Wednesday, February 3, 2016

MUKHRIZ BARU GRADUATE UNIVERSITI POLITIK

Anak warisan Mahathir terpaksa akur dengan tekanan parti UMNO dan istana untuk letak jawatan sebagai MB Kedah biarpun hakikatnya rakyat jelata negeri Kedah suka pada beliau.

Percaturan politik adalah mainan yang licik seperti belut di dalam selut. Kelayakan, kejujuran, keikhlasan dan jasa bukan jadi pertimbangan kelayakan untuk jadi pemimpin sebaliknya mainan kotor dan hanyir adalah pra syarat utama. Politik tidak ada sekolah yang tak sekolah pun boleh berjaya dalam politik.

Mukhriz konon apabila diangkat menjadi MB Kedah mahu main politik bersih, musuh-musuh beliau yang terang-terangan menentang beliau diangkat menjadi exco kerajaan negeri konon pendekatan menjinakkan musuh. Hakikatnya formula itu gagal.

Keputusan-keputusan beliau tergagap-gagap ingin menjaga hati musuh beliau.  Pegawai-pegawai sekeliling beliau yang muda-muda langsung tak menghormati politikus tua. Setiausaha politik yang rapat dengan beliau langsung tidak dapat menghidu komplot untuk mengguling beliau kerana sibuk menjaga saku sendiri.

Hari ini Mukhriz baru tahu langit tinggi rendah. Hari ini Mukhriz baru graduate University Politik dengan ijazah PhD. Hari ini baru Mukhriz diuji untuk menghadapi peperangan politik yang lebih hebat di peringkat nasional. Mukhriz akan berdepan dengan naga-naga bernafas api yang sedang bermarajalela di Putrajaya sekarang ini. Kalau tidak bijak dan licik Mukhriz akan ditelah dan diratah mentah-mentah sebelum mengeluarkan taring.

Bersedialah wahai Mukhriz, jangan berkata kita kuat sebelum kita diuji. Kerajaan di hadapan sana sedang menunggu kejatuhan dengan penuh hina dan sengsara. Bersedialah untuk pertarungan yang lebih ganas di gelanggang sana.

Salam hormat pada Mukhriz. Ayuh! Rakyat bersama mu.

7 comments:

  1. Mukhriz intel failed. It is his own fault.

    ReplyDelete
  2. Good luck Mukhriz...
    Harap anda cepat sesuaikan diri sebagai potician biasa biasa...

    LOSER!!!
    - SSR Putrajaya

    ReplyDelete
  3. Baru dibaptiskan dalam politik.

    ReplyDelete
  4. Sekalung tahniah buat mukhriz kerana berjaya menjaga integriti dlm pentadbirannya... walaupun anda ditentang kerana benar.. anda tidak berusaha hingga keakhir nya... pastilah percaturan Allah lebih baik dan tetap... kebenaran menanti anda
    Dari... siti ijok

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tahniah..graduate dari Universiti Politic yg tanpa lesen...Bapak dia punya..lah.. Bapak dia Vice ..Bapak dia ..lecture...funder... semua..bapak dia round seround... Mr Bean Mahfuz ,, Mat Sabu pun akan graduate disana.. terkemudian dari Mukris..agar seniority ke Mukris..Bomoh Kelapa memohon tapi dalam pertimbangan...Akan diterima apabila mereka termasuk Mr Vice..dah fully cartoon..baru perlu pelengkap..lipurlara mereka..

    ReplyDelete
  7. aku org kedah..aku nak mukhriz...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.