Sunday, February 7, 2010

Berdoalah PAS dan UMNO menemui titik pertemuan demi Islam dan Melayu

(Sumber MStar Online)
PAS Sedia Bincang Dengan Umno – Abdul Hadi
KUCHING: PAS sedia untuk berbincang dengan Umno dalam isu-isu yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama termasuk yang berkaitan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, amalan tersebut telah menjadi dasar PAS, yang berpanjangan secara praktikal dengan kepimpinan parti mengemukakan pandangan serta pendirian mereka terhadap sesuatu isu.

"Kita tidak berperang. Kita berhujah, berdebat dan berbincang namum kita akan tegur kerajaan dalam perkara yang kita tidak bekerjasama," katanya pada sidang media sempena lawatan beliau ke Sarawak untuk meninjau persediaan PAS dalam menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang, di sini hari ini.


Jika hasrat ini terlaksana dengan ikhlas,jujur dan berhemah maka rakyat akan melihat kembali kekuatan Melayu dan Islam.
Sama-samalah kita berdoa dan solat hajat memohon kehadzrat Allah SWT agar tidak lagi berlaku perpecahan dan kembalikan penyatuan.

4 comments:

  1. Dalam Sina Harian Nik Aziz dan Hj Hadi bercanggah pendapat pulak. Nik Aziz kata dia nak bincang dengan UMNO masaalah Ugama Islam sahaja. Haji Hadi kata, perbincangan boleh dibuat berkaitan Ugama, Ekonomi, Keselamatan dan politik.

    Untuk menghadapi perbincangan semeja dengan UMNO, PAS perlu duduk semeja dahulu. Diantara kepimpinan PAS elok berbincang dahulu. Sudah ada kata sepakat, barulah diajak UMNO duduk semeja.

    Dalam hal ini, jangan dirujuk kapada PKR dan DAP lagi daaahhh... Jalan terus jika PAS ada perinsip perjuangan mengenai Ugama Islam, Ekonomi, Keselamatan dan politik. Jangan berdolak dalik.

    Apa pun keadaan dinegara ini, walau apa pun yang terjadi, samada perpecahan, pertelingkahan, perselisihan pendapat atau perbahasan sengit, hanya dengan Islam sahaja kita boleh menyatupadukan umat Melayu/Islam Malaysia. Salepas itu kita bersepakat membantu bangsa2 lain dalam soal apa pun yang mereka tuntut.

    Apa yang kita nampak PAS sekarang, dengan kerana mereka bersama dengan PKR dan DAP dalam PR, perjuangan PAS telah banyak nagetif dengan perjuangan mereka mengenai Islam. Mereka lupa ini semua. Mereka nampak terlalu menumpukan perjuangan membela Anuar Ibrahim saperti yang diperjuangkan PKR. DAP bersama semata2 bertujuan nak dapatkan kuasa. Seumpama di Perak, satelah PR berkuasa, DAP pulak yang tiba2 menguasai negeri dengan Nizar hanya di tarik hidung saperti lembu.

    PAS harus bagi perhatian keadaan yang menimpa Nizar. Maka itulah sebabnya Allah itu Maha Berkuasa, pemerintahan itu dikembali kapada BN yang amat perihatin dengan sensiviti rakyat yang amat memerlukan pemerintahan ala DAP yang tidak diktatur serta berfahaman kominis.

    ReplyDelete
  2. Salam bahagia Mummy Rokiah,
    Mohon izin singgah. Jika PAS-UMNO boleh berganding itulah yg paling ideal! Jika tidak pun, PAS & UMNO masing2 secara sendirian boleh terus membela nasib Melayu / umat Islam. PAS tak wajar berada dalam PKR. You can stand on your own feet, PAS! And UMNO, please be more sincere & transparent. We are counting on you.

    ReplyDelete
  3. Pas dan Umno jangan benci membenci. Kite sme orang Islam. Tegur-mengur xpe, tp jgn smpai tuduh Umno Kafir, diorng maybe langgar hukum2 Islam tp akidah Allah je yang tau. Pas x patut gabung dengan PKR.Tak taula sejak PKR naik negara makin kecoh. Dulu Pas n Umno je yang lead xdenye kecoh cmni.

    ReplyDelete
  4. PAS perlu terajang keluar Nik Aziz dulu, orang tua ni selalu suka buat hal, dia rasa dialah yang paling besar dan berkuasa dalam PAS.

    Sabenarnya Nik Aziz cuba nak tepikan Hj. Hadi sebab dia sendiri tau Hj. Hadi lebeh terpengaruh darinya sekarang, sebab tu apa saja Hj.Hadi buat semua disanggahnya.

    Inilah yang dikatakan orang, Belalang nak jadi Helang....

    Awang Serabut...cuit sikit..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.