Wednesday, February 3, 2010

Tun M dan Utusan memberi nafas politik pada Nik Aziz

Politik Nik Aziz yang sedang tercungap-cungap ibarat ikan dalam aquarium yang kehabisan oksigen dek kerana membusung isu-isu intigreti kepimpinan kroni anak beranak beliau dan perpecahan teruk PAS Kelantan telah kembali segar sehari dua ini.

Apabila Utusan Malaysia 3/2/2010 menyiarkan di muka hadapan komen Tun M terhadap Ku Li menggunakan pentas PAS berhubung isu tuntutan royalty minyak Kelantan ternyata “milage” politik banyak memihak kepada Nik Aziz.

Menyedari beliau sedang berada di ambang kejatuhannya, Nik Aziz terpaksa juga menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim. Beliau pandai mengambil kesempatan politik kerana dalam "krisis ada peluang" . Dengan harapan krisis buasir Anwar Ibrahim akan membantu memulihkan kembali moral politik beliau. Di tambah dengan sorakan takbir oleh penyokong-penyokong hangit PAS dan PKR di mahkamah semalam.

Ternyata kebijaksanaan Mursyidul Am PAS berpolitik mengatasi kebijaksanaan beliau sebagai Tok Guru kerana kerapkali yang memberi nafas politik pada beliau bukannya calang-calang orang iaitu Tun M sendiri dan bukan calang-calang media iaitu Utusan Malaysia sendiri.

6 comments:

  1. Nasib baik TGNA tak celakokan pihak-pihak yang banyak menolongnya berpolitik.

    ReplyDelete
  2. Kalau dikatakan memberi nafas baru, boleh lah diterima, Tum M dan Utusan hadiahkan sebiji dua tong gas oxygen, membantu penafasan.

    Tetapi dari karisma dan kehebatan berpolitik dalam kategori ulama, dulu lebih hebat, sekarang menggelosorrrrr...

    Dulu semua terima dan diam mendengar pendapatnya, sekarang macam lebah...berdengung depan belakang komen.

    ReplyDelete
  3. blogging utk rakyat, dari rakyat kepada rakyat??? ermmmm.....sorry to say but doesn't suit ur blog.....

    ReplyDelete
  4. notwithstanding cannot deny that tuan guru memang arif dan bijak mengantor strategi umpama khalifah selepas the last prophet.tuan guru made islam friendly, easily understood and acceptable to non muslims like us.what he preaches is what is written in alquran[translated version arab/malay,arab/english],he is what we are looking for as a leader.

    ReplyDelete
  5. salam ziarah....betulkan niat n ikhlaskan hati...insyaAllah anda akn mnjd blogger yg baik....

    peace-sekadar nasihat buat diri sy dan anda semua...

    ReplyDelete
  6. sepatutnya TGNA menunjukkan teladan tyg baik kpd org bukan islam

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.