Wednesday, April 1, 2009

Waris seorang patriot

Mungkin ada di antara kita sudah terlupa satu peristiwa bersejarah iaitu Misi Lawatan Diplomatik Tun Abdul Razak ke Beijing pada tahun 1974. Hasil daripada lawatan ini, Malaysia telah buat pertama kalinya menjalinkan hubungan dua hala dengan negara komunis China.

Ini kerana sebelum ini, iaitu di era Tunku Abdul Rahman, dasar luar negara kita lebih bersifat anti-komunis dan bersekutu dengan British dan Amerika Syarikat. Dasar yang telah di bawa oleh Tun Abdul Razak dengan menjalinkan hubungan dua hala Malaysia - China ini merupakan perang saraf terhadap PKM, apabila pihak komunis China sendiri tidak mengisytiharkan kesahihan PKM.

Malahan, hasil daripada hubungan dua hala ini, ia telah mengubah dasar luar negara kepada lebih bersifat berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak samaada di pihak anti-komunis dan di pihak komunis. Tun Abdul Razak merupakan pengasas jambatan hubungan dua hala Malaysia - China yang kini telah berusia 35 tahun.

Hari ini waris patriot ini, Mohd Najib Tun Abdul Tazak akan mengambil-alih kepimpinan negara ini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

16 comments:

  1. Salam Mummy,

    Seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti saatnya waris seorang patriot akan menjejaki sang patriot yang memang cukup gah namanya sehingga kini walaupun sudah lama meninggalkan kita. Kita menaruh keyakinan bahwa pewaris tersebut akan dapat membawa nama yang besar dalam pentadbiran negara kelak.

    Namun demikian, patriot pada waktu hayatnya tidak banyak rintangannya sebagai mana pewaris pd hari ini dimana terlalu banyak pertualang yang menabur fitnah di marata-rata.

    Kita berdoa kehadrat Illahi agar pewaris tesebut dapat menempuh ranjau di sepanjang perjalanannya.

    ReplyDelete
  2. Kebijaksanan DSN diperlukan untuk bagi memulihkan akar-umbi Pemuda yang hilang kepercayaan kepada Ketuanya yg baru, KJ walaupun menang KPM atas sokongan dari perwakilan yang belot dan dibeli, tapi dia gagal memenangi hasrat akar umbi. Tidak heran dia di boo.. dan laungan KJ.. rasuah berkumandang di PWTC.

    Perwakilan yang mengundi KJ tapi di bahagian mencalonkan MM anda adalah pembelot dan berdosa kepada pewakilan yang mengundi anda. Alasan MM tak datang jumpa la kedekut la itu semua tak boleh pakai sebab anda mewakili kami, bukannya calon kena mai sembah hampa untuk dapat undi.

    ReplyDelete
  3. rasanya ds najib mampu buat yg terbaik untuk rakyat...

    ReplyDelete
  4. Moga DSN meneruskan dan mengeratkan lagi dasar luar dan hubungan dua hala dengan China kerana China adalah negara yang semakin berkuasa dan kaya.

    ReplyDelete
  5. Najib must come out clean of all the allegations. He must not rely on his fathers' legacy of which the only credentials that he has as a politician. It is shameful and nothing to be proud of.
    The international repercussion will be severe and will implicate and hinder Malaysia progression.
    Nasib lah kita rakyat Malaysia sebab bodoh... yang pandai hanya orang UMNO.

    ReplyDelete
  6. Hampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.

    Perasuah Tegar

    * Sepanjang Ismail Saffian menjawat jawatan Setiausaha MPM, 5 kali Majlis Perbandaran Manjung disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender MPM hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

    * Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Manjung semasa Ismail Saffian menjadi Setiausaha MPM.

    * Ketika Ismail Saffian Menjadi Setiausaha MPM, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan MPM beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh MPM.

    "Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)

    * Beberapa kakitangan wanita MPM seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".

    * Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran MPM tetapi hanya Ismail Saffian sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

    * Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.

    * Ismail Saffian seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).

    Salahguna Kuasa

    * Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua MPM kerana menggunakan kenderaan MPM untuk parti (UMNO).

    * Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi MPM di Sitiawan yang didiami Ismail diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

    Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah Ismail Saffian dalam Siri Ke-2..!

    ReplyDelete
  7. ingatkan waris ali karim, ex-perdasama chairman,caw.penang...

    ReplyDelete
  8. yer...
    nanti waris dia pulak berketurunan monggol perintah malaysia....

    ReplyDelete
  9. waris patriot ini pun ada buat hubungan 2 hala jugak. dengan berapa 'ramai' pompuan, hanya dia dan Allah je yg tau. kalau arwah ayahnya dulu merintis hubungan diplomatik dgn China, dia pulak atas sikit. ke Ulaan Bataar. Murid2 tau kat mana tu? bawakkan atlas, jumpa la Tok Jib, dia pandai geografi.

    dok terbayang, esok dekat time nak angkat sumpah tiba2 rebah tak bernyawa. meraungle kak semah tak dpt nak bertakhta..

    ReplyDelete
  10. Anti Penjual Ubat JalananApril 2, 2009 at 2:44 PM

    Mummy.
    Yang terbuktinya keyakinan kepada Najib telah mula menggunung. Anwar dah tak ada modal, asyik bawa isu monggolia saja.
    Banyak markas-markas mengundi PKR di PRK Bkt Selambau dan Bkt Gantang telah ditutup kerana mereka mula sedar Anwar Al JUb telah membohong mereka.
    Sedikit hari lagi ANWAR AL JUB BUNGKUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.

    ReplyDelete
  11. Dato Najib adalah pemmimpin yang paling layak menjadi PM Malaysia.Selamat berkhidmat dengan penoh amanah dan bertanggung jawab.Hidup Dato Najib..

    ReplyDelete
  12. HAI MUMMY SEKEJAP AJE DAH LUPA KAN PAK LELAH.

    JENIS MANUSIA APA MUMMY NI.

    NAH SEKARANG NAK AMPU NAJIB PULAK.

    INI MESTI ADA UNTUNG.

    ReplyDelete
  13. Salam Mumi,

    Walaupun apa keputusan yang akan dicatatkan pada 7 April nanti, yang pasti DS Najib adalah Perdana Menteri. Selepas 7 April nanti juga DS Najib akan menentukan barisan kabinetnya.

    Peluang DS Najib untuk membawa perubahan dalam parti dan kerajaan akan tercapai sekiranya beliau disokong oleh barisan kabinet yang berwibawa. Kalau beliau gagal, padah akan menanti pada PRU ke-13.

    ReplyDelete
  14. insyallah....ai mai lah jenguk blog..
    htpp://saljuhanif.blogspot.com

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.