 14 - TSUNAMI KAK ROSE

KAK ROSE DUDUK SAMA RENDAH BERDIRI SAMA TINGGI DI QATAR
Kak Rose bikin gempak lagi. Banyak-Banyak isteri Perdana Menteri Malaysia yang paling bikin ribut ialah isteri kepada DS Najib. Tak habis-habis satu persatu membonjol keluar macam-macam kontroversi. 
Terkini dan masih hot isu beliau menggunakan jet eksekutif milik kerajaan Malaysia untuk menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 atas jemputan peribadi. 
Forum ini dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar membicarakan tajuk “Arab Businesswomen as Change-Makers”. Kak Rose sebagai salah seorang jemputan menyampaikan keynotes speech bertajuk “The Empowerment of Malaysian Women”. Mungkin Kak Rose berkongsi pendapat untuk membuka minda dan melondeh kelumbung wanita-wanita Arab. 
Forum elit itu bukan calang-calang forum dan dianjurkan di negara yang bukan calang-calang negara. Apa yang pasti ialah yang hadir itu semuanya yang kaya dan mashyur “the rich and famous”. 
Untuk tidak merendahkan diri nya Kak Rose isteri kepada PM pun nak tunjuk hebatnya juga. Beliau mewakili Malaysia sebuah negara yang kaya raya, makmur dan bahagia yang bukan lekeh dan bukan haprak. 
Kak Rose pun nak tunjuk jet sendiri sama seperti isteri-isteri kaya Tok Arab tauke minyak yang lain yang duduk sama rendah berdiri sama tinggi. 
Melihat isu jet ini dalam kontek politik Malaysia ianya ternyata tidak berapa sihat di mata pengundi muda. Jika PRU12 BN kecundang teruk hampir-hampir putih mata akibat Tsunami Politik Pak Lah yang ‘non Mahathir friendly’ manakala PRU13 pula akibat Tsunami Cina yang tidak undi BN maka adalah tidak mustahil PRU14 BN akan parah teruk akibat Tsunami Kak Rose. Minta simpang Malaikat 44.
Hakikatnya, khasnya pengundi generasi hari ini dah bosan, meluat dan nak termuntah dengah karenah Kak Rose yang mengada-ngada itu. FULLSTOP!!!!!

Wednesday, November 13, 2013

FAM, SULTAN DAN KJ. "SITI NURHALIZA PLEASE SHUT UP".

Visual : mStaronline


Bola itu bulat. Kelantangan Khairy Jamaludin di dalam kenyataannya berhubung dengan isu pembangunan bolasepak negara yang melibatkan badan bolasepak FAM dilihat oleh Siti Nurhaliza sebagai kenyataan yang biadab dengan yang lebih tua.
Lupakan Siti Nurhaliza penghibur yang semakin tua itu. KJ selaku Menteri Sukan dikira berani menegur dengan tegas FAM badan sukan yang dikira selama ini cukup kebal dan pantang diusik.
Entah mana datangnya Siti Nurhaliza pula campur tangan. Mungkin sebagai orang Pahang yang mendapat datukship Pahang terpanggil membalas jasa mempertahankan Sultannya yang juga Presiden FAM.
Apa pun KJ tidak perlu khuatir dengan mana-mana Sultan untuk menarik balik title datukshipnya kerana KJ belum lagi termakan budi dengan anugerah datukship. Biar kekal dengan title En KJ, KJ senang bersuara tanpa terikat.

Sesungguhnya barang diingat dibelakang KJ merupakan ratusan anak-anak muda yang rata-rata melihat beliau sebagai pemimpin muda yang ‘charismatic’, kacak dan bijak serta mampu menghayun gelombang pengaruh anak muda yang hebat.
Anak-anak muda hari ini sudah bosan melihat terlalu banyak politiking dan kesultanan di dalam sukan bolasepak kegemaran mereka. Ketika mereka di Oxford dan Cambridge mereka selalu menjulang kegemilangan liga perdana Inggeris, Eropah dan Sepanyol. Tetapi sekembalinya ke negara tercinta mereka mutu sukan bolasepak masih tercorot.
Semoga KJ akan terus lantang demi membangunkan kegemilangan bolasepak negara setaraf English Premier League. 

Friday, November 8, 2013

MUSTAHIL PENASIHAT PETRONAS PUN NAK MAIN WAYANG

"Sebelum ini, kami telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Petronas seperti yang diaturkan Penasihatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun apa yang berlaku selepas itu, kami mendapat maklum balas negatif. 
"Tun (Dr. Mahathir) kemudiannya sekali lagi memberitahu akan mengatur semula pertemuan tersebut dengan beliau sendiri menjadi saksi, namun kami difahamkan sehingga kini pengurusan tertinggi Petronas masih belum memberi maklum balas," katanya. 

PETRONAS ADA AGENDA HAPUSKAN USAHAWAN BUMIPUTERA?
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dilihat seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi menghapuskan kepentingan usahawan bumiputera dalam syarikat itu menerusi polisi yang diperkenalkan sejak pengambilalihan barisan kepimpinan baharu. 
Pengerusi Kluster Minyak dan Gas, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Tengku Putra Tengku Ahmad berkata, polisi baharu itu meletakkan pelbagai halangan sehingga menyebabkan penggiat industri tempatan sukar mengambil bahagian sekali gus membuatkan mereka terpinggir. 
"Polisi ini bercanggah dengan dasar penubuhan Petronas yang sepatutnya membantu melonjakkan ekonomi masyarakat bumiputera. 
"Apa yang berlaku hari ini, daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut hingga kepada kontrak pembekalan roti, kuih-muih dan nasi lemak di stesen minyak Petronas, semuanya diberikan kepada syarikat asing," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pertemuan tertutup usahawan-usahawan industri minyak dan gas bersama media di pejabat MTEM, dekat sini hari ini. Pertemuan itu dihadiri hampir 15 penggiat industri yang sebahagiannya merupakan syarikat-syarikat yang pernah dan masih terlibat dalam Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas. 
Menurut Tengku Putra, Petronas kini bukan sahaja lebih mengutamakan syarikat-syarikat asing tetapi mempunyai persepsi negatif terhadap syarikat-syarikat tempatan.
"Seperti yang kita dengar daripada luahan salah seorang bekas VDP yang hadir, jika syarikat asing buat silap, Petronas boleh maafkan. Namun jika syarikat tempatan yang buat silap, mereka akan terus disenaraihitamkan," ujarnya. 
Beliau berkata, MTEM yang terdiri daripada 47 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu akan terus berjuang bersama-sama penggiat industri tempatan dalam menuntut keadilan dan mengembalikan semula agenda sebenar Petronas. 
"Sebelum ini, kami telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Petronas seperti yang diaturkan Penasihatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun apa yang berlaku selepas itu, kami mendapat maklum balas negatif. "
Tun (Dr. Mahathir) kemudiannya sekali lagi memberitahu akan mengatur semula pertemuan tersebut dengan beliau sendiri menjadi saksi, namun kami difahamkan sehingga kini pengurusan tertinggi Petronas masih belum memberi maklum balas," katanya. 

Monday, November 4, 2013

KEPUTUSAN PRK SUNGAI LIMAU. RENUNG-RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKAN

PAS SUDAH BERSEDIA UNTUK 15 TAHUN 
YANG AKAN DATANG
Analisa Keputusan PRK Sungai Limau: Pas menang dengan 12,069 undi (penurunan sebanyak 1225 undi berbanding diperolehi Tan Sri Azizan pada PRU13 dengan 13,294 undi), dimana BN memperoleh 10985 undi (iaitu kenaikan 465 undi). 
BN menang di 10 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berbanding pada PRU13 dengan hanya 6 PDM. Manakala Pas menang di 9 PDM berbanding 13 PDM pada PRU13. 
Undi majoriti Pas pada PRK 4 November 2013 hanya 1084 undi iaitu susutan 61% berbanding majoriti pada PRU13. 
Kawasan dominasi Pas ialah di Bukit Besar (maj 1,114), Bukit Choras (maj 554) dan Sungai Dedap (maj 459) serta Sungai Kering (maj 154, dimana Pas peroleh 233 berbanding BN 79 undi saja) kawasan ini banyak membantu kemenangan Pas.

Sunday, November 3, 2013

SUASANA SUNGAI LIMAU SEPERTI SEMUT HURUNG GULA.


Lukisan terkenal Ibrahim Hussein "My Father and The Astraonaut"

Panorama kehijuan sawah padi di Sungai Limau sungguh indah sayup mata memandang. Sungai Limau melukis keindahan pemandangannya yang tersendiri. Di sini juga merupakan kampung kelahiran pelukis terkenal Ibrahim Hussein. Abang nya sasterawan terkenal Ismail Hussein dan seorang lagi abangnya pengarang novel Interlok, Abdullah Hussein, semuanya anak jati kelahiran Sungai Limau.
Hamparan kehijauan sawah bendangnya seperti pulut sekaya yang belum comot dicedok sudu. Latar belakangnya dihiasi Gunung Jerai, gunung yang tertinggi di Kedah meruntun jiwa seorang pelukis untuk melakar keindahan itu di atas kanvasnya. Kelebur bendang dan tali air merupakan ranjang lubuk ikan puyu, sepat, keli dan haruan bersenda loka.
Sesekali kelihatan puyu, sepat, keli dan haruan berkodek lari bersembunyi di celah rerumput menyorok dari buruan burung bangau yang kelaparan. Yang gopoh dan gelojoh termakan pancingan umpan kail dan bok manusia yang merupakan pengundi-pengundi Sungai Limau memancing di batas-batas ban sawah.
Hari ini suasana PRK Sungai  Sungai Limau penuh sesak, jem sepanjang jalan. Berdunyun duyun orang datang seperti semut hurung gula. Program-program yang dianjur bukan setakat oleh jentera parti tetapi hampir keseluruhan agensi-agensi kerajaan turun berkampung.
Lembu-lembu ditumbangkan untuk jamuan makan kenduri kampung, nasi gulai kawah, daging lembu rebus cicah, bakar satay, BBQ. sup gear box dan berbagai lagi menu kampung. Suasananya seperti perayaan jamuan perdana kampong di luar dari kebiasaan yang kerap dibuat di hotel-hotel lima bintang oleh warga kota.
Besok merupakan hari penentu kepada siapa pengundi Sungai Limau akan memilih. Jika mereka pandai menyelami jiwa Ustaz Azizan nescaya mereka akan memilih calun BN, Dr Suhaimi Lazim. Jika mereka gagal menyelaminya mereka akan memilih Ustaz Azam calun PAS.
SELAMAT MENGUNDI.