Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada 8 Mac 2011 bertujuan membolehkan golongan muda yang bekerja memperoleh 100 peratus pembiayaan daripada institusi perbankan bagi pembelian rumah pertama mereka hanyalah gah didengar tetapi relitinya sukar dilaksanakan.
Menurut Bank Negara sehingga pada akhir Januari 2012 hanya 1,624 permohonan diterima dan yang lulus hanya 389 atau 36.6% dan 47.5% gagal.
Memetik berita Bernama semasa skim ini dilancar kata DS Najib - “Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.
“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.
Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.
“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri.
Skim ini seperti juga beberapa skim lain seperti skim pinjaman SME, usahawan siswazah dan lain-lain adalah diantara beberapa skim untuk generasi muda yang dikira gagal menepati sasarannya.
“Lancar bagai nak pecah tong tetapi tongnya hanya kosong, bunyi sahaja yang kuat” kata seorang bekas siswazah di dalam satu dialog kursus usahawan.
Umum mengetahui pilihanraya sudah hampir dan DS Najib sedang berusaha keras untuk meraih sokongan pengundi-pengundi muda dan skim ini salah satu initiatif murni Kerajaan untuk mengembalikan keyakinan generasi muda kepada dasar-dasar Kerajaan tetapi ianya tidak langsung membantu malah menyukarkan dan ‘almost impossible’ untuk mereka memenuhi criteria yang ketat dan ‘rigid’.
Untuk menyatakan skim itu gagal keseluruhan mungkin terlalu awal tetapi bunga-bunga kegagalan sudah mula kelihatan dan jika Bank Negara tidak mengambil satu penawar awal hari ini skim ini akan menjadi seperti skim-skim genrasi muda yang lain indah khabar dari rupa.
Hakikatnya apa juga skim kalau tidak betul-betul mampu dilaksanakan dan menepati golongan sasaran adalah lebih baik jangan dilancar oleh Perdana Menteri kerana ia akan menjejas kredibiliti dan kewibawaan Perdana Menteri kelak.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Kalau buat kerja niatnyer dh salah...x mustahil skim ini akan jadi skim sampah...cakap berdegor degor...tp hasil nyer hampas...yg merana rakyat juga...
ReplyDeleteMummy: biasalah .kadang-kadang anak muda kita pun satu hal juga tak cukup syarat.maklumlah bank ini dia akan bantu orang yg boleh bayar balik.Ringkas nya dia bantu orang yg ada duit.
ReplyDeleteBetul juga memang GAH sahaja lah yg lebih.Pakat cari nama atas platform nak bantu anak muda konon.
Kadang kadang mereka ini ada niat yang lain dgn PM Najib ini pada awalnya.
Tak apalah Mummy.Anak muda kita pun ada otak dan fikiran.Kalau macam itu undi yg satu tu kalau di kumpul ramai ramai jadi besar juga.Maka guna undi anak muda itu sebaiknya.Cakap banyak pun dah tak guna lagi.
PM Najib pun nampak macam kelam kabut.banyak isu nurani rakyat tak tercapai.Contohnya yg mmumy sebut.
UMNO pun bukan cakap isu rakyat.Mereka nampak macam buta isu rakyat sebenar.Cuma nampak isu depan mata mereka sahaja.
UMNO belum sentuh denyut nadi rakyat sepenuhnya sebagai politik dan tunjang Melayu .
Denyut nadi rakyat hanyalah ucapan dan retorik pemimpin mereka sahaja.Cuba turun ke akar umbi .Maka jumpalah denut nadi rakyat itu.Pemimpin UMNO bawahana,pertenghan dan atasan masih bergelut dengan kepentingan diri masaing masing.