Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menghadapi pembangkang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tempur siber UMNO gagal dan tidak sistematik menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.
Kebiasaan amalan di dalam UMNO semua kerja mesti dibayar tidak ada lagi perjuangan yang ikhlas tanpa habuan. Ada duit semua jadi.
Begitu juga amalan di dalam UMNO mereka yang betul-betul ikhlas buat kerja tanpa habuan tidak pernah dikenang dan diganjarkan.
Mereka-mereka ini seringkali menjadi mangsa makanan jerung besar yang hanya mengambil kesempatan seperti memerah tebu sampai tinggal hampas akhirnya habuk pun taraaaaak.
Ganjaran diberi kepada amereka yang pandai menyalak dan ‘demand’ yang bukan-bukan tetapi hasil kerja hanya ciput.
UMNO harus melihat betul-betul mereka yang ‘deliver’ supaya mereka ini kelak tidak disambar pembangkang.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Kebanyakkan blogger buat kerja tanpa fikir pasal reach, effectiveness dalam membuka minda pengundi dan lain2
ReplyDeleteASal ada blog tulis suka hati.
Ada mintak duit dan demand macam2.
MASaalah low education and knowledge dikalangan blogger pro umno.
tak boleh jawab serangan pembangkang.
mereka tahu main seks seks seks hingga isu besar jadi tepu dan tak ada reaksi rakyat
Aku pun heran mcm mana org mcm Zahid ni bolih dilantik jadi Naib Presiden UMNO.....memang sah UMNO parti bingai...
ReplyDeleteUMNO baik menyerah kalah aje dan terima hakikat eranya dah sampai ke penghujung mengikut hukum alam -yang korap, tak berguna dari segi urus tadbir dan terlalu lama memerintah harus jalan diganti pula dengan pentadbiran alternatif baru, alternatif baru ini pun jka tidak perform dan asyik melalak pejuang tanah airnya akan dihumban juga oleh kuasa rakyat apabila tiba masanya. UMNO tak boleh bersikap yang ia berhak memerintah selama-lamanya kerana nak bela orang Melayu, Islam, kroninya tak habis-habis. Rakyat dah jemu dengar retorik, lalakan macam tin kosong atau seperti orang gila yang ia saja diberi lesen oleh Quran untuk memerintah Malaysia. Zaman dulu raja bodoh/bangan dan korap ditentang oleh rakyat walaupun mereka menjaguhkan diri sebagai pembela Islam versi tahi kucing. Maka rencana siber penempur mereka tidak akan jadi kenyataan, mereka tiada keupayaan intelek sama seperi pemimpin UMNO yang tiada lagi daya intelek cerdik. Mereka hanya pakar membuat fitnah, main politik 'low class', primitif dan tidak bertamadun dan bijak mengarah seks video. Betul-betul low class! Orang Melayu pun dah lama dibangankan oleh UMNO, cukup lah tu.
ReplyDeletesaya setuju sangat dgn tajuk MK ini, tengok nurjazlan tu, dulu dia salak nak lawan timbalan presiden umno,bila tak jadi diberi pegang UDA, haru biru UDA.....,
ReplyDeleteorg2 yang kerja kuat di peringkat bawahan tidak di endahkan, apabila golongan ini hantar sesuatu propasal ataupun pohon projek setelah mempunyai kelayakan dan lebih2 lgi yang baik utk negara, bangsa dan agama maka proposal-proposal mereka yang dari akar umbi ini di ketepikan,tidak dilayan
dan tidak diluluskan, maka inilah hakikat yang berlaku!!!!!!!!
umno dah lali dgn komen2 sebegini. silap2 fitnah katanya! jadi, terhadap komen MR ni, umno akan kata: "taaak...aii..umno tak gitu. kita bertugas ikhlas demi parti, demi bangsa, agama dan negara"
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteMasalah besaq Umno bukan apa..dah orang besaq kat atas yang ajaq..orang kecik kat bawah ikut je..lama-lama depa ingat nak buat apapun mesti kasi upah dulu..baru kerja jalan.Orang-orang besaq lebih berkenan kat tong-tong kosong..janji buleh ikut pungkok depa pi mana-mana..buat la unit apa sekalipun..jabatan kerajaan yang kerja dia bagi penerangan dan tempur-tempur pun tak jalan..ni pulak unit dalam parti.