Saturday, February 16, 2013

DR HARUN DIN AL HAFIZ TIDAK HARUS KELUAR PAS

Angin bertiup kencang membawa berita yang mengatakan beberapa ulama terkemuka di dalam PAS mungkin akan meninggalkan parti itu. 
Salah seorang tokoh ulama terkemuka tersebut ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din Al Hafiz yang diberitakan akan keluar PAS kerana berpendirian tegas memegang bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh agama lain seperti kehendak puak DAP Kristian untuk menterjemahkan God kepada Allah di dalam Bible mereka di Semenanjung Malaysia. 
Pendirian tegas Dr Harun Din telah mendapat tentangan yang hebat oleh beberapa pihak khasnya pro Keadilan atau pro Anwar Ibrahim. 
Apa yang lebih mendukacitakan ialah apabila Dr Harun Din menerima sms dimaki oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan pedirian beliau. Inilah di antara sikap ganas sesetengah pihak di dalam PAS cara melayan tokoh yang tidak sehaluan dengan mereka.
Bagi Dr Harun Din dalam apa hal sekali pun beliau tidak akan berkompromi malah beliau cukup bertegas dan akan mempertahankan kalimah Allah ini sehingga ke akhir hayat beliau. 
“Jika kita relakan dan kita redza Allah itu diletakkan kepada God ini maknanya kita relakan Allah itu disyirikkan oleh manusia” kata Dr Harun Din. 
Kenyataan Dr Harun Din ini sudah cukup untuk menyedarkan mana-mana juga kelompok penyokong PAS untuk kembali ke pangkal jalan dan berhenti dari bersekongkol dengan DAP dan Keadilan. 
Samada beliau keluar atau tidak dari PAS itu perkara lain tetapi yang jelas sudah sampai masanya DAP ditendang keluar atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat. 
Ulama dalaman PAS harus bangun memperbetulkan parti itu dari dalam dan tidak harus membiarkan puak-puak pak lebai masam seperti Mat Sabu, Husam Musa, Mahfoz Omar, Khalid Samad dan beberapa lagi bermaharajalela menghancurkan PAS sedikit demi sedikit.
Di samping itu PAS juga harus membuka mata bahawa telah terdapat petanda yang tidak baik apabila akhir-akhir ini nampaknya terdapat penyokong-penyokong akar umbi yang sudah mula bangun menyatakan nada yang tidak sehaluan dengan kepimpinan atasan mereka.
Sedarlah pokok tidak akan mati jika pucuknya layu tetapi pokok akan mati jika akarnya busuk.

Friday, February 15, 2013

SAAT-SAAT AKHIR KERAJAAN NAJIB

DS Najib telah memberi bayangan bahawa Parlimen akan dibubar pada bila-bila masa sebaik senarai-senarai calun ditapis halus oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan keselamatan. 
Dalam masa yang sama DS Najib juga memberi bunga-bunga supaya rakyat tidak usah bimbang akan kehilangan mana-mana pemimpin kerana itu adalah proses biasa dalam dunia politik. Pemimpin datang, pemimpin pergi . Perjuangan parti adalah lebih besar dan penting berbanding individu. 
Mesej ini jelas bahawa akan berlaku banyak pengguguran pemimpin-pemimpin besar dalam PRU13 yang akan datang.
Jika ini indikasinya maka tidak hairanlah jika ada ketua-ketua UMNO Bahagian yang akan digugurkan kelak khasnya yang banyak masaalah diselimuti isu-isu peribadi seperti harta, wanita dan mabuk kuasa. 
DS Najib sendiri telah bekerja keras menemui rakyat dan rakyat melihat beliaulah PM yang cukup kuat dan rajin turun ke bawah tak ubah seperti bapanya Tun Razak.
Pentadbiran DS Najib telah melakukan banyak pendekatan, initiatif dengan berbagai tindakan proaktif malah melebihi jangkauan seperti perancangan jangka panjang untuk kesejateraan rakyat di semua peringkat tidak mengira kaum. 
Kesungguhan ini seharusnya tidak dipolitikkan dan penerusan Wawasan 2020 yang telah diasaskan oleh Tun M adalah hala tuju yang cukup mantap jika di bandingkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kelam kabut sedang mencari identiti perjuangan. 
Walaubagaimanapun pecutan saat-saat akhir ini tidak akan bermakna jika muka-muka calun yang sudah basi, hapak dan tengik masih di’recycle’ kembali. Bekas KPN Tan Sri Musa Hasan juga sependapat BN harus mengenengahkan muka-muka baru yang berintegriti tinggi dan berjiwa rakyat. 
Jika ini dapat dilakukan dengan sendirinya perubahan akan berlaku di dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Thursday, February 14, 2013

AWAS! BUKAN SEMUA LAPURAN SB BOLEH PAKAI

Peranan agensi gerak saraf di peringkat akar umbi harus betul-betul diperhati seperti MIO, SB, BTN, JASA, Penerangan dan yang kelihatan serta tidak kelihatan. Agensi-agensi ini harus berperanan berkecuali, tidak berat sebelah dan dibeli olah mana-mana pihak baik UMNO, Pembangkang atau Ketua Bahagian atau mana-mana individu berkepentingan untuk menjadi calun. 
Tidak dinafikan ada pegawai-pwgawai agensi-agensi yang bekerja kuat siang dan malam membuat lapuran politik kawasan parlimen dengan ikhlas dan telus. Tetapi dalam masa yang sama terdapat pegawai-pegawai yang bekerja untuk tokoh tertentu kerana telah termakan budi seperti mendapat projek dan imbuhan dari Ketua Bahagian. Mereka akan membuat lapuran-lapuran yang tidak tepat dengan hanya memuji dan membodek Ketua Bahagian berkenaan.
Lapuran-lapuran mereka kepada pihak atasan pasti akan 'ultra positive' dilambung sehingga ke bumbung dewan dan jika ditakdir jatuh maka berderailah Ketua Bahagian berkenaan. 
Apa yang lebih merosakkan ialah lapuran mereka bercanggah dengan agensi lain yang berperanan sama. Apabila terdapat agensi lain yang membuat lapuran dengan telus dan 'neutral' seperti Ketua Bahagian berkenaan tidak mendapat sokongan yang padu dari akar umbi khasnya pengundi atas pagar mereka cepat-cepat memintas lapuran tersebut dengan menyatakan agensi itu menyokong pembangkang.
Semua ini dilakukan demi menjaga Ketua Bahagian yang telah menyuap mereka. Amalan tidak sihat ini akan merosakkan kerajaan pimpinan DS Najib. 
Jika pucuk pimpinan di atas menerima bulat-bulat lapuran mereka ini bermakna padah sedang menunggu di hadapan. BN akan kalah.

Tuesday, February 12, 2013

PAS MULA MENYODOK BN KEDAH DENGAN MEMBONGKAR PENYELEWENGAN KERAJAAN DAHULU

Bagi meraih sokongan pengundi muda dan pengundi luar PAS sudah mula membongkar sedikit demi sedikit yang mereka katakan penyelewengan Kerajaan BN yang terdahulu.

Mereka sedar rakyat yang tinggal di negeri Kedah sudah jelak dengan kepimpinan mereka yang langsung tidak membawa apa-apa pembangunan. Wakil-wakil rakyat mereka ada seperti tiada.
UMNO Kedah harus bersedia berdepan dan menangkis tohmahan ini sebelum ianya merobok menjadi kanser.

Monday, February 11, 2013

EX CIA SPY : MOST PEOPLE I CAPTURED IN PAKISTAN WERE NOT IDEOLOGUES.

John Kiriakou adalah CIA Anti Torture Whisleblower. Katanya perubahan Presiden AS tidak akan membawa apa-apa perubahan dalam perisikan CIA kerana Obama masih menggunakan penasihat perisikan George W.Bush. 
Bush telah membohongi rakyatnya. "It's ridiculous to say that they hate us because we love freedom" ex spy Kiriakou.

APAKAH 'QUALIFICATION' SESEORANG MENTERI?

Visual ini hanya hiasan sahaja
Sistem demokrasi berpelembagaan menetapkan setiap lima tahun sekali perlu diadakan pilihanraya di mana rakyat akan memilih siapa wakil mereka. Calun-calun akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti-parti yang ingin bertanding melalui proses pilihanraya untuk mewakili kawasan-kawasan yang telah ditetapkan samada kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 
Seringkali calun-calun dipilih di kalangan ketua parti di kawasan tersebut khasnya bahagian yang berkenaan. Jika ketua parti itu bekas seorang guru sekolah maka jika ditakdirkan beliau menang dalam pilihanraya tersebut kawasan tersebut akan diwakili oleh seorang bekas guru sekolah begitulah sebaliknya. 
Jika bekas guru sekolah tersebut menang menjadi wakil rakyat Parlimen kawasan tersebut dan beliau juga mempunyai ‘cable’ yang kuat dengan Presiden parti yang juga merupakan Perdana Menteri maka bintang nya cerah untuk dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. 
Jika nasibnya baik dilantik menjadi Timbalan Menteri, katakan Timbalan Menteri Dalam Negeri maka Kementerian Dalam Negeri akan dipimpin oleh seorang bekas guru sekolah bekerja di samping Menteri yang dilantik. 
Jika Timbalan Menteri ini lupa daratan menjadi ‘merak buih’ dan semua agensi di bawah Kementeriannya nak dicampur khasnya Polis Di Raja Malaysia maka Ketua Polis Negara akan menjadi pening. 
Yang lebih menggerikan jika ‘king pin’ yang ditangkap diarahnya supaya dilepaskan kerana ingin popular sebagai ahli politik.
Akibatnya hari ini penjenayah curi laptop, pecah rumah, curi besi, curi cable, ragut, bunuh dan rogol berleluasa dilakukan khasnya yang bersangkutan dengan penagih dadah. 
Penagih dadah hari ini cukup ganas, mereka hilang kewarasan dan peri kemanusiaan sanggup membunuh dengan kejam di bawah pengaruh dadah. 
Hampir setiap minggu ada berita penangkapan bungkus-bungkus dadah yang bernilai jutaan ringgit. Bukan setakat di sempadan, lapangan terbang malah terdapat makmal-makmal dadah di kondo mewah di tengah-tengah ibukota.
Rakyat ditenteramkan dengan statistik kadar jenayah yang sudah menurun. Betulkah? Jika betul, kita tidak sepatutnya takut dan bimbang keluar malam di Putrajaya untuk keluarkan wang di mesin ATM. Minggu lepas isteri rakan diekori sebaik keluar dari mengeluarkan wang di mesin ATM di Putrajaya. Putrajaya, kota aman damai tidak berpagar. Takut? Ngeri?.

Sunday, February 10, 2013

USAH CURIGA PERTEMUAN MUSA HASSAN DENGAN ANWAR IBRAHIM

Blogger Mohd Sayuti Omar nampaknya kurang senang apabila mengetahui bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan telah menemui Anwar Ibrahim beberapa hari lepas. 
Beliau seolah-olah curiga tentang keikhlasan Musa Hassan. Manusia seperti MSO ini tidak pernah berlapang dada untuk melihat perpaduan di antara Melayu dan Islam Negara ini. Sentiasa berperangsangka buruk terhadap orang lain.
Semua pihak maklum bahawa Musa Hassan sebelum ini telah menarik balik samannya terhadap Anwar Ibrahim. Musa telah membuat satu laporan polis terhadap Anwar kononnya beliau telah melindungi fakta dalam siasatan ke atas satu kes membabitkan Anwar Ibrahim. 
Sebenarnya penarikan balik saman oleh Musa itu adalah atas kehendak Anwar Ibrahim melalui peguam Anwar sendiri. Musa tidak pernah menyesal dengan perbuatannya terhadap Anwar semasa menjadi seorang pegawai polis dahulu.
“Berhubung pertemuan Musa dengan Anwar itu, saya difahamkan Musa dikatakan telah berbincang sesuatu yang agak menarik dengan Anwar dan dalam pertemuan itu Musa juga telah membuat pengakuan berhubung kes liwat yang didakwa ke atas Anwar sebagai satu daripada strategi politik” diantara tulisan MSO yang cuba memutar belitkan fakta dalam blognya.
MSO tidak harus curiga dengan Musa, kerana tindakan ini dibuat apabila Anwar sendiri telah tersilap mengheret Musa dalam masa yang sama Musa sendiri keciwa dengan politikus-politikus yang berkuasa kerana sering menganggu tugas beliau.

Wednesday, February 6, 2013

BAGAIMANA UMNO SABOTAJ CALUN 'PARACHUTE'?

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menggesa Jawatankuasa Disiplin UMNO perlu mengambil tindakan disiplin terhadap ahli parti yang didapati melakukan sabotaj kepada parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau berpendapat tidak ada gunanya mengambil tindakan disiplin kepada ahli yang sabotaj selepas pilihan raya. 
Menurut Ahmad Maslan antara unsur sabotaj yang dilakukan ahli sebelum pilihan raya ialah seperti menutup Pusat Daerah Mengundi (PDM) lari daripada tugas parti dan menyokong pembangkang. Akibat sabotaj ini telah menyaksikan bagaimana BN tumbang di Kedah dalam pilihan raya umum 2004. 
Asasnya apabila nasi telah menjadi bubur masa itu sudah terlambat dan semuanya akan hanya meninggalkan kenangan pahit yang akan tercatat dalam lipatan sejarah. 
Di negeri Kedah sekarang pun sudah ada bunyi-bunyi sumbang di belakang yang menyatakan akan berlaku kerja-kerja keji tersebut khasnya apabila Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang menang melalui politik wang tidak dicalunkan di dalam PRU13 nanti. Mereka hari ini dilihat berhempas pulas konon bekerja kuat. Sejauh mana keikhlasan mereka ini sama-sama lah kita saksikan bagaimana mereka 'bebai' apabila nama mereka tidak dicalunkan.
Realitinya untuk mengambil tindakan disiplin kepada pembelot-pembelot ini bukan lah mudah. Tindakan yang mereka lakukan sungguh halus sehingga mangsa sabotaj itu sendiri tidak menyedari langsung bahawa beliau disabotaj. 
MR ingin mendedahan satu kajian kes oleh seorang rakan bagaimana sabotaj dilakukan keatas calun Parlimen Merbok dalam PRU12 2004, Zam Maidin. 
Kawasan ini dijadikan kajian kes atas fakta sejarah kawasan tersebut seringkali diwakili oleh calun payung terjun dan mudah mendapat maklumat, kerjasama dan ‘tracking’ modus operandinya. 
Kawasan ini sejak dari awal diwakili oleh Khir Johari, Daim Zainudin dan Zainudin Maidin. Semua mereka ini bukan anak tempatan tetapi anak Kedah tok-tok yang berjaya di luar negeri Kedah. Mereka dilabelkan sebagai calun 'parachute'.
Apabila nama Zam Maidin disebut-sebut akan menjadi calun Parlimen Merbok kaki sabotaj di kalangan UMNO Bahagian telah melancarkan angin buruk menyatakan Zam seorang yang lidah bercabang kerana dulu Zam pernah menyatakan tidak mahu terlibat politik. Zam juga difitnah mengatakan beliau seorang mamak yang kedekut, sombong dan tidak datang dari akar umbi UMNO. 
Banyak aktiviti UMNO Bahagian telah memboikot Zam dengan tidak menjemput beliau malah ada yang dianjurkan secara eksklusif di kalangan penyokong mereka sahaja. Sesetengah majlis yang dihadiri Zam penganjurnya langsung tidak ‘address’ beliau walaupun pada masa tersebut Zam masih Senator, Zam dibuat seperti kera sumbang di dalam majlis tersebut. 
Zam melantik seorang ghurka untuk bergerak dan pergerakkan aktiviti masyarakat mula berjalan dengan disusun oleh ghurka tersebut. Zam mendekati masyarakat melalui NGO’s dan persatuan-persatuan yang tidak didekati UMNO. UMNO lebih asyik dengan kelompok mereka sahaja, 'vacuum' ini diambil kesempatan dengan bijak oleh Zam. Zam mendekati PIBG, Persatuan Pesara & Veteran, Persatuan Belia, Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan Imam-Imam dll khasnya mana-mana juga kelompok yang dipinggir UMNO telah memberi sambutan yang hebat kepada Zam. Pendekatan ini telah menambat hati pengundi atas pagar. Zam sebenarnya bukan ada wang dan merupakan seorang yang pokai dan bukan koporat seperti Daim Zainudin, beliau hanya bergerak menggunakan wang simpanan tabung haji dan ASN/ASB. Tetapi sebaik secara resmi penamaan calun nama Zam diumum baru lah beliau mendapat sokongan dan bantuan kewangan dari rakan-rakan yang simpati.
Sehinggalah PRU13 Zam masih disabotaj oleh kumpulan ini . Mereka berjaya mendesak Pak Lah yang lembik untuk menendang Zam keluar Parlimen Merbok. Mereka menabur fitnah mengatakan Zam sudah tidak laku di kawasan Merbok.  Akhirnya yang mereka kejar tidak dapat yang dikendong keciciran. Balik Pulau Bayan Lepaih, Sana Terpelau Sini Terlepaih. Kedah jatuh ke tangan PAS.
Itulah kerja-kerja kaki sabotaj yang hidup senang lelang pada musim pilihanraya umum tanpa apa-apa tindakan disiplin.

Tuesday, February 5, 2013

MENGAPA TUAN GURU NIK AZIZ TIDAK SETUJU PSY GANGNAM DATANG PULAU PINANG?

Membaca berita dalam akhbar rakan alumni MR, Datuk Hishamudin Yaakob - Sinar Harian berhubung dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membantah BN membawa penyanyi popular Korea, Psy untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang pada 11 Febuari ini membuat MR tertawa keseorangan. 
MR kurang pasti samada Nik Aziz pernah menonton persembahan PSY di dalam Youtube atau tidak, tetapi bantahan Nik Aziz mesti bersangkutan dengan pengaruh Psy yang begitu besar dalam saluran media sosial itu. 
Terkini pengunjung Psy di 'channel' Youtube telah mencecah 1.23 billion trafik dan telah meledak menjadi satu fenomena raksaksa di alam media maya. 
Nik Aziz sedar akan pengaruh ini dan cukup bimbang jika di akhir persembahan Psy, Psy akan berkempen “Vote for Barisan Nasional!”. Jika ini berlaku nescaya ia akan meruntuhkan Kerajaan rakan Nik Aziz, Lim Guan Eng dan Karpal Singh di Pulau Pinang. 
Nik Aziz haruslah 'gentlemen' dan tidak harus cemburu dan risau dengan fenomena Psy akan menghanyutkan artis PAS, Abby Abadi, Bob Lokman, Aishah dan Hairi Othman kerana artis-artis ini ada genre nya yang tersendiri di kalangan Mak Long, Mak Ngah dan Mak Teh dalam bahasa mudah yang melengkong, yang mengah dan yang letih. 
Walauapa pun, yang cukup menghairankan pengundi muda ialah sejak bila Nik Aziz pandai menonton Youtube? Kerana menurut Nik Aziz beliau tidak menonton video Anwar dengan China Doll.

Monday, February 4, 2013

KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH

MR berkesempatan hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2013 yang lepas. 
Kampus barunya tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling. Kampus yang berkeluasan 360 ekar itu mampu menempatkan seramai 7000 pelajar kelak pastinya bakal menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan tersebut. 
MR dimaklumkan bahawa harga rumah yang baru dibangunkan oleh anak Syarikat Kerajaan Negeri, Darulaman Realty juga telah melambong harganya. 
Di dalam ucapan MB Ustaz Azizan Razak yang juga merupakan Pengerusi KUIN telah menyatakan KUIN dibina tanpa bantuan kerajaan pusat. Untuk mengesahkan kenyataan beliau supaya disimpang dari kenyataan politik, MR berkesempatan bertemu dengan Rektor KUIN dan beliau mengesahkan kenyataan tersebut. 
Kos yang dibina sebanyak RM320 juta ternyata ‘not even a single cent from Federal Govement’. Sumber dananya 20% dari Kerajaan Negeri dan 80% lagi dari ‘self generated’ atas usaha dan inititif sendiri melalui sumbangan dan pinjaman. 
Apa yang menarik kenyataan Ustaz Azizan telah dicanggah oleh Pengerusi UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah dengan katanya bahawa pinjaman yang diberi oleh Bank Islam dan Affin Islamic Bank untuk pembinaan KUIN merupakan sokongan GLC Kerajaan Persekutuan sebagai sokongan modal. Ahmad Bashah juga menegaskan bahawa pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar KUIN juga dikira sebagai bantuan daripada kerjaan pusat. 
Hujah ini ternyata sungguh tidak cerdik datang dari seorang pemimpin yang sedang diwar-warkan bakal menjadi MB Kedah jika BN berjaya menawan kembali Negeri Kedah. Pemimpin seharusnya berhati-hati di dalam mengeluarkan   apa-apa juga hujah khasnya yang melibatkan pendidikan dan pengajian tinggi kerana kenyataan mereka sedang dianalisa  para cerdik pandai dan golongan intelektual.
Lojik akalnya mana sebuah bank yang akan memberi pinjaman jika sesebuah projek itu tidak berdaya maju. Khasnya kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Tindakan bank meluluskan pinjaman bukan di atas dasar arahan Kerajaan Pusat tetapi ia berdasarkan pertimbangan komersial semata-mata. 
Begitu juga pinjaman PTPTN, pinjaman tersebut adalah hak pelajar yang sememangnya wajib diberi Kerajaan kepada pelajar walaupun di mana juga mereka menuntut tanpa mengira di mana institusi pengajian tinggi tersebut. Jika pelajar-pelajar tersebut gagal melunaskan pinjaman mereka mereka juga akan dikejar oleh PTPTN sehingga ke lubang cacing.
Hakikatnya KUIN hari ini berdiri teguh tanpa bantuan Kerajaan Pusat. Waris dan pengundi di atas pagar akan terpahat diminda mereka bahawa Kerajaan Pusat telah menghukum rakyat kedah kerana memilih PAS. 
Memetik kembali kata-kita hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa “bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa depan. Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan" ref Utusan Online.
Konklusinya di dalam hal ini tidak ada siapa yang betul dan tidak ada siapa yang salah. Hakikatnya hari ini demi kesejahteraan rakyat Melayu dan umat Islam semua pihak harus bersatu kerana semua pihak saling perlu memerlukan. Jika tidak padahnya lambat laun kita akan dihancurkan oleh Yahudi dan Nasrani.