Friday, January 29, 2010

Mana himpunan memberi bunga di Jalan Bukit Bintang?

Apabila berlaku insiden beberapa gereja dilontar minyak gas yang boleh membakar maka ramailah NGO yang bersimpati, ada yang mengadakan himpunan aman memberi bunga kepada pejalan-pejalan kaki di jalan Bukit Bintang malah ada NGO Melayu yang menawar diri membuat kawalan berjadual di setiap gereja yang terdedah kepada serangan.

Ini dilakukan bagi menyatakan manifestasi cinta mereka kepada kemanan negara ini.

Beberapa hari lepas berlaku lagi satu insiden mesjid dilontar dengan kepala khinzir @ babi. Kita masih menunggu bilakah NGO-NGO ini akan berhimpun memberi bunga pula kepada pejalan-pejalan kaki di Jalan Bukit Bintang atau KLCC.

MR ingin cadangkan kalau ingin memberi bunga biarlah bunga rampai, bunga ros atau bunga kenanga kerana baunya harum. Jangan pula diberi bunga cempaka yang banyak ditanam di atas kubur.

Dengan harapan bunga-bunga yang wangi ini lambang menutup bau kepala khinzir @ babi yang najis dan busuk.

2 comments:

  1. tapi takkan nak tunggu NGO saje? bloggers seperti kita ni bila lagi nak dihimpunkan utk berbuat demikian?

    ReplyDelete
  2. Bunga mahal lah mummy..orang melayu tak boleh beli sebab ekonomi mereka tak mengizinkan. Sebab tu kerja mereka hanya berbalah terutamanya PAS dan PKR.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.