Tuesday, October 27, 2009

Politik satu permainan untuk tidak mustahilkan perkara yang mustahil.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, UMNO telah bertindak berani meminda perlembagaan parti untuk menjadikannya lebih telus, inklusif dan demokratik. Apakah UMNO betul-betul berani atau kerana akibat badai Tsunami Politik dalam PRU12 yang lepas yang membuatkan mereka wajib berubah?

Yang sebenarnya UMNO bertindak pantas dan sedar kelemahan dalaman mereka dan juga sedar mereka perlu berubah jika tidak rakyat akan mengubah mereka. Mereka sedar mereka telah semakin jauh dari hati rakyat sebab itulah sembilan persepuluh ucapan Najib banyak menyentuh pendekatan UMNO kepada rakyat sehingga tidak ada bait-bait yang menghentam pembangkang.

Perlembagaan adalah sebuah dokumentasi bertulis apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. ”Tetapi sejauh mana pemain-pemain politik dalam UMNO akan memanipulasikan perlembagaan ini untuk kepentingan mereka, ini pun satu hal juga” kata seorang perwakilan yang di temui semasa Perhimpunan Agong UMNO yang lepas.

Mungkin kerana kesalahan di dalam UMNO tidak dibawa ke mahkamah dan hanya mengadap Jawatankuasa Disiplin sahaja membuat mereka merasakan politik satu permainan untuk tidak mustahilkan perkara yang mustahil.

Saturday, October 24, 2009

Is Utusan safe from the merger?

Media Prima Bhd’s revelation a week ago that it plans to takeover 43% owned The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) will not involve Utusan or any form of merger.

Amrin Awaludin, Group CEO of Media Prima Bhd when ask, is Utusan on its target list?. “No. Write that down. No!,” says Amrin categorically, clearly eager to quash that rekindled rumour following an earlier botched plan to merge both NSTP and Utusan which threatened to blow up into a political minefield.

Tuesday, October 20, 2009

Dalam politik pun ada cuti?

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menafikan parti itu berdepan masalah dalaman berikutan pergeserannya dengan Datuk Zaid Ibrahim sehingga menyebabkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu mengambil keputusan bercuti enam bulan.

Beliau sebaliknya berkata, Zaid perlu bercuti kerana memerlukan masa bagi menyiapkan kertas dasar berhubung cadangan penubuhan Pakatan Rakyat secara sah.

"Tiada pergeseran antara saya dan beliau (Zaid). Ini hanya cerita yang dicetuskan oleh media sedangkan tiada apa-apa yang berlaku antara kami berdua.

Mungkin tidak mustahil di dalam PKR semua perkara-perkara yang pelik dan ajaib boleh berlaku. Jika Zaid Ibrahim bercuti apakah sama seperti cuti pekerja-pekerja kilang, swasta dan pegawai-pegawai Kerajaan yang "entitle" untuk cuti umum, cuti perayaan, cuti sakit, cuti rehat dan cuti tahunan.

Thursday, October 15, 2009

Dengar..Dengar...Dengar nasihat Rosmah

Rosmah: Community leaders’ wives should be people-friendly
2009/10/15 (source :NST)

Wives of community leaders should display an approachable image, whether in the country or abroad, the prime minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor, said today.

She said it was important that they carry themselves well because their movement was being watched by the people, as well as the mass media.

"That is why, I'm very particular and view seriously the image projected by the wives of ministers and deputy ministers so that they display a positive personality where ever they are," she said when closing a knowledge upgrading and image projection course for wives of ministers and deputy ministers here.

Also present were former prime minister's wife Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali and deputy prime minister's wife, Puan Seri Norainee Abd Rahman.

Rosmah said the positive image carried by them would also give a good image to the Welfare Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti).

The course, organised by Bakti, focused on image projection including the technique to face the community, public speaking, use of information technology and knowledge on public policies. - Bernama

AS I SEE IT:
Mungkin atas pengalaman YBHG Datin Seri Rosmah perlu menasihati isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri supaya berkelakuan senonoh.

Yang sebenarnya contoh yang terbaik ialah isteri Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah. Pernahkah Tun Siti Hasmah menasihati isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri seperti ini semasa beliau menjadi isteri PM?

Sunday, October 11, 2009

UMNO : Akhir Sebuah Impian

“I made him a star, but the star has forgotten me,” he said.

"Umno: Akhir Sebuah Impian" is published by The Malaysian Insider and will be on sale in bookshops next week.

Friday, October 9, 2009

Najib and The Kacip Fatimah Connection VS French Connection

Josephine
Carla Bruni gembira lagu dimainkan MAS
(Source : Berita Harian)

PARIS: Datuk Seri Najib Razak menelefon untuk menyampaikan satu maklumat yang nyata menyebabkan isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Carla Bruni, gembira.

Bruni, seorang penulis lagu, penyanyi dan bekas model, gembira apabila Najib memaklumkannya bahawa lagu daripada albumnya berkumandang dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Semuanya berlaku apabila Perdana Menteri dan Sarkozy bertemu Rabu lalu di Elysee Palace.

Apabila Najib memaklumkan Sarkozy mengenai perkara itu, Sarkozy mendesak Najib untuk menyampaikan berita itu kepada Bruni secara peribadi.

Beliau (Sarkozy) berkata, kenapa tidak anda bercakap dengan isteri saya dan beritahu secara peribadi. Kemudian beliau menarik saya ketepi.. dan menghubungi isterinya, kemudian saya bercakap dengan isterinya.

Beliau gembira lagunya berkumandang dalam penerbangan Malaysia Airlines, kata Najib. - Bernama.
Sekadar Renungan:-
Warkah Napoleon kepada Josephine :
Verona, July 17, 1796

I write you, me beloved one, very often, and you write very little. You are wicked and naughty, very naughty, as much as you are fickle. It is unfaithful so to deceive a poor husband, a tender lover! Ought he to lose all his enjoyments because he is so far away, borne down with toil, fatigue, and hardship? Without his Josephine, without the assurance of her love, what is left him upon earth? What can he do?

We had yesterday a very bloody affair; the enemy has lost many men, and has been completely beaten. We have taken the whole country around Mantua.

Adieu, adorable Josephine; one of these nights your door will open with a great noise; as a jealous person, and you will find me on your arms.

A thousand loving kisses.

BONAPARTE

Populariti Najib jatuh?

Not so popular
THE Merdeka Centre survey showed Mr Najib's support had fallen among all ethnic groups in Malaysia, which is dominated by majority Muslim Malays but also home to large ethnic Chinese and Indian minorities.

Mr Najib has been partly dismantling a decades-old system of positive discrimination for Malays, who enjoyed benefits in education, housing and jobs, which had previously been seen as a political taboo.

He has also said that he is intent on reclaiming the support of minorities, who shifted to the opposition in elections a year ago which dealt the ruling coalition its worst results in half a century. -- AFP
(source : Straits Time Singapore)
AS I SEE IT :
Siapakah Merdeka Center?

Wednesday, October 7, 2009

Apakah SIS produk Islam Hadari?

Islam Hadari gema yang makin dilupakan. Bila Pak Lah mengambil pendekatan Islam Hadari tiap-tiap hari ada saja slogan Islam Hadari sehingga ada ladang lembu di utara yang menamakan Hadari Cattle Sdn Bhd sempena nama Islam Hadari.

Hari ini Islam Hadari beransur-ansur pupus dan dilupakan. Slogan tinggal slogan. Tetapi kesan dan peninggalan Islam Hadari ini ialah lahirnya beberapa NGO Islam yang liberal seperti SIS yang menjadi kudis buta umat Islam dalam negara ini.

Nampaknya Islam Hadari akan juga berkubur seperti pencetusnya Pak Lah Hj Ahmad Badawi. Pak Lah yang satu ketika dahulu diharapkan menjadi PM yang berlatar belakangkan ulama kontemprorary dapat mengubah corak politik yang syumul di negara ini telah banyak mengeciwakan masyarakat Islam negara ini.

Dasar keterbukaan yang terlalu terbuka telah memakan bukan sahaja dirinya tetapi keseluruhan umat Melayu dan Islam.

Hari ini desakkan dari NGO-NGO yang konon atas nama liberalisasi Islam ini ternyata merupakan sakit di ponggong.

Hari ini dimanakah perginya pejuang-pejuang Islam Hadari ini yang satu ketika dahulu di zaman Pak Lah begitu kuat berkokok untuk berdepan dan berhujah dengan SIS?

Monday, October 5, 2009

Budaya Taliban bertunas dalam PAS

Budaya Taliban dalam PAS yang tidak berkesudahan dan makin segar menular di kalangan penyokong fanatik mereka.

Seharusnya mereka menumpukan pembaharuan dan pembangunan di negeri-negeri dalam pemerintahan mereka di mana negeri-negeri ini hampir tandus tidak ada pelaburan dan pertumbuhan.

Mereka harus menangkis segala tohmahan yang mengatakan mereka hanya pandai berceramah, pandai mengeritik, pandai maki hamun dan pandai bergocoh tetapi tidak pandai memerintah dan tidak pandai mentadbir.

Bayangkan apa jadi kalau Taliban-Taliban ini menguasai Kerajaan Persekutuan?

Sunday, October 4, 2009

Tindakan sebuah blog menuduh salah seorang pemimpin SIS sebagai penzina adalah keterlaluan

Posting sebuah blog maharajablogger.blogspot.com yang begitu mudah menuduh, memfitnah, tohmah dan menghasut mengatakan bahawa salah seorang pemimpin SIS sebagai penzina adalah keterlaluan dan berniat jahat.

Fitnah jahat ini dibuat di tengah-tengah isu sebat Kartika yang sedang diperjuangkan oleh SIS dikira sebagai serangan peribadi keatas pemimpin Sisters In Islam.

Menuduh dan memfitnah seseorang itu melakukan zina tanpa sebarang bukti adalah termasuk juga ke dalam golongan orang-orang yang berdosa. Apatah lagi jika pelaku tersebut telah bertaubat nasuha dan berubah menjadi seorang yang beriman kepada Allah SWT.

Allah SWT hanya akan mengampun dosa tersebut hanya jika yang menuduh memohon maaf kepada yang dituduh.

Keceluparan blogger ini akan menjejaskan kredibiliti SIS secara keseluruhan bukan setakat individu tersebut sahaja khasnya nama "ISLAM".

Friday, October 2, 2009

Tun M dan tafsiran "free market" AS

"To us, free market simply means the movement of goods and capital across markets. I'm shocked to find that in the US it means no government intervention. (But) the market cannot regulate itself" TUN Dr Mahathir Mohamad's during the three-day Forbes Global CEO Conference 30 Sept 2009.
"I think there should be a lot more thinking on the concept of free trade itself. We are not equal; some of us are richer and some are weaker. You must give allowance to countries that are very weak, some kind of protection should be given to them." (Pic source : Business Times)

AS I SEE IT :
Di sinilah kesilapan pentadbiran Pak Lah apabila apabila mengikut tafsiran AS tentang pasaran bebas. Ketelusan, keterbukaan dan kebebasan akhbar tanpa kawalan Kerajaan seperti tafsiran AS telah menjerut kestabilan politik negara sehingga ke hari ini.

Di dalam negara sendiri terdapat kaum yang masih ketinggalan dan kaum yang kaya-raya.

Hari ini berlandaskan tafsiran globalisasi AS maka berbagai permintaan dan desakan yang tidak masuk akal telah dibangkitkan.