Buku terbaru Zainudin Maidin berjudul “Pergi Mampuslah
UMNO” ternyata agak kasar tajuk nya tetapi tajuk ini telah dapat mengatasi buku
“SHIT” karya saterawan Negara Allahyarham Shahnon Ahmad kerana Zam lebih realistik dan ramalan Zam ini
sedang menanampakkan kenyataannya.
Ramalan Zam bahawa UMNO akan mampus yang disebabkan ramai rakyat semakin membenci pada UMNO dan di kalangan ahli UMNO sendiri yang sangat kecewa dengan Presiden mereka, Najib Razak.
Ramalan Zam bahawa UMNO akan mampus yang disebabkan ramai rakyat semakin membenci pada UMNO dan di kalangan ahli UMNO sendiri yang sangat kecewa dengan Presiden mereka, Najib Razak.
Zam, Tokoh Wartawan Negara pada 2016 melihat
serangan demi serangan oleh media kawalan Najib terhadap negarawan negara, Tun
M adalah punca membangkitkan kemuncak kebencian kepada Najib Rosmah.
Hakikatnya, Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya terpaksa
melancar serangan habis-habisan terhadap bekas PM itu seperti tidak ada noktah lagi. Serangan sudah tidak dapat
dielakkan lagi kerana untuk menutup banyak bangkai yang sedang berulat seperti 1MDB, isu
FELDA, penyelewengan demi penyelewengan,
rasuah demi rasuah, dasar luar yang banyak merugikan rakyat.
Orang Melayu tidak akan dapat menerima cara Najib. Serangan,
caci maki, kata nista dan kutukan terhadap Mahathir bukanlah adab-susila budaya
Melayu. Tidak sepatut yang muda berlaku biadap terhadap yang tua. Ianya samalah
seperti anak meludah ke muka bapa sendiri. Tun Razak dilahirkan pada 1922 dan
Mahathir dilahirkan pada tahun 1926. Jika
ditakdirkan Tun Razak masih hidup umur beliau ialah 96 tahun dan Mahathir kini
93 tahun. Perbezaan umur bapa Najib dan Tun Mahathir ternyata tidak jauh.
Apa juga alasan Najib untuk hamun Tun Mahathir tidak akan
menjadi asas kerana semua rakyat sudah mula sedar kegagagalan dan hippokrasi Najib. Ini termasuklah polisi-polisi yang gagal
seperti GST dan samunan wang 1MDB ke akaun pribadi nya. Kegagalan Menteri GST, Ahmad Maslan yang dahulunya
berdegang-degang mempertahankan GST kini sudah hilang langsung, ada seperti
tiada, seperti kehilangan MH370. Ahmad Maslan ternyata mewakili barisan menteri-menteri
cabinet Pak Lawak dan badut. Pertemuan dengan Presiden AS yang ternyata anti Islam ternyata bodoh dan menjadi bahan tertawa rakyat.
Analisa Zam dalam buku “Pergi Mampuslah UMNO” sangat realistik.
Mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam ke mana akhirnya UMNO harus memiliki buku
ini.
Kerana kekangngan kebebasan bersuara, tidak semua toko-toko
buku yang berani menjual buku Zam ini tetapi ia boleh dibeli secara online.
Yang berminat harganya RM35 (termasuk penghantaran). email : mamirokiah@gmail.com.
Yang berminat harganya RM35 (termasuk penghantaran). email : mamirokiah@gmail.com.