Saturday, April 26, 2014

AWAS 'JITU' AKAN TANGKAP PERASUAH DI KEDAH. INI YANG BN BUAT TETAPI PAS TIDAK BUAT

Tindakan Mukhriz menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU) untuk menyiasat kes berkaitan integriti khasnya rasuah dan songlap projek dikira tepat dan bijak serta kena pada masanya. (Klik Kedah Ke Arah Sifar Rasuah)
Di Kedah bunga-bunga mainan rasuah ini sudah nampak berputik bukan setakat penjawat awam tetapi di kalangan ahli-ahli exco sendiri. 
Ada exco yang sedang mengatur proksi untuk mengawal projek khasnya projek-projek kerajaan Persekutuan yang akan turun ke Kedah. 
Dahulu YB ini seperti gila merian daripada awal bermati-matian melobi untuk menjadi calun wakil rakyat. Setelah menang pilihanraya sebagai wakil rakyat dilobinya pulak untuk jawatan Exco. Beliau berjaya menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya.
Si Exco sedar ketiga-tiga sektor ini merupakan sektor yang paling lumayan dengan peruntukan yang bakal turun dari Kerajaan Persekutuan. 
Semua ini sebenarnya adalah perancangan jangka panjang exco ini untuk mempolok projek kepada syarikatnya yang sedang lapar ternganga. Ini semua adalah persediaan rancangan jangka lima tahun BN memerintah kerana mereka sendiri hilang keyakinan samada BN akan terus memerintah Kedah atau sebaliknya. 
Sehubungan itu di dalam kesempatan yang ada ini mereka kalut meraup projek-projek mega sebagai persediaan jika BN kalah dalam pilihanraya yang akan datang sekurang-kurang nya mereka sudah ada istana di Perth, Australia.
Beliau dari awal telah meramal banyak tender kementerian pendidikan yang akan dibuka dari tender pengawal sekolah, kantin sekolah sehingga membina sekolah. Begitu juga banyak tender Jabatan Kerja Raya dari menebas rumput sehingga membina jalan raya baru. Mula-mula dipondolnya dan akhir sekali habis digondolnya. 
Di kalangan masyarakat peniaga suara-suara sumbang sudah kedengaran dari penjawat awam tertinggi di kementerian bahawa Si Exco ini sudah ‘sound’ agar semua perojek kementerian pendidikan di Kedah mesti melalui beliau dahulu untuk tapisan sebelum dilaksanakan. Mungkin yang mana yang besar dan mengtuntungkan akan diraupnya untuk syarikat beliau dan syarikat yang bersangkutan beliau atau kroni-kroni beliau. 

Beliau sendiri mempunyai syarikat Tacon Builders Sdn Bhd yang merupakan kontraktor kelas besar di mana pemegang saham nya ialah beliau dan isterinya. Meneliti rekod SSM beliau mempunyai saham sebanyak 150,000 dan isterinya 100,000. 
Hakikatnya bukan mudah untuk Mukhriz membenteras rasuah di kalangan exco sekelilingnya kerana mereka ini pandai berlakon dengan membawa bermacam-macam watak. Tetapi dengan wujudnya JITU sekurang-kurangnya biarlah mereka makan secupak dari makan sejelapang duit rakyat. 
WASSALLAM.

7 comments:

  1. Membentras rasuah apanya.. dah berapa banyak perasuah yg kerajaan BN tangkap selama ni. Melepaskan perasuh dari hukuman adalah...lagi anak kpd raja segala rasuah konon nak membentras rasuh...ini semua lakonan dari dula dan selama2nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANOM 7:56 PM, BN dah pon tangkap orang yang menyeleweng contohnya Anwar Ibrahim kerana menyalahgunakan kuasa ketika jadi TPM. Dan banyak lagi.... PR nampaknya tak ada satu pon ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Jadi tak payah mendabik dada le. Tabung Memali, Lebuhraya Kelantan, Pokok Depu, Perumahan Sejahtera di Jabi, .... apa cerita ya?

      Delete
  2. JITU pun auta saja.Lagi banyak mereka sapu.
    Mereka buat close tender pula.Close tender adalah wayang yang paling mujarab.Inilah yang dilakukan di Pejabat Daerah,JKR,JPS,ICU.

    Dalam close tender ini persen sudah siap sedia dibayar pada tuan lesen yang dihimpunkan.

    Tukang lunggok atau tukang himpun lesen ini tidur lena.

    Tender penipu namanya dalam clsose tender..

    Semua laju.DO,Jurutera,Pengarah semua laju.

    JITU adalah wayang sahaja.MB pun kena jual sahaja dengan EXCO dia ini.

    ReplyDelete
  3. kau buat la apa pun tapi kalau perasuah tu geng2 lanun besar lepas semua,jangan main wayang la????sprm buat apa zaman pas perintah atau tak da kes nak tangkap?la ni kena tubuh satu team lain pulak,kenapa?sprm tido or buat2 tak nampak?duit rakyat juga yg habis nak sara team magkuk ayun ni..apa hasil nya???nato????

    ReplyDelete
  4. Orang Melayu BANGAN saja yang percaya bahawa penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU) untuk menyiasat kes berkaitan integriti khasnya rasuah dan songlap projek dikira tepat dan bijak serta kena pada masanya. Lihat SPRM/MACC yang ditubuhkan, apa mereka buat? Laporan Audit Negara setiap tahun menceritarealiti rasuah tapi lembaga yang kononya nak banteras rasuah termasuk JAKIM langsung tutup mulut.

    ReplyDelete
  5. Tak payah sembang kemas la Mummy, sapa dalam BDB yang tubuh 2 (dua) Jabatan Undang-Undang secara bertindih sehingga duit rakyat terpaksa dilacurkan? Dengan Aswandi dan Pelantik Aswandi pun Mummy tak lepas, Mummy ingat EXCO nak kecut dgn posting Mummy ni? Hehehe

    ReplyDelete
  6. sangat setuju dgn anonymous 10:44pm, mummy bising2 kat sini boleh diumpamakan macam kambing makan dodol, rasa dodol tak boleh diterangkan sedangkan badan kambing masih berbau hapak, penubuhan JITU tak akan pergi kemana2, hanya smoke-screen. kita kan dah ada sprm

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.