Wednesday, March 19, 2014

ADA EXCO KEDAH YANG SUDAH MULA CANGKUL KEKAYAAN.



Belum setahun jagung umur dilantik sebagai exco Kerajaan negeri Kedah kini sudah nampak  bunga-bunga awal kemewahan seorang exco apabila mula bergentayangan melagak kekayaan dengan membida plet KDT 9 sebanyak RM26,600 (Ringgit Duapuluh Enamribu Enam Ratus Sahaja).

BN yang baru mengambil alih memerintah Kedah dan masih tidak nampak apa satu pembaharuan yang dibuat sebaliknya apa yang rakyat dapat lihat segelintir pempimpin kini sedang berlumba-lumba mengejar kekayaan.

Pemimpin BN Nampak suka berpesta dan berhiburan dengan konsert K-Pop dan Maharaja Lawak. Jika MB Mukhriz gagal menyekat barisan exconya yang leka dan lalai memperkudakan rakyat maka tidak mustahil rakyat akan berbalik kepada pemerintahan pembangkang.

Aktiviti-aktiviti keagamaan yang dekat dengan Mukhriz seperti kejayaan "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" akan dilihat hanya lakonan di mata rakyat. Depan lain belakang lain.
Jangan sampai pengundi melabelkan keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

Monday, March 17, 2014

APAKAH KEHILANGAN MH370 BERPUNCA DARI KERUGIAN MAS?



Di tengah-tengah kemelut pencarian MH370 tiba-tiba muncul Kumpulan TIGASUKU. Dunia pecah perut dengan kelakuan Kumpulan TIGASUKU yang melakukan kerja-kerja bodoh menilik konon untuk mencari pesawat MH370 yang dibawa lari.

Pakar-pakar penerbangan, kapalterbang dan angkasa lepas hampir setiap hari berbuih mulut mengupas dari berbagai sudut dan teori dengan mengunakan istilah-istilah teknikal seperti radar, satelit, transponder, Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS). Tiba-tiba muncul Kumpulan TIGASUKU dengan membawa bubu, burung garuda hitam, buah kelapa muda, tongkat buluh, raga bawang, teropong kuning mati beragan, orang bunian dan cerita-cerita bodoh tidak masuk di akal sehingga menjadi bahan tertawa satu dunia.

Untuk menyakinkan orang ramai Kumpulan TIGASUKU  ini mendakwa diarah oleh pemimpin tertentu dan disemat pula pin logo 1Malaysia di baju kot yang mereka pakai di samping menayang gambar-gambar mereka bergambar dengan beberapa tokoh politikus tertentu.

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim mengambil kesempatan dalam parlimen untuk menghentam Kerajaan Najib dengan kelakuan Kumpulan TIGASUKU ini.  
Di sebalik keghairahan mempolitikan isu ini tiba-tiba akhbar Britain, Daily Mail melaporkan spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370, dikaitkan dengan teori kemungkinan pesawat tersebut dirampas juruterbang Zaharie Ahmad Shah sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan  Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Anwar melenting dan dengan keras menafikannya.

MAS sebulan sebelum dirampas telah mengistiharkan kerugian sebelum cukai RM1.152 bilion untuk tahun kewangan 2013 daripada RM424.801 juta untuk tahun kewangan 2012. 
Susulan dari itu CEO nya Ahmad Jauhari Yahaya menyatakan MAS akan mengambil langkah-langkah meningkatkan usaha untuk mengurangkan kos, memberi fokus kepada kos legasi, di samping meningkatkan penggunaan bagi memacu trafik dan pendapatan.

Pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya. Untuk itu MAS telah menghentikan operasi dua pesawat B777 dan akan menghentikan kesemua pesawat B734 secara berperingkat dan ini akan menyaksikan pengurangan kos bahan api sebanyak 15%.

Disamping tekanan kerugian MAS juga tidak sunyi ditekan oleh politikus-politikus seperti kenyataan kononnya ada 'tangan ghaib' di dalam Malaysia Airlines sehingga menyebabkan syarikat penerbangan nasional itu mencatat kerugian berjumlah RM1.17 bilion. 
Dakwaan itu dibuat oleh  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi kononnya individu terbabit masih berada di belakang pengurusan syarikat penerbangan itu sehingga kini. Susulan itu beliau mendesak Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahya meletak jawatan dan bertanggungjawab di atas kerugian MAS. Malah beliau dengan angkuh mendesak gaji Ahmad Jauhari dipotong bagi menampung kerugian yang ditanggung MAS.

Persoalannya apa kah tindakan mengurangan kos dengan menghentikan beberapa laluan dan operasi B777 tidak akan menjejaskan periuk nasi dan moral kakitangan MAS?

MR ingin siarkan di sini satu tulisan menarik oleh Jam Gerak dari Teluk Kumbar Pulau Pinang (orang negeri Kaptain Zahrie Ahmad Shah) yang disiarkan dalam ruangan forum Utusan Malaysia pada 27/2/2014:

Topik kerugian MAS hangat semula
JAM GERAK
Teluk Kumbar, P. Pinang

SAYA terpanggil untuk menulis berkenaan dengan kerugian yang ditanggung oleh MAS hingga RM1.17 bilion, apakah puncanya? Siapa yang bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut?

Berapa ramaikah di kalangan rakyat Malaysia mengetahui hak-hak syarikat penerbangan negara (MAS) telah diberikan kepada syarikat tambang murah selepas beberapa tahun ditubuhkan?

Waran perjalanan (CATW) dikeluarkan oleh jabatan-jabatan kerajaan membenarkan penjawat awam menggunakan syarikat tambang murah.

Visa Dalam Rujukan (VDR) untuk pekerja asing sah memasuki Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen juga membenarkan syarikat tambang murah digunakan, hak negara sudah diselewengkan.

Beberapa tahun kemudian kontrak mengangkut jemaah haji diberi kepada syarikat tambang murah kemudian dikembalikan kepada MAS kerana MAS mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun sebelum itu.

Kontrak untuk mengangkut tentera untuk misi keamanan antara bangsa diberi kepada syarikat tambang murah. Siapakah yang bertanggungjawab di atas empat perkara di atas? Pagar makan padi yang menyebabkan MAS rugi berbilion ringgit.

Dengan tambang yang murah dikenakan dengan perkhidmatan sebegitu sudah tentu menjadi pilihan janji sampai ke destinasi.

Justeru MAS perlu segerakan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah untuk bersaing di padang yang sama rata. Mengapakah MAS terlalu perlahan dalam perkara ini?

Apabila syarikat tambang murah tertentu ditubuhkan oleh individu tertentu, pesaing terdekat MAS di seberang tambak serta merta mereka menubuhkan syarikat tambang murah, tetapi MAS tidak berbuat apa-apa.

Sudah sampai masanya Firefly dijadikan syarikat tambang murah sepenuhnya dan bersaing dengan syarikat penerbangan murah lain untuk mengelak MAS mati lemas.

MAS adalah hak negara dan syarikat tambang murah kepunyaan individu tetapi kepentingan MAS diketepikan. Pengurusan tertinggi MAS perlu digantikan.

Apa sudah jadi dan apa akan jadi kepada MAS?

Sunday, March 16, 2014

IKUTI YOUTUBE NAZRI AZIZ LANCAR KONSERT YANG MERAGUT 6 NYAWA


KONSERT GILA YANG MERAGUT 6 NYAWA



Di tengah-tengah kesedihan dan kesibukan umat Islam negara ini memohon doa dan mengadakan solat hajat minta Allah SWT menyelamatkan nyawa penumpang-penumpang pesawat MH370 yang masih tidak tahu apa yang sedang berlaku dan entah kemana pesawat MH370 dibawa lari, negara dikejutkan dengan insiden kematian seramai 6 remaja di dalam Konsert Future Music Festival Asia.
Nyawa mereka diragut dadah sintetik dan 3 lagi sedang krtikal akibat dari pengambilan dadah yang melampau bagi tujuan mendapat kerseronokan hiburan yang maksima semasa konsert tersebut.
Sebenarnya penganjuran konsert jenis ini bermula pada tahun 2012 lagi di Litar Sepang dan pencapaian tertingginya adalah pada tahun 2013 apabila pengunjung ke konsert ini mencecah hampir  55,000 orang. Ianya bukan satu konsert biasa tetapi ianya adalah satu konsert yang luar biasa keseronokkannya.
Di sebalik hidangan hiburan percuma di media-media social Youtube, TV dan lain-lain penganjur mampu menarik pengunjung sehingga 55,000 orang ianya dikira memang hebat sebagai himpunan anak muda atau mungkin pengundi muda.
Walaubagaimanapun akibat lemak dengan kejayaan tahun lepas  penganjurannya diperhebatkan lagi. Tahun ini konsert tersebut sukar dikawal dan hasilnya enam remaja maut. 
Komen Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin di dalam sebuah akhbar katanya di kala negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca hingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan dan kehilangan MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan dengan anak-anak muda terkinja-kinja berpesta.
Iqbal, Adam Mathew dan Rahul
Pengajur acara ini ialah Livescape Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan bersama oleh anak mamak Mydin, Iqbal Ameer. Iqbal menjadi co-founder bersama dua lagi rakannya Adam Mathew dan Rahul Kukreja.
Jika bapanya menjadi jutawan dengan rantaian hypermarket Mydin anak tidak harus mengambil pendekatan berniaga konsert yang konon alasan untuk menarik pelancung ke negara ini.  Kerana konsert dan dadah seperti isi dengan kuku saling berkait rapat di antara satu sama lain.
Sejauh mana kita percaya dan yakin penganjuran konsert dapat mencapai angka kemasukan 28 juta pelancung melalui kempen Visit Malaysia Year 2014 ke dalam negara ini?
Kerana dengan kerajaan meluluskan penganjuran konsert gila seperti ini ia bersamaan dengan secara langsung membuka gelanggang dadah untuk dijual beli.

Tuesday, March 11, 2014

MH370 SANGKUT DI ANTARA LANGIT DAN BUMI

Amalan tahyul dan menyimpang dari Islam
Di dalam proses pencarian MH370 sebagai umat Islam kita tidak boleh lupa merujuk kepada Al Quran dan Hadis.
Jangan kita dikusutkan lagi dengan kemunculan bomoh, dukun, kahin dan ahli sihir yang semua ini akan menyesatkan lagi aqidah umat Islam. 
Rujuk  apa firman Allah SWT dalam Al Quran:
1. Al Hadiid ayat 4 
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
2. Surah Ibrahim ayat 38 
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah. 
3. Al Hujerat ayat 18 
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. 
4. AzZumar ayat 46 
Ucapkanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya. 
5. Surah Faatir ayat 038. 
Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. 
6. Surah Al Furqaan ayat 006. 
Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
7. Surah Al An'aam ayat 003 
Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga mengetahui apa yang kamu usahakan. 
8. Surah AnNuur ayat 064. 
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jua lah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. 
9. Surah Al' Ankabut ayat 052. 
Katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah menjadi saksi (yang mengetahui perkara yang berbangkit) antaraku dengan kamu; Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan mereka yang percaya kepada perkara yang salah dan tidak percaya kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi.

Saturday, March 8, 2014

INI LAH KUALITI BERITA STESYEN TV TEMPATAN DALAM MEMBUAT LAPURAN INSIDEN KEHILANGAN PESAWAT MAS

In this photo released by China's Xinhua News Agency, reporters crowd at Terminal 3 of Beijing Capital International Airport in Beijing, China Saturday, March 8, 2014 following a report that a Malaysia Airlines Boeing 777-200 lost contact on a flight from Kuala Lumpur to Beijing. (AP Photo/Xinhua, LuoXiaoguang)
Seorang Facebooker yang perihatin telah postkan kenyataan ini di laman nya yang MR sendiri dapati ia sangat berasas bagaimana kualiti dan sensitiviti liputan berita stesyen TV tempatan kita.
Perkara ini bukan amalan baru mungkin sudah lama berada dalam zon selesa khasnya RTM (Rehat Tunggu Mati).
"TV di Negara lain dok kalut lapor pesawat MAS hilang...TV1 dok tayang nyanyi dlm apa kata wanita, TV2 tayang Hero Dapur, TV3 tayang Drama Korea sembang dgn anjing...bengongggg betoi....CNN dok kalut lapor kat kita kes nii...tq CNN..".

Friday, March 7, 2014

DOA SAIFUL AKHIRNYA DIMAKBULKAN



PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, pada Jumaat terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.

Mahkamah Rayuan telah memberi tempoh sejam kepada peguam Karpal Singh untuk menyediakan mitigasi bagi Anwar, sebelum mahkamah bersidang semula pada pukul 6.15 petang ini untuk menjatuhkan hukuman.
Berita dari mstar.com.my

KOMEN
Akhirnya doa Saiful di depan multazam Baitullah pada tahun 2010 dikabulkan.
Walaubagaimanapun kita lihat apa pulak agenda Anwar Ibrahim selepas ini.
PRK Kajang bukan rezki Anwar Ibrahim. 

Friday, February 28, 2014

ROSMAH BEKORBAN APA SAJA UNTUK RAKYAT- "TETAPI JANGAN SAMPAI BERBOGEL"

Jika P Ramlee sanggup berkorban apa saja termasuk harta atau pun nyawa demi kasih yang sejati apa kurangnya isteri PM DS Rosmah yang terpaksa berkorban hobi kesukaannya bermain badminton hanya demi menumpukan masanya untuk rakyat. 
Ini termasuk juga hobi nya di dalam bidang fesyen yang juga telah dicuri oleh rakyat. Rosmah juga merungut disebalik pengorbananya yang besar itu masih ramai lagi rakyat yang yang tidak kenang malah menyatakan beliau tidak betul.
Memetik dari lapuran Malaysiakini (pemenang the Best Online Media anugerah dari Zahid Hamidi) melapurkan-
“Everything has been taken away from me, including my time, including my hobbies. I don’t get to play badminton now because I am very busy doing things for the rakyat. If that is still not right then I don’t know what to say” (malaysiakini). 
Sesungguhnya rakyat sungguh kejam kepada Rosmah. Apa lagi yang rakyat mahu?
Beliau dalam ucapannya semasa merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pernah merungut kepada suaminya kerana tidak dapat berpakaian cantik sekarang mungkin juga atas alasan rakyat telah mencuri pakaian cantiknya. 
Tidak mustahil sebelum pilihanraya ke 14 ini Rosmah akan terus melalut, merapu dan mereben. 
Walaubagaimanapun sama-samalah kita berdoa semoga isteri tercinta Perdana Menteri ini tidak sampai ke tahap berbogel kerana menyalahkan rakyat mencuri pakaiannya kelak.

Monday, February 24, 2014

KEMANA PEMBAHAGIAN BAJET JABATAN PERDANA MENTERI SEBANYAK RM16.45 BILLION?

Di antara jabatan yang 'enjoy' dari bajet JPM ialah PEMANDU dengan jumlah RM39.2 juta. Ikuti posting blogger Helen Ang helenang.wordpress.com.

Siapa kah Pemandu?
 Seorang berjawatan Senior Analyst unit Pemandu, yakni kakitangan penasihat Perdana Menteri, yang pernah mengundang kontroversi pada suatu masa dulu

Sunday, February 2, 2014

AKHIRNYA BARISAN NASIONAL TELAH KENAL PASTI CALUN YANG SUPERHEBAT BAKAL BERHADAPAN ANWAR IBRAHIM DALAM PRK KAJANG.



Pilihanraya Kecil Kajang yang diadakan secara suka-suka oleh Pakatan Rakyat dilihat bukan gelanggang politik BN.
Pengundi Kajang akan mengundi sesiapa sahaja asalkan bukan BN. Kerana bagi mereka calun PKR seperti tuhan. Atas alasan ini Pakatan Rakyat maha yakin mereka akan menang kerana telah berjaya memperkotakkan pengundi Kajang.
Pengundi Cina Kajang kini tegar menyokong pembangkang waima diletak calun Cina sehebat Lee Chong Wei sekali pun pasti beliau akan tewas.

Seharusnya BN tidak membuang masa, membazir wang dan berkempen dengan meletak tokoh-tokoh hebat kerana sudah pasti 'sap-sap suey' calun BN itu akan disembelih hidup-hidup oleh pengundi Kajang. 
BN harus menyimpan tokoh-tokoh hebat ini untuk PRU14 yang akan datang yang dijangkakan lebih sengit dan mencabar. Usah membazir tokoh yang ada.

Bagi menghadapi Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang ini calun BN yang paling layak, kuat, hebat dan sesuai untuk pengundi Kajang ialah dengan meletak calun Tokong Cina atau To Pek Kong untuk berhadapan dengan Awar Ibrahim. 
Tok Pek Kong ini akan berkempen dengan sendirinya dan mengeluarkan jutaan wang kertas untuk ditabur kepada pengundi-pengundi Cina di Kajang.

‘Reward’ atau hadiah kepada pengundi-pengundi Kajang yang membatu kerana tidak mahu menilai jasa-jasa perkhidmatan tokoh kepimpinan yang terdahulu haruslah bersamaan dengan batu juga.

Tokong yang diperbuat dari batu itu mungkin boleh memberi perkhidmatan yang terbaik dan superhebat kepada pengundi-pengundi Kajang kerana bertaraf tuhan.
Akhirnya pengundi Kajang juga yang akan untung kerana sesiapa juga yang menang dalam PRK ini kedua-duanya bertaraf 'tuhan'.