Mat Sabu seorang Ahli Parlimen yang mendahului Raja Lawak. Saksikan video ini.
Monday, June 22, 2015
Saturday, June 13, 2015
NAJIB DIMINTA LETAK JAWATAN SEBELUM RINGGIT JATUH MENJADI DUIT JEPUN CAP POKOK PISANG
Ramai sahabat yang anak-anak mereka sedang menuntut di luar negara sedang mengeluh kerana kejatuhan teruk mata wang Ringgit.
Di mana pemikir dan penasihat ekonomi Najib? Nampaknya kepimpinan Najib bukan setakat terjejas dalam negara tetapi juga makin tak laku di luar negara.
Baik Najib letak jawatan sebelum mata wang Ringgit merudum jatuh jadi kertas rembah cabai atau duit Jepun Cap Pokok Pisang.
Tuesday, June 9, 2015
ULAQ AYAQ DALAM PARIT GILA PUN DEPA AMBIK CAKAP DALAM TV3
Najib sudahlah cunggit dalam program 'Nothing To Hide" angkara porak peranda pembodek tegar kerana takut berhadapan Tun M.
Kini strategi serangan murahan dipakai apabila TV3 memberi ruang dengan dibayar kepada bangsat Ulaq Ayaq dari parit gila dipanggil menghentam Tun M seorang negarawan negara.
Ulaq Ayaq sebegini pun mendapat tempat dalam media perdana.
Friday, June 5, 2015
HARI INI DALAM SEJARAH BAGAIMANA SEORANG PEMIMPIN MELAYU MENGHINA BEKAS NEGARAWAN MELAYU
POSTER DI ATAS SEDANG VIRAL DI LAMAN-LAMAN SOSIAL. PEREKA-CIPTA POSTER INI SAYA KIRA TIDAK DIUPAH ATAU DIBAYAR.
SESUNGGUHNYA HARI INI MERUPAKAN DETIK SEJARAH HITAM DALAM KEBEBASAN BERSUARA DALAM NEGARA INI APABILA SEORANG NEGARAWAN DIHINA DI TENGAH KHALAYAK DENGAN MENGHENTIKAN UCAPANNYA MENGUNAKAN KUASA POLIS.
HANYA PEMERINTAHAN KOMUNIS SAHAJA BERTINDAK SEDEMIKIAN.
INI KAH LAYANAN SEORANG PEMIMPIN MELAYU KEPADA BEKAS PEMIMPIN YANG SETARAF BAPANYA!
INI KAH NAJIB? ATAU INI KAH ROSMAH?
YAKIN KAH RAKYAT NAJIB TIDUR LENA DALAM DAKAPAN ISTERINYA?
Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?. Mundar mandir
dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak menagih sokongan seperti cacing
kepanasan. Tidur lena kah Najib bersama isterinya?
Sokongan dalam cabinet ibarat itik berenang di dalam kolam, Nampak
tenang di permukaan tetapi berkocak kayuh kaki itik di dalam air siapa yang tahu.
Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?
Setiap penjelasan dan penerangan isu 1MDB oleh jurucakap
Najib menjadi bertambah kerosot bertambah masai sehingga mejadi kerosot-masai.
Penjelasan bukan lagi penawar tetapi penyakit yang melarat dan menjadi kudis
dan tokak membusuk. Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?
Gerak langkah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin
menjadi derap langkah curiga ada kira-bicara. Arah tuju langkah dan senyuman
manis tersimpul tersirat kalam berbisa. Tidur lena kah Najib dalam dakapan
isterinya?
Serangan berisi dan bersiri seorang negarawan Negara bekas
Perdana Menteri bertubi-tubi. Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?
Membangkit mengungkit dengan bangga konon keturunan Bugis
Pahlawan untuk menawan keyakinan rakyat Sarawak tetapi hakikatnya Najib sudah
dicelup oleh penjajah Inggeris yang elit – (Najib mendapat pendidikan rendah
dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej
Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda
dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,
England pada tahun 1974.). Tidak cukup sekadar darah sahaja yang mengalir tapi
jiwa perjuangan sudah dicorak penjajah dan Obama. Tidur lena kah Najib dalam
dakapan isterinya?
Hakikatnya rakyat sedang melihat tarian, lakunan dan seni
cengkerama Najib bersama isterinya. Yakinkah rakyat dengan kenyataan Najib yang
beliau tidur lena dalam dakapan isterinya?
Thursday, June 4, 2015
"RAKYAT MALAYSIA NILAI LAH SENDIRI PERBELANJAAN PERDANA MENTERI ANDA"
Hari ini rakyat negara ini dah mula bercakap angka billion, billion, billion. Tak main lagi ratus, ribu atau juta. Yang menoreh getah bercakap sambil menoreh. Yang bersawah bercerita sambil bersawah. Peniaga pasar malam riuh rendah berbincang billion, billion.
Ini semua berpunca syarikat pelaburan mahamega Najib Tun Razak 1MDB. 1MDB telah mengubah fikiran rakyat bahawa hebat nya Perdana Menteri mereka menguruskan berbillion ringgit. Hebatnya Perdana Menteri mereka yang juga Menteri Kewangan pusing wang.
Kata Pak Long di kampung "Kalau nak berjaya berniaga kena pandai pusin duit macam Cina berniaga".
Inilah sinario ekonomi negara sekarang di mana billionan wang 1MDB telah menjarakkan lagi jurang ekonomi golongan rakyat marhaen dengan golongan pemimpin yang pandai pusin wang rakyat.
Kemewahan keluarga PM bergemerlapan manakala pendapatan rakyat bawah masih "kais pagi makan pagi".
Tuesday, May 26, 2015
APA KAH 3 TSUNAMI BESAR YANG AKAN MELANDA JIKA NAJIB TIDAK LETAK JAWATAN?
PRU akan datang akan dilanda 3 Tsunami besar. Jika PRU lepas
Najib hampir lemas dengan Tsunami Cina tetapi PRU yang akan datang Najib akan
hanyut dengan 3 Tsunami ini :
1. Tsunami GST – Mari kita turun ke bawah dan tanya secara
rambang apa pendapat rakyat dengan GST?. Aci pi lawan kalau kita tanya 100
orang 105 orang akan lafaz kalimah yang pertama akan keluar dari lidah rakyat
ialah barang mahal kerana GST. Mana datang yang 5 orang itu? Yang 5 orang itu
ialah jiran yang mendengar soalan dari kita.
2. Tsunami 1MDB – Mari kita turun ke bawah dan tanya secara
rambang kepada rakyat “apahal dengan 1MDB”. Aci pi lawan kalau 100 orang yang
kita tanya 50 akan kata ada penyelewengan. Dan lagi 50 orang akan diam “no
komen” sebab depa tak berapa tau putar belit perniagaan.
3. Tsunami Mak Andeh – Istilah terbaru ini dijenamakan khas kepada Najib
kerana Perdana Menteri - Perdana Menteri yang lepas tidak ada gelaran ini. Gelaran ini ialah apabila peranan isteri lebih dari suami. Mak Andeh main peranan lebih dari Pak
Pandir.
Mari kita turun ke bawah dan kita tanya secara rambang kepada rakyat “Najib
macam mana?”. Aci pi lawan kalau kita tanya
100 orang, 100 orang akan jawab sebelum habis soalan ialah “Najib OK tapi bini
dia lebih camca dari bubur”.
Tsunami Mak Andeh ini sukar ditangani Najib kerana orang UMNO tak dapat membantu waima menteri-menteri kabinet Najib.
Rumusannnya dengan 3 Tsunami besar ini jika Najib masih kekal akibatnya UMNO dan BN akan hanyut gigit jari dalam PRU kelak.
Aci pi lawan……………..
Sunday, May 17, 2015
NAJIB DAH MULA KURANG AJAR
Najib dengan lantang telah mengungkit kembali
Perlembagaan UMNO yang dipersetujui bersama dahulu dengan mengatakan Tun M kekal
sebagai Presiden UMNO selama 22 tahun bersebabkan perlembagaan UMNO digunakan
dengan hanya undi dari 63 ketua bahagian. (Dr Mahathir Bertahan Kerana Syarat Pemilihan UMNO)
Apa punya kurang ajar Si Najib ini
mengungkit kembali perlembagaan yang sudah digubal, disepakati dan dipersetujui bersama
sebulat suara oleh seluruh perwakilan UMNO dari seluruh negara di dalam Dewan Merdeka PWTC.
Malah ketika itu beliau juga berada di dalam kerusi tertinggi parti itu ketika
meluluskan perlembagaan tersebut.
Inilah Najib yang sudah melampau. Kerana harta dan wanita sanggup menjadi perintis pertama pelapis yang mula ‘kencing’ di atas kubur perjuang-pejuang
UMNO yang terdahulu.
Peraturan dan perlembagaan yang sudah disepakati bersama tidak perlu diungkit-ungkit lagi. Dijadikan senjata untuk mempertahankan kemungkaran dan membidas seorang negarawan yang telah terbukti berjasa kepada negara ini.
Najib seharusnya lebih fokus mempertahankan dasar-dasarnya supaya tidak menjadi bahan lawak rakyat bukan dengan mengalih isu
memperburukkan pemimpin terdahulu.
KALAU MACAM NI NAMPAKNYA NAJIB AKAN KHOJOL.
Beranikah Najib berdebat dengan Tun?
Adalah lebih cantik kalau Najib undur diri sebelum tergolek di khalayak rakyat.
Monday, May 4, 2015
NAJIB AKAN ADAKAN MAJLIS MENJAMU "HANTU RAYA"
![]() |
| "Satu untuk kau, satu untuk aku. Dua untuk aku satu untuk kau.." |
Majlis penyatuan perpaduan ini akan hanya menyatukan 60 orang Ketua-ketua UMNO Bahagian yang bukan wakil rakyat.
Sebagai usaha penyatuan mereka akan dihabuankan sebanyak RM500,000 sebagai perbelanjaan untuk satu bahagian.
Dengan dijamu peruntukan khas sebanyak setengah juta ringgit ini diharap mereka pandai berbelanja khasnya untuk menguatkan presiden parti supaya beliau tidak lagi keseorangan.
Kalau mereka 'joli katak' ini bermakna mereka bersamaan dengan "hantu raya" yang makan darah tuan mereka sendiri.
Kebiasaannya dengan wang sebanyak itu akan menyemarakkan lagi perbalahan sesama pimpinan bahagian. Mereka akan berkelahi sesama sendiri berebut-rebut projek seperti cerita P Ramlee Nujum Pak Belalang.
Kebiasaannya dengan wang sebanyak itu akan menyemarakkan lagi perbalahan sesama pimpinan bahagian. Mereka akan berkelahi sesama sendiri berebut-rebut projek seperti cerita P Ramlee Nujum Pak Belalang.
Subscribe to:
Posts (Atom)






