Sunday, July 10, 2011

Posting khas kepada KP JASA, Datuk Mohd Fuad Hassan

Timbalan Menterinya Datuk Joseph Salang berkata para pegawai agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu bergaul dengan semua lapisan masyarakat termasuk anggota dan penyokong parti pembangkang kerana ia merupakan sebahagian tugas mereka.

Realitinya perkara ini tidak berlaku kerana pegawai-pegawai JASA hanya asyik berkepit dengan Ketua Bahagian UMNO sahaja kerana Ketua Bahagian UMNO lah yang berkuasa menyambung nyawa jawatan mereka dalam JASA.

Malah lapuran mereka sentiasa tidak tepat hanya lebih membodek Ketua Bahagian UMNO untuk diletak sebagai calun dalam PRU13 yang akan datang.

DS Najib seharusnya “hand’s on” meneliti dan bergantung kepada lapuran-lapuran hampas ini yang banyak berat sebelah untuk mengembirakan Ketua UMNO Bahagian dan kuncu-kuncu upahan.

Maaf kepada Dato’ Mohd Fuad Hasan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Semalam MR mendapat ‘call’ pegawai tuan di Kedah masih tidak ‘perform’ walaupun sudah beberapa kali peringatan telah diberi oleh Tuan.

16 comments:

  1. MR memang tepat fokus dan penulisan MR.JASA lah yg banyak melingkupkan UMNO DiKedah khasnya.Terutamanya di UMNO Padang Serai.Itulah puncanya kerana pegawai JASA jadi batu api.Beri lapuran tak betul.Itulah puncanya PRU 12 yg lalu BN kalah teruk.JASA DiPadang Serai dah jadi kaldai untuk tunggangan individu tertentu.Bukan buat kajian dan cara selesai masaalah.Seabliknya jadi batu api.Rupanya mereka pegawai JASA pun ada kepentingan politik.Lagi menjahanamkan UMNO kalau bini Pegawai JASA maka laki dia lagi teruk drp bini dia.Tepat sekali KP JASA turun padang lihat sendiri sejauh mana budak JASA ini buat kerja.Sepatutnya UMNO kuat dan dapat maklumat yg original dan tepat.Mereka jadi tukang kipas bagi panas dan menyala.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, salam 1Malaysia

    saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
    bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis
    penulis maya (blog Politik shj) pada 14, 15 Oktober 2011, Insya'Allah ..Perdana
    Menteri Malaysia akan turut menghadiri majlis tersebut…

    Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan dan voucer minyak pecuma….

    Mohon pada pihak tuan agar memyebarkan berita ini kepada rakan rakan tentang perkara ini....

    Tuan boleh menghubungi saya di email cranell@mykmu.net merangkap
    setiausaha kerja mykmu.net bagi sebarang pertanyaan dan pengesahan.

    jika berminat sila berikan nama, namablog dan no fon di email tertera diatas untuk pendaftaran dan segala detail mengenai majlis tersebutkan akan disms kepada pihak tuan..

    segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai....

    ReplyDelete
  3. M rokiah, nasihat saya anda kena lebih telus. Katakan la KPKK khusus bahagian JASA ada mentaliti sama dan lemah. Tak boleh kena tegur cara terbuka. DAri dulu lagi kami tegur kpkk . KPKK perlu bertanggung jawab membaikki sikap, pendekatan dan kandungan media dibawah bidang kuasa mereka untuk meyakinkan rakyat, bukan untuk yakinkan PM saja.

    Untuk mendapat kepercayaan rakyat strategi kpkk dari semua peringkat termasuk JASA terlalu kurang matang sedangkan ini amat penting. Pendekatan perlu ada perubahan drastik kerana keadaan berubah dengan cepat dan spontan.

    Kegagalan atau kelemahan yang tak dapat dibendung ini berpunca dari pimpinan yang tidak kreatif , tidak konsisten dan tidak ada kesinambungan pada usaha yang berkesan. KPKK perlu keluar dari kotak klise untuk mendekati anak muda, remaja dan mereka di kelas menengah dan kelas perkerja . Jangan tiru rentak dan pendekatan TV 3 yang juga telah gagal. TV3 hanya untuk buat duit. Apa yang kpkk rancangkan lebih kepada memenangi hati mereka di kampung dan luar bandar saja.

    Tak ada usaha kreatif memenangi hati rakyat dengan menonjolkan secara kreatif usaha penting kerajaan. PM dan kerajaan telah sekian lama membantu rakyat setiap peringkat dengan berbagai rancangan, package dan projek. Jika dibanding dengan negara luar dan kerajaan barat usaha ini sukar ditandingi dan penting ditonjolkan dengan cerdik dan bukan secara totok dan berbau propaganda yang kurang matang.

    Lihat saja tuntutan bersih untuk 'free and fair elections'. Tidak ada kandungan segera yang matang dan kreatif dari kpkk untuk tangkis tuduhan ini. Sedangkan seluruh dunia tau termasuk kuasa barat tidak ada kerajaan yang boleh kata mereka mempraktikan 'free and fair elections' 100%. Tidak ada, walaupun dinegara USA yang menjanjikan demokrasi dan free and fair elections. Tunjukan kebenaran ini dan janjikan ( bukan dengan bercakap saja di TV) kerajaan boleh perbaikki kelemahan sistem yang ada. Ada tengok usaha ini dari kpkk? Kalau tegur tentu KPKK kata , 'dah buat dah, semua dah buat'.

    JASA sepatutnya terlebih dahulu dapat kesan ramai ahli UMNO di bahagian dan cawangan tidak mau lagi dipimpin oleh KETUA BAHAGIAN lama yang kalah semasa PRaya 2008 kerana kebanyakkan mereka itu korup atau bodoh.Mereka kemudian hanya menjaga imej bila ada wakil PM atau TPM atau pemimpin ini sendiri akan datang melawat . Kemudian bodek kata semua OK. Realitinya ramai, ulang- masih ramai merajuk kerana UMNO masih sokong khidmat pemimpin bahagian ini yang telah tidak salurkan perbelanjaan untuk pilihanraya 20o8 hingga ahli umno 'mogok senyap'. Ketua ni simpan perbelanjaan untuk diri mereka dan untuk pilihan UMNO yang akan menyusul ketika itu. Sebab itu parti kerajaan kalah. Sebab marah perkerja paling bawah akan menipu informasi yg penting. Dan.. ketua bahagian ini masih memimpin atas mesej- mereka ini orang DS Najib.

    Dan semua ini di ketahui oleh JASA.Kalau JASA tau tentu jabatan dan seterusnya ketua ketua KPKK tau.

    Kalau disini gagal bertindak ini kan pula untuk menegur dan menyediakan strategi memenangi hati rakyat secara kreatif dan agresif. kami kesian tengok PM dan beberapa tim kakitangan bergerak pantas DAN AGRESIF. Tetapi mesej kerja kuat dan gagasan ini tidak terdokong dan tercapai oleh kpkk.

    Untuk perbandingan lihat sms BERSIH dan PR dan video propaganda licik yang dibuat oleh pembangkang dan dikeluarkan diYou tube . Walaupun terlalu 'one sided' menyebelahi pembangkang, tapi tengok cara yg digunakan. Mudah kita lihat sasaran adalhah untuk kelas menengah, orang muda dan kelas perkerja dan cara yang meyakinkan. Walaupun penuh penipuan dan 'fakta' yang dimanipulasi dan salah. Target 1- kelirukan rakyat . Mesej - Semua tak betul salahkan UMNO, orang melayu dan kerajaan.Dengan ini DS Najib menjadi sasaran no.1 mereka.

    Tuduhan ini tidak berjawab oleh KPKK.

    ReplyDelete
  4. JASA menjalankan tugas tak profesional.Jabatan makan gaji buta kerana ada UMNO.Orang UMNO dan rakyat sendiri tak yakin dengan peranan JASA kearah nak mengembalikan kuasa UMNO di Kedah.Di Kedah apa yg JASA buat.Pi mai pi mai masuk kg UMNO sahaja lah.Kubu pembangkang tak berani masuk.Pergaulan JASA terhad kepada geng sendiri.Sesama ahli UMNO sendiri tak meyeluruh.Semua pegawai JASA wajib disaring dan dipilih semula untuk jadi petugas yg cekap.Bukan kerana jadi orang kanan UMNO.Amalan ini dah tak relevan lagi.JASA banyak main politik sesama sendiri.

    ReplyDelete
  5. Selagi JASA dan KPKK dipimpin oleo manusia-manusia politik yang gagal macam Rais dan Fuad apa kejayaan yang boleh kita harapkan? Cuba semak siapa yang dilantik
    jadi think tank JASA? Semuanya barisan pengampu UMNO yang telah tewas kerjaya politik. JASA lebih berfungsi untuk menempatkan orang-orang tertentu sebagai JASAMU DIKENANG oleh Rais. Makanlah kamu orang duit rakyat sementara boleh. Esok-esok dah jadi pembangkang tak merasa daah.

    ReplyDelete
  6. Jasa ialah kumpulan cari rezeki dalam UMNO.Maka ampulah sehabisnya ataupun godam sesama sendiri.Sejak akhir ini Jasa sudah lari dari funsinya.Mereka menjadi penyumbang kepada perepecahan parti UMNO.Jadi batu api.Adu domba sana sini.Bergaul dan berkawan ikut kroni dan puak.Bukan ikut yang betul dan benar.Tetapi ikut siapa sokong siapa.Ini kah peranan Jasa.Meraka lupa hari Kedah jadi pembangkang Jasa masih ada dan bayar gaji pada mereka.Di Takdirkan PAS jadi kerajaan Federal.Apa jadi pada Jasa.Jadi Jasa buatlah kerja elok-elok jaga parti UMNO.Tak perlu berjawatan tinggi.Semua orang adalah rakan.Jangan jadi batu api.Jangan jadi kuda atau kaldai.Kalau ank bagi UMNO kuat dan selamat.

    ReplyDelete
  7. memang tepat apa yang pena biru katakan tu, keseluruhan pegawai2 jasa ini adalah kaki mengampu setiap masa dan mereka2 ini pla adalah orang2 yg telah berkarat dlm pemikiran dan dalam politik dan hasil nya suka berdendam..........., bagi laporan bohong senantiasa, bukan pdg serai sj..........., di sg petani, merbok, sik mahupun di Baling mereka ini adalah lantikan sihaprak ketua2 warisan det kalid yg bg lingkupkan negeri kedah

    ReplyDelete
  8. Tuan2 boleh marah org2 yang tak sebulu dgn tuan2, tapi jangan diambil pukul rata bahawa semua pegawai Jasa tak bagus. Masih banyak pegawai Jasa yang berjuang siang malam ikhlas utk agama, bangsa dan negara. Sebutkanlah secara berani siapa yang dimaksudkan pegawai Jasa kaki mengampu tersebut. Berlaku adillah dalam memberi komentar.

    ReplyDelete
  9. nak buat cover camner, nak buat itu tak bleh nak buat ini tak bleh..nak buat program tak boleh,kertas kleje itulah,inilah tapi akhirnya tak dapat pape..suh keje tapi kemudahan bekerja ciput..camno

    ReplyDelete
  10. Bukan semua keje buat JASA perlu dimaklumkan kepada seluruh dunia, cukuplah kalau KP JASA sahaja yang dimaklumakan melalui laporan yang dibuat.Jangan jadi BODOH semua keje buat JASA perlu dimasukkan dalam BLOG ! Ini bukan saluran yang betul untuk menghentam JASA..

    ReplyDelete
  11. Janganlah disamakan semua pegawai JASA.Ada yang bagus berkhidmat tetapi umow depa tak panjang sbb Ketua Bahagian x suka kat depan pastu dok komplen kat Menteri, komplen kat KP JASA pastu tak sambmung kontrak atau diminta letak jawatan ( kalau adalah ) yang tinggal dlm JASA nih di bahagian2 yg dok mengampu, tak tau buat keja alasan baik dgn menteri..cuba tgk kot2 pegawai JASA kat negeri Menteri KPKK dan Bahagian Menteri KPKK tu camno buat keje..kalau ok leh jadikan contoh kalau tak ok buat apa simpan lagi pegawai yg tidak menjalankan tugas.

    KP JASA nih dah buat macam2 untuk kebajikan pegawainya dan ini diakui oleh ramai pegawai JASA yang benar-benar mendokong KP JASA nih. Jadi dicadangkan lihat balik performance pegawai jasa yang ada di bahagian dan dun nih. Bagi paham balik yg diorg tidak boleh dipecat oleh mana-mana wakil rakyat dan ketua bahagian. Bagi paham sket...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..........MR
    Dalam dunia siber dan blog ini.Untuk menghukum dan menghina tanpa usul periksa memang mudah.Sebab dari penelitian dan hujah MR menunjukan bahawa blog MR ini menjurus kepada permasalahan UMNO Bahagian Padang Serai.Secara tidak langsung menunjukkan bahawa penulis blog MR juga mempunyai kepentingan politik dan terlibat sama dalam masalah UMNO Padang Serai hingga menyebabkan MR menuduh semua JASA Kedah menjadi pengampu Ketua Bahagian dalam Negeri Kedah.Tengok cermin pandang diri sendiri....

    ReplyDelete
  13. JASA adalah tempat UMNO letak tukang kebun, peon pejabat, mat rempit, penganggur moden yang hanya ada sijil lepasan sekolah rendah untuk dapat jawatan dalam Kerajaan.

    Laporan apa yang depa boleh buat, ketua cawangan dan ketua pu3 yang jadi pelapor JASA.

    Tutup saja jabatan tu, buang dukit rakyat.

    ReplyDelete
  14. Apa yang MR nyatakan disini semuanya betul..tiada yng tidk benar semuanya bnar belaka..tapi tak semua pegaai jasa boleh terima pandangan MR tu..Malah ada yang kata MR ni juga cari makan dengan Umno..kaalau tak dak umno dah lama MR lingkup..saya juga simpati dengan MR..cara MR gelapaq ni mcm orang nak tercabut nyawa..hayat tak panjang dah..

    ReplyDelete
  15. tak semua pegawai jasa begitu. cuma tengok dalam jabatan2 lain, mesti ada dua tiga yg bermasalah. dalam jabatan penerangan ada jugak yg tak reti buat kerja.

    masa pilihanraya negeri sarawak lepas, pegawai2 jasa sarawak bekerja dgn bersungguh2 walaupun tewas dibeberapa kawasan.

    pegawai jasa bukan pengampu. mereka akan kata salah kalau tak betul dan ya kalau benar. mereka setia dengan kerajaan yg ada. mereka juga penjawat awam seperti mereka yg lain.

    so kepada mummyrokiah, jangan dengki dgn jasa... kami tahu siapa kamu...

    ReplyDelete
  16. Anom 4 August,
    Pegawai-pegawai JASA yang bertungkus lumus bekerja adalah lebih ramai dari yang tidak bekerja.
    Tetapi malangnya apabila terdapat pegawai-pegawai JASA yang asyik berpolitik beirsama Ketua Bahagian ini dan asyik melapurkan aktiviti Ketua Bahagian bukannya aktiviti yang menyentuh rakyat, kelompok ini telah menenggelamkan mereka yang lain.

    Perkara ini banyak berlaku di Kedah khasnya manakala di Pulau Pinang telah banyak berubah.

    Tumpu dan selami betul-betul kawasan-kawasan yang kalah di Kedah apa kerja pegawai-pegawai JASA di kawasan ini.

    Tidak perlulah blog MR 'detailkan' apa mereka buat; dari masuk kerja pukul 'LAPAN' pagi sehingga ke isi kandung lapuran mereka.

    Harap maklum teguran MR adalah tanpa prejudis.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.