Friday, January 31, 2014

MUKHRIZ DI KELILINGI EXCO CAP AYAM?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir nampaknya cuba tunjuk garang apabila beliau memberi amaran kepada pembangkang akan membuka fail-fail kotor projek bawah kerajaan PR terdahulu jika beliau terus diserang pembangkang.
Apa pun yang menjadi hairan ialah di mana exco-exco di sekeliling Mukhriz yang beliau lantik untuk berkhidmat dengan beliau. 
Mereka kelihatan lembab, pandir dan beku. Mukriz kelihatan keseorangan mentadbir Kerajaan Kedah dan exco-exco yang beliau lantik hanya kelihatan dalam majlis-majlis ceremonial sahaja. Tidak nampak exco yang tampil mempertahankan beliau ketika diserang pembangkang.
Menurut sumber banyak dasar-dasar beliau tergantung seolah-olah takut membuat keputusan. Menurut rakan di Kedah, kini telah kedengaran bisikan-bisikan sumbang di kalangan pentadbir negeri apabila banyak mesyuarat yang Mukhriz pengerusikan tidak ada keputusan yang jelas dibuat dalam erti kata lain 'hanging'.
Apa pun Kerajaan Kedah di bawah Mukhriz lagi tiga bulan akan mececah satu tahun di bawah pemerintahan BN.
Dasar-dasar dan perubahan masih belum jelas malah belum lagi terpancar jika dibandingkan dengan kepimpinan KM Melaka Idris Harun. 
Jangan sampai pengundi atas pagar hilang keyakinan dengan kepimpinan beliau dan jangan sampai rakyat jenamakan Mukhriz di kelilingi EXCO CAP AYAM.


Wednesday, January 15, 2014

DI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN) ADA 'PELESIT'

SAYA terpanggil untuk menyatakan pendirian yang tegas berhubung tulisan Insan Tulis, Alor Setar dalam ruangan ini yang bertarikh 9 Januari 2014, di bawah tajuk 'Masalah Kuin masih seperti di zaman PAS?'((KLIK SINI.
Baru-baru ini, saya berkesempatan mengikuti satu bengkel pertubuhan bukan kerajaan selama dua hari di Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Bengkel tersebut selain dihadiri waris para pelajar, ia juga turut dihadiri pelajar-pelajar tahun akhir pengajian serta beberapa sukarelawan luar.
Saya berkesempatan berinteraksi dengan beberapa waris pelajar bertukar pandangan dengan beberapa pelajar dalam berbagai bidang di Kuin.
Dalam masa yang sama, saya juga mempunyai seorang anak yang sedang menuntut di tahun akhir di Kuin.
Daripada perbincangan dan bual mesra dengan mereka, rata-rata saya boleh simpulkan mereka mempunyai pandangan yang positif tentang perpindahan Kuin ke Kuala Ketil.
Mereka ternyata kecewa apabila Kuin dijadikan alat politik dalaman segelintir pihak tertentu yang berkepentingan peribadi kerana tidak mahu bersusah payah untuk berpindah sedikit jauh ke Kuala Ketil.
Mungkin Insan Tulis adalah salah seorang insan yang tidak mahu berpindah ke Kuala Ketil dengan memberi seribu alasan.
Saya dapat menyelinap isu yang tersirat di sebalik tulisan Insan Tulis ia adalah luahan kekecewaan beliau apabila kerajaan negeri Kedah yang baru yang lebih objektif, tidak termakan perangkap beliau.
Alasan yang beliau berikan itu bukan cerminan kehendak keseluruhan staff, pensyarah, pelajar dan para waris tetapi ia adalah agenda beliau dan segelintir staf Kuin yang masih keras kepala tidak mahu berpindah ke kampus baru di Kuala Ketil.
Apabila agenda peribadi Insan Tulis tidak dilayan oleh pentadbiran baru Kuin, beliau mula melancarkan serangan media untuk membuat onar menjadi 'pengacau' untuk memporak perandakan imej Kuin seperti yang beliau lakukan di bawah pengurusan terdahulu.
Beliau cuba menggunakan modus operandi yang sama serta atas alasan yang sama tak ubah seperti 'pelesit' hilang tuan.
Saya berharap pihak pengurusan terbaru Kuin dan kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir tidak melayan mereka ini kerana ia adalah perangkap agenda peribadi mereka.
Saya berani menyatakan kami di pihak para waris pelajar menyokong penuh pembaharuan Kuin untuk berpindah ke kampus baru Kuala Ketil kerana suasana kampus yang kondusif, selamat dan bersesuaian untuk anak-anak kami menuntut ilmu di samping keindahan kampus yang tersergam.
Hakikatnya, Kerajaan Negeri Kedah dan pengurusan Kuin harus memberi keutamaan kehendak kami sebagai waris kerana kami lah yang menanggung perbelanjaaan anak-anak kami melalui hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kami ingin melihat kejayaan pengajian anak-anak kami tanpa diganggu-gugat golongan yang tidak mahu pembaharuan di kampus baru.
Kepada golongan yang tidak mahu bersusah payah sedikit berpindah ke Kuala Ketil, mereka boleh mencari majikan lain yang lebih dekat dengan rumah dan keluarga mereka di kampung.

WARIS PEMUSNAH PELESIT
Alor Setar


Tuesday, January 7, 2014

"WHO IS ROCKING PUTRAJAYA?"



Bra dan Seluar dalam Madonna ketika menyampaikan lagu LIKE A VIRGIN
“Anybody wanna ROCK.........!!!???”, “Anybody wanna ROCK?.....!!!”. 
Tiba-tiba Putrajaya digegarkan dengan laungan cadangan akan membuka sebuah kedai arak terkemuka Hardrock Café.
Putrajaya yang terkenal sebagai kota ‘suci’ orang Islam Malaysia yang belum lagi dinoda tangan-tangan durjana untuk mengadakan pusat arak, bar, dangdut, pusat pelacuran atau kelab malam bergegar dengan cadangan tersebut.
Berapa ramai kah kaki arak di Putrajaya? Berapa ramai kah kaki rocker di Putrajaya? Berapa ramai pentadbir, pegawai-pegawai kerajaan dan pesara di Putrajaya yang berjaga malam untuk santai di Hardrock Café?. 
Inilah soalan-soalan asas kajian feasibility pasaran sebelum sesuatu keputusan perniagaan itu dibuat. Melainkan keputusan dibuat kerana jenama yang hebat dan ingin menarik mereka-mereka yang hebat ke Putrajaya.
Kalau lah sekali pun terdapat warga Putrajaya yang ketagih *arak (*arak adalah haram bagi penganut agama Islam) atau yang ingin melakukan transaksi *rasuah (*rasuah juga haram kepada penganut agama Islam) ditempat yang sebegini ianya bukan lah jauh sangat dari Putrajaya ke Hardrock Café Jalan Sultan Ismail, hanya 47 km atau ½ jam perjalanan dengan kereta BMW atau Mercedez. 
 
SYED YUSUF DAN ASEH CIK MAT Pic HMetro

Malah di jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail di mana dikenali kawasan bebas maksiat berbagai-bagai lagi pilihan boleh dibuat bukan setakat Hardrock Café.
Hardrock Café International di dalam kenyataannya juga tercengang kerana mereka tidak pernah bercadang malah tidak pernah berniat untuk membuka cawangan baru di negara ini selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Aseh Che Mat kalut melatah menepis kenyataannya yang dibuat di laman Facebook beliau bahawa pengendali kedai itu kini dalam proses memohon untuk mengendalikan Hard Rock Cafe di kawasan itu. Kenyataan terakhir beliau bahawa tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali. Penduduk Putrajaya bolehlah menarik nafas lega untuk seketika kerana ia bukan satu jaminan bahawa Hardrock Cafe tidak akan dibuka selama-lamanya.
Istimewanya Hardrock Café ialah, ia bukanlah café biasa tetapi hiasan dalamannya bertemakan café yang dipanggil “memorabilia” hiasan dan pameran barangan dan pakaian artis-artis Hollywood di zaman kegemilangan mereka. Ada bahan yang dipamirkan itu dari seluar dalam lusuh Madonna sehinggalah kepada gitar Eric Clapton dan konstum Elvis Presley.
Apa salahnya kalau Hardrock Café Putrajaya merintis untuk mengwujudkan ‘Hardrock Café Syariah Friendly’ seperti sindiran Menteri Wilayah, Tunku Adnan.(Ku Nan Says Hardrock Cafe can play nasyid in Putrajaya). Mereka boleh menghidangkan minuman Coca-Cola, Pepsicola, Kickapoo, Fresh Oren atau teh tarik kurang manis. Penari-penari lelaki dan perempuan boleh diasingkan supaya tidak membangkitkan nafsu syahwat seperti kata Tunku Adnan.
Persoalannya 'whos is rocking Putrajaya?' Hanya batu-batu yang kelihatan tetapi tangan yang melontar tidak kelihatan.

Friday, January 3, 2014

JK ROWLING DAN ZAM MAIDIN

Di Paris, Cafe Les Deux Magots merupakan cafe terkenal tempat lepak beberapa penulis terkemuka seperti Sartre, Simone de Beauvoir, Hemingway, Camus dan Picasso. Di sini mereka memburu dan membina ilham untuk menghasilkan karya–karya agung. Dan terdapat beberapa lagi Cafe terkenal lihat 15 most famous cafes in the literary world.
Birthplace Of Harry Potter
Pada tahun 1995 JK Rowling menghabiskan novel pertamanya Harry Potter and The Philosopher Stone di dalam Café adik ipar nya Nicolson di Ediburgh. Dengan secawan kopi beliau akan duduk berjam-jam memanaskan kerusi di dalam café tersebut bersama taipwritter lamanya sehingga beliau berjaya menyiapkan novel tersebut. 
Setelah ditolak oleh 12 penerbit akhirnya pada tahun 1997 novelnya diterima untuk terbitan oleh Bloomsbury dan telah mendapat sambutan di luar dugaan sehingga kini beliau bergelar jutawan. 
Ceritanya di sini selain dari pejabat hawa dingin- Café, Kedai Kopi, Nasi Kandar dan Restoran merupakan tempat lepak utama penulis-penulis mendapat ilham untuk menghasilkan masterpiece karya mereka. 
Suasana Dalaman Zam Newsroom Cafe
Yang terkini di samping mengisi ruang persaraan, Tokoh Wartawan Negara 2006, Zam Maidin telah membuka cafénya sendiri. Café yang diberi nama Zam Newsroom Café kini dibuka di ayer@8, Presint 8 ditepi Tasik Putrajaya. 
Hiasan dalamannya adalah manifestasi kesinambungan cinta lama beliau terhadap newsroom Utusan yang telah menyekolahkan beliau. 
Zam cuba mengembalikan nostalgia ruang dan suasana bilik editor Utusan dihiasi dengan visual-visual hitam puteh mengimbau kembali kenangan ketika beliau masih muda dan nakal. 
The Loaf oleh usahawan Tun M dan Suzuki
Yang sebenarnya Tun M telah mendahulu Zam dengan mengisi ruang persaraannya dengan membuka kedai roti The Loaf. Bermula di Langkawi kini The Loaf makin galak dan rancak dengan membuka cawangan-cawangan selain di Langkawi Telaga Harbour Park, Empire Shopping Gallery Subang Jaya, IOI Boulevard Puchong, Bangsar Village 2, Tokyo Street in Pavilion Kuala Lumpur, The Mines, Great Eastern Mall, Paradigm Mall Kelana Jaya dan satu lagi di Pantai Cenang, Langkawi. 
Semoga di destinasi Zam Newsroom Cafe ini  beliau akan menghasilkan banyak lagi karya kontemporari sezaman untuk cucu dan cicit beliau.