Sumber : Blog Zamkata |
Najib menuduh Wall Street Journal mempunyai niat jahat dengan didokong dan
disokong oleh pihak tertentu dalam negara bagi tujuan memaksa beliau melepaskan jawatan
perdana menteri dan presiden Umno.
Susulan dari kenyataan itu Tokoh Wartawan Negara menyangkal
tuduhan itu. Zam Maidin di dalam blognya NAFAS TERAKHIR UMNO Menyatakan:
“Saya tidak dapat membaca ajenda tersembunyi media
asing yang paling berpengaruh WSJ menyokong usaha menjatuhkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib yang dijuarai oleh Mantan Perdana Menteri Tun
Dr.Mahathir yang dulunya dianggap Barat sebagai " The enemy of the
state." Saya berkongsi dengan kebimbangan seorang kawan dalam hal
ini. Dengan pendedahan berasas yang terus menerus dilakukan oleh WSJ maka
rakyat semakin dapat melihat kebenaran Tun dalam alasan tindakannya untuk
menyelamatkan UMNO dan Negara”.
Zam Maidin bukan calang-calang wartawan di dalam peperangan
psywar propaganda. Beliau mendapat latihan di Berlin Institute of Journalism,
Berlin Barat. Ketajaman hidung Zam menghidu bau busuk agenda tersirat dan
tersurat sesebuah media ibarat “nose of the hunting dogs”.
Zam juga bukan seorang tokoh yang senang menerima bulat-bulat
kenyataan media barat tetapi kenyataan WSJ ini ternyata hidung Zam tumpul untuk
menghidu jika ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib
Razak.
Zam yang rapat dengan bapa Najib, Tun Razak masa kan sampai
hati merentap turun takhta Najib jika Najib tidak melakukan penderhakaan yang
parah terhadap orang Melayu, UMNO dan Islam.
Najib sebenarnya mengaplikasikan taktik yang sama seperti Anwar Ibrahim dengan cuba mengalih fakta untuk menyalahi orang lain kerana pongong sudah terpalit najis. Samalah seperti Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis menuduh konspirasi demi konspirasi demi konspirasi.
Najib sebenarnya mengaplikasikan taktik yang sama seperti Anwar Ibrahim dengan cuba mengalih fakta untuk menyalahi orang lain kerana pongong sudah terpalit najis. Samalah seperti Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis menuduh konspirasi demi konspirasi demi konspirasi.
Bagaimana akhir politik Najib? Mampukah Najib menghimpun penyokongnya berarak
ke Mesjid Negara seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim? Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya.
SELAMAT TINGGAL NAJIB.
Wallahuaklam.