Sunday, July 31, 2011

Syed Ahmad Jamal meninggalkan "Langit Dan Bumi"

Karya SAJ di KLCC "Langit dan Bumi"
Alfaa tihah .. "Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali"

Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini, kira-kira 10 malam semalam.

Perkara itu disahkan sumber dari Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara yang dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd. Noor dan dua anak lelaki.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni. – Bernama

Saturday, July 30, 2011

Norman dan Memey Suhaiza bebas dari hukuman emosi

mStar
Apabila membaca akhbar hari ini bahawa pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu blog MR terpanggil untuk memberi sedikit komen ringkas.

"Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan," kata Norman. (mStar)

Hakikatnya hukuman emosional lebih parah dari hukuman penjara atau denda. Persepsi dan tangapan masyarakat selama tiga tahun sebenarnya sukar digambarkan bagaimana bahu yang memikul dari mata yang melihat.

Ini tidak tidak diambil kira kejejasan pendapatan kerana tidak diambil berlakon oleh penerbit yang takut drama atau filem mereka kerugian.

Apapun itulah ‘behavior’ masyarakat Melayu yang mudah dihiburkan dengan gossip dan persepsi negatif. Mereka mudah ditanamkan persepsi-persepsi negatif ini sehingga terlekat di dalam ‘memory file’ otak mereka perkara-perkara yang tidak benar menjadi benar dan perkara-perkara benar menjadi tidak benar.

Menyedari kelemahan ini ramai politikus-politikus yang bijak dengan ‘psywar’ mengambil strategi ini untuk memutar belitkan fakta yang sebenar.

Daripada video sex yang benar berlaku menjadi tidak benar dan daripada cerita cincin berlian RM24.4 juta kononnya milik DS Rosmah yang tidak benar diasak seperti benar.

Berbalik kepada Norman dan Memey MR mengambil kesempatan ini untuk berdoa kebahagian Norman dan Memey yang akan diijabkabulkan pada 24 September ini.

Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya,kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka.

Thursday, July 28, 2011

Jawapan kepada Ku Seman - Politik Kedah macam 'Keling Karam Kapal'

Saudara Ku Seman,
Ada tepatnya komen dan pandangan tuan di dalam posting saya yang lepas. Tetapi menyerah bulat-bulat kepada pemimpin negeri, daerah dan bahagian tidak 'applicable' kepada negeri yang dilanggar Garuda Pakatan Rakyat seperti Kedah Darul Aman.

Pendekatan pandangan Garuda atau 'Birds Eye View' bagi isu politik di Kedah sudah lapuk.

PM seharusnya mendekati PENGUNDI ATAS PAGAR (PAP) khasnya ruang-ruang lompang yang tidak pernah UMNO dekati i.e 'the grey community' yang sedang memerhati tingkah laku lakonan orang-orang UMNO.

Di Kedah ruang-ruang ini semakin membesar. UMNO lebih gusar dengan kedudukkan mengekalkan kuasanya di mana terdapat pemimpin-pemimpin tertinggi di peringkat Bahagian telah mula menaruh impian untuk menjadi wakil rakyat dengan yakin dan penuh 'over confident' bahawa BN boleh menakluki semula Kedah Darul Aman dalam PRU13 yg akan datang.

PM Najib menjadi seperti bertih goreng, meletup sana-sini tetapi hangit ditemberang konco-konco UMNO yang seangkatan dengan beliau semasa beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.

Ketua-Ketua UMNO di Bahagian bergentayangan dengan baju Linen dan kasut muncung hitam berkilat menyembah PM tetapi kerja di kawasan mereka tidak buat malah politik dalaman bahagian porak peranda seperti "KELING KARAM KAPAL".

Mereka ini pantang ditegur dan mana-mana blog yang menegur mereka digodamnya habis-habisan dengan cacian dan makian.

Akhirnya UMNO ini menjadi harta 'mak nenek mereka' diperkudakan separuh mati. Yang kaya semakin kaya, yang kurap merayap-rayap.

Sunday, July 24, 2011

UMNO Kedah 'GORENG' Najib

BERITA BESAR! BERITA BESAR!

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan makan tengah hari bersama-sama rakyat Kedah sempena lawatan beliau ke negeri itu Khamis ini”.

Acara makan tengah hari masakan kampung dalam program kenduri itu dijadualkan di Padang Awam Guar Chempedak dan dijangka dihadiri 10,000 orang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata lawatan rasmi sehari Perdana Menteri itu bermula dengan lawatan pada sebelah pagi ke Masjid Taman Wira Mergong dibina oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM1.2 juta.

Ahmad Bashah berkata, Perdana Menteri kemudian akan bertemu orang ramai di tapak Pasar Tani Taman Wira, berdekatan masjid tersebut dan bersarapan bersama mereka di gerai di pasar tani berkenaan.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pula mengadakan pasar tani mega di Taman Wira, selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu ini sempena sambutan ketibaan Ramadan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri akan menghadiri majlis bersama masyarakat Cina di Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut dan selepas itu menghadiri kenduri rakyat di Padang Awam Guar Chempedak.

"Semua hadirin akan duduk secara bersila bersama Perdana Menteri pada majlis jamuan ini. Pada majlis ini juga upacara menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional (BN) akan dilakukan," katanya.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri perjumpaan dengan 10,000 belia di Stadium Mini Pendang dan diikuti pertemuan dengan rakan facebook beliau di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Najib akan menyertai jamuan makan malam bersama-sama 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra yang terbuka kepada orang ramai. - BERNAMA

Realitinya lawatan Najib ke Kedah bukannya bertemu rakyat Kedah tetapi hanya indah khabar dari rupa dengan berlegar-legar bersama konco-konco UMNO sahaja untuk menguatkan politik mereka.

Lawatan ke Taman Wira hanya untukmemulihkan kekuatan YB Datuk Ahmad Bashah yang ‘ratingnya’semakin menjunam kerana janji-janji lama hanya tinggal janji.

Lawatan ke Guar Chempedak untuk meletak tapas asas Senator Jamil Khir sebagai calun yang disebut-sebut dalam PRU13 yang akan datang.

Perjumpaan dengan 10,000 belia di Pendang hanyalah untuk memberi nafas politik kepada Datuk Rozai Shafian yang sedang tercungap-cungap seperti nyawa ikan dalam akuarium yang kehabisan air.

Hakikatnya pertemuan ini seharusnya di luar dari ‘inner circle’ UMNO di mana ketika ini hamba rakyat Kedah semakin hari semakin terasa kejauhan dengan Najib PM mereka.

Manakala kecintaan kepada Ustaz Azizan pulak semakin hari semakin bertapak di hati dan jiwa nurani mereka.

Kesimpulannya DS Najib masih lagi gagal membaca kehendak jiwa rakyat Kedah kerana masih dikongkong juak-juak UMNO yang hanya pandai mencium tangan Perdana Menteri tetapi tidak pandai mencium tangan rakyat.

Rakyat harus bersama Sultan

TUMPAT - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di Pantai Sri Tujoh di sini.

Majlis tersebut yang bermula pukul 10.30 pagi diadakan di situ kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong. "Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat. (sumber Kosmo)

Sunday, July 17, 2011

Najib harus membawa bersama Presiden Perkasa ke Vatican City

PM akan berjumpa Pope Benedict XVI dan Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di Castel Gandolfo, Rom di mana di antara agenda lawatan tersebut ialah meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Takhta Suci.

Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Ama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. dan ketua paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Supaya akhidah sentiasa terpelihara sebelum membuat keputusan beliau juga diiringi Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Apa pun perjumpaan ini bukan bermakna ini adalah langkah termakbulnya doa puak-puak paderi yang berdoa di dalam perjumpaan tertutup mereka di salah sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini untuk melihat negera ini pada masa hadapan dipimpin oleh Kristian dan menjadikan agama Kristian agama resmi.

Seharusnya Najib membawa bersama Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Saturday, July 16, 2011

Isu penutupan pusat hiburan di Kedah di bulan Ramadan- UMNO harus bersyukur

Banyak dasar-dasar Kerajaan BN dan UMNO di Kedah yang diteruskan oleh Kerajaan PAS di bawah MB Ustaz Azizan.

Yang terbaru adalah tindakan Kerajaan PAS Kedah untuk meneruskan satu lagi dasar murni UMNO dengan menutup pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadan seperti kenyataan MB Ustaz Azizan sendiri.

Ustaz Azizan mestilah bertegas dan tidak berganjak dengan dasar ini. Malah kalau ada sekali pun kutu-kutu miang yang keterlaluan nafsu mereka suruh sahaja mereka pergi ke sempadan.

Ini telah membuktikan acaun dasar pemerintahan BN yang lepas ternyata amat menepati dengan kehendak pemerintahan Islam PAS sendiri.

Bezanya BN atau UMNO tidak menggunakan perkataan Islam sebagai jenama parti mereka tetapi landasan perjuangan kearah menegakkan Islam melalui pendekatan yang lebih lembut, bijak, cermat dan berhemah ternyata tidak pernah diabaikan.

Hakikatnya sesiapa juga yang memerintah negara ini terpaksa akur untuk meneruskan dan mengguna pakai 'template' yang telah digubal oleh BN dan UMNO.

Mereka yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan’template’ ini hanyalah rakan karib PAS iaitu DAP khasnya Karpal Singh.

Seharusnya PAS 'membunuh' sahaja DAP dan selepas itu langkah sahaja mayat Karpal Singh seperti mana kehendak Karpal sendiri jika PAS berhasrat menegakkan syiar Islam dalam negara ini.

Dalam perkembangan semasa MR sangat berharap pembangkang Kedah BN dan UMNO supaya tidak capoi mulut membangkang isu ini.

Adalah lebih baik diam sahaja di dalam isu ini kerana tersilap membangkang UMNO akan terkangkang dengan menentang dasar murni mereka sendiri.

Dan yang lebih merbahaya silap-silap membangkang rakyat akan melihat mereka sealiran dengan Karpal Singh khasnya cakap-cakap Johari Baharum dan Ahmad Bashah Abu Hanipah.

"Kadangkala adalah lebih baik diam dari melalut tak ketahuan punca, takut-takut memakan diri mereka sendiri (siapa makan siapa?)" kata seorang ustaz.

Konklusinya UMNO harus bersyukur dasar mereka diteruskan oleh Kerajaan PAS Kedah dan mereka berada di atas landasan yang benar.

Friday, July 15, 2011

Raja Azmi ditangkap lagi dalam keadaan kusut masai

Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman tak habis-habis mencetuskan kontroversi. Dia ditangkap lagi pada pukul 9.45 pagi dalam keadaan kusut masai kerana sedang tidur di rumahnya di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.

Inilah akibatnya mengabaikan perintah mahkamah untuk menghadirkan diri kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengalaman bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya Pada 19 Ogos tahun lalu ternyata tidak mendatangkan serik kepada Raja Azmi yang kental, bersemangat seperti seorang jaguh badminton All England.

Hot Fm sesak dengan Usop Wilca

DJ terbaru dalam Hot Fm Usop Wilca telah tengelam timbul. Usop Nampak langsung tak sempat bercakap bukan kerana tidak ada modal tetapi lebih didominasikan oleh DJ AG, FBI dan Fafau.

4 orang dalam konti nampaknya sesak kerana terlalu ramai yang ingin bercakap. Usop sebagai DJ baru hanya dapat menambah di hujung-hujung perbualan sahaja.

Entah berapa lama Usop akan bertahan dengan slogan “kite bako aje….”.

Sunday, July 10, 2011

Captain America datang lagi untuk menyelamatkan kita


Che Det berkata, Amerika Syarikat (AS) kini sebenarnya sudah bankrap tetapi menafikannya kerana beranggapan ia masih menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Berikutan itu, beliau melabelkan AS sebagai sebuah negara yang gagal di dalam ekonominya.

”AS sebenarnya sebuah negara yang gagal kerana bankrap, mencatatkan defisit berganda dan wang yang mereka ada pun adalah wang cetak.

”Tapi AS masih mahu menyangkal kedudukan mereka (bankrap),” katanya ketika menyampaikan ucaptama di CEO Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.

Inilah hakikatnya yang berlaku kepada AS dan hari ini Hollywood terpaksa menerbit kembali filem Captain America sebagai usaha propaganda mereka untuk dibenamkan dalam minda anak-anak kita bahawa Amerika masih gagah dan kuat.

Inilah strategi halus supaya kita tidak mudah terlupa dengan Amerika yang gagah itu maka filem-filem yang menonjolkan kegagahan mereka pun diterbitkan.

Itulah peranan Hollywood yang sebenarnya tidak seperti penerbit-penerbit filem tempatan kita yang lebih gemar menerbitkan filem-filem hantu dan syaitan untuk menakut-nakutkan anak-anak kita supaya minda mereka menjadi jumud dan mundur.