Tolong jangan sentuh isu sekolah satu sistem kerana ia berbau perkauman. Marilah kita semua akur dengan desakan ini dan terimalah dengan sistem yang ada ini.
Hari ini perkara utama yang harus kita tumpu ialah menambahbaikkan, meningkat taraf dan mencemerlangkan sistem pendidikan yang ada.
Kerana hakikatnya di sinilah sekolah yang ramai pelajar Melayu. Jangan ada kasta. Sekolah di kampong dan sekolah dibandar jauh berbeza. Ada sekolah elit ada sekolah palat. Sekolah elit di lengkapi dengan guru-guru yang pakar “first class” manakala sekolah palat adalah sekolah-sekolah yang kelas rendah di pekan-pekan kecil. Sekolah-sekolah palat dilengkapi guru-guru yang blacklist dan yang dibuang daerah seperti disiplin ponteng, berniaga (MLM jual kain dsbnya), berpolitik (berpuak-puak) dan berbagai-bagai salahlaku lagi.
Persoalannya sejauhmana bukti kesungguhan kerajaan Melayu berusaha bersungguh-sungguh berusaha menaikan kualiti sekolah-sekolah ini? Contoh isu dari beberapa isu yang ketara ialah kesesakkan pelajar dalam satu-satu kelas kerapkali sampai 40 pelajar satu kelas. Guru pun pening kepala untuk mengingati nama-nama pelajarnya. Jauh sekali untuk menyelami psycology pelajar-pelajar dibawah didikan mereka. Isu ini makin menebal setiap kali di kawasan penempatan baru. Mana bukti yang isu ini ditangani?
Jika isu yang didepan mata sebegini pun tidak diperjuangkan dengan berjaya bagaimana pemimpin Melayu hari ini layak bercakap untuk merubah sistem pendidikan yang ada kearah satu reformasi sistem yang berteraskan semangat kebangsaan.
Malah anak-anak mereka sendiri pun dihantar ke sekolah-sekolah elit kerana mereka sendiri tidak yakin dengan sekolah yang ada. Ini telah mewujudkan kasta di dalam klasifikasi sekolah-sekolah di negara ini.
Penjajah Inggeris telah berjaya meninggalkan MCKK, Victoria Institution dan beberapa sekolah elit. Mengapa di bawah kepimpinan Melayu selepas Merdeka gagal melahirkan ribuan MCKK di negara ini?
Hari ini pemimpin Melayu ditertawakan oleh Dongjiazong kerana mereka gagal menaikan mutu sekolah mereka sendiri.