Thursday, May 23, 2013

PENASIHAT-PENASIHAT MESTI MEMASTIKAN NAJIB SIHAT.

Visual : Tiga Abdul
Mendapat khidmat penasihat bukan perkara baru kepada mana-mana pemimpin, orang kaya atau raja-raja. Pemimpin sering buntu, pening dan kerosot kerana itu mereka memerlukan penasihat untuk membuat keputusan atau sebagai penglipur lara di kala gundah gulana. 
Contoh terbaik penasihat abad ini yang boleh dijadikan tauladan dan sempadan ialah penasihat Tuan Sadiq Sigaraga di dalam filem Tiga Abdul, En Kassim Patalon yang silap menasihat tuannya sehingga hangus tergadai harta-harta Tuan Sadiq Sigaraga. 
Iktibar dari kisah ini ialah seseorang penasihat itu tidak boleh tersirat dengan mempunyai niat atau agenda peribadi atau menaruh harapan untuk mendapat habuan yang lumayan. 
Sanusi Junid yang suatu ketika pernah menjadi penasihat Dr Mahathir telah mendedahkan di dalam Utusan Malaysia pada 19/5/2013 bahawa beliau terdengar cakap-cakap menyatakan salah seorang penasihat Perdana Menteri katanya “Perkara ini tidak perlu disampaikan kepada Perdana Menteri kerana ia akan menyebabkan beliau tidak gembira”. Dalam lain makna PM hanya perlu dihidangkan dengan cerita-cerita indah dan gumbira sahaja. 
Beberapa hari lepas penasihat DAP, Lim Kit Siang pula membangkitkan siapa pula yang menasihat PM untuk melantik Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Menteri dan tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Datuk Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong padahal mereka belum lagi dilantik sebagai Senator. 
LKS mushkil sepanjang 56 tahun Malaysia merdeka, ini merupakan kali pertama beliau melihat situasi sebegini sehingga menurutnya ia merupakan kesilapan besar membabitkan perlembagaan. 
Adalah perkara lumrah jika penasihat itu terdiri dari kalangan keluarga, rakan sepersekolahan atau rakan yang pernah hidup bangun bersama dalam politik. Seperti bapa menasihati anak, isteri menasihati suami atau menantu menasihati bapa mertua. 
Sejak pru 2004 sehingga pru 2013 kita sering dibongkar dengan peranan penasihat terutamanya selepas pilihanraya. Hari ini juga kita mendengar berbagai-bagai sungutan tentang peranan penasihat. Bak kata pepatah Melayu "Rumah siap pahat berbunyi".
Pahat sentiasa berbunyi selepas rumah siap. Bagi Rumah apa dihirau Pahat berbunyi kerana aku telah siap, berambus sahaja si Pahat ini kerana aku tidak perlu Pahat lagi. 
Apa pun seperti kenyataan Sanusi Junid mereka yang menjadi penasihat perlu menerima tanggungjawab bahawa nasihat yang diberi tidak menjadi.

1 comment:

  1. Bila bini atau anak menantu atau adik beradik bagi nasihat, biasanya mengharapkan hasilnya hanya untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga sahaja.

    Bagitu juga jika diambil musuh dan pembodek sebagai penasihat, hasil nasihat itu akan memporakperandakan semua yang berkaitan dengan yang dinasihati.

    Jadi untuk keselesaan, kebaikan jangka panjang walaupun sudah tiada lagi di dunia ini maka sesiapa sahaja yang dirinya diangkat berada di satu kedudukan tertentu, macam dalam cerita Tiga Abdul itu maka perlulah berhati-hati ketika hendak memilih penasihat.

    Penasihat yang baik menghasilkan gerak kerja yang baik dan gerak kerja yang baik menghasilkan nama yang baik dan dikenang sepanjang masa; sehingga bak kata peribahasa " harimau mati meninggal belang manusia mati meninggal nama".

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.