Saturday, June 30, 2012

Ketua Pembangkang Kedah meludah ke langit.

Sejak YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengambil alih kepimpinan negeri Kedah perkara yang paling besar beliau lakukan ialah dengan memajukan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan menambahkan 47 program pengajian dalam pelbagai  disiplin. Daripada Kulliyyah Usuluddin sehinggalah Kuliyah Hospitaliti dan Halal Services dan yang terkini ialah Fakulti Perubatan dan Kejuruteraan.
Kampus baru KUIN di Kuala Ketil terbukti bukan sekolah pondok lagi

Semasa ditinggalkan oleh Mahadzir Khalid selaku Pengerusi KUIN, KUIN hanya menawarkan beberapa pengajian ‘pure Islamic Studies’ iaitu Pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Kini KUIN menawarkan pelbagai disiplin pengajian. (Rujuk Program-Program tawaran KUIN)
Akibat anjakan yang begitu besar KUIN telah menjadi sasaran hentaman dan cemburu yang begitu kuat oleh pihak pembangkang di Kedah iaitu UMNO/BN. Ketua Pembangkang DUN Kedah, mantan MB dan mantan Pengerusi KUIN DS Mahdzir Khalid menggesa supaya KUIN balik ke pangkal asal penubuhannya dengan hanya menawarkan pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Dalam lain perkataan berbalik kepada Sekolah Pondok. Cadangan ketua pembangkang ini ternyata sekali bertentangan dengan gagasan Islam Hadari yang diperjuangkan dan dilaung-laungkan beliau bagai naik rak bersama Bapa Islam Hadari Tun Abdulah Hj Ahmad Badawi semasa di Putrajaya.
Hasil agenda ini rakyat telah disedarkan dan menerima pakai bahawa Islam Is The Way of Life, dinamik dan progressif.  Tiba-tiba hari ini dek kerana kemelut politik sempit serta rakus kuasa agenda dan dasar yang baik kepada rakyat telah ditungging terbalikkan oleh ketua pembangkang yang ketandusan modal politik. Rakyat menjadi pening.
DS Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa berucap dalam wacana intelektual untuk The Oxford Centre For Islamic Studies di Magdalen College, University Of Oxford pada 1 Oktober 2004 menyatakan bahawa The Ulul Al-Bab or men of understanding the Quran refers to are people of reason, of science, of philosophy and of technology. To me the verse (190 Surah Al Imran) represents a categorical imperative for Muslims to unshackle our minds and, to acquire and master the sciences and technology in order to stay relevant in the modern world.
Hari ini rakyat Kedah yang rata-rata Melayu dan Islam menerima KUIN, sebagai bukti seramai 8,000 permohonan yang memohon untuk mengikuti pengajian di KUIN dan KUIN hanya mampu menempatkan 2,000 pelajar sahaja. Berbanding dengan KUIN dahulu yang hanya mengambil 400 pelajar setahun.
Pendekatan mempolitikkan pendidikan bukanlah satu tindakan yang bijak. Ketua pembangkang harus berhujah di atas landasan intelektual untuk meraih sokongan rakyat kepada partinya yang hampir menjadi kain buruk selepas PRU12 dahulu. Beliau harus berwibawa walaupun bukan berkelulusan Oxford, Cambridge atau Harvard supaya tidak menurut gaya pembangkang PAS, DAP dan PKR yang hanya hentam keromo memutar belit rakyat demi kuasa politik.
Yang baik katakan baik.

Friday, June 29, 2012

Kaum Cina harus berterima kasih pada Najib.

Demi pendidikan kaum Cina DS Najib dengan serta merta meluluskan pengiktirafan 70 kursus Kolej Tunku Abdul Rahman walaupun sebelum ini tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia(MQA).
DS Najib nampaknya lebih realistik atas alasan beliau bahawa kursus-kursus ini diterima baik di peringkat antarabangsa tetapi tidak diiktiraf di dalam negeri kerana masaalah teknikal MQA. Menurut beliau lagi KTAR juga telah melahirkan ramai modal insan yang berkualiti yang sangat diperlukan Negara.
MR masih ingat semasa menuntut di Intitut Teknologi Mara (ITM) di sekitar awal 80an apabila diploma ITM juga tidak diiktiraf untuk bekerja dengan Kerajaan tetapi kelayakan kami diterima oleh Multinational Company dan syarikat-syarikat besar lain. Dan ramai rakan-rakan kami yang ditawar belajar ke luar negara mendapat kejayaan yang cemerlang di AS dan UK.
Inilah contoh amalan lapuk birokrasi yang masih menjadi amalan sehingga PM sendiri yang terpaksa menterjemahkan kuasa beliau  mengatasi pegawai-pegawai MQA yang dilantik.
Suatu ketika dahulu KTAR yang sinonim dengan pendidikan kaum Cina adalah pesaing rapat dengan ITM yang sinonim dengan pendidikan kaum Melayu. Tetapi hari ini pendidikan sudah tidak ada batas sempadan kaum lagi.
Ini lah hasil perjuangan Universiti Merdeka yang pernah diperjuangkan oleh MCA sekitar tahun 70an.

Sunday, June 24, 2012

Melayu dan Cina kena bersatu


Tun Razak menjalin hubungan dengan idola PKM
Apabila bercakap tentang sikap pengundi Cina dalam pilihanraya Malaysia, ilmuan politik dan strategis politik umum mengakui bahawa pengundi Cina bijak memilih Kerajaan daripada pengundi Melayu. Mereka tidak mudah dipengaruhi  dengan isu-isu skandal, sex dan emosi seperti pengundi Melayu.
Bagi mereka kestabilan ekonomi, pemilikan harta, suasana aman untuk mencari makan dan peluang pendidikan adalah di antara kriteria utama untuk memilih sesebuah Kerajaan. Mereka juga sedar pelampau dan chuvanist baik dari mana kaum sekali pun tidak akan mendapat tempat dalam negara ini. Peristiwa 13 Mei banyak mengajar erti keamanan dan akibat perkauman, semua kaum sedar akan sensitiviti akibat dari perkauman. Tidak ada siapa yang untung.
Pada ketika itu keputusan pilihanraya tidak banyak memihak kepada Perikatan/ UMNO yang memerintah. Dalam masa yang sama juga menurut YTM Tuanku Abdul Rahman di dalam bukunya ‘13 Mei Sebelum dan Selepas’ berlaku perebutan kuasa di dalam UMNO.

Golongan ‘ultra Malays’ melancarkan gerakan di kalangan pelajar-pelajar universiti untuk menjatuhkan beliau sebagai Perdana Menteri.  Golongan ‘ultra Malays’ ini yakin negara ini boleh diperintah tanpa kaum Cina. Mereka menyokong secara terang-terangan apabila Presiden MCA Tun Tan Siew Sin menyatakan akan berundur dari berada dalam Kerajaan. Kononnya biar negara ini dikuasai oleh kaum Melayu sahaja.

Tunku Abdul Rahman seorang pemimpin berwawasan pada masa itu cukup menyedari bahawa rancangan mereka ini adalah khayalan dan tidak berpijak di atas realiti politik yang sebenar. Menurut Tunku dalam halaman 170 buku tersebut, UMNO tidak patut menolak MCA yang telah bersama-sama menolong untuk mencapai kemerdekaan negara ini. Tetapi golongan ‘ultra Malays’ terus menerus menghasut kaum Melayu dengan menyatakan Tunku terlalu memberi muka kepada kaum Cina.

Akhirnya Tunku berundur dan melepaskan jawatan kepada Tun Abdul Razak. Apabila mengambil alih jawatan PM, Tun Abdul Razak membuat lonjakkan yang lebih jauh dari Tunku berkawan dengan Cina dan membuat lawatan ke negara Cina, negara nenek moyang mereka. Physcology dari perhubungan ini, Tun Razak bukan setakat melembutkan hati-hati kaum Cina di dalam Bandar tetapi juga PKM dan Cina-Cina Komunis di dalam hutan.

Berbalik kepada situasi politik semasa, Tsunami pilihanraya ke 12 2008 sekali lagi berlaku kitaran semula memperlihatkan kuasa pengundi Cina apabila mereka tidak mengundi BN. Mereka tidak yakin dengan dasar terlalu terbuka kerajaan Pak Lah/KJ yang memerintah ketika itu. Pendekatan yang terlalu terbuka dan terlalu  liberal sebenarnya menakutkan pengundi-pengundi Cin dan dalam masa yang sama menjejaskan kedudukan orang-orang Melayu. Sehingga keris yang dihunus Hishamudin pun membuat mereka tidak nyenyak tidur. Akhirnya Pak Lah tumbang.
Hadiah Panda simbol meraih sokongan pengundi Cina dalam PRU13

Apabila ini terjadi maka bangunlah semula  saki baki ‘ultra Malays’ melalui NGO-NGO untuk menyatukan semula orang Melayu. Salah satu usahanya ialah mencadangkan diadakan Kerajaan Perpaduan di mana UMNO dan PAS harus bercantum kembali untuk menguatkan ketuanan Melayu. Cadangan yang serupa pernah dibangkitkan ketika Melayu hilang kuasa selepas 13 Mei dahulu.

Tetapi semua nya sudah terlambat kerana PAS telah diikat kemas oleh DAP dalam Pakatan Rakyat. Mereka  mengambil pendekatan pro-aktif berpaksikan realiti politik YTM Tunku Abdul Rahman bahawa untuk memerintah negara ini semua kaum harus berpakat. Slogan “Malaya For Malays” sudah lapuk. Maka tidak hairan jugalah jika DAP pun kalut mencari ahli-ahli di kalangan kaum Melayu atau separa Melayu menyertai parti mereka.

Menyedari raliti sebenar DS Najib juga mengambil pendekatan seperti Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak untuk megembalikan sokongan kaum Cina beliau harus berjumpa dan merapatkan hubungan dengan taiko kaum Cina dengan melawat Negara Cina. Hubungan ini bukan setakat inisiatif mengembalikan nostalgia  gambar bapa beliau dengan PM Chou En Lai tetapi dengan mengahantar anak beliau belajar Mandarin di Cina dan yang terdekat ialah hadiah beruang Panda yang penuh bermakna dan simbolik.
Beliau membetulkan kembali landasan sebenar dengan gagasan 1MALAYSIA di mana semua kaum harus bersatu. Tetapi masih kedengaran suara-suara sumbang ‘ultra Malays’ yang bimbang kononnya 1Malaysia hampir mirip kepada ‘Malaysian Malaysia’ cetusan Lee Kuan Yew yang mencadangkan dimansuhkan semua hak-hak keistimewaan Bumiputera.

Hakikatnya pendekatan 1Malaysia adalah pendekatan DS Najib yang cukup tersendiri dimana Bumiputera tidak hilang hak mereka dan kaum lain diberi ruang dan pilihan seluas-luasnya untuk berkembang.  Melayu seharusnya berkawan dengan kaum lain  dan bukannya bersekongkol sesama sendiri dengan title TUAN. Mereka tidak harusnya memekik atau memekak mengapa bahasa mereka dipinggirkan oleh kaum lain apabila mereka sendiri kurang berkomunikasi dengan kaum lain.

Contoh yang terbaik ialah Dewan Bahasa Dan Pustaka yang hanya gagah berdiskusi sesama sendiri di dalam dunia mereka yang penuh retorik dan idealis. Ibarat pepatah Pak Tua  “Ambil Cermin Suluh Muka, Senyum Sendiri  Aku Belum Tua, Rambut Putih Hanya Warna, Dalam Tua Hati Saja Muda”.

Konklusinya, gagah dan hebatnya sesuatu kaum dan bangsa itu bukannya anugerah dan keistimewaan yang mereka dapat. Tetapi  ruang muka bumi hanyalah kepada mereka yang rajin, berilmu, tidak malas dan mampu bersaing sahaja yang akan mendapat tempat.

SEMOGA MELAYU TIDAK TIDUR LAGI.

Monday, June 18, 2012

Apa hal Neelofa gaduh dengan Anzalna?


Neelofa
Peminat hiburan tanahair khasnya yang terdiri dari anak-anak remaja kita yang sedang membesar telah disajikan satu lagi drama pergaduhan di antara artis jelita Penang Mari Neelofa dengan Anzalna.

Perbalahan ini sehingga ke peringkat saman menyaman berpunca kerana posting-posting kutuk-mengutuk sesama sendiri dalam media social.
Anzalna
Nasihat MR biarlah anugerah kecantikan yang dikurniakan Allah swt itu diamalkan seimbang dengan kecantikan budi bahasa, minda berlandaskan adat-adat ketimuran. Seruan ini dibuat kerana mereka ini adalah idola anak muda hari ini. Tunjuklah contoh yang baik.
Jangan sampai masyarakat melabelkan ini adalah amalan sikap artis melayu yang baru nak bertunas suka bergaduh kerana inigin mencari tempat dalam dunia hiburan yang hanya indah didepan mata.

Thursday, June 14, 2012

RAKYAT KEDAH DIBUAI OMBAK RINDU DAN “MUKHRIZ ~ A KNIGHT IN SHINING ARMOUR”.

Menyingkap lembaran sejarah kejatuhan UMNO/BN di Kedah ianya berbunga pada tahun 1996 apabila usaha membawa Sanusi Junid untuk menjadi MB Kedah 'ditentang' oleh sekumpulan 22 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) ketika itu.

Kumpulan 22 ini diketuai oleh Speaker DUN Kedah pada masa itu Arwah Datuk Zainol Md. Isa dengan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendesak supaya Sanusi tidak dilantik sebagai Menteri Besar. Walaubagaimanapun atas kehendak Mahathir yang memang bersikap degil dan pantang ditentang, Sanusi Junid ditabal juga menjadi MB.

Mukhriz dilihat sebagai Satria Kedah
Apabila menjadi MB kumpulan 22 telah ‘dimusnahkan’ secara halus oleh Sanusi yang memang pakar dalam hal-hal politiking berbekalkan pengalaman sebagai Setiausaha Agung UMNO (era UMNO haram). Dasar-dasar dan projek yang dibawa Sanusi seperti projek tanaman padi atas bumbung, pertandingan cabut uban, program mengurut isteri dan projek piala Mat Jenin semuanya gagal dan hanya menjadi bahan tertawa rakyat. Pendek kata sepanjang kepimpinan Sanusi sebagai MB Kedah rakyat ibarat dibuai fantasi dalam Hikayat Seribu Satu Malam.

Akibat daripada itu pada pilihanraya 1999, UMNO/BN kehilangan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen ke tangan Pas. Keputusan ini adalah manifestasi 'kebencian' dan rasa tidak puas hati rakyat Kedah kepada Sanusi Junid dan Dr Mahathir, Pendana Menteri ketika itu.
Berbalik kepada perkembangan politik semasa, tanpa angin-tanpa ribut tiba-tiba pengundi di Kedah digemparkan dengan cerita Mukhriz Mahathir akan dijadikan MB Kedah selepas pilihanraya nanti. Semua rakyat tertumpu kepada Mukhriz yang dianggap bakal menjadi ‘Knight In Shining Armour’ yang akan turun menyelamatkan Kedah di dalam suasana huru-hara politik dibawah pemerintahan PAS, ibarat dilanggar garuda di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, .
Zam Maidin satu sekolah dengan Ustaz Azizan

Persoalannya apakah Kedah sudah ketandusan pemimpin atau satria diperingkat negeri atau gossip ini sengaja diada-adakan sesama sendiri kerana ingin melihat politik Mukhriz berkubur? Mukhriz harus dilihat sebagai politikus nasional atau dalam istilah pemain bola sebagai ‘nasional player’ dan mengapa perlu diletak beliau sebagai pemain ‘state player’?. Sanusi Junid pernah berkata kepimpinan beliau di Kedah ibarat ‘big fish in a small pond’.

Hari ini Kedah kelihatan sudah ketandusan satria politik kerana yang bertunas kerap dicantas atau diratah mentah-mentah oleh ‘power broker’ yang masih dibuai zaman kegemilangan yang sudah padam dan tidak akan kembali lagi. Broker-broker ini yang sudah tidak laku lagi tetapi masih bergayut di ranting-ranting pemimpin pusat termasuk Najib, Mahyuddin dan Zahid Hamidi.

Sejarah keagungan politik Kedah yang telah melahirkan pemimpin-pemimpin negara @ nasional player bukan satu jasa yang kecil. Bermula dari YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, Dato’ Senu Abdul Raman, Tan Seri Khir Johari, Tun Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainudin, Tan Seri Sanusi Junid, Tan Seri Zainudin Maidin dan ramai lagi kini berkubur di dalam lipatan sejarah.
Daim, sumbang dalam diam kepada KUIN

Yang tinggal hanyalah pemimpin ‘half past six’ di negeri yang boleh dikategorikan sebagai bukan ‘winnable candidate’ atau lebih tepat ‘lousy candidate’. Wakil-wakil rakyat UMNO yang ada hari ini tidak berwibawa untuk menyanggah atau berdebat dengan ADUN Pakatan Rakyat di dalam dewan kerana mereka kurang membaca dan mengkaji fakta-fakta yang bernas untuk di bahas di dalam Dewan Undangan Negeri.

Sebagai contoh Mahdzir Khalid satu ketika merupakan ADUN yang pasif dan tiba-tiba bangun dari lamunan membangkitkan isu KUIN yang tersasar sasaran politiknya. Ahmad Bashah hanya seperti membawa mesin gun yang menembak tanpa sasaran. Azmi Che Husin dan Tajudin Abdullah berbahas sambil ketawa, lawak-lawak kelihatan tiada keyakinan fakta mungkin takut dihentam oleh PAS. Suraya cuba keras dan nampak berusaha kuat untuk ‘attack’ tapi rakan-rakan lain tidak membantu.

Novel karya Affifudin Omar
Malah yang ramai ADUN-ADUN UMNO di dalam dewan hanya seperti pak turut dan mungkin tiada pengalaman menjadi pembangkang. Pemimpin berpotensi seperti Datuk Dr Affifuddin Hj Omar telah hilang dilambung ombak dan kini hanya menjadi penulis novel sebaris dengan novelis Box Ofis Ombak Rindu, Fauziah Ashaari.

Hari ini pemimpin Kedah di tangga yang tercorot dikalangan pemimpin kebangsaan dan yang ada pun seperti Johari Baharum, Marsitah Ibrahim, Jamil Khir semuanya seperti sayur bayam yang hanya segar apabila disiram air kecuali Mukhriz yang masih bertenaga bergayut di atas aura bapanya Che Det.

Hakikatnya rakyat Kedah hari ini sedang dibuai ombak rindu kepada UMNO dan BN tetapi mereka seringkali disajikan dengan pemimpin-pemimpin yang ‘auta’ dan ‘half past six’ dengan rekod ‘korup’ yang mana amat sukar untuk mereka pilih dalam PRU13 yang akan datang.

Monday, June 11, 2012

Kehendak Lee Kuan Yew tidak sama dengan kehendak anak muda Singapura

Biro Siasatan Rasuah Singapura telah mendakwa bekas Ketua Angkatan Tentera Awam Singapura (SCDF) , Peter Lim di atas tuduhan menerima rasuah dalam bentuk sek daripada dua vendor  wanita dan seorang lagi vendor  SCDF sebanyak 10 kali antara Mei 2010 dan November lalu.
Rasuah ini dinikmati kesedapannya sebagai balasan untuk maklumat kontrak yang berkaitan dengan teknologi maklumat.Kes ini merupakan kes rasuah paling serius yang melibatkan pegawai kanan Singapura yang kononnya sebelum ini mempunyai reputasi dan tadbir urus yang bersih.
Di dalam wawancara ‘Success Stories Lee Kuan Yew’ beliau pernah menyatakan simbol baju puteh mereka adalah simbol kebersihan mereka dari rasuah. Mungkin LKY boleh mendidik pegawai -pegawainya untuk tidak menerima rasuah dalam bentuk wang tetapi gagal menyekat rasuah sex kerana sukar mengawal nafsu syahwat pegawai-pegawainya yang memuncak.
Hakikatnya zaman berubah dan kehendak juga berubah.

Perdana Menteri bukan Melayu bukan satu fantasi

Setiap kali Melayu lupa pasti Karpal akan megetuk kepala Melayu supaya tidak tidur. Selagi beliau hidup beliau akan terus memperjuangkan supaya bukan Melayu akan menjadi Perdana Menteri. Untuk rekod Karpal pernah ditampar oleh arwah Arshad bin Mat Gamat @ Kiyai Arshad di perkarangan mahkamah tinggi Ipoh kerana celupar menghina Melayu.
Kenyataan Karpal ini sebenarnya harus menyedarkan Melayu-Melayu di dalam DAP bahawa mereka juga jangan mimpi untuk mendapat tempat di dalam kepimpinan DAP dan mereka hanyalah menjadi alat kepada Karpal Singh supaya cepat meletakkan bukan Melayu sebagai PM.
Sejarawan berbangsa Cina Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim menyatakan semua pihak harus menerima hakikat bahawa Melayu merupakan peribumi Tanah Melayu dan Melayu merupakan kaum majority. Sehubungan itu Perdana  Menteri Negara ini mesti lah dari kalangan Melayu Islam.
Walaubagaimanapun  dua alasan ini iaitu peribumi dan majoriti tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan bila-bila masa boleh dicabar. Ia bukan satu jaminan selagi ada bulan dan bintang yang Melayu akan terus menjadi PM jika jatidiri Melayu makin pupus dengan menyertai DAP.
Bagi UMNO mereka terpaksa berdiam diri berhubung dengan isu provokasi Karpal Singh ini kerana bimbang mengguris hati rakan-rakan komponen yang lain yang juga terliur jawatan PM tetapi terpaksa menyimpan di dalam hati buat sementara waktu menunggu masa dan ketika yang sesuai.

Sunday, June 10, 2012

Akhirnya Zainudin Maidin menjadi 'penganut' Blog selepas 4 tahun kalah pilihanraya

Terklik Facebook Zaini Hasan, MR terbaca bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zam Maidin telah melancarkan blog beliau www.zamkata.blogspot.com pada 9 Jun 2012 iaitu 20 hari sebelum hari jadi beliau pada 28 June.  Zam semasa menjadi Menteri Penerangan pernah melabelkan bloggers sebagai goblog.
Hari ini, Zam yang berdarah wartawan pekat ‘penganut’ awal  typwritter  Olympia terpaksa menerima realiti betapa kuatnya gelombang media baru untuk  beliau menceritakan zaman keagungan  kewartawanan beliau kepada  anak,  cucu dan cicit beliau sendiri yang sudah tidak membaca akhbar Utusan Malaysia.
 Melihat ‘look and feel’ blog beliau ternyata buku beliau Hari itu Sudah Berlalu sudah tidak relevan lagi tajuknya dan mungkin beliau perlu memikirkan kembali  untuk menukar tajuk kepada Hari Ini Belum Berlalu.
Cuma MR tercari-cari di mana letaknya 'sitemeter' dalam blog beliau supaya dapat dipantau sejauhmana penerimaan anak, cucu dan cicit terhadap posting beliau.

Saturday, June 9, 2012

Pengurusan PTPTN tidak cerdik

Tindakan balas dendam PTPTN menyekat dana kepada pelajar-pelajar UNISEL dan Kolej Universiti slam Antarabangsa Selangor dilihat tidak bijak dan tidak menepati sasaran politik.

Ramai yang berpendapat tindakan ini telah menjejaskan waris-waris pelajar dan bukannya pelajar tersebut atau pihak Kerajaan Negeri Selangor. Rata-rata waris pelajar terdiri dari pengundi di atas pagar yang sedang menjadi pemerhati yang setia untuk memilih Kerajaan mana yang akan memerintah dalam PRU13 nanti. Mereka telah tersentak dan terpinga-pinga dicelah kemelut tindakan politik yang tidak bijak.

Apa pun pihak waris tidak seharusnya memarahi PM DS Najib dengan menghukum BN tetapi kalau ingin menghukum, hukumlah Menterinya dan ahli  lembaga pengurusan yang terdiri dari politikus cetek dengan tidak mengundi mereka jika mereka dicalunkan dalam pilihnaraya nanti. Pengundi harus lebih cerdik dari wakil rakyat mereka.

Mereka terdiri dari:
1. Khaleed Nordin – Ahli Parlimen Kawasan Pasir Gudang
2. Haji Ismail Hj Mohamad Said – Ahli Parlimen Kuala Kurau
3. Halimah Bt Mohamad Sadique – Ahli Parlimen Tenggara
4. Tajul Urus Mat Zain – Calun Ahli Parlimen Merbok
5. Puan Hajah Mariani bt Mohd Yit – Ahli Dewan Negara
6. Datok Ei Kim Hock – Calun Parlimen Teluk Datuk

Realitinya PTPTN telah terperangkap dalam provikasi politik pembangkang.

Wednesday, June 6, 2012

Kadir Sheikh Fadzil hanyalah seperti badut sarkas

“Seseorang insan akan melalui tiga fasa hidup dalam pegangan politik mereka. Semasa muda mereka agak radikal dan mirip kepada pemikiran dan ideologi kiri. Apabilamenempuh umur pertengahan, pandangan dan pegangan mereka lebih mencerminkan “centralist” dan berkecuali. Apabila sudah berumur mereka lebih suka mendokong sikap dan pandangan puak kanan atau konservatif”.

Kenyataan Tun Mahathir di atas dipetik dari Kata Pengantar di dalam buku “Kassim Ahmad Mencari Jalan Pulang, Daripada Sosialisme Kepada Islam” terbitan Zi Publication 2008.

Sesetengah pihak berpendapat tiada istilah persaraan di dalam hidup seseorang politikus. Politik ibarat ketagihan seperti candu di dalam hidup mereka. Walaupun berbagai aktiviti cuba dipenuhi oleh tokoh-tokoh politik ini tetapi hakikatnya mereka tidak dapat berdiam diri untuk mencampuri dan bersuara daripada luar Kerajaan baik di dalam bentuk kritik terbuka, menulis di dalam akhbar atau mengeritik di dalam memoir mereka.

Bapa Kemerdekaan Malaysia YTM Tunku Abdul Rahman mengisi ruang persaraan beliau dengan menulis dalam akhbar The Star. Dalam ruangan “As I See It” dalam akhbar The Star Tunku banyak menulis kembali liku-liku pegnalaman politik beliau dan banyak menyindir dasar-dasar kepimpinan Mahathir ketika itu.

Tunku juga pernah keciwa selepas persaraan. Kekeciwaan YTM Tunku ditulis di dalam buku beliau “The Political Awekening”- “After this (I recall with painful memory) I left the assembly with a few old faithfuls who accompanied me to the car, but the rest of the assembly continued with their deliberations without even a break of a few minutes to bid me farewell”.

Manakala bekas tokoh pembangkang Tan Seri DR Tan Chee Khoon menghabiskan masa persaraan politiknya nya dengan menulis “An Authobiography Tan Chee Khoon, From Village Boy to Mr Opposition”.

Terdapat juga bekas-bekas pemimpin selepas persaraan, mereka sering dipanggil oleh pusat-pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman bersama tokoh-tokoh terkemuka yang lain untuk menyampaikan ucaptama kepada warga penuntut dan pemimpin-pemimpin muda generasi yang akan datang. Jasa-jasa mereka sering dikenang dengan dianugerahkan Doktor Kehormat dan berbagai lagi.

Sebaliknya ruang-ruang persaraan Tan Seri Kadir Sheikh Fadzir diisi dengan penglibatan beliau dalam himpunan haram Bersih 3.0. Kehadiran beliau dengan baju T kuning dalam perhimpunan bersih kelihatan seperti badut sarkas yang sedang juggle ‘bebola’ warna-warni di dalam persembahan sarkas.

Isi ucapannnya lebih kepada sekadar ‘ride along’ atau tumpang sekaki isu yang dibangkitkan oleh DS Anwar Ibrahim dan Ambiga. Air mukanya lebih kepada kerut kekeciwaan tidak diberi habuan oleh Kerajaan DS Najib bukannya kekeciwaan seorang pejuang tulin seperti tokoh-tokoh PKM Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.

Kekeciwaan bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir atau lebih mesra dengan panggilan Tok Kadiaq di kalangan orang Kedah jelas kelihatan apabila beliau berdegar-degar menghentam parti dan pemimpin yang satu ketika banyak berjasa kepada beliau.

Kesimpulannya, ‘the moral of the story’ tidak siapa dapat menduga bagaimana kesudahan seseorang politikus itu. Ada yang endingnya sebagai pejuang yang dikenang sepanjang zaman penuh dengan prinsip perjuangan dengan terpahat kukuh di dalam tinta sejarah, ada pula yang pupus kerana ketinggalan zaman.