Monday, January 8, 2018

PAKATAN HARAPAN : PAKEJ BARU PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Tun M hari ini mengorak langkah bersejarah dalam politik negara ini apabila berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di dalam satu pakatan raksaksa, Pakatan Harapan.
Realitinya, ini lah kematangan politik yang ditunggu-tunggu rakyat selama ini. Rakyat kini disajikan dengan satu lagi juadah pilihan, Pakatan Harapan sebagai pilihan bagi mereka yang sudah muak dengan sajian lapuk Barisan Nasional. 
Generasi mutakhir hari ini melihat BN sudah lapuk tak habis-habis dengan nyanyian dendangan lagu klasik lama yang sudah berhabuk.
Grand coalition pakatan pembangkang ini lebih menyakinkan rakyat untuk mengambilalih pemerintahan negara ini sebagai salah satu 'option' yang garang, berwibawa dan 'stylish' untuk mengubah kerajaan yang tidak bermaruah, korupsi dan tidak jujur.
PRU kali ini adalah kemuncak segala PRU dalam negara demokrasi yang sudah 60 tahun Merdeka bilamana Tun M yang sudah 92 tahun di persetujui untuk menjadi PM ke 7 dan sementara menunggu DS Anwar Ibrahim bebas dari tahanan. TM di kelilingan dengan tokoh-tokoh muda yang berwibawa untuk berkhidmat kepada rakyat.


Syabas Pakatan Harapan!!

1 comment:

  1. Salam sejahtera, kepada sdr Pengarang artikel di atas, diharap agar dapat mengeluarkan perkataan seperti singa lapar, kerana dikhuatiri akan disalah anggap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Cukuplah sahaja dengan ayat seperti berikut : TM (Tun Mahathir) dikelilingi tokoh-tokoh muda yang berwibawa untuk berkhidmat kepada rakyat. Sekian, Terimakasih.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.