Di dalam Sinar Harian 13/2/2011
Exco dedah hutan sekitar Langkawi makin 'cerah' Exco Pelancongan Kedah, YB Manikumar mendedahkan hutan di Langkawi semakin cerah dan botak akibat pencerobohan haram tanpa kawalan pihak berkuasa. Jika kejadian ini tidak dikawal maka tidak mustahil Langkawi akan mengalami kemusnahan flora dan fauna yang amat teruk.
Beliau juga mendedahkan lokasi-lokasi yang dikenal pasti ialah Sungai Itam (bedekatan air terjun Durian Perangin), Telaga Habor Park, Gunung Mat Cincang, Pantai Kok dan kawasan Kompleks Kraf. Beliau menyalahkan kelemahan pentadbian pulau itu.
Susulan dari pendedahan itu Sinar Harian hari ini 14/2/2011
ADUN gesa pantau hutan menyiarkan pula kenyataan YB ADUN Kuah, Datuk Ir Nawawi Hj Ahmad menyarankan Kerajaan Negeri Kedah menambahkan kakitangan untuk memantau pemabalakan haram di kawasan tersebut.
“Dalam hal ini, saya sependapat dengan Manikumar, iaitu supaya semua pihak membendung aktiviti penebangan hutan bagi memelihara khazanah di Pulau Langkawi agar status sebagai pulau pelancongan terkemuka di dunia tidak terjejas.
“Pokok-pokok dalam hutan di Langkawi bertindak sebagai tirai yang mampu menggamit kedatangan pelancong untuk menghayati keindahan di pulau ini,” kata Nawawi.
Kata Adun Air Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid pula keadaan yang berlaku di Pulau Langkawi sebenarnya sudah diketahui umum namun kesedaran mengenai pentingnya hutan tropika dan bakau tidak diberikan tumpuan.
“Sebatang pokok yang usianya mencecah 100 hingga 200 tahun, ditebang hanya dalam masa lima minit dan kini keadaan semakin teruk dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hutan perlu dipupuk.
“Dalam hal ini, bukan hanya Kerajaan Negeri malah Kerajaan Persekutuan juga perlu memainkan peranan dengan melihat dari segi dimensi baru, sebagai contoh pemberian insentif oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri supaya hasil hutan tidak ditebang,” katanya yang menyifatkan kesedaran mengenai kepentingan hutan bakau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, kini semakin meningkat.
Inilah yang dikatakan haru-biru, keliru, ghumbu dan celaru wakil-wakil rakyat UMNO yang dilantik rakyat khasnya di Kedah. ADUN Kuah, Nawawi dan ADUN Air Hangat, Mohd Rawi seharusnya perihatin di dalam isu ini dan mestilah melawat kawasan berjuang untuk rakyat dalam pulau yang mereka diami itu dan tidak seharusnya menunggu sehingga YB Manikumar, Exco Pelancongan dari PKR membangkitkan perkara ini.
Merekalah yang seharusnya menjadi hero dan membangkitkan isu ini di dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri tetapi situasi sudah terbalik. Mereka pula yang menjawab bagi pihak Kerajaan Negeri. Nampak sangat mereka ini cakap sahaja pandai tetapi kerja tak buat.
Apa yang menariknya lagi YB Air Hangat, Mohd Rawi pula mengesa Kerajaan Persekutuan memberi insentif kepada Kerajaan negeri supaya hasil hutan tidak ditebang. Mungkin Mohd Rawi simpati dengan kerajaan negeri yang makin hari makin pokai kerana wang bakal habis.
Mereka ternyata bukannnya menjadi pembangkang di Kedah tetapi menjadi penyokong pula.Inilah yang dikatakan wakil rakyat celaru, haru-biru, ghumbu dan keliru kerana tidak ada pengalaman menjadi pembangkang.
Pandai Manikumar memasang perangkap.