Monday, December 15, 2008

Sabery Chik tidak seharusnya pertahankan RTM tidak perkauman.

Selepas satu, satu lagi isu perkauman dibangkitkan. Kali ini RTM pula. RTM “Radio Tv Melayu” cuba membuat perubahan supaya hilang muka Melayu telah dituduh perkauman pula.

Nampaknya di Malaysia hari ini setiap tindakan yang diambil senang sangat dilabelkan perkauman.

RTM pula dok tayang semua muka Melayu sahaja. Mummy cadangkan mungkin TV 1 kita rombak, selain menayangkan hiburan Melayu kena tayangkan satu siri wayang Tongkoi Cina (Chinese Opera) yang berbaju besar, berjanggut panjang dan "makeup" tebal (lihat gambar di atas).

Tapi yang Mummy naik hairan bin ajaib ni, mengapa Shabery Chik selaku Menteri Penerangan pula dok pi pertahankan bahawa RTM bukan perkauman. Yang wajib mempertahankan ialah Timbalan Menterinya Tan Lian Hoe @ Ketua Wanita Gerakan.

Mengapa Timbalan Menterinya tidak bercakap? Adakah kerana baling batu sembunyi tangan? Atau Menteri tak benarkan timbalannya becakap? Atau "Play Safe"?

Kalau begini apa gunanya ada Timbalan yang mewakili parti komponen jika tidak dapat mempertahankan dasar-dasar yang dipersetujui bersama.

Nampak sangat RTM kong kalikong. Dulu riuh-rendah berbelanja jutaan ringgit untuk "rebranding" kononnya. Sekarang mana hasilnya? Walhasil balik asal.

Bukit Antarabangsa dan Abiet G Adi, Berita Pada Kawan.

Ada sahabat yang prihatin telah menghantar email kepada Mummy mencadangkan supaya Mummy postkan senikata lagu dari seorang penyanyi Indonesia, Ebiet G Ade yang berjudul BERITA PADA KAWAN. Lagu ini katanya untuk dihayati sebagai jawapan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa.
BERITA PADA KAWAN.
Perjalanan ini. Trasa sangat menyedihkan.
Sayang engkau tak duduk disampingku kawan.
Banyak cerita Yang mestinya kau saksikan. Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang. Dihempas batu jalanan.
Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun, Seperti jadi saksi,
Gembala kecil menangis sedih ...
Kawan coba dengar apa jawabnya, Ketika dia ku tanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati, Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut, Ku kabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak, Kepada matahari
Tetapi semua diam, Tetapi semua bisu, Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya,
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan, Melihat tingkah kita,
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan, Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada Rumput yang bergoyang.

Friday, December 12, 2008

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa : Pengurusan Emosi lebih sukar dari Pengurusan Bencana.

Sukar diceritakan bagaimana perasaan mangsa yang menghadapi bencana tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Kejadian yang berlaku jam 3 pagi disaat-saat kita sedang sedap tidur telah dikejutkan dengan satu malapetaka yang mengerikan.

Istana yang dibina ranap dengan kelengkapan yang serba mewah. Kalau dulu sekilo beras diangkat oleh Neng(Amah Indon) kini 3 biji bantal dan sehelai selimut menjadi berat terpaksa dikendong sendiri untuk tinggal di dewan penempatan sementara.

Marah, geram, benci, sakit hati, maki, hamun, risau, dan bebagai-bagai perasaan yang extreme sukar dikawal lagi. Wakil Rakyat, PBT, Kerajaan, Developer, JKR, hujan, tanah, bukit dan Tentera Bantuan, semua mereka menjadi mangsa sasaran maki hamun melepas perasaan.

Semasa Mummy di sana kelmarin terlihat satu insiden seorang mangsa yang panas baran telah menyerbu masuk dalam dewan mesyuarat ketika mesyuarat tertutup teknikal yang dipengerusikan oleh JKR sedang dijalankan, beliau telah memaki-hamun seperti mesin gun menembak rambang tanpa sasaran. Apabila ditanya apa yang dia mahu, mangsa tersebut menjawab dia hanya mahu keluarkan keretanya yang tersangkut.

Nampaknya tragedi ini akan mengahadapi saat yang paling sukar untuk menguruskan emosi dari menguruskan bencana itu sendiri. Penduduk bukit antarabangsa (dulu digelar Beverly Hills) bukannya calang-calang penduduk semuanya bijak-bijak belaka.

Thursday, December 11, 2008

Tun Mahathir and the Mozarella Cheese project in Langkawi

Tun Mahathir has posted a very interesting article in his blog recently.
Here Mummy posted a special recipe for Tun to try at his "The Loaf" restaurant. The special about this recipe is where it blend well the tapioca @ Ubi Kayu and Mozarella together. Where East meet West.

Tapioca & Mozarella Lasagne

1 md Onion
1 Clove of garlic, crushed
30 g Margarine, or oil
1 kg Tapioca
2 tb Freshly chopped sage
Cracked black pepper
Lasagne sheets, instant
300 g Grated mozzarella cheese
40 g Grated parmesan cheese
300 ml Sour cream
2 tb Freshly chopped chives
2 tb Roasted flaked almonds

Methods:
1. Fry the thinly sliced onion and garlic in the margarine until
golden brown. Peel the tapioca and cook until tender, drain well,
then mash.

2. Mix together the tapioca, onion mixture and sage. Add salt and
pepper to taste. Grease a 30cm * 20cm lasagne dish. Place a layer
of lasagne sheets in base of dish, top with a third of the tapioca
mixture then a third of the combined cheeses. Repeat with the
remaining lasagne sheets, tapioca and cheese.

3. Mix the sour cream with the chives, spread cream over the top of
the dish.

4. Bake in moderate oven for 35-40 minutes until lightly browned and
cooked through. Sprinkle with the almonds.

My bloggers friend lets try this recipe or any of you would like to initiate at their place. Please call Mummy, sometime Nasi Kandaq dah boring.

Tuesday, December 9, 2008

Agensi-agensi geraksaraf Melayu gagal

Semalam kawan Mummy ajak keluar dinner di salah sebuah restauran lima bintang di Kuala Lumpur. Temujanjaji yang sudah seminggu tertangguh terpaksa Mummy penuhi bukan kerana memilih tempat tetapi atas kehendak sahabat tersebut yang ingin “privacy”. Lagipun Mummy baru baru balik dari “outstation”.

Katanya apabila kita menyentuh isu ketuanan Melayu, Islam dan Majlis Fatwa, Raja-raja Melayu dan kontrak social jangan dipersalahkan parti-parti politik sahaja. Kita harus bongkar peranan-peranan agensi-agensi propaganda dan gerak saraf Melayu yang sudah lapuk dan gagal memainkan peranan mereka. Banyak Negara-negara bekas penjajahan British serba sedikit masih mewarisi strategi-strategi gerak saraf British yang sudah lapuk. “Our early warning system failed” kata rakan Mummy.

Contoh yang terbaru ialah Mumbai Attack di India. Pihak keselamatan India langsung tidak dapat menghidu pergerakkan terrorist. Begitu juga insiden London Bombers di London satu ketika dahulu. Begitu juga dalam negara kita apabila golongan minority iaitu Hindraf yang tak pernah kita sangka telah bangun dengan anggkuh menunjuk perasaan mereka dan menuntut perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pengajaran yang paling parah dan terbukti ialah PRU12 yang lepas apabila gerak saraf BN langsung gagal mengidu pergerakkan pembangkang dan mengalami trauma Tsunami politik yang sampai sekarang masih terasa bahananya.

Samada kita sedar atau tidak sedar ada beberapa agensi propadanga dan gerak saraf yang ditubuhkan kerajaan Melayu untuk memainkan peranan physwar dan psy op mempertahankan Ketuanan Melayu tetapi gagal. Agensi-agensi ini seperti Kemas, JASA, Jabatan Penerangan, Kementrian Penerangan, Kementerian Dalam negeri, GPMS dan banyak lagi yang disembunyikan.

Mereka yang tahu sahaja mengetahui entah berapa banyak peruntukan disalurkan kepada agensi-agensi ini untuk bergerak dengan bijak dan bermuslihat untuk menegakkan ketuanan Melayu tetapi lumpuh samasekali. Pegawai-pegawai mereka yang “government oriented”, buta IT, selesa dalam pejabat dan tidak hands on, tua dan kuno, tidak menerima idea-idea baru dari orang muda, pekat birokrasi, berlegar-berlegar dengan redtape dan berbagai-bagai lagi yang tidak praktikal.

Akibatnya mereka disapu bersih oleh propaganda-propaganda baru melalui internet dan serangan cyber yang lebih cepat dan efektif.

Kegagalan mereka mungkin dari beberapa sebab. Yang ketara ialah Pengarah-pengarah mereka sudah kolot dan ketinggalan zaman. Pengarah-pengarah ini diletakan sekadar memberi pekerjaan selepas pencen bukan nya untuk bekerja. Strategi mereka telah lapuk tidak “up to date” dan ditelan mentah-mentah oleh media-media baru seperti bloggers dan laman-laman web yang terancang. Banyak aktiviti mereka lebih kepada “syiok sendiri” dan berpolitiking serta memihak kepada pemimpin-pemimpin individu dari perjuangan untuk Melayu.

Sebagai contoh peranan Kemas lebih kepada kempen untuk Mat Taib yang dah lapuk. Peranan JASA lebih kepada bekas menteri mereka Zahid Hamidi dan mana-mana pemimpin yang boleh mereka berpaut untuk jadi wakil rakyat. Kementerian Penerangan berkiblat kepada menteri mereka. Apabila berbangkit isu mencabar ketuanan Melayu, Social Kontrak dan Majlis Fatwa mereka lambat bertindak. Langsung lesu, mandom dan lumpuh. Laporan lebih kepada laporan di atas kertas tidak ada apa hasil dan tindakan. Laporan mereka lebih selalu “bias” hanya membodek dan harapan dinaikan pangkat. Maklumat-maklumat yang sepatutnya sulit boleh dibeli dengan sepinggan nasi kandaq.

Menurut sahabat Mummy mereka ada juga “planted” bloggers-bloggers mereka tetapi semuanya tidak cerdik. Lebih kepada politicking budak mentah tidak strategik dan cetek fakta mereka.

Seharusnya Najib membuat satu rombakan yang holistic berhubung strategi geraksaraf ini seperti yang Najib selalu raung-raungkan seperti dalam buku bacaannya “Blue Ocean Strategy”, make your competitors irrelevant.

Islam adalah agama yang sebenar

Menurut sumber AP jumlah visa haji yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan Saudi Arabia seluruh dunia pada tahun ini ialah berjumlah 2juta pada tahun ini. Ini tidak termasuk jemaah-jemaah yang datang tanpa dokumen yang sah. Pihak berkuasa Saudi Arabia juga telah mengarahkan seramai 100,000 pegawai-pegawai keselamatan untuk memastikan keselamatan jemaah.

JIka 50 tahun dahulu jumlah jemaah haji hanya 50,000 orang ini bermakna Islam berkembang dengan pesat setiap hari dan setiap jam. Hampir setiap tahun pra- sarana jemaah ditingkatkan. Hotel-hotel ditambah dan kemudahan-kemudahan kerja haji dibangunkan.

Berbalik dalam negara kita juga mesjid-mesjid ditambah dengan pesat. Hampir semua mesjid dalam Kuala Lumpur melimpah-ruah jemaahnya setiap hari Jumaat.

Perkembangan pesat ini kadangkala tenggelam di negara ini kerana satu atau dua isu murtad mereka yang hilang cinta kepada Islam. Dalam masa yang sama masih ramai yang yakin dengan kebenaran Islam.

Saturday, December 6, 2008

Sekolah pun ada Kasta

Tolong jangan sentuh isu sekolah satu sistem kerana ia berbau perkauman. Marilah kita semua akur dengan desakan ini dan terimalah dengan sistem yang ada ini.

Hari ini perkara utama yang harus kita tumpu ialah menambahbaikkan, meningkat taraf dan mencemerlangkan sistem pendidikan yang ada.

Kerana hakikatnya di sinilah sekolah yang ramai pelajar Melayu. Jangan ada kasta. Sekolah di kampong dan sekolah dibandar jauh berbeza. Ada sekolah elit ada sekolah palat. Sekolah elit di lengkapi dengan guru-guru yang pakar “first class” manakala sekolah palat adalah sekolah-sekolah yang kelas rendah di pekan-pekan kecil. Sekolah-sekolah palat dilengkapi guru-guru yang blacklist dan yang dibuang daerah seperti disiplin ponteng, berniaga (MLM jual kain dsbnya), berpolitik (berpuak-puak) dan berbagai-bagai salahlaku lagi.

Persoalannya sejauhmana bukti kesungguhan kerajaan Melayu berusaha bersungguh-sungguh berusaha menaikan kualiti sekolah-sekolah ini? Contoh isu dari beberapa isu yang ketara ialah kesesakkan pelajar dalam satu-satu kelas kerapkali sampai 40 pelajar satu kelas. Guru pun pening kepala untuk mengingati nama-nama pelajarnya. Jauh sekali untuk menyelami psycology pelajar-pelajar dibawah didikan mereka. Isu ini makin menebal setiap kali di kawasan penempatan baru. Mana bukti yang isu ini ditangani?

Jika isu yang didepan mata sebegini pun tidak diperjuangkan dengan berjaya bagaimana pemimpin Melayu hari ini layak bercakap untuk merubah sistem pendidikan yang ada kearah satu reformasi sistem yang berteraskan semangat kebangsaan.

Malah anak-anak mereka sendiri pun dihantar ke sekolah-sekolah elit kerana mereka sendiri tidak yakin dengan sekolah yang ada. Ini telah mewujudkan kasta di dalam klasifikasi sekolah-sekolah di negara ini.

Penjajah Inggeris telah berjaya meninggalkan MCKK, Victoria Institution dan beberapa sekolah elit. Mengapa di bawah kepimpinan Melayu selepas Merdeka gagal melahirkan ribuan MCKK di negara ini?

Hari ini pemimpin Melayu ditertawakan oleh Dongjiazong kerana mereka gagal menaikan mutu sekolah mereka sendiri.

Thursday, December 4, 2008

Dongjiazong berjaya memikat jiwa Melayu


Dongjiazong yang ditubuhkan di awal tahun 1950an. Satu ketika dahulu pertubuhan ini sering dianggap sebagai kumpulan yang bersifat chuvinistik oleh orang-orang Melayu. Ini kerana perjuangannya yang berapi-api mempertahankan satu sistem pendidikan vernacular Cina serta berautonomi demi mengekalkan bahasa, budaya dan identiti ethnik Cina di Semenanjung Malaysia.

Mereka berjaya menyerap dalam parti politik komponen BN melalui Parti Gerakan kerana mereka sedar kepentingan mereka hanya akan dapat dipertahankan hanya melalui dalam kerajaan sahaja. Walaupun pada mulanya Dongjiozong telah menjalinkan hubungan dengan DAP. Tindakan mereka ini menyebabkan DAP marah dan menentang dua tokoh calun Dongjiozong dalam pilihanraya pada tahun 1982, iaitu Kerk Choo Ting dan Koh Tsu Khoon. Kerk Choo Ting telah kalah dan Koh Tsu Khoon hanya menang tipis.

Hari ini melihat dari kelemahan BN, UMNO dan Melayu nampaknya sahabat karib UMNO ia itu MCA pun terpaksa mengikut rentak Dongjiozong demi survival politiknya. Buktinya jelas apabila ada pemimpin muda yang mengumpan dengan mencadangkan satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan nampaknya semua parti Cina termasuk MIC bersatu menentangnya.

Apa yang lebih menarik hari ini Najib pun terpaksa menentang cadangan satu sistem ini dan menari mengikut rentak Dongjiozong demi “survival” politiknya juga. Akibatnya terbuktilah kekuatan Dongjiozong dan mereka telah menjadi asset, di mana sesiapa yang ingin survive dalam politik negara ini mesti menyokong perjuangan Dongjiozong.

Maka akhirnya halatuju dasar pendidikan negara ini telah dicorak oleh dasar-dasar pendidikan Dongjiozong. Kini Dongjiozong telah bejaya memikat jiwa nurani pemimpin Melayu.

Tuesday, December 2, 2008

Majlis Fatwa dipermainkan

Di bawah ini Mummy bawa satu contoh yang kecil daripada seribu kes dan persoalan bagaimana Majlis Fatwa diperlekeh-lekehkan jika majlis ini tidak bijak mengendalikan fatwa. Kita tidak harus mempersalahkan mereka-mereka yang cetek tentang Islam ini. Tetapi yang harus menanggung pencemaran imej Majlis Fatwa ialah mereka yang di dalam Majlis Fatwa sendiri.
Dear Kam,
Is it true that yoga has been banned? My friend and I do yoga and we’re thinking of going underground and setting up secret yoga cells. Please don’t reveal my name because I don’t want to be arrested.
Yogi. Via email.

Answer:
This yoga ban has to be the craziest thing I’ve ever heard. Its sounds like people being afraid of something they don’t understand and then banning it. Now if I want to practice yoga, I’ll have to go to a more liberal country like Saudi Arabia or Iran. What they should really do is ban the 21st century and then ban the rest of the world. Unless the ban on yoga is part of a wider “war on good health”, in which case there presumably won’t be a ban on diabetes, hypertension and taking a nap whenever it rains. The whole yoga thing was first raised by a professor at UKM, which might help explain the present high standing of our universities in the world.

(Extract from a column Talking Edge, The Edge 1/12/2008 page 22. Conducted by Kam Raslan)

Monday, December 1, 2008

Ngap Sayot! Anwar pasti tawan Sarawak

Strategi terbaru penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan Sarawak memang tepat pada masa dan ketika ini. Usaha kunjungan bergilir-gilir wakil rakyat PKR ke Sarawak akan mebuahkan hasil yang besar kearah usaha menawan Sarawak dalam PRU13.

Reaksi dan kenyataan pemimpin BN Ahmad Shabery Chik dan Ketua Menteri Sarawak yang mengatakan Anwar angan-angan Mat Jenin dan Anwar tiada kredibiliti hanyalah untuk menyedapkan hati mereka sahaja. Mereka nampaknya masih tak habis-habis dibuai dalam zon selesa.

Hakikatnya di dalam teori jangka hayat, “what goes up must come down”. Kepimpinan Taib Mahmud telah berada dikemuncak yang cukup lama. Taib Mahmud juga masih teraba-raba untuk mencari penggantinya yang boleh “harap”. Kepimpinannya jika dibuat kajian secara mendalam sekarang ini sudah "anti climax".

Pengurusan harta dan khazanah yang bertimbun bukannya mudah untuk dilepaskan begitu sahaja. Ada yang diperolehi secara “open market” dan ada yang “black market”. Pengurusan “black market” yang sukar diperturunkan kerana ia perlu cermat dan nampak terhormat. Kalau tak berhati-hati silap-silap akan makan diri atau “back fired”.

Anwar tahu kelemahan ini. Inilah masanya Anwar tengah pasang strategi. Kalau kena “timing” dan strategi , Anwar boleh ratah mentah-mentah atau kata orang Sarawak “Ngap Sayot”.