Sunday, January 17, 2010

Langkawi kotor, rakyat tunggu Ustaz Azizan bertindak

Lawatan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen ke Langkawi baru-baru ini ternyata memberi kesan yang mendalam apabila mulut habiaq(celupar) Ng Yen Yen menegur secara terhormat Langkawi belum begitu bersih atau dalam perkataan yang paling mudah ialah kotor, hanyir dan jijik serta masalah ini perlu perhatian yang serius.

"Saya katakan Langkawi masih kotor, saya lihat ada sampah, botol kosong yang terbuang di tepi-tepi laut," kata beliau.

Langkawi juga merupakan tempat rehat mantan PM Tun Mahathir di mana hampir setiap bulan Tun akan datang samada berehat atau sambil memantau kedai roti beliau The Loaf.

Tun juga selalu menegur tentang kebersihan ini hampir berbuih mulut tetapi entah apa tindakannya pun masih kabur. Siapa yang bertanggung jawab? LADA kah? Majlis Perbandarankah? Rakyatkah? Excokah? atau Ustaz Azizahkah? Inilah persoalannya.

Semasa MR di Pulau Payar tahun lepas terdapat sampah sarap berterapongan di atas permukaan laut Marine Park itu. Apabila ditanya pada Jabatan Laut kata mereka banyak sampah-sampah itu datangnya dari Pulau Pinang.

Apa kata Ustaz Azizan dan Exco Pelancongan?

11 comments:

  1. Nanti dijawabnya Azizan, kerajaan Bn dululah yang salah sebab tak bina tambatan sampah untuk halang objek-objek besar yang hanyut..jawapan dalam poket rakyat jer..

    ReplyDelete
  2. Mummy, anak-anak kak teh pun balik melawat Langkawi jugak baru-baru ni dan bawa kawan-kawan depa dari sini untuk menikmati keindahan Langkawi. depa suka cuti di Langkawi tapi depa kata macamn tu jugak. banyak sampah, sayangnya.

    ReplyDelete
  3. Dasar pemalas betul Jabatan Laut. Salahkan Pulau Pinang kes sampah di Pulau Payar. Tunjuk buktilah. Kalau betul pun, ambil tindakan susulan. Jangan berat pungkoq, makan gaji buta.
    Takkan masalah sampah pun nak tunggu Ustaz Azizan bagi arahan. Kalau macam tu, gaji depa pun bagi kat Ustaz Azizan lah. Sapa Ketua Jabatan Laut Kedah? bagi ulasan sikit!

    sri hartamas

    ReplyDelete
  4. salam Mummy,

    Malu kalau Langkawi kotor,nama dah gah seluruh dunia.

    Jangan salahkan ustad saja,rakyat sendiri kena ada kesedaran tentang kebersihan.

    ReplyDelete
  5. menteri celupaq pun nampak masalah sampah, pelancong dalam negara pun nampak sampah kotoq terapong..mummy pun nampak... ustaz azizan tak nampak? hmmm kalau tanya ustaz jawapanya no comment jer la....

    ReplyDelete
  6. Pada aku ..kalau di mesia ni pi la mana pun semua tempat pengotoq..

    pasai sikap orang mesia ni memang pengotor...

    tapi bila pi seberang tambak johor pandai pulak berubah dengan serta merta..naik bas pandai pulak berbaris , hisap rokok pun takut2 , nak buang sampah tak tentu pasai lagi la..

    apa nak buat ..itu lah asuhan pemimpin melayu untuk rakyat melayu..hipokrit.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Mummy.

    Tumpang komen sat!

    Saya sokong pendapat gelong gajah!

    Hakikat semata mata!

    Ramai rakyat Malaysia kaki pengotoq!

    Rakyat Singapore memang kiasu tapi depa tak pengotoq sebab dah kena tarbiyyah dengan Kuan Yew kaw kaw!

    Buang sampah kena denda!

    Tak dak sembang sembang kedai kopi.

    Sini Rakyat Malaysia kebanyakan nya kaki pengotoq!

    Kerajaan tak kuatkuasakan undang undang yang melimpah ruah.

    Toksah sembang banyak, si Kartika nak kena sebat 6 rotan pun dok terkial kial sampai sekarang!

    Apa lagi yang lain?

    Hampaih!

    ReplyDelete
  8. LANGKAWI KOTOR BOLEH DI-BERSIHKAN.

    ANWAR IBRAHIM ADALAH LEBIH KOTOR DAN JIJIK DARI LANGKAWI DAN TAK DAPAT DI-BERSIHKAN LAGI.

    ReplyDelete
  9. Mummy Rokiah... Bonda pernah pergi gak Langkawi... dulu cantik dan bersih.. la nie tak tau la...

    ReplyDelete
  10. Mahaguru, kepalahotak dan tindakan LKY tu macam halalintar.

    Buat kotor, dapat tangkap denda terus.

    Langkawi nak buat macam tu. Yang Kerajaan PR/PAS nak ikut politik LKY saja saperti yang diajar DAP. Buat apa jaga sampah, lebih baik jaga politik supaya Kedah ini jangan diambil balik oleh UMNO/BN.

    Lagi satu, Pengurus Besar LADA sekarang ni, elok terajang keluar dari Langkawi. Dia Pegawai Persekutuan. MB tak boleh tegur dia dan MB sengaja tak mahu tegur dia, biar Langkawi kotor. Lepas tu dia nanti kata "itu Pegawai Persekutuan".

    Apa pun, MDL buat apa?

    ReplyDelete
  11. salam
    langkawi dlm proses membangun,tungu j lh bla dh siap.tntg sampah dari penang tu jabatan laut kna ambl brat nk selsaikan nya.jgn asyk nk salhkan menteri besar j.hidup ustad azizan

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.