Saturday, May 29, 2010

Kalau P Ramlee masih hidup mungkin beliau dihina

P.Ramlee meninggal pada 29 Mei 1973, hari ini genap 37 tahun pemergian allahyarham. Sehingga hari ini tidak habis-habis diperkatakan tentang keagungan seniman ini sehingga beliau diberi gelaran Seniman Agung Negara.

Generasi yang telah berlapis di hadapan P.Ramlee masih meminati P.Ramlee walaupun mereka bukan membesar dalam zaman P.Ramlee tetapi mereka mengikuti P.Ramlee dan kenal P.Ramlee. Mereka kenal P.Ramlee kerana filem P.Ramlee, seperti di dalam filem begitulah mereka kenal P.Ramlee.

P.Ramlee hidup di dalam hidup mereka kerana watak-watak, perangai-perangai, sikap-sikap dalam filem P.Ramlee itu ada dalam kehidupan seharian mereka. Sikap malas, cemburu buta, orang kaya kedekut, memilih kasih, dengki, khianat, kahwin ramai dan berbagai lagi sikap-sikap dalam masyarakat hari ini ditonjolkan dengan berkesan dalam filem P.Ramlee.

Di samping paparan filem-filem P.Ramlee yang agung ada juga filem-filem P.Ramlee yang gagal khasnya apabila P.Ramlee berhijrah ke Merdeka Studio, Kuala Lumpur. Filem-filemnya dibuat dengan “budget” yang rendah, set-set kotak yang serungas dan terburu-buru seperti filem 6 Jahanam. Satunya kelebihan P.Ramlee ialah apabila terlalu banyak kenangan indah dan kebaikan P.Ramlee sehingga masyarakat tidak ingin melihat kegagalan beliau.

Ramai pengkaji filem berpendapat kalau P.Ramlee masih ada nescaya martabat filem Melayu akan naik. Sejauh mana konkrit pendapat ini boleh disanggah. Jangan-jangan kalau P.Ramlee masih ada beliau dihina dan dikutuk oleh parti-parti pembangkang yang suka membangkang.

Apa pun Allah maha mengetahui dan mengambil P.Ramlee ketika di tahap kemuncak kejatuhan filem Melayu dan di mana masyarakat masih mahu P.Ramlee.

Begitulah juga pemimpin yang ada seperti Tun Mahathir yang tahu masamana untuk meletak jawatan.

Jangan pula seperti apa yang terjadi kepada Presiden MIC Samy Vellu hari ini yang dipaksa meletak jawatan dengan segera kerana terlalu lama memegang jawatan.

Kata orang tua-tua makan ketika lapar dan berhenti makan ketika sedap.

9 comments:

  1. berhenti makan sebelum kenyang!!! :)

    ReplyDelete
  2. mahathir tahu masa mana nak letak jawatan, tapi dia tak tahu macam mana nak tutup mulutnya..

    ReplyDelete
  3. mr.nampak macam tak ada idea je pun.

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya filem "enam jahanam" tu ok juga. Amat menghiburkan, ala "spaghetti western" yang menjadi genre film tahun 70han-awal 80'han. Kebanyakannya lakonan Terrence Hill dan Bud Spenser.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  5. dulu time kecik, mmg kagum dgn filem p. ramlee.

    bila da besar ni, dan da banyak kali snagt tngk, dan kadang2 selalu betui kuar TV, rasa mcm taklah agung mana filem2 nya.

    cuma org kita saja, sebab da bg label seniman agung pada p ramlee, maka smeuanya kita puji melangit. Bila ada watak, scene yg negatif ditunjuk, maka kita pun kata itu sindiran halus pramlee pda masyarakat. Pendek kata semuanya baik2 belaka.

    kalo gitu, kenapa kita kutuk filem razak mohideen, smasulyusuf yg tunjuk rempit, bohsia? kenapa kita tak lihat ia sbg sindiran pada masyarakat???

    owh lupa...razak mohideen, shamsul hidup lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lah kalau taksub dgn org politik..semua ia kan je.korang yg komen ni semua xde otak.bodoh...orang yg belajo tinggi je nk guna blog ni utk kajian di ipta/ipts.korang mmg shial!!!!pergi mampos dengan politik korang

      Delete
  6. Bloggers yang pandai berblog adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi.

    nak tgelak lak bace statement ats box comment..tp bile aku bace post ko ni , post ni nampak mcm xwaras la plak...

    yela..pe kaitan p ramlee ngan parti pembakang, tak pnh plak aku dgr parti pmbakang kutuk artis..dorang ni xbrp sgt msk campur isu artis..xtau la kalo ade y aku tlepas pandang..

    one more,sure ke kamu tun M ltk jwatan coz die pk time tu plg sesuai die ltk jawatan??hahahah..study cket isu mereka dalam2 bru bkate2..nampak sgt kte hny pandang pade sblh pihak je n bkate2 tnpa bfikir..

    pramlee bkn xdhargai dlu..tp sesuai dgn keadaan msia y xmaju ktka tu..dan pramlee dimnpoli oleh s. brother..study ttg s.brother + pramlee..den summarize y pramlee spt xdhargai dlu..

    rase mcm owner x approve je komen aku ni..whatever..janji ko bace. thanks
    sekian..wasalam

    ReplyDelete
  7. kalaulah kita diperintah oleh jepun kan ke lebih baik kerana sikap orang melayu yang suka lupa daratan,tidak berterima kasih... biarlah bangsa melayu disiksa, biar dibuli....baru taw macam mana hidup bila dijajah....

    ReplyDelete
  8. Kalau P Ramlee masih hidup mungkin akan dihina oleh parti pembangkang.Pembangkang di Selangor,Kelantan dan P Pulau.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.