Wednesday, July 31, 2013

"MUMMY ROKIAH HARUS MEMBUAT PENYELIDIKAN MENDALAM SOAL KUIN"- Anom July 31, 1:12 am

Anonymous July 31, 2013 at 1:12 AM 
Salam Ramadhan Mummy!!! Saya setuju apa yang Mummy tulis dan arah tuju Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil yang pernah Mummy tuliskan dulu.
Oklah Mummy itu hak Mummy berpandangan. Mummy harus membuat penyelidikan mendalam soal KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil.
Jangan babitkan Pentadbiran Negeri dalam soal ini kerana Pentadbiran waktu perancangan KUIN di Kuala Ketil telah tidak bersetuju dengan rancangan pembinaan Kampus KUIN di Kuala Ketil tersebut kerana kekurangan kewangan kerajaan.
Tetapi diteruskan juga oleh Kerajaan Negeri waktu itu konon untuk menunjukkan Kerajaan berupaya. Bila ditanya di dalam Dewan Negeri senang sahaja jawaban yang diberi.Kalau mereka terus memerintah mereka tahu untuk membayar hutang yang dibuat itu tetapi jika tidak memerintah terpulang kepada kerajaan yang ada.
Mummy!Jangan dibandingkan dengan IPTS yang lain kerana yuran yang dikenakan antara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.Cuba naikkan yuran KUIN kalau tidak bergegar penentangnya.Ini sebenarnya masalah KUIN.Perkhidmatan dan segalanya mesti first class tapi bab yuran tiada class.
Cuba Mummy bandingkan semasa KUIN bertumpu kepada pengajian yang berkisar tentang Ilmu Islam seperti awal penubuhannya.KUIN terpaksa menolak kemasukan pelajar baru kerana model yang diikut adalah Universiti Al Azhar. Bila terlalu banyak pusat pengajian baru ditubuhkan maka ianya umpama kain selimut pendek.Pandai mengurus ni Mummy bukan dilihat pada degree apa dia miliki tetapi tergantung banyak pada niat seseorang itu.
Banyak kepincangan berlaku diKUIN.Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kebenaran itu boleh dibuktikan dengan angka dan fakta.Ustaz Azizan betul dengan impiannya tetapi pelaksananya menjahanamkan kepercayaan dan impian Uztaz Azizan.Kesian Uztaz Azizan.Sememangnya telah dinasehati Kerajaan dahulu supaya ditangguhkan dahulu pembangunan KUIN di Kuala Ketil kerana masalah kewangan Kerajaan Negeri tetapi tidak diikuti. Jadinya Mummy jangan salahkan Pentadbir kerana seorang Pentadbir hanya boleh menasehati pembuat dasar.
Selamat hari raya Mummy... 
RESPON MR :- 
Puan Anom July 31, 1:12 AM, 
Terima kasih di atas respon puan, ada beberapa perkara yang diketengahkan sama-sama dapat kita ambil iktibar. Jika terdapat kesalahan kerajaan dahulu seharusnya kerajaan yang baru ambil alih tidak mengambil jalan mudah dengan memajak apa juga asetnya. 
Kalau nak dikira kegagalan berapa banyak dasar kerajaan persekutuan juga yang gagal malah di ’bailout’ lagi. 
1.“Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil” – Apa juga tanggapan saya terima. Tetapi biar kita rasional dalam hal ini. Dapatan kajian awal saya Dr Jamil terlibat secara tidak langsung dalam Kolej Insaniah ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Rektor di UIA dan ketika itu beliau juga aktif dalam Persatuan Anak-Anak Kedah atau ADAM (Anak Darul Aman yang terdiri dari kumpulan anak-anak Kedah di perantauan eg Kuala Lumpur). 
Persatuan ini mempunyai hubungan rapat dengan MB Kedah ketika itu Datuk Seri Syed Razak dan banyak memberi buah fikiran kepada Syed Razak. 
Salah satu nya ialah untuk dinaikkan taraf Kolej Insaniah kepada University College maka Dr Jamil menyahut cabaran ini dan berusaha membantu sehingga diiktiraf sebagai Kolej Universiti Insaniah. 
Apabila Kerajaan PAS mengambil alih, MB Ustaz Azizan telah menghubungi Presiden UIA ketika itu Tan Sri Sanusi Junid untuk mengambil Dr Jamil mentadbir KUIN setelah mengetahui penglibatan Dr Jamil melalui ADAM dan Tan Sri Sanusi telah memberi sokongan di atas pelantikan beliau dan melepaskan Dr Jamil dari UIA. 
2.“KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil”- Keputusan pemimpin ada ketika tesurat dan ada ketika tersirat. Banyak keputusan Tun M yang tersirat e.g apabila beliau membuat keputusan untuk menubuhkan UUM di Sintok ketika itu kawasan ‘jin bertendang’. Ramai yang bantah dan jauh sekali jika dinilai dari segi ‘financial viability’ kalau keuntungan yang dicari. Tetapi lihat hasilnya hari ini Sintok yang satu ketika merupakan 'Ghost Town' telah tercatat nama bandar nya di Harvard. 
3.“yuran yang dikenakan anatara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.”- Keuntungan sesebuah universiti adalah dari yuran program-program post graduate; Master dan Doctorate. Untuk menganjur program ini tenaga pengajarnya harus lah berkelayakan seperti jumlah Professor dsbnya. 
Difahamkan KUIN telah mendapat tenaga dari beberapa orang Professor Emeritus yang sanggup berkhidmat untuk anak Kedah kerana mereka juga anak Kedah e.g Professor Emeritus Dr Amir Awang- yang terkenal dari USM malah terkenal di luar negara juga, khasnya kalangan Universiti ternama. 
Universiti swasta sanggup menawarkan bayaran lumayan kepada mereka ini tetapi di atas kecintaan sbg anak jati Kedah, Melayu dan Islam mereka sanggup berkhidmat di KUIN. (Lim Kok Wing sanggup beli untuk dapatkan Prof Emeritus padahal beliau bukan pun dari kalangan academician) sebab itu adalah nilai sesebuah universiti bukan bangunannya tetapi 'softwarenya' otak-otak kesarjanaan tenaga pengajarnya. 
4. Sebab itu saya berpendapat KUIN mesti dinaikkan taraf kepada universiti penuh supaya mendapat peruntukan yang lebih dari Kerajaan Persekutuan dan dapat menghasilkan kajian-kajian tersohor yang akan menjadi rujukan dunia Islam di rantau ini dan graduannya kelak adalah produk yang bertaraf dunia. 
5. Dari sudut pandangan politik:- Dulu semua pihak menentang cadangan penubuhan Universiti Merdeka yang ingin ditubuhkan oleh kerjasama kaum Cina MCA dan DAP kini hasil dari liberalisasi pendidikan, mereka telah berjaya jauh kehadapan lebih dari itu malah telah berapa banyak peruntukan telah disalur oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abd Rahman yang semuanya pelajar Cina . Sebaliknya kita masih lagi bergelut sesama sendiri di atas satu isu yang cetek.
6.Penjelasan saya yang ringkas ini adalah demi orang Islam dan Melayu Kedah. 
WASSALAM. "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

Tuesday, July 30, 2013

EXCO KEDAH DAH MULA CAKAP MERAPU

"Kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran dan modal intelektual dalam usaha melahirkan insan berkualiti di kawasan luar bandar. 
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, ini termasuk ilmu sains, teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif dan nilai etika serta moral tinggi. 
Kata beliau, salah satu faktor yang menyebabkan kemiskinan luar bandar bukan hanya disebabkan kemiskinan fizikal semata-mata tetapi kerana kemiskinan minda. 
"Kemiskinan minda dan sikap inilah yang menjurus kepada kemiskinan fizikal kerana insan tidak berupaya untuk berfikir mencari jalan keluar memajukan diri mereka," katanya. 
Beliau berucap demikian dalam majlis penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di Masjid Al-Falah, Jeneri di sini semalam. (Utusan) 
Jika dihubung kait kenyataan ini dengan tindakan yang telah diambil ke atas Kolej Universiti Insaniah(KUIN) ianya ternyata bercanggah sama sekali dengan dasar dan tindakan Kerajaan Mukhriz. 
KUIN di Kuala Ketil ditutup dan di bawa balik ke Alor Setar atas cadangan Exco Pendidikan dan dinasihat oleh Pentadbir Negeri (yang bukan tokoh akademik) kini telah menjadi kecil. 
Semua nya atas alasan politik konon perbelanjaan besar untuk menghidupkan KUIN. Sepatutnya KUIN dinaik taraf ke universiti penuh dengan bantuan Kerajaan Persekutuan. 
Tulis seorang aktivis media sosial: “Jika Kerajaan Najib boleh menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah venerkular Cina mengapa tidak disalurkan kepada KUIN?”.
Tindakan menutup kampus Kuala Ketil adalah tindakan pak pandir. KUIN sepatutnya menjadi katalis pembangunan ekonomi penduduk-penduduk di Kuala Ketil (mana wakil rakyat Kuala Ketil?) selain menjadi kawasan ilmu seperti Universiti Al Azhar di Mesir. 
Apa yang Kerajaan Mukhriz harus lakukan ialah ‘process turnaround’ bagi menjadikan KUIN menguntungkan bukannya 'process trimming'. Kalau mahu seribu daya kalau tak mahu seribu dalih. 
Mengapa universiti-universiti swasta yang diuruskan oleh tauke-tauke Cina seperti Universiti Lim Kok Wing, Taylor’s Universiti, Sunway Universiti dll boleh menguntungkan? 
Malah FELDA mengeluarkan biasisiwa dengan menghantar ribuan anak-anak FELDA belajar di Universiti Lim Kok Wing yang mengamalkan pendekatan bebas sosial tanpa had konon untuk buka otak anak-anak FELDA. FELDA support siapa? dan siapa untung?. 
KUIN boleh menguntungkan kalau ada iltizam ikhlas dari semua pihak yang tidak main politik termasuk pentadbir Kerajaan Negeri.

Monday, July 29, 2013

BIAR HATI MELAYU LUKA KERANA MENJAGA HATI CINA

Akibat takut pengundi Cina tidak mengundi BN maka filem "Tanda Putera" disekat dari tayangan di pawagam. Filem "Tanda Putera" menjadi mangsa kebimbangan pemimpin BN sebelum pilihanraya yang takut jika ditayangkan pengundi Cina tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya kerana konon ada elemen rasis dalam filem tersebut. 
Jaga punya jaga atau kata Mat Kedah ‘pedo punya pedo’ takut Cina tak undi BN akhirnya apabila keluar keputusan pilihanraya memang betul pun mereka tidak undi BN walaupun filem "Tanda Putera" tidak ditayangkan. Menjaga hati Cina akhirnya hati Najib terguris luka tanpa berdarah kesan hirisan tsunami Cina. 
“Do the Chinese voters care?” tanya seorang sahabat dan beliau sendiri menjawab “They don’t give a damn!”. 
Hari ini dalam diam sebuah filem yang mengagungkan penganas Komunis, “The New Village” terbitan Astro-Shaw pula telah berjaya menyusup keluar di celah kelangkang Finas untuk ditayangkan di pawagam. 
Tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba filem ini dalam diam mendapat kelulusan segera berbanding filem Tanda Putera yang sudah 2 tahun bergelut untuk memdapatkan kelulusan tayangan. 
Hati Melayu kini disakiti lagi. Menjeruk luka di atas tanah milik orang. Kini Komunis bukan lagi berperang dalam hutan tapi sudah berperang di pawagam. 
Pengerusi Finas harus bertanggung jawab dalam hal ini kedudukan sebagai Pengerusi yang dilantik atas tiket politik harus lebih berperanan.

Thursday, July 25, 2013

1MALAYSIA HANYA MENGHASILKAN KEGAGALAN DEMI KEGAGALAN KEPADA MELAYU DAN ISLAM NEGARA INI.

Komen Kadir Jasin yang agak keterlaluan di dalam posting MR:- “Selepas Vatican mungkin beliau akan meneroka kemungkinan menjalin perhubungan dengan Israel pula kalau didesak oleh Obama kerana Mohd Najib amat dahaga dinobatkan sebagai pelopor "global moderate" atau setidak-tidaknya pun tidak lagi kritikal terhadap Israel.” Sila baca sini. 
Cetusan komen ini sebenarnya sukar diterima dan sangat mengancam tetapi ia tidak boleh dipandang remeh malah tidak mustahil kerena bibit-bibit tunas Israel sudah mula merayap dicelah-celah tempat sulit. 
Yang sebenarnya jarum halus Israel telah pun disuntik ke dalam urat nadi rakyat ini dan sedang manjalar perlahan-lahan, terkemut-kemut, slow and steady, sedikit demi sedikit tetapi kumannya telah berada di dalam badan tanpa sedar.
Apabila DS Najib mencetuskan gagasan "1Malaysia" terdapat beberapa pihak melihat gagasan ini bermiripkan konsep "One Israel" yang diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel di sekitar tahun 1990-an. 
Agenda "One Israel" ialah untuk mengukuhkan cengkaman Zionis di bumi Palestin. Ramai pihak telah bangkit khasnya pasukan gerak saraf jabatan-jabatan tertentu untuk menjelaskan bahawa "1Malaysia" tidak sama dengan "One Israel". Walaupun kata mereka berbeda tetapi ‘branding’nya tetap sama; “1Malaysia”-“One Israel”. 
Di antara perbedaan yang dijelaskan ialah "One Israel" bersifat rasis, egoistic, chuvanistik dan partikularistik serta dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Manakala 1Malaysia tidak bersifat rasis, tidak chuvanistik, tidak partikularistik dan tidak dicipta khusus untuk bangsa Melayu. 
Apabila berbangkit isu disamakan "1Malaysia" dengan "One Israel", pelaksana "1Malaysia" terpaksa membuktikan bahawa "1Malaysia" tidak wujud persamaan dengan "One Israel" oleh itu polisi-polisi yang kontra terpaksa dibuktikan dan dilaksanakan. 
Di antaranya semua hak-hak kepentingan Melayu dibuka kepada semua kaum, penjawat-penjawat awam, pendidikan, ekonomi dan taraf Bumiputera. 
Apa juga kenyataan-kenyataan yang mempertahankan hak-hak Melayu harus dielakkan kerana ia berbau rasis dan egoistik. Agama Islam yang merupakan agama resmi telah tenggelam oleh keterbukaan amalan kebebasan beragama yang telah digembar-gemburkan untuk membuktikan "1Malaysia" tidak chuvanis dan partikularistik. 
Akhirnya "1Malaysia" sedikit demi sedikit telah menghasilkan situasi ‘boomerang’ atau ‘backfired’ kepada kaum peribumi dan agama Islam. 
Hasilnya apa yang berlaku hari ini seperti penghapusan ISA, hubungan diplomatik dengan Vatican City, kebangkitan tsunami Cina, pembiakkan pendidikan vernakular Cina, hak Melayu dilabel sebagai rasis, Islam dihina dan semuanya ini adalah kesan 1Malaysia. 
Terkini Tun Mahathir dalam blog nya menulis "Apabila keadaan sudah lebih terbuka maka orang luar pun masuk untuk cuba mempengaruhi politik kita. Bagi AS mereka secara terang-terangan mahukan perubahan pemerintahan dan sesiapa yang tidak mesra dengan mereka akan ditukar. Dalam hal ini saya fikir mereka ada kecenderungan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka akan membantu beliau namun mereka tidaklah menunjukkan berseteru dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun bagi mereka pilihan yang terbaik tetap Anwar." 

Hakikatnya gagasan 1Malaysia langsung 'tidak balik modal' kepada orang Melayu dan umat Islam negara ini malah ia lebih merugikan.

Wednesday, July 24, 2013

KAMALNATHAN JANGAN JADI TIMBALAN MENTERI YANG BANGANG

Kamalnathan Timbalan Menteri  Pendidikan tanpa usul periksa telah melenting tak tentu pasal berhubung pelajar India diarah makan dalam tandas. Blogger Pilihan-anda telah menghentam Kalamathan :-
JAWAPAN tidak matang Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan berhubung fitnah blog pembangkang mengenai kononnya pelajar India di sebuah sekolah di Sungai Buloh diarah makan dalam tandas benar-benar memalukan seluruh jentera BN yang berhempas pulas membantunya menang di Hulu Selangor dulu. Kamalanathan, pada kedudukkannya sekarang tidak sepatutnya cepat melenting tanpa terlebih dahulu memahami fakta sebenar hanya kerana ada dakwaan pelajar India yang terlibat. Tak usahlah nak tunjuk perkauman sangat walaupun kita tahu Kamalanathan asal MIC..seterusnya kilik sini: pilihan-anda.blogspot.com

Monday, July 22, 2013

MUKHRIZ ANAK KEDAH YANG SUDAH MENGIKIS IMEJ "ORANG KUALA LUMPUR"

MUKHRIZ BERSAMA MUFTI KEDAH
MUKHRIZ SEORANG YANG LEMBUT, MENDENGAR DAN SEDERHANA. Nampaknya negeri Kedah merupakan negeri yang pertama sedang giat untuk membendung penyebaran ajaran Syiah yang ternyata menyeleweng dan boleh menggugat kesejahteraan umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan belum mengeluarkan larangannya tetapi negeri Kedah sudah mula mengambil langkah pro aktif untuk menggazet fatwa ini di peringkat negeri.
Ramai sahabat melihat Mukhriz mendapat nasihat dan kerjasama yang baik dari golongan ulama Kedah dan golongan guru pondok di negeri itu. Tokoh-tokoh inilah yang banyak membantu sehingga membawa kepada kejayaan BN menawan kembali Kedah. 
Malah spanduk ramadan Mukhriz yang digantung sana-sini memaparkan dirinya berjubah cukup menyentuh jiwa masyarakat Kedah dan membawa dirinya jauh dari imej koporat orang Kuala Lumpur.
Apa pun seperti kata Tun M dalam Mingguan Malaysia yang lepas rakyat Kedah sedang menunggu apa jenis kemajuan dan perubahan yang bakal di bawa oleh beliau kepada rakyat Kedah. 
Dalam pertemuan membicarakan survival dan penyatuan umat Melayu Islam bersama beliau baru-baru ini ternyata beliau seorang yang 'sharp' mendengar dan dalam lembut berseloro dalam loghat Kedah.

Wednesday, July 17, 2013

SATU LAGI KESILAPAN BESAR KEPADA MELAYU ISLAM NEGARA INI

Kita baru sahaja selesai pilihanraya yang ke 13 pada 5 mei yang lepas. Mengikut rumusan DS Najib, banyak kerusi BN kalah adalah akibat tsunami Cina. Kawasan-kawasan yang ramai pengundi Cina calun BN kalah dengan begitu teruk sekali. 
Pengundi Cina juga telah keluar beramai-ramai dengan slogan “Ini kali lah..” yang membawa mesej bahawa ini kali lah masanya selepas Merdeka mereka akan ajar betul-betul untuk nyahkan BN khasnya UMNO atau Pertubuhan Melayu Bersatu. Dalam lain makna "Ini kali lah.." untuk menguburkan kuasa Melayu. 
Kuasa Melayu nyaris-nyaris hancur malah sehingga kini ia sedang berada di tebing lubang kubur dan tidak siapa dapat meramalkan apa akan terjadi pada pilihanraya yang akan datang yang di jangkakan pada tahun 2018. 
Inilah balasan yang orang-orang Melayu terima setelah menerima kerakyatan kaum lain. Ia memakan masa selama 56 tahun dan redap api perkauman yang membara sebenarnya tidak pernah padam. 
Kini kita mengundang satu lagi cabaran baru apabila bersetuju membuka kedutaan Vatican City di negara ini. Belum pun kering cap jari dan langkah kaki ke negara ini Apostolic Nuncio nya (Jawatan Vatican bersamaan dengan Duta) Joseph Marino telah meletak titik hitam mengundang masaalah. Ini berpunca apabila beliau mencampuri urusan dalaman negara ini dengan memuji penggunaan kalimah “Allah” di dalam kitab bible. 
Tindakan Nuncio Joseph ini telah mencetuskan api kemarahan di kalangan umat Islam negara ini sehingga mengundang NGO-NGO seperti PERKASA, Jati, Gabungan NGO Melayu Islam Malaysia dan Jalur Tiga untuk bangun mendesak Joseph menarik balik kenyataan nya di samping ke tahap mengeluarkan kenyataan supaya mengusir Nuncio ini keluar dari negara ini. 
Keseluruhan puncanya semua ini ialah mengapa kita begitu mudah memberi rumah kepada Vatican di negara ini yang mana mereka ini bukan mewakili sebuah negara pun? Jauh sekali bagi memupuk keharmonian kaum dalam negara ini. Seperti yang dipersoalkan oleh blogger Kadir Jasin “Siapa yang beria-ia menjalinkan hubungan dengan Vatican?”. 
DS Najib mungkin tidak sedar ego beliau telah diangkat melalui psyco puak ini apabila beliau sangat berbangga dengan lawatannya ke Vatican pada 18 Julai 2011 dengan katanya "Mereka beritahu saya, ikut amalannya, Pope Benedict tidak terima sesiapa sewaktu dia bercuti. (Tetapi) dia buat pengecualian untuk saya berjumpa dengannya. Saya jumpa dengan Pope Benedict kerana kita mahu tunjukkan sebagai sebuah kerajaan kita bersikap inklusif,".rujuk sini
Apakah Kerajaan DS Najib yakin puak ini boleh dibawa berbincang untuk bekerjasama dengan mereka yang konon cintakan keamanan dan kedamaian?. Dan betulkah mereka ini menghormati kepimpinan Islam?
Apakah kita lupa bahawa Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 120:-
” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). 
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". 
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu". 
Lagi sekali DS Najib mendapat nasihat yang silap dari penasihatnya.

Hakikatnya DS Najib sudah terperangkap dengan membuat satu lagi kesilapan besar di dalam sejarah orang Melayu dan Islam. Mungkin kesan dan akibat ini akan lebih cepat dan tidak akan sampai 56 tahun untuk kita lihat kecelaruannya.
PEACE.

Monday, July 15, 2013

NAJIB DITUTOH OLEH DUA TOKOH WARTAWAN NEGARA

Hari demi hari kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan kewibawaan dasar-dasar DS Najib yang jelas tidak menguntungkan umat Islam dan kaum Melayu negara ini. Semua pihak sudah mula bersuara tanpa selindung lagi. 
Hari ini warga blogger digegarkan dengan posting terbuka oleh dua Tokoh Wartawan Negara yang sungguh tajam, pedih dan lebam. 
Pada pukul 10.53 pagi blogger Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 di dalam posting blog nya menulis “Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan umat Islam di negara ini yang lebih penting kepada masa depan politiknya? 
Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini. 
Mungkin kehadiran duta ini berguna bagi pilihanraya ke 13 tetapi tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut". zamkata.blogspot.com
Manakala pada pukul 11.13 pagi pula blogger Kadir Jasin juga yang merupakan penerima Tokoh Wartawan Negara 2011 pula menulis dengan penuh sentalan “Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011? 
Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.
Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?".  kadirjasin.blogspot.com
Melihat episod demi episod ini sama-sama lah kita tunggu bagaimana kah berakhirnya episod kepimpinan Najib.

JUST ONLY A FEW GOOD MEN. BY : BLOGGER ANNIE

Posting dibawah dipetik dari blogger Annie yang MR rasa menarik untuk difikirkan. Life Of Annie

Annie
The rain outside had just stopped. I'm just laying in bed feeling a bit bored. A friend from Johor had earlier called to chit chat. 
He is still looking for a job, almost two months after GE13. Such is the way it is for those who work for politicians. 
He is one of the good guys who never used his position to enrich himself when he was in a position of power before the election. He insisted that he is okay despite his currently jobless status. 
"My conscience is clear. That's worth more than anything else," he said, adding that he regrets nothing for serving an incorruptible boss who always insists on his subordinates to maintain the same principals as himself.
I admire this friend of mine. There are not many like him around. Most of those who know him always thought that he is already rich for being in a position of power and influence for so long. 
"Don't bluff la, surely he has by now become very rich for serving his boss all those years," said one of my friend's detractors not too long ago. 
To those like that, my friend being an Umno worker could never be clean of corruption despite no evidence which could prove his guilt. 
But I know that he is not rich at all as he has always been very strict in adhering to his principle of doing his job according to how it was supposed to be done.
Anyway, I don't think I can be like him, being so cool despite the prospect of hardship. After all, it's going to be Hari Raya soon, and he is still out of work. 
A lot of people assume things as according to how they themselves would had acted under the same circumstances. Those who accused or assumed people of misdeeds such as corruption tend to be themselves susceptible of such acts. 
That's why my friend was alleged to be corrupted. Those who accused him actually were themselves prone to commit those corrupt deeds if given the chance to do so. 
I hope my friend will soon find himself a job. I know that he needs it. He has a family to take care. I hope the good guys will win and be rewarded in the end. 
InsyaAllah they will. But for those who are truly corrupted, I hope they will continue to rot in their unclean thoughts and deeds. There are many of those in positions of power now.

Wednesday, July 10, 2013

"ADA UBI ADA BATAS"- DENDAM BLOGGER KADIR JASIN

Blogger Kadir Jasin menyinga dengan kenyataan bahawa dasar Lembaga Tabung Haji hanya memberi kenyataan kepada media arus perdana sahaja. 
Dalam ertikata lain “LTH tidak melayan isu dan persoalan yang dibincangkan dalam media baru dan alternatif, termasuk blog” kata Kadir (Blog Kadir Jasin).
Apabila kita sudah terlalu hebat, besar, gagah dan dinasour kita sudah terlupa di mana kita berpijak. Hendak pula kita ada kuasa monopoli tidak ada persaingan. Maka itu kita angkuh. 
Kita sudah lupa di mana langit kita junjung di mana bumi kita pijak. Kita lupa dulu Tok Wan dan Tok Nek kita bermula menyimpan syilling di dalam tabung buluh dengan cita-cita ‘satu hari nak naik haji’. 
“Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” kata Tok Wan.
Mungkin hari ini kita sudah dinasour dan besar kita hanya melayan media besar kerana media kecil adalah suara-suara lalat dan langau sehingga kita terlupa bahawa media-media kecil inilah yang membawa suara akar umbi atau suara rakyat yang selalu terpinggir. 
Suara mereka tidak mendapat tempat kerana ditapis mengikut selera Ketua Pengarang mereka demi menjaga kepentingan tembolok mereka. 
Suara rakyat ini lah akhirnya akan diterjemahkan dalam kertas undi. Jika rakyat bangun mengubah tidak mustahil perlahan-lahan Tabung Haji akan menjadi dinasour yang dipamirkan hanyalah tulang rangka dan akhirnya pengerusinya akan menjadi kurator muzium. 
Sedarlah pemerintah bahawa hari itu akan tiba. Bak kata Kadir "Ada ubi ada batas ada hari boleh balas".

Tuesday, July 9, 2013

"KEDAH AMAN MAKMUR"- JANGAN JADI SLOGAN SYOK SENDIRI


KEDAH TAK PERNAH CEMUIH DENGAN SLOGAN. Slogan, Tag Line dan Unique Selling Proposition atau Unique Selling Point (USP) adalah kata-kata hikmat bagi menyatakan keistimewaan dan kelebihan produk yang ingin dijual. 
Begitu juga pemimpin, masing-masing ada slogan atau 'tagline' visi kepimpinan mereka sendiri untuk menempatkan pasaran mereka di dalam minda dan jiwa rakyat. Seperti di Kedah, setiap MB di Kedah mencetuskan slogannya yang tersendiri. Barisan Nasional ketika Datuk Seri Syed Razak mengambil alih sebagai MB Kedah beliau telah memperkenalkan slogan "Kedah Maju 2010". 
Datang pula Ustaz Azizan diperkenalkan slogan "Kedah Sejahtera". Kini di bawah pentadbiran MB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dilancarkan slogan baru “Kedah Aman Makmur”. 
Sejak tarikh pelancaran beberapa tinjuan telah dibuat atas initiatif beberapa orang rakan media untuk melihat sejauh mana mesej ini sampai kepada rakyat Kedah. Ternyata masih ramai yang terpinga-pinga ironinya bukan setakat rakyat biasa tetapi terdapat di kalangan pimpinan UMNO sendiri yang masih tidak ketahuan tentang adanya slogan ini. Ia mungkin berlegar-legar 'suka sendiri' di kalangan ahli-ahli Exco dan kakitangan pentadbir negeri sahaja. 
Pengarah Penerangan Negeri Kedah Dr Haniff Hasan menyatakan pihak beliau sedia membuat apa sahaja yang terbaik agar slogan yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir itu dapat mencapai sasarannya.
"Sebelum maklumat itu dijelaskan kepada masyarakat, kakitangan Jabatan Penerangan sendiri perlu prihatin terlebih dahulu tentang perkara itu. Sehubungan itu, kita akan melatih kakitangan untuk memahami perkara ini dan seterusnya mengadakan pelbagai program untuk mempromosi slogan baharu kerajaan negeri Kedah," katanya di dalam Utusan Malaysia 2/7/ 2013.
Kenyataan umum beliau ini jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang perancangan media yang strategik sebelum pengumuman dibuat dan ia lebih di lihat sebagai pengumuman ‘adhoc’ seperti melepas batuk di tangga. 
Ketika asakkan gelombang BN untuk menguasai kedah sebelum pilihanraya dahulu mereka bangun dengan slogan ‘BN Menang Kedah Senang’ bagai nak rak digempurnya sana sini. Kini apabila sudah berjaya berkuasa mengambil alih kerajaan Kedah slogan dengan visi yang begitu besar tidak dirasai oleh rakyat. Ianya bagai bisikan di angin lalu sahaja. Malah yang lebih jelas banyak lagi papan-papan tanda yang lokasinya 'prominent' masih terpampang slogan “Kedah Sejahtera”. 
Kumpulan media di sekeliling MB, EXCO Penerangan dan jabatan-jabatan yang bersangkutan ternyata gagal memainkan peranan. Samada masih dibuai mimpi atau tidak ambil kisah atau letih dengan slogan atau buta dan tuli tidak pula diketahui. 
Jangan sampai rakyat Kedah cemuih dengan slogan demi slogan. Malah yang lebih parah sekarang ialah slogan “Black 505” sedang di dalam proses indoktrinasi untuk mengambil tempat dalam minda dan jiwa rakyat sebagai persediaan pru 14 yang akan datang. 
Apa pun jangan sampai nasi menjadi bubur atau kanji.

Monday, July 1, 2013

SEBELUM 5 MEI GILA NAK JADI CALUN, SELEPAS MENANG GILA NAK JADI MENTERI KINI TAK DAPAT JAWATAN MENTERI GILA NAK JADI PENGERUSI GLC



Memandangkan jawatan menteri kabinet dan timbalan menteri begitu terhad sekali selepas pilihanraya umum 13 yang lepas jawatan-jawatan utama dalam GLC terpaksa diagih-agihkan kepada ahli-ahli parlimen BN yang menang.
Jawatan-jawatan seperti pengerusi GLC menjadi buruan mereka kerana keluhan mereka gaji dan eluan wakil rakyat tidak mencukupi untuk menjaga kawasan khasnya mulut-mulut pemimpin UMNO di bahagian yang tak pernah tahu erti kenyang.

Selepas pru12 yang lalu jawatan Setiausaha Parlimen terpaksa dimansuhkan akibat kekelahan BN yang parah sehingga tidak cukup kerusi yang menang untuk ditawarkan kepada ahli parlimen yang menang.

Jika sebelum 5 Mei 2013 yang lepas mereka ini sibuk melobi untuk menjadi calun dan apabila telah menang sebagai wakil rakyat mereka sibuk pula melobi jawatan menteri dan kini apabila jawatan menteri telah habis diagih-agihkan mereka ini kalut melobi jawatan pengerusi-pengerusi GLC. 
Nampaknya tak habis-habis kerja melobi oleh golongan yang mabuk kuasa ini. Kini yang terbaru Datuk Azeez Rahim @ Azeez Putra dikatakan dilantik pula menjadi Pengerusi Lembaga Tabung Haji walaupun tidak ada kelayakan akademik. Nampaknya jawatan dalam GLC diguna sebagai lembu untuk memerah susu.

Apa pun elok jugalah di dalam masa yang pendek, yang hanya tinggal empat tahun sahaja ini,  lebih baik cepat-cepat mereka menggendong harta rakyat dengan apa yang dapat sebelum rakyat bangkit kembali pada tahun 2018 dan kuasa ini jatuh ke tangan parti lain.