Tuesday, August 9, 2011

Air Asia dan MAS - Ular Lidi menelan Ular Sawa

Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) hari ini telah memohon pengantungan dagangan saham masing-masing di papan utama Bursa Malaysia.

Semalam, laporan media tempatan mendedahkan rancangan pertukaran saham antara MAS dan AirAsia bakal menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun mendapat 20 peratus pegangan ekuiti di dalam MAS. (utusan)

Jika berlaku penguasaan Air Asia di dalam MAS ternyatalah tidak ada perkara yang mustahil dalam dunia perniagaan ‘Blue Ocean’ hari ini.

Pepatah Melayu pernah berkata ‘seperti ular lidi menelan ular sawa’ ternyata bukan bahan lucu untuk dimomok-momokkan.

Banyak syarikat-syarikat GLC klasik dalam negara ini seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan beberapa banyak lagi sedang menanti saat ‘bahagia’ mereka.

Kedudukan mereka seperti nasi di dalam periuk yang besar di mana kelihatan cantik dan menawan di peringkat atas sebaliknya penuh dengan kerak hangit di bawah.

Syarikat-syarikat GLC klasik sebegini seringkali meletakkan bekas-bekas KSU, KSN dan bekas-bekas politikus usang untuk menjadi Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan seringkali meletakkan CEO-CEO kroni mereka.

Apabila syarikat terlalu besar pemimpin tertinggi atasan sering diputar belitkan oleh pegawai-pegawai tinggi operasi syarikat seperti Group CEO, Group COO, Group CFO, Group GM dan macam-macam 'O' di belakang lagi. Mereka inilah yang kerap menyimpan sampah di bawah karpet.

Chairman dan Group CEO seringkali dihiburkan dengan angka-angka gembira oleh pegawai-pegawai ini. Suara, pendapat, cadangan yang bernas serta masaalah operasi pegawai-pegawai bawahan ditapis sehalus-halusnya supaya tidak sampai ke atas ‘so they will look good maaaaa….??’. Inilah politik korporat yang lebih hebat dari politik kepartian.

Syarikat klasik seperti Telekom Malaysia adalah contoh yang terbaik untuk dibedah siasat ‘jantungnya’. Rakyat pun tahu Telekom seringkali kecundang dengan pesaing-pesaing mereka seperti Maxis,DIGI dan beberapa lagi.

Anak-anak syarikatnya berjela-jela di bawah. 'Maneuver'sana dan 'maneuver' sini malah ada anak syarikat yang terlibat di dalam bidang‘non-core business’dijadikan ‘lembu susu’ kerana mendapat konsesi dari Kerajaan.

Pendekatan 'blue ocean’ (sering dilaungkan DS Najib) seperti Air Asia di mana Pengerusi-Pengerusi syarikat dan CEO-CEOnya turun ke bawah dan ‘hands-on’ tidak berlaku di dalam syarikat GLC klasik ini kerana periuk terlalu besar dalam masa yang sama kerak hangit di bawah semakin menebal.

Pengerusi, Group CEO, Group COO, Group CFO di belakangnya bergentanyangan dengan kereta mewah dan elaun yang pukal semuanya hasil dari saham-saham rakyat di dalam syarikat itu.

Kesimpulannya sejauh mana bijak pakar ekonomi di sekeliling PM sekali pun kalau disuruh berniaga belum tentu mereka akan berjaya. Percaturan di atas kertas tidak serupa dengan realiti dalam gelanggang bisnis di bawah.

Kenyataan ini diakui sendiri oleh bekas PM, Tun M di dalam forum SME baru-baru ini dimana beliau berkongsi pengalaman berniaga kedai roti 'The Loaf'nya.

"Semasa saya menjadi PM saya menyeru orang berniaga dan hari ini ternyata pengalaman berniaga dengan pengalaman menjadi PM tidak sama" kata Tun M.

Kesimpulannya banyak lagi ular-ular lidi di luar sana sedang menunggu untuk menelan ular sawa yang sudah malas kekenyangan.

12 comments:

  1. Sama juga dengan pengambil alihan BBMB oleh BOC pada sesuatu masa dahulu.Ceritanya tetap sama.

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy,
    Nana setuju dgn kenyataan mummy, yang mana Mantan PM berkata, 'berniaga dgn jadi PM berbeza, Lagi pun, the so called 'adviser in business' di keliling PM semua orang pandai2 in theory but not practical. Agreed if they were to do business belum tahu lagi if they can be successful. Satu lagi concept ' the bigger you are the more powerful, cost effective you become 'and you can move forward to other parts of the world to garner business is not so correct. At times you stretch too far and you lose the groundhold unless you are the type who is hands on. You have to be in the game to know what goes on. Armchair management and looking at crunching numbers is not running a business. You have to be there and feel the experience otherwise you will not get the real truth. At least 80% of the mergers and acquisitions fail due to clash of business cultures (according to a Harvard Business study)So it is wise to reconsider the concept. Certain business is for growth while some are meant to be merged subject to cultures, ethics, and many factors that you cannot quantify in numbers.
    regards,
    NANA

    ReplyDelete
  3. Saya amat setuju dengan kenyataan mengenai Group COO, Group O yang lain la. Sbb mereka ni selalunya tidak memainkan peranan apa2 dalam syarikat. Yang penting mereka ingin kelihatan bagus depan CEO. Jadi semua laporan dibuat sebaik mungkin dan menindakkan kenyataan.

    Selain itu, melantik ahli politik bekas KSU, KSN adalah amat tidak sesuai langsung untuk GLC. Mereka ini langsung tidak tahu apa-apa mengenai syarikat. Apa yang mereka harapkan ialah maklumat dalaman dan elaun yang ditawarkan. Itu lah kerajaan nak sangat orang dia dalam GLC ni tapik sebenarnya wrong people at the wrong place at the wrong time. Tidak semestinya berkhidmat lama dalam sektor kerajaan membuatkan anda arif dan lebih baik dari staff syarikat itu sedia ada. Pelantikan ini menyebabkan pekerja sedia ada lebih memikirkan bahawa syarikat ini diselamatkan kerajaan...takyah risau.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Jika berlaku penguasaan Air Asia di dalam MAS seperti yang diberitakan, kerajaan sekarang bakal kehilangan 1 undi semasa PRU13.

    ReplyDelete
  5. MR..kalau korek betul-betul maka terjumpalah kita dalam syarikat ada syarikat.Habis macaana nak telus.Syarikat dalam syarikat ini semua ada kroni orang dalam.

    Inilah penyakit yang ada dalam GLC kerajaan.Syarikat letih dan lesu CEO bergaya.

    Cerita MAS ini pun apa kurangnya.Pernah rebah kemudian kerajaan suntik semula.Hidup balik.Sejarah perniagaan MAS juga banyak berliku-liku.

    Musuh kerajaan BN /UMNO kata itulah cara MELAYU buat business.


    Hamba Allah

    ReplyDelete
  6. tolong siapa yang pandai jelaska....

    nak tolong mas...airasia beli rm1.xx
    mas beli rm3.xx Tolong siapa???

    dulu airaisa cannibalize the turboprop kat sarawak...lepas ini bolih cannibalize mas pulak...

    mas ada sosial reponsibility, aisasia ada responsibility apa, now tony can fry...

    ReplyDelete
  7. Puan MR, sekiranya belakulah AA ambilalih MAS satu trajidi la... MAS tu asset strategik puan. Kalau ini sebahgian "blue ocean" strategi kerajaan DS Najib, ingat ye puan, deep ocean have their trenches, deep oceaan trenches unfathomable".

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan komen Mummy Rokiah dalam bab Mas - AirAsia. GLC selalu kecundang kerana meletakkan kawan-kawan politik sebagai peneraju. Tengoklah Felda, kenapa lantik Isa Samad? Saya fikir kerana balasan politik saja. Jadi bagi saya biarlah MAS lingkup supaya jadi pengajaran kepada kerajaan. Berniaga dan berpolitik berbeza macam ular sawa dan ular lidi. Pengerusi MAS sebelum ini Munir Majid dikhabarkan membeli lukisan pelukis luar negara berharga berjuta-juta diletakkan di pejabatnya. Saya tak fikir itu satu apresiasi seni yang tinggi.

    ReplyDelete
  9. MR,
    Saya setuju bebenor lerr...budaya Masia ni KSU yang dah pencen kena diberi jawatan kerana sapo nak bayor main golf demerrr...
    TM tu tengok aje OK tapi hampeh...UNIfi diorang telah ketinggalan dari segi pemasaran. Lambat bebnor yeopppp.

    Ceciter....

    ReplyDelete
  10. Salam Mummy,

    Takkan la kita heran pasai ulaq lidi telan ulaq sawa. Ni la tanda kebijakan orang Melayu berniaga. Buat apa bagi untung syarikat yang jadi milik penuh rakyat,,baik bagi untung syarikat yang dimiliki penuh oleh seorang dua rakyat..rakyat kita jugak..kan dasar kita kena ada sorang berdua bilionwan atau trilionwan,,baru boleh gah. Jadi kita pakat jual la apa yang patut supaya sorang berdua rakyat kita ni buleh tambah kekayaan dan masuk nama dalam senarai Forbes ka.. tak caya cuba tanya Pak Derih Jala dan PEMANDU. Macam dialog cerita Ahmad Albab.."Muharam..ana kasi ente masa 3 bulan ..ente musti kaut semua hartanya kasi sama abah. Ente setuju??". Jangan la salahkan Chairman ka..CEO ka..dah jalan ceritanya begitu..kena la ikut jer..kalu tidak tuan director Ahmad Nisfu akan kata "Kau nampak itu pintu besar? Dengan perintah..GET OUUT!"..miss la syoru. Tak caya..cuba tanya Ku Seman..kat Utusan tu apa kurangnya. Tak salah cek..dalam lembaga pengarah GLC musti ada pegawai besaq Kementerian Kewangan sebagai wakil kerajaan..depa buat apa? Takkan mai makan karipap dan ambik duit elaun mesyuarat je kot? Tapi spa la depa nak lawan cakap tun director,,tak gitu Mummy ooii?

    ReplyDelete
  11. Kebodohan Melayu semakin terserlah.Pak Pandir Modern,Sleepig partner.Yang rugi Melayu marhean.INi lah orang Melayu yang malu makan di gerai tepi jalan...renungkan lah.

    ReplyDelete
  12. dear mummy and friends,

    ini bukan kali pertama..so many..yet they never learn..kalau begitu biarkan lah rakyat buat penilaian dan penentuan.

    yang seBarisan menegur dipandang serong dan ditempelak..yang diluar menegur dipersetankan...

    biarkan lah rakyat tidak menegur tetapi membuat keputusan dipeti undi..ada mata..lihat..ada telinga..dengar..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.