Menurut Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Johor, Datuk Seri
Khaled Nordin bahawa mereka tidak menjemput Najib merasmikan mesyuarat agung
bahagian mereka tetapi Najib yang meminta untuk merasmikan mesyuarat tersebut.
Kini jelas lagi bersuluh bahawa Presiden Parti UMNO Najib
Razak bergerak seperti mayat hidup. Hanya kelonsong badan yang kosong tanpa ada
roh sokongan dari UMNO akar umbi lagi.
Dan menurut kajian rakan-rakan
non-partisan ramai lagi ahli-ahli UMNO sudah hilang respek kepada Najib dan
yang ada di sekeliling beliau hanyalah balaci-balaci oportunis mencari makan
kalau-kalau ada peluang emas tercicir dari guni RM2.6 billion hasil derma.
Apa lagi Najib mahu? Nasib baik menjadi pemimpin di kalangan
orang-orang Melayu yang beradap. Kalau jadi kepala lanun memimpin di kalangan
lanun entah lama berlaku pemberontakan.