Saturday, November 13, 2010

Pengalaman selepas banjir di Kedah. Ustaz Azizan should learn from this group rather shouting like mad.

Berikut MR postkan pengalaman dari blogger : www.alkerohi.blogspot.com

Banjir Utara : Tahniah Persatuan Tzu Chi

Lagi cerita tentang banjir di Kedah.

Kasihan 91 penduduk Tamil di Taman Aman Anak Bukit. Depa cerita, "MIC punya orang tarak nampak muka. UMNO pun tarak tolong, MCA pun tarak tolong".

Sapa tolong ? "Welfare (JKM) sama PAS juga kasi tolong. Tapi sikit lambat juga" Betoika ?

Di Taman Uda dan Jalan Fajar - hanya pada hari kelima nampak sukarelawan UMNO dan PAS dengan bantuan makanan.

"Bawa pi la beras hampa. Ayaq dah surut hampa mai buat apa" jerkah anak perempuan salah seorang pengasas UMNO Kedah pada lori satu Malaysia.

Cuma saya nak bangkitkan satu perkara yang saya lihat sendiri. Persatuan Buddhist Tzu Chi Cawangan Kedah.

Cara mereka bekerja hebat. UMNO, PAS, ABIM, NGO-NGO lain pergilah belajar dengan mereka tentang organisasi, cara bekerja, keutamaan, apa yang perlu disampaikan, di mana, siapa dan sebagainya. Hari kedua banjir, saya lihat mereka memberikan roti planta/ coklat, biskut, air minuman dan benda-benda makanan ringan kepada mangsa.


Mereka tidak memberikan beras, sardin dan makanan berat kerana mereka tahu dapur di rumah mangsa dimasuki air. Apabila air mula surut, baru mereka mula memberikan beras, gula, kopi dan sebagainya.

Tadi saya jumpa mereka lagi. Mereka membahagi-bahagikan tuala, berus gigi, biskut, sabun, wang tunai dan keperluan pemulihan. Lebih hebat, mereka pergi dari rumah ke rumah. Mereka tidak pilih warna politik dan warna kulit.

Hebat ! Lima puluh kali lebih hebat dari persatuan dan parti politik Melayu.
Saya nak cadangkan kepada kerajaan negeri, jemputlah mereka memberikan penerangan bagaimana tersusun dan berkesannya organisasi mereka.

Pada kerajaan persekutuan, saya lontarkan syor yang sama. Belajarlah ilmu yang bermanafaat biar dengan siapapun.

Saya tidak pasti objektif penubuhan Tzu Chi. Tetapi apa yang saya yakin matlamat mereka membantu mangsa banjir dengan menyampaikan bantuan terus kepada mangsa tercapai dan berjaya.

Ketika menghubungi mereka sebentar tadi, saya difahamkan cawangan mereka di Alor Setar telah wujud sejak 1997 lagi.

Tahniah Tzu Chi.

7 comments:

  1. satu pihak kerana politik.puak ini pula kerana kemanusiaan.

    ReplyDelete
  2. Mummy,
    Kawasan kami, Bakar Bata, sepanjang Sungai Anak Bukit, ia itu Lorong Liku, Lorong Kelumpang, Lorong Wat Siam dan Lorong Sena, hingga hari ini tidak nampak wakil kami, Datuk Paduka Ayhmad Bashah, yang juga timbaaln pengerusan Umno Kedah. Kami hanya nampak ADUNd kami, sentiasa sahaja bersebelah Tan Sri Muhyiddin di pusat pemindahan. Tanpa beliau pun kami boleh makan dan minum. Orang-orang PAS datang juga jengok-jengok dan tanya akhbar. Malangnya wakil yang kami pilih no show. Sampai hati media tuduh kerajaan negeri lembat, sebenarnya UMNO/BN lebih teruk. Saya lihat mana kemera TV di situ nampak kelibat orng UMNO/BN di mana ada Tim. PM di situ kelihatan kelibat orang UMNO. Saya simpulkan orang UMNO suka cari publisiti bukn ikhlas untuk membantu. TV3, RTM dan media arus perdana lagi teruk dalam liputan masing-masing dengan agenda tersembunyi untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kedah.Saya setuju dengan tegurun MB Uztaz Azizan supaya media-media berkenaan mestilah adil dalam membuat laporan dan buat kerja seperti ajaran Islam. Saya ingat UMNO susahlah nak rampas balik Kedah pada PU akan datang kerana rakyat dah amat meluat dengan kelakuan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah dan media-media arus Perdana terutama RTM dan TV3 yang lebih sudu daripada bubur dalam grand design politik UMNO/BN.

    Anak Bakar Bata.

    ReplyDelete
  3. UMNO kedah dah tak leh wat per kat kedah nun,depa belagak nak mampuih apa pun tarak..ds Shafe Apdal sengaja dok chri nahai masuk jadi ketua perhubungan...kedah dah tak sama masa Tun M masih gagah dulu,la ni depa dah ketulahan kata urang sabah..negeri kelahiran Yang Peng yg nyaman dan damai ni.Biak p kat depa la kedah tu( PAH) Dulu dah dapat hampa lalai la ni hingak ke hulu ke hili tayang gigi jongang depa tu,tak dak sivik langsung.. Amik! kaw. Aku sajer jer ajuk logat hampa jangan marah no saja jer jolok sikit.

    ReplyDelete
  4. Hamba setuju 500 peratus dgn tuan mat merton.

    ReplyDelete
  5. media massa pro kerajaan pun nampak keterlaluan juga dalam melaporkan isu banjir ini dikedah.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan posting ni. Memang Persatuan Tzu Chi telah menjalankan aktiviti mereka dengan baik dan efisen sekali. Ada yang datang dari Sungai Petani memberi bantuan di Jitra dan Alor Setar. Merekla datang dengan lori dan meredah air banjir untuk memberi bantuan.

    Tahniah Persatuan Tzu Chi.

    ReplyDelete
  7. kami nak ucapkan terima kasih pada adun PAS kawasan anak bukit sampai batu lima titi gajah kerana sudi menjenguk kami pada masa air bah yang lalu walaupun tiada wartawan, atau mana-mana jurugambar yang sudi ambil gambar beliau. Tapi beliau dengan ikhlas datang jenguk dan bantu.

    Elephant Bridge Batu 5 alor setar

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.