Saturday, January 17, 2009

Gerakan pelajar menentang Israel dan AS

Sejarah kebangkitan pelajar "the student power" di dalam gerakan mengongcang sesebuah kerajaan tidak harus dipandang kecil. Kebangkitan pelajar di Negara China di mana ribuan pelajar berkumpul di Tianenmen Square telah mengugat pemerintahan negara Komunis tersebut sehingga telah merubah dasar tertutup kepada dasar yang lebih terbuka. Begitu juga kebangkitan pelajar di Indonesia, Burma, Thailand dan Malaysia sendiri.

Di Malaysia betapa gerakan pelajar pada tahun 1974 begitu kuat bangkit memperjuangkan kemiskinan di Baling akibat dari kejatuhan harga getah. Ia bermula dari salah seorang pelajar “undergraduate” Universiti Malaya yang juga berasal dari Kedah pada ketika itu telah menemui satu kes kematian kanak-kanak yang terpaksa makan ubi gadung yang jika tidak dicuci dengan sumpurna akan menjadi racun. Kerana kemiskinan beberapa orang kanak-kanak telah mati kerana terpaksa makan ubi gadung yang beracun.

Apabila isu tersebut dibangkitkan kepada pemimpin pelajar di UM, pelajar-pelajar telah bangun dari satu universiti ke satu universiti sehingga kerajaan kepimpinan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu telah tergugat.

Mengkaji sejarah kekuatan gerakan pelajar-pelajar ini ada juga cadangan dari beberapa rakan, mengapa tidak hari ini pelajar-pelajar di seluruh universiti menggerakan gerakan “anti Israel dan Amerika” melalui internet seperti web-web social dan semua jentera-jentera web. Kata rakan tersebut mungkin ia harus bermula dari universiti tempatan dan dilebarkan sehingga semua universiti-universiti di seluruh dunia ini.

Tuesday, January 13, 2009

Boikot produk AS : Emosional VS Rasional





Tindakan segelintir NGO yang berkempen memboikot produk Amerika Syarikat (AS) telah tersasar di luar fokus dan tidak menepati sasaran yang strategik. Sehingga ia kelihatan berlarutan ke tahap emosional dan kurang rasional.

Bukti yang terdekat dan lojik, cuba kita rasionalkan satu sahaja produk dari ribuan produk AS atau UK yang dicadangkan untuk diboikot. Ambil contoh “Mark and Spencer (MS)”. Kunjungilah ke mana-mana “outlet” MS, cuba perhatikan 90% dari produk mereka dibuat di negara-negara dunia ketiga seperti Sri Langka, Indonesia, Malaysia, Mauritius, West Africa, India, Bangladesh, China dan lain-lain. Negara-negara ini kebanyakan beragama Islam dan yang pasti kesan dan akibatnya akan menjejaskan pendapatan industri kecil dan sederhana (IKS) serta peladang-peladang “cotton” di negara-negara ini.

Bagitu juga kalau kita ambil contoh produk-produk lain seperti jenama produk yang berasaskan ayam(KFC), daging(McD), tepong(Pizza), kopi(Starbuck) dsbnya. Cuba kita kaji, pendapatan golongan mana yang akan terjejas.

Mungkin sasaran yang paling utama untuk kita boikot ialah boikot penggunaan IT dan internet. Di mana pemboikotan ini tidak terjejas petani-petani, penternak dan peladang dari dunia ketiga. Contohnya kita boikot Microsoft, Windows, Google, Yahoo, MSN, Facebook dan lain-lain dan secara langsung kita boikot berblogging. Mari kita mogok dari berkomunikasi mengunakan platform ini. Kita boikot filem-filem Hollywood dan program-programTV AS. Inilah sasaran-sasaran penyumbang terbesar yang bernilai berbillion-billion kepada ekonomi AS dan Israel. Pendapatan ini dijana melalui sekali ”KLIK” sahaja di mana setiap “KLIK” adalah wang.

Yang paling penting sekali tindakan pemboikotan ini harus bermula dari pemimpin atas dahulu. Contohnya syarikat minyak terbesar Kencana Petroleum Bhd hak milik Mokhzani Mahathir, Opcom Bhd syarikat Mukhriz, Scomi Bhd syarikat Kamarudin Abdullah Badawi, Syarikat Perkapalan Mirzan Mahathir dan ECM Libra yang bersabit dengan KJ. Mereka seharusnya memulakan boikot ini dengan memboikot terus dari berdagang dengan AS dan sekutu-sekutu Israel.

Kerana kekayaan mereka yang terkumpul ianya tidak menjejaskan pendapatan mereka. Kita khuatir kesan dan akibat dari pemboikotan ini kelak akan menjejaskan peladang dan IKS negara-negara dunia ketiga yang rata-rata beragama Islam dan akhirnya ekonomi penganut Islam akan ketinggalan dan menjadi mangsa keadaan. Inilah perangkap Yahudi untuk melumpuhkan ekonomi umat Islam. Apabila ekonomi lumpuh, senjata pun akan lumpuh dan kewarasan berfikir pun akan lumpuh.

Satu lagi mungkin juga dapat dipertimbangkan di dalam masa yang terdekat ini ialah bantuan tentera, senjata dan peluru untuk pertahan rakyat Palestin?

MR

Sunday, January 11, 2009

Najib dedah sifat-sifat keji orang UMNO sekarang dan yang ada pada Wan Farid.

1. BERLAGAK. NAIK KERETA MEWAH. BERLAGAK TUAN KEPADA RAKYAT.
"Jangan berlagak... naik kereta mewah dan jangan berlebihan (ketika bertemu pengundi). Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat, itulah anak kunci kepada kejayaan BN” kata Najib.

2. TAK MESRA RAKYAT. SALAM TAK TENGOK MUKA. SALAM PILIH-PILH ORANG.
"Sebab itu, saya minta pemimpin yang turun padang supaya mesra rakyat," katanya
"Kalau salam, tengok muka. Sebab itu saya ingatkan calon kita supaya kalau bersalam bukan hanya di depan pintu, tetapi kalau ada orang dalam rumah dan di dapur salam semua” kata Najib.

3. SALAM TAK IKHLAS KERANA NAK MENANG PILIHANRAYA SAHAJA. BERSIKAP ELIT.
"Biar pun dia kena salam sehingga 200,000 orang, asalkan kita (BN) menang. Ini (salam) bukan adab orang bandar, orang elit tetapi adab orang kampung. Itu cara kita berkempen," katanya.

4. BILA NAK PILIHANRAYA BARU NAK MESRA RAKYAT.
Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata parti itu memilih tema "mesra rakyat" dalam kempen mereka kerana konsep tersebut sebenarnya dapat memenangi hati rakyat.

5. LUPA DARATAN. TAK BERADAP DI KAMPUNG.
Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat di Kuala Terengganu berbeza dengan masyarakat bandar lain kerana mereka masih berpegang kuat kepada adab kampung.

6. ANGKUH DENGAN KEKAYAAN. ANGKUH DENGAN KELULUSAN. TAK BERBUDI BAHASA.
Katanya masyarakat di sini, tidak melihat kepada kekayaan atau kelulusan seseorang pemimpin itu, sebaliknya nilai yang tinggi kepada budi bahasa.

KOMEN:
UMNO nampaknya dah makin parah. Ciri-ciri asas sebagai wakil rakyat dan budi bahasa pun kena diajar kembali kerana kurang ajar. Kita tidak faham bagaimana UMNO memilih calun yang sebegini teruk untuk bertanding dalam pilihanraya Kuala Terenganu.

Sekarang ini nampaknya rakyat tidak bodoh dan tidak mudah dipancing dengan projek. Bawalah projek berjuta ringgit pun tetapi kalau sikap wakil rakyat UMNO menyombong dan tak berubah, rakyat akan tetap tolak UMNO.

Nampaknya pilihanraya Kuala Terengganu menghadapi krisis personaliti calun bukannya masaalah pembangunan atau hudud.

Saturday, January 10, 2009

Kuala Terangganu : Apa Pemimpin Kata. Apa Rakyat Atas Pagar (RAP) kata

Pemimpin Kata :
"Ada orang kata Wan Farid orang Pak Lah...dia tidak ada orang siapa-siapa. Sebab Perdana Menteri dan saya bersama-sama memilih beliau (sebagai calon BN) kata Najib.
RAP Kata:
Nampak sangat kejatuhan populariti Pak Lah. Sapa juga kalau jual nama Pak Lah akan kalah dalam pilihanraya ini.

Pemimpin Kata:
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan meneruskan hubungan langsung dengan warga pendidik di Kuala Terengganu yang terjalin semasa hayat Allahyarham Datuk Razali Ismail.
RAP Kata :
Betapa berpengaruhnya Allahyarham Razali sehingga dah meninggal pun masih dijual namanya. Tapi masa dia hidup UMNO membunuhnya dengan politik wang.

Pemimpin Kata :
“UMNO pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.” Kata Tun Mahathir
RAP Kata:
Memang betui la yang kami dok teka, calun ni memang sombong. Jangan main-main kalau ikut keputusan PRU12 yang lepas tukang urut kaki @ tabib pun menang.

Komen :
Pemimpin kalau dah mula menurun buat apa pun tak kena belaka. Cakap tak kena, tak cakap pun tak kena. Pandai-pandai lah bawa diri.

Inilah bezanya pemimpin yang UMNO mahu dengan pemimpin yang rakyat mahu. UMNO mahu pemimpin yang ada wang. Yang dok huloq kat depa. Tetapi rakyat mahu pemimpin yang ikhlas yang prihatin tentang masaalah mereka.

Keikhlasan calun terpancar dengan sendirinya tak payah nak tunjuk-tunjuk atau nak berlakon kerana rakyat juga ada “instinct”nya yang tersendiri.

Yang paling ditakuti dalam pilihanraya ini ialah apabila Tun Mahathir mengaum. Kerana suaranya akan menggugat calun khasnya calun BN. Jangan pula ada sesiapa tak pakai otak dok pi hentam balik Tun Mahathir kerana jawabnya sedialah "kain kapan".

Friday, January 9, 2009

Sebuah puisi nukilan Laila Yaghi

American women VS Palestinian Women
Laila Yaghi

Just as the birds flutter their wings… care free
And the sky begs the sun to come out and wipe its tears
Palestinian women cry for their pain to be known
And the grieve and agony they suffer from the death of their born

Just as we enjoy a sip of coffee in the morning
While we enjoy the beauty of the flowers in the spring
And dance to the rhythm of the music while we sing
Palestinian women suffer every second of the day
And wish to be invisible or numb to all their pain

Just as we enjoy the peacefulness of a full moon
While we sit on our porch rocking our fancy chair
Palestinian women beg the foreign policies to be fair
And stop all the blood shed of the innocent and the young

But does this stop the earth from orbiting around the sun??
Or a Palestinian child getting killed by an Israeli gun??
October 17, 2001

Thursday, January 8, 2009

Jasa-jasa PAS dan SOSIALIS kepada Malaysia

Sistem Kapitalisme Barat Gagal
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Sistem kapitalisme Anglo-Saxon yang diamalkan selama ini oleh Barat telah gagal dan membawa kehancuran kepada ekonomi dunia kerana ia berasaskan ketamakan, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Beliau berkata sistem itu yang mengalakkan spekulasi, membawa kepada pewujudan pelbagai jenis dana serta produk yang begitu kompleks dan tidak masuk akal yang membolehkan begitu banyak pinjaman dibuat.
"Sekiranya sistem perbankan Islam diwujudkan lebih awal lagi kemungkinan besar kehancuran ini tidak akan berlaku kerana ia tidak akan membawa kepada pinjaman berlipat ganda dan berasaskan aset," katanya dalam temu bual rancangan Dialog@1 di TV1, malam ini.
Beliau berkata kehancuran sistem kapitalisme Anglo-Saxon sebenarnya bermula sejak tahun 80-an yang telah memberi kebebasan keterlaluan kepada pihak swasta di mana kerajaan tidak mempunyai peranan langsung dalam ekonomi.

KOMEN
Kempimpinan Perikatan dan Barisan Nasional selepas penjajah masih mengamalkan cara-cara penjajah. Transisi ini bermula dari PerdanaMenteri Tunku Abdul Rahman sehingga Hussein Onn. Seperti amalan minum arak dalam majlis-majlis resmi dan mes-mes tentera menjadi kebiasaan. Pendedahan aurat adalah biasa. Judi dan poker adalah biasa. Pegawai-pegawai daerah Melayu pada masa itu memakai seluar pendek. Untuk bertemu mereka, pintu harus diketuk, kena "address" TUAN! baru boleh masuk, bila disuruh DUDUK! baru boleh duduk. Wakil-wakil rakyat apabila melawat kawasan pastinya kerbau dan lembu disembelih dan ayam dalam "Lau" @ reban menjadi hidangan istimewa wakil rakyat, ditatang seperti raja.

Tidak dinafikan juga masa pendek kepimpinan Tun Razak cuba mengubah budaya ini dan mendekati rakyat melalui Felda tetapi hasilnya belum terbukti kerana beliau telah meninggal dunia lebih awal.

Dalam masa yang sama peranan asakan parti-parti pembangkang seperti PAS dan Sosialis amat kuat pada ketika itu memperjuangkan Islam dan hak samarata serba sedikit menjadi pemantau dan desakan untuk kerajaan mengubah dasar melalui penerapan nilai-nilai Islam.

Walaubagaimanapun pembangkang terbawa-bawa dan tercari-cari idola atau contoh negara mana yang harus mereka ikuti selain dari barat. Maka PAS terjerumus dengan cara Iran dan sosialis terjerumus dengan cara komunis.

Bijaknya Perikatan dan Barisan Nasional mereka mengambil jalan tengah dan membuat kesesuaian dengan mengambilkira semua kaum dan terbukti berjaya.

Inilah jasa-jasa perjuangan PAS dan SOSIALIS dalam Negara ini.

Tuesday, January 6, 2009

Boikot program TV Amerika.

Selamat kan Gaza!

Di sebelah sini kita berkata:
1. "The US should be using its influence to call for a ceasefire but had not bothered to do so and instead stood behind Israel's hidden agenda to wipe out Palestine," Abdullah said, slamming the US for blocking the UN Security Council's resolution which called for an end to Israeli attacks on the Gaza Strip.

2. Dr M: Save Palestine, boycott US goods!

3. Israel berani melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza kerana rejim tersebut sedar sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap mereka tidak akan berubah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

3. Malaysia telah meluluskan bantuan kemanusiaan segera berjumlah RM3.4 juta kepada penduduk Palestin. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata.

4. The world community should boycott the United States’ currency and products to pressure the superpower to stop supporting the violent attacks by Israel against Palestine, Tun Dr Mahathir Mohamad said.

Di sebelah sana kita saksikan:
NTV7, 8.30pm Monday – America’s Got Talent
8TV, 11.45pm Monday – America’s Next Top Model
NTV7, 7.30pm Monday – America’s Funniest Home Video
This only to name fews.

KOMEN
Lihatlah betapa hippokratenya kita. Di sebelah sini kita semua kutuk Amerika bagai naik rak kita katakan kita anti Amerika. Manakala di sebelah sana kita agung-agungkan program-program TV Amerika. Kita bertepuk sorak suka dengan program mereka. Anak-anak kita telah dirasuk dan dipengaruhi budaya Amerikan.

Hakikatnya kuasa Amerika telah masuk bukan sahaja kedalam rumah kita tetapi ke dalam badan dan urat-saraf degupan nadi kita. Kita telah dibaja dengan “popular culture” yang dibawa oleh US.

Kalau nak boikot marilah kita boikot program-program TV Amerika. Kerana itu yang paling dekat dengan kita.

Saturday, January 3, 2009

IJN adalah Jantung Rakyat

Mungkin selepas skim cepat kaya perniagaan yang paling “lucrative” era ini ialah membuka hospital swasta.


Semalam seorang sahabat baru keluar Subang Jaya Medical Centre (SJMC - anak syarikat Sime Darby Bhd yang bercadang mengambil-alih IJN) kerana disyaki Dengue. Beliau telah di masukan ke wad selama 3 hari dan dikenakan bayaran sebanyak RM13,000.


Pada mula masuk “doktor-doktor pakar” tidak dapat mengesan penyakit beliau. Beliau terpaksa melalui berbagai-bagai proses ujian dengan mesin-mesin yang canggih-cangih yang jarang-jarang digunakan di hospital tersebut.


Setelah hampir tiga hari “admitted” barulah doktor-doktor pakar mengesyaki yang beliau “disyaki Dengue” dan dibenarkan pulang dengan beberapa biji pil dan suntikan. Bil terperinci bayaran termasuklah ujian mesin-mesin yang canggih tersebut, ward, khidmat pakar, perubatan dll.


Persoalannya, siapa yang berani mempersoalkan “firman” doktor? Siapa yang berani ingkar? Tambah-tambah lagi kita di dalam kesengsaraan kesakitan yang amat sangat pada masa dan ketika itu. "No question ask".


Bagaimana situasi dan reaksi kita jika doktor memegang tangan bapa kita dan berkata dengan nada yang penuh emosional dan perlahan, “Pak Cik…, Pak Cik jangan risau. Pak Cik balik ......dan mengucap banyak-banyak. Ingat... pada tuhan…., kalau ditakdirkan Allah sayang pada Pak Cik dalam masa dua atau tiga bulan ini Pak Cik sembuh dan kalau tidak Pak Cik serahlah saja kepada Allah. Kita di dunia ini sementara sahaja…”


Apa tafsiran kita jika doktor “berfirman” sebegitu?. Sudah barang tentu keluarga akan kerisauan, memperbanyakan majlis membaca yassin, tidur tidak menentu, bertaubat nasuha dan “wait and see”. Itulah kekuatan doktor yang tidak ada dalam profession lain.


Hakikatnya jika berapa juga belanja yang dikenakan kita tidak akan mempertikai sedikit pun malah jauh sekali meminta diskaun. Yang pasti seluruh keluarga akan bergolok-bergadai mencari wang untuk mengubati saudara mereka yang sedang sakit.


Memang kita memahami doktor-doktor ini professional, tertakluk dan terikat dengan etika-etika pengamal perubatan, berintegriti tinggi dan bermoral. Tetapi apakah doktor sempurna dan maksum? Doktor tak ada "business minded"?. Apakah tidak ada karektor Bernard Madoff (saudagar skim cepat kaya mellinium ini) dalam kerja kedoktoran?.


Prestasi hospital swasta juga diukur dari prestasi untung-rugi hospital tersebut selain dari prestasi pengendalian “high profile cases”. Tidak menjadi kesalahan jika kita merenung sedikit jauh.

Thursday, January 1, 2009

Dari diari ke sebuah memoir

6.00 Pagi, 1 Januari 2009. Pagi ini membelek-belek diary mana yang sesuai untuk catatan pada tahun ini. Kerana terlalu banyak sumbangan diary dari rakan-rakan ada yang pratikal dan ada yang sekadar cantik kulitnya sahaja.

Kerapkali di awal tahun, semangat untuk mencatatkan segala macam perancangan dan nota harian dalam diary berkobar-kobar. Tetapi apabila bulan-bulan beransur semangat ini semakin cair seperti seketul ais.

Catatan diary memerlukan keazaman yang kuat. Hasil keazaman ini kelak dapat melahirkan satu Memoir yang menjadi bahan rujukan sejarah.

Contohnya seperti Memoir Shamsiah Fakeh yang mungkin kita boleh berkongsi catatannya di sini :
“1 April 1992, akhbar Malaysia melapurkan bahawa Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Yaakob Zain yang mengatakan beberapa orang pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM) menyatakan pendirian tidak akan pulang ke negara ini bagi menjalani kehidupan baru. Beliau mengatakan bahawa aku sudah memutuskan untuk terus menetap di Beijing, China. Aku dengan tegas menolak kenyataan Jeneral Tan Sri Yaakob itu. Kenyataan aku itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia di ruangan “Surat Pembaca“ bertarikh April 1982. Aku mengatakan bahawa pulang ke Malaysia adalah hak asasi manusia yang diakui oleh masyarakat atarabangsa. Tekad aku hendak pulang ke tanahair tidak berganjak, kata mesti dikotakan. Kenyataannya, rakyat Malaysia boleh memilih corak pemerintahannya sendiri." Demikianlah catatan dalam sebuah Memoir Shamsiah Fakeh, dari AWAS ke Rejimen ke 10.

Mungkin ini harus menjadi keazaman tahun baru ini “Dari catatan diari kesebuah Memoir” bukan untuk tatapan awam tetapi untuk tatapan anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan sahabat-sahabat dekat.