Monday, December 31, 2012

INILAH AKIBATNYA APABILA RUMPUT BERGOYANG

Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.
Inilah akibatnya bila alam berbicara atas kehendak Allah SWT. Kata penyanyi Ebiet G Adie: 
“mengapa di tanahku terjadi bencana?" Jawabnya - Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita, yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita. Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.
Jangan pandang kecil rumput yang bergoyang. Kerana apabila rumput yang kerdil itu bergoyang ini menandakan akan berlaku keruntuhan tanah yang besar tidak kira siapa tuan ampunya mahligai yang mewah itu.

Friday, December 28, 2012

TAHNIAH! APEK DAH SAH CENGKAM BOLA.

mStar
Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21. 
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat. 
Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey. 
"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar. (mStar Online) 

KOMEN: 
Tahniah! Sudah terbukti kecekapan Apek secara sah mengcengkam bola. Semoga akan hilang segala kontroversi yang telah melanda penjaga gol utama negara ini.
Dan harap-harap selepas ini Apek kembali cekap beraksi menangkap bola di padang pula.

KENALKAH KITA SIAPA DALAM PAKATAN KITA?

Sambutan Hari Krismas Lim Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH dengan mendesak supaya Kerajaan Pusat membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu. 
Kenyataan provokasi ini telah melondehkan Lim Guan Eng dan DAP yang merupakan wakil Yahudi dan Nasrani untuk mememecah belahkan sesama umat Islam Negara ini. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 : 
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120). 
Kenyataan LGE ini merupakan batu api yang jelas, musuh kepada Islam dan tidak sepatutnya di bawa dalam pakatan untuk memberi walaupun satu kerusi memerintah negara yang majoriti umat Islam ini. 
Parti-parti politik Melayu dan Islam yang bersekongkol dengan mereka ini harus sedar dengan siapa mereka berpakat. 
Hakikatnya LGE dan DAP bukan lagi musuh di dalam selimut. Jika dibiarkan demokrasi dalam negara ini akan meratah umat Islam sedikit demi sedikit.

Wednesday, December 19, 2012

MELAYU HARUS MEREBUT LAYANAN ISTIMEWA DALAM DAP

Pepatah Inggeris ada mengatakan “New Broom Sweeps Clean” yang membawa maksud ‘Someone who is new in a particular job will do a very good job at first, to prove how competent he or she is’. 
Jika diterjemahkan ke bahasa Melayu “Penyapu Baru Cuci Calat” yang membawa maksud ‘Seseorang yang baru dalam jawatan tertentu akan melakukan kerja yang sangat baik pada mulanya, untuk membuktikan kompetensinya’. 
Begitu jugalah jika pepatah ini dikaitkan dengan kenyataan Senator DAP Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam. 
Beliau yang baru menyertai DAP pada tahun 2011 dilantik sebagai Senator dan baru-baru ini dilantik sebagai jawatankuasa tertinggi CEC DAP gediknya lain macam seperti penyapu baru menyapu orang Melayu untuk mengambil hati kaum Cina DAP supaya mendapat tempat di dalam DAP. 
Beliau terpaksa menari rentak DAP untuk membuktikan Melayu di dalam DAP mempunyai sifat chuvanis yang kuat malah lebih kuat dari kaum Cina DAP sendiri supaya mendapat tepukan yang gemuruh di kalangan kaum Cina DAP. 
Berhubung dengan kenyataan beliau yang merumuskan bahawa penjawat-penjawat awam Melayu kaki makan rasuah dan mudah dibeli dilihat menguris perasaan kaumMelayu dalam negara ini. 
Jika ini ‘finding’ beliau maka tidak hairanlah beliau juga Melayu yang telah termakan umpan rasuah DAP dengan tawaran jawatan Senator. 
Jika demikian, Melayu dalam DAP pun bukan setakat kaki sapu rasuah tetapi yang lebih hina lagi mereka telah ‘melacurkan’ bangsa dan agama Islam kerana sudah termakan janji-janji bulan dan bintang yang tidak akan menjadi kenyataan. 
Dr Ariffin harus boleh membaca bahawa Melayu-Melayu di dalam DAP tidak akan bertahan lama, mereka ibarat kuda lumba yang akan ditembak bila sudah tidak bertenaga.
Kita lihat berapa lama Dr Ariffin akan bertahan di dalam DAP.

Tuesday, December 18, 2012

PANAS! ZAM MAIDIN: APA DAH JADI?.

Article On Habibie Was Improper And Unethical, Says Yudhoyono 
By Ahmad Fuad Yahya 
JAKARTA,Dec 18 (Bernama)--Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono said the article written by former Malaysian Information Minister, Tan Sri Zainuddin Maidin on Indonesia's third President BJ Habibie, was improper and unethical. 
The article, he said could jeopardize the good ties between Indonesia and Malaysia.
"We have worked it out, the foreign minister will take diplomatic notes both here and in Kuala Lumpur," Yudhoyono was quoted by Antara news agency as published by English daily The Jakarta Post, Tuesday.
Yudhoyono who is leaving on Tuesday for Malaysia to attend the annual consultation, the highest forum in Malaysia-Indonesia in bilateral ties, said Indonesia would raise the issues of mutual respect and tolerance during the meeting, so that similar incidents would not recur to obstruct friendship between both countries.Zainuddin's article is considered by many in Indonesia as offensive toward Habibie.
Meanwhile,Presidential spokesman Teuku Faizasyah said the president would also raise priority issues including protection for Indonesians working in Malaysia, the boundary, trade and investment at the meeting.
Yudhoyono will have a private, face-to-face meeting with Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Razak before leading the Indonesian delegation at the ninth annual consultations. Universiti Utara Malaysia is scheduled to confer the president with an honorary Doctor of Philosophy in Leadership of Peace.
-- BERNAMA 
Pepatah Melayu pernah mengatakan "Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa".
Kebebasan menulis, kebebasan bersuara, kebebasan berekpresi semua ini bukan satu tiket sebagai hak kebebasan yang mutlak.
Apabila kita bersara sebagai Penghulu kita akan digelar Bekas Penghulu. Apabila kita bersara sebagai Guru kita akan bergelar Bekas Guru. Apabila kita bersara sebagai Imam kita akan bergelar sebagai Bekas Imam. Begitu juga apabila kita besara sebagai Menteri kita akan bergelar sebagai Bekas Menteri.
Semua gelaran bekas-bekas ini adalah penghormatan masyarakat kepada kita. Masyarakat menghormati seolah- seolah kita adalah graduan yang berjaya dari jawatan itu.
Seharusnya gelaran bekas-bekas ini dipikul dengan penuh amanah, berhemah, sopan-santun dan bertanggung jawab. Tidak kelolo atau loklux.
MU PIKIORRRR LE SENDIRI..... 

Monday, December 17, 2012

SIAPA YANG LAYAK MENJADI KARYAWAN TAMU INSTITUT PEMIKIRAN MAHATHIR?

MR ada menerima email dari seorang komentar yang menggelarkan dirinya Cik Gu Pencen yang menyelar tulisan Zam Maidin. Berikut tulisan beliau:

Salam Mummy Rokiah, 
Saya harap dapat Mummy Rokiah siarkan email saya ini dalam blog Puan jika tidak keberatan. Saya yakin tulisan saya ini tidak akan disiarkan jika dihantar ke blog zamkata.blogspot.com kerana beberapa komen saya telah ditapis oleh blog tersebut. 

Saya meneliti tulisan terperinci Dr Paridah Abdul Samad dan Ahmad Mujahir berhubung kontroversi tulisan Zainudin Maidin (Zam) di dalam blognya menghetam bekas Presiden Indonesia BJ Habibi.
Habibi dipersamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai “Dog Of Imperialism” atau anjing penjajah berikutan BJ Habibi menerima jemputan Anwar Ibrahim berucap di UNISEL.

Setelah meneliti saya dapati banyak tulisan Zam yang tidak tepat dengan apa yang terjadi. ‘Reading’ Zam sungguh bercanggah dengan fakta yang sebenar. Ramai rakan sejarahwan yang geleng kepala dengan tulisan Zam. 

Mungkin Zam terlalu berpolitik sehingga Zam yang menerima anugerah tinggi Tokoh Wartawan Negara dan sekarang sebagai Karyawan Tamu Institut Pemikiran Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM)dikecam begitu dahsyat oleh ilmuan yang lebih tahu tentang sejarah Indonesia.

Zam seharusnya berhati-hati dan tidak menulis perkara tanpa kajian mendalam khususnya isu-isu yang menyentuh perhubungan negara serumpun. 

Institut Pemikiran Mahathir di UUM menjadi gah dan hebat kerana memakai nama Tun Mahathir seorang tokoh negarawan terbilang khasnya di dunia Islam dan dunia ketiga. Institut ini harus menjulang nama baik Mahathir dan tidak melantik sebarang karyawan tanpa kredibiliti dan bukti kesarjanaan. Waima bekas menteri sekali pun. 

Keilmuan dan keintelektualan harus dipelihara kerana dunia intelektual luar akan melihat setiap karyawan yang dilantik itu setidak-tidaknya standing dengan pemikiran Tun Mahathir. Jika ini gagal ia akan mencemarkan nama Institut dan yang lebih besar ialah nama Tun Mahathir sendiri. 

Semoga UUM betul-betul melantik mereka yang berwibawa dan tdak menjadikan Institut Pemikiran Mahathir hanya untuk mengampu Mahathir di mana saya yakin Tun M pun tidak suka cara sebegini. -Cik Gu Pencen 

Saturday, December 15, 2012

DIHARAPKAN 'BIOGRAFI ROSMAH' AKAN MENJADI ASET BUKAN LIABILITIES

Buku biografi tentang isteri PM baru sahaja dilancarkan. Biografi Rosmah Mansor. Belum pun habis tempoh satu penggal Najib menjadi PM isteri beliau telah mampu mengumpul banyak bahan untuk melahirkan sebuah biografi. 
Seorang Timbalan Menteri yang masih di dalam Kerajaan telah menjadi penasihat penerbitan biografi tersebut. Ahmad Maslan mungkin menasihat supaya biografi mesti dilancarkan segera sebelum PRU13 pada bulan Februari.
Biografi Rosmah Mansor yang nipisnya 164 muka surat dikira sekadar biografi santai sebaris buku-buku novel yang bersepah di pasaran. 
Jika dibandingkan dengan ketebalannya dan harganya RM154/- ia dikira sedikit mahal. Kelazimannya biografi ‘rich and famous’ sangat tebal kerana garapan bahan yang sarat dari asal usul keturunan sehingga kepada hari tua.
Memandangkan Najib masih baru sebagai PM banyak perkara khasnya ‘the true confession’ mungkin tidak dituliskan di dalam biografi ini kerana dibimbangi fakta-fakta tersebut akan menjadi bahan kepada pembangkang untuk menembak Najib.
Seperti kenyataan Ahmad Maslan beliau berharap biografi ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai Rosmah dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau. Dalam erti kata lain biarlah isteri PM menjadi aset bukannya liabilities kepada parti yang memerintah atau jadilah 'winnable wife'.
Persoalannya teruk sangatkah tohmahan yang dilemparkan sehingga terpaksa diterbitkan biografi yang dijual dengan harga yang agak mahal. 
Sama-sama lah kita tunggu apa ceritanya yang ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak apabila diedarkan ada Januari nanti. Jeng, jeng, jeng….

ZAM MAIDIN MENULIS KERANA PEMBONJOLAN ANGIN MALAM

Tulisan Dr Paridah Abd Samad bekas pensyarah UiTM dan UIAM dalam Utusan Malaysia 15/12/2012 (klik di sini) telah menyanggah tulisan Zam 10/12/2012 yang menyamakan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim dengan melabelkan mereka sebagai 'The Dog Of Imperialism’. 
Kupasan Dr Paridah telah menjelaskan cabaran sebenar 17 bulan BJ Habibie menjadi Presiden Indonesia. 
Dr Paridah menulis-  Selepas sahaja mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia, kenyataan beliau yang paling tidak disenangi oleh kaum minoriti Cina Indonesia ialah, "sesuatu yang tidak dapat diterima akal, apabila minoriti Cina Indonesia yang hanya empat peratus telah menguasai hampir 80 peratus ekonomi Indonesia."  
Itulah permulaan nasib buruk Habibie, apabila golongan ini yang bukan sahaja menguasai ekonomi, juga media telah berjaya merendahkan/memburukkan kredibiliti Habibie bukan sahaja dalam kalangan rakyat Indonesia juga dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Habibie terpaksa mengetepikan mega projek yang berkaitan pembangunan teknologi dengan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat jelata yang terdiri daripada kalangan pribumi yang beragama Islam. 
“Zam seharusnya sedar bahawa selepas terjadinya rusuhan, golongan minoriti Cina Indonesia menjadi sasaran serangan rusuhan kerana kaum pribumi merasakan mereka ditindas dan dieksploitasi oleh golongan ini. Mereka terpaksa lari keluar negara dengan membawa wangnya sekali ke negara-negara Barat dan banyak juga yang mengalir ke Singapura. Hal ini telah membawa padah kepada ekonomi Indonesia, nilai rupiah jatuh daripada Rp3,000 ke paras Rp16,000 untuk AS$1. 
Habibie berjaya menstabilkan dan menaikkan nilai wang rupiah ke paras Rp6,000 bersamaan AS$1 seperti yang dicatatkan pada akhir era pemerintahan beliau selama 17 bulan. 
Oleh sebab media-media utama di Indonesia dimiliki dan kuasai oleh korporat minoriti Cina Indonesia dan pribumi yang beragama Kristian, kredibiliti Habibie sebagai Presiden Indonesia dipersoalkan. Mereka mahukan pemimpin seperti Megawati, ketua parti PDI-P (Parti Demokratik Indonesia - Perjuangan). Parti ini mewakili puak nasionalis dan Kristian, dan mendapat sokongan kewangan daripada korporat minoriti Cina Indonesia. 
 Gus Dur menjadi Presiden Indonesia, adalah suatu kompromi antara parti-parti Islam dan mendapat sokongan daripada golongan nasionalis dan pribumi bukan Islam. Zam mungkin sedar bahawa Gus Durlah yang banyak mempunyai persamaan dengan beberapa pemimpin PKR. Beliau ialah ulama yang mengetuai suatu pertubuhan Islam yang besar dan berpengaruh - Nadhlatul Ulama (NU). 
Beliau pernah menubuhkan Forum Demokrasi (Fordem) untuk mencabar kehadiran ICMI, yang diketuai oleh Habibie. Fordem terdiri daripada golongan intelek Indonesia berbagai-bagai agama. Walaupun hampir buta, Presiden seperti ini yang dikehendaki oleh golongan minoriti Cina Indonesia dan masyarakat antarabangsa. Kepercayaan Gus Dur kepada sekularisme menyebabkan beliau mendapat sokongan padu daripada penduduk Indonesia yang bukan beragama Islam.” 
Kupasan Dr Paridah jelas menunjukkan bahawa Zam tidak membuat kerja rumah yang rapi. Zam menulis dengan tergopoh-gapah. 
Malah yang lebih ketara dalam hal ini Zam juga terperangkap dalam sangkar ‘media-media utama di Indonesia dimiliki dan kuasai oleh korporat minoriti Cina Indonesia dan pribumi yang beragama Kristian, anti Habibie sebagai Presiden Indonesia’. 
Kata seorang bekas wartawan seumur hidup “Zam suka menulis jika ada terbonjol idea di fikiran adakalanya pembonjolan itu kerana angin malam”.

'WARLORDS' UMNO DI KEDAH SEDANG ASAH PARANG, CANGKUL DAN TOMBAK

“Warlords” di dalam UMNO ibarat tunggul-tunggul gerigis. Tunggul-tunggul adalah perdu pokok yang telah ditebang dan meninggalkan gigi-gigi tajam di permukaan yang dipanggil gerigis. Tunggul-tunggul yang bergerigis ini seringkali menyekat akar-akar muda untuk menjalar. 
Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi apabila ditanya tentang ‘warlords’di dalam UMNO yang tidak memberi ruang kepada muka-muka baru (rujuk klik sini UM 14/12/2012) juga tidak menjawab dengan tepat berhubung penyakit ini. 
Menurut pendedahan kaji selidik yang dijalankan oleh The Asia Foundation, didapati 58% majoriti belia yang berumur 17-35 menyokong BN dan positif bahawa Kerajaan hari ini adalah terbaik. 
Jika tunggul-tunggul gerigis ini masih betunjang dan dilayan seperti VIP oleh pemimpin atasan bermakna generasi ini tidak akan berpeluang menduduki jawatan utama di dalam UMNO Bahagian. 
Umpamanya di negeri yang BN kalah Kedah telah terdengar bunyi-bunyi bahawa ‘warlords’ ini sedang mengasah parang, cangkul dan tombak untuk menyelinap mana-mana calun baru khususnya jika calun itu bukan ketua bahagian. 
"Tidak dapat kepala telinga depa pulas" kata seorang pemerhati politik.

Wednesday, December 12, 2012

SUDAH SEMBUHKAH UMNO PULAU PINANG?

Ramai pemerhati politik melihat lawatan PM ke Pulau Pinang baru-baru ini adalah untuk menyuntik penawar kepada penyakit yang di kira sukar disembuh. 
Sejauh mana ramuannya berkesan juga sukar diramal kerana penyakit dalam politik sangat kronik tetapi tidaklah sekronik sakit mental, gila atau sasau. 
Sebenarnya bukan perkara baru di dalam sesetengah bahagian UMNO di PP yang mengamalkan kawalan kuasa terhad kepada suku sakat dan sepupu sepapat. 
Kuasanya berlegar-legar dan berpusat di kalangan keluarga mereka sahaja seperti bahagian Bukit Bendera. Siapa yang tidak kenal dengan Ahmad Ismail? Ahmad Ismail Bukit Bendera, Bukit Bendera Ahmad Ismail. Tidak ubah seperti sinonimnya Nasi Kandar dengan Pulau Pinang. 
Semasa UMNO gagah di Pualau Pinang dahulu amalan ini dianggap kebiasaan dan pandai berpolitik tetapi apabila UMNO tersungkur amalan ini seharusnya dikuburkan.
Dahulu mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Bukit Bendera seperti mesyuarat keluarga tetapi sejak akhir-akhir ini telah ada di kalangan anak-anak muda yang sedar dan berani bangun mengangkat muka untuk bersuara. 
Amalan penguasaan kuasa berpusat sebegini memang sukar untuk golongan professional mendekati UMNO. Maka tidak hairanlah seperti kenyataan Tun M bahawa ramai professional yang masuk parti pembangkang apabila pintu UMNO ditutup kerana amalan ini. 
Hakikatnya, mengUMNOkan budaya Mamak, Mamu, Mami, Nana, Jee, Ba sudah tidak mendapat tempat lagi dalam dunia Google, Facebook dan Twitter.