Thursday, January 15, 2015

SELAIN LASKAR SIBER HINGUSAN NAJIB JUGA DI KELILINGI PERSONALITI BERPENYAKIT.



Pertembungan siber di antara kumpulan Laskar Siber Najib dan wartawan Kadir Jasin nampaknya semakin tegang. Kadir melabelkan kumpulan laskar siber Najib sebagai kumpulan “LASKAR SIBER HINGUSAN” manakala beliau dan Daim pula kumpulan “SEKARUNG GARAM”.

Semua pengundi tahu khasnya pengamal media sosial sedia maklum bahawa KUMPULAN HINGUSAN yang menembak melulu tanpa waras itu bekerja di bawah upahan. Mereka sedang berdepan dengan ancaman bom jangka yang dilontar Kadir Jasin. 
Kata Kadir “Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.”

Kalau dalam bahasa penjajah “You Squeeze My Juice I’ll Squeeze Yours”.  Oooo....ini suatu kenyataan yang bahaya bagi parti UMNO.

Rupa-rupanya Najib yang kita lihat suci dan bersih kini juga ada menggendong liabilities atau juicy materials dalam sarung beliau . Cuma kita tidak tahu sejauh mana juicy nya juice Najib kalau dibandingkan dengan juice Anwar Ibrahim, juice Mat Sabu dan  juice Mustapha Ali.

Apa pun gertak Kadir ini telah menyemai satu benih persepsi hitam di dalam minda pengundi bahawa rupa-rupanya Najib yang kami pilih juga tidak bersih. 
Hakikatnya Najib semakin hari semakin banyak ‘carried forward liabilities’ dengan persepsi negatif. Yang sedia ada tak tertanggung kini dicampur lagi dengan isu baru. Beza nya yang ini lebih menakutkan kerana ia tidak datang dari pembangkang tetapi dari orang dalam parti sendiri. Ini bisa membuat Najib pitam di atas ribaan DS Rosmah.

Selain dari Laskar Siber Hingusan, Najib harus sedar sejak dari mula beliau mengambil alih jawatan PM sehingga hari ini terlalu ramai personaliti yang berpenyakit dikaitkan dengan peribadi beliau dan isteri beliau. 
Ia bermula dengan Abdul Razak Baginda (kes pembunuhan Altantuya), Daniyar Nazarbayev (menantu Najib di Universiti Colombia), Riza Aziz (anak tiri Najib berhubung isu pembelian RM110 juta Penthouse di  New York dan pembiayaan $100juta filem Wolf of Wall Street, ), Deepak Jaikishan (pembekal karpet), Nazifuddin Najib (penguasaan saham Harvest Court Industries Bhd). Manakala semua ini merupakan isu peribadi beliau dan isteri beliau bukannya isu parti.

Ramai yang berpendapat yang sebenarnya kumpulan siber hingusan Najib ini sedang menjolok sarang tebuan cuma tebuannya saja yang belum keluar. 

Monday, January 12, 2015

NAJIB DIKELILINGI LASKAR SIBER YANG BANGANG

Apabila Najib melabelkan blogger yang hentam beliau sebagai bangang hari ini mari kita lihat siapa yang sebenarnya bangang. 
Bom Siber Kadir Jasin telah dilontar untuk laskar siber hingusan Najib menjawabnya.
"Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan.
Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan (vulnerable) dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai serangan balas.
Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri adalah orang muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya pengkritik bos mereka?"
Mereka sebenarnya sedang bermain api. Mangsanya kelak bos mereka dan isteri bos mereka. Bersiap-siagalah untuk mencari penganti Najib.

Friday, January 9, 2015

SETIAP MEJA DI ZAM NEWSROOM CAFE ADA CERITA DAN RAHSIANYA YANG TERSENDIRI



MR berkesempatan Brunch (Breakfast+Lunch) bersama Zam dan bekas CEO Bernama TV, Ibrahim Tiger di Zam Newsroom Café di Ayer 8 Putrajaya.
Banyak perbualan kami berkisar politik semasa. Ada yang panas ada yang sejuk tetapi Zam seperti biasa tak habis-habis dengan nostalgia cinta lamanya iaitu dunia kegemilangan ketika menjadi seorang wartawan. Hiasan dalaman cafe tersebut cukup menceritakan kehebatan Zam.
Dan tak habis-habis dengan Lee Kuan Yew. Tidak ada buku tentang Lee Kuan Yew yang Zam tidak ada. Semuanya terpapar rapi di rak buku dalam CafĂ© nya. 
Sesiapa sahaja boleh pergi dan baca tapi tidak benar di bawa balik mungkin beliau bimbang yang pergi tak kembali.
Apa pun yang menarik di cafĂ© ini ialah setiap meja mempunyai cerita dan rahsianya yang tersendiri. 
Kalau ingin tahu pergilah lepak satu hari dengan secangkir Espresso dan baca sampai petang.