Tuesday, November 10, 2009

Dr Asri sudah mula berpolitik

Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam. – utusan/Rosni Masri.

KOTA BHARU 9 Nov. - Tokoh agama kontroversi, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik jika terus dihalang daripada menyampaikan ajaran agama.

Bagaimanapun bekas Mufti Perlis itu berkata, masih belum ada keperluan untuk berbuat demikian kerana beliau masih bebas untuk berdakwah.

"Saya ingin menyampaikan pengajaran Islam, pemikiran Islam, memberitahu bahawa Islam agama untuk semua, jadi saya tidak fikir ada keperluan untuk menyertai politik.
(Utusan Malaysia 10.11.2009)

Kata Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bahawa buat sementara ini, atau masa dan ketika ini tidak ada keperluan lagi untuk beliau menyertai mana-mana parti politik kerana pintu berdakwah masih terbuka.

Mungkin tanpa disedari di dalam kenyataan beliau itu sudah ada unsur-unsur yang berbau politik tambahan lagi kenyataan itu di buat di negeri ulama' politik besar Mursyidul Am PAS, Kelantan.

Yang menarik lagi di dalam Utusan Malaysia tersiar pula gambar beliau bersebelahan dengan Tuan Guru Nik Aziz di mana ia akan menjadi bahan apabila semakin ramai pemain-pemain politik akan mula mentafsirkan dengan berbagai-bagai tafsiran dan fahaman.

Belum lagi habis pening mereka mentafsir perbezaan ajaran Wahabbi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah kini mereka dikusutkan pula dengan kenyataan politik Dr Asri.

3 comments:

  1. Kat Malaysia ni semua perjuangan dalam bentuk kepartian meletakkan kuasa, pangkat, harta dan wang ringgit sebagai keutamaan. Semuanya dalam bentuk masuk bukannya keluar. Segala perkhidmatan konon-kononnya untuk rakyat akhirnya diclaim melalui pelbagai cara yang kadang kala menjerumuskan rasuah, penipuan dan bermacam kaedah dalam ertikata matlamat menghalalkan cara.

    Ustaz Asri ni pun kalau ada niat dan hasrat sebagaimana ahli-ahli politik yang lain...silakan masuk politik.

    Cuma pada pandangan saya hujung jatuhnya adalah maruahnya sebagai seorang ilmuan islam yang berkecuali bakal tergadai.

    Kalau betul betul ikhlas naka BERDAKWAH... tak payah masuk tapi keluar bersama Jamaah Tabligh. Lihatlah betapa luasnya khazanah Allah SWT dan medan dakwahnya terbentang ke seluruh alam.

    Dan kalau nak sangat berdakwah dengan berpolitik, bertandinglah sebagai calon bebas.Cubalah....

    ReplyDelete
  2. Salaam,

    Sesuai dia kat dalam PAS tu, ramai geng2 dia kat situ, Mursyidul Am pun kaum muda.

    Cuma kesian la nanti, sy rasa dia ni lagi teruk kena berbanding Hassan Ali dek puak2 PAS tu sendiri.

    ReplyDelete
  3. takpe.. padan muka dia sendiri. berdakwahlah dia dalam arena politik.. mmg padan muka dia akan kena.. tambahkan saja dosa dia tu ... zulkifli dah cakap jgn, dia pergi buat juga. merasalah akibatnya nanti

    http://unitmediasiber.blogspot.com/

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.