Friday, September 6, 2013

GAJI MENTERI KEWANGAN HENDAKLAH DIBAYAR KEPADA MENTERI KEWANGAN BUKANNYA KEPADA PERDANA MENTERI.

Kemut subsidi untuk digantikan dengan BR1M bukanlah langkah yang bijak. 
Che Det dalam blognya menulis bahawa tindakan ini menjadikan rakyat manja dan tidak produktif. Rakyat akan terlalu bergantung kepada Kerajaan manakala pendapatan negara tidak akan meningkat kerana rakyat lembab dan malas bekerja. Mereka akan asyik menadah tangan mengharapkan BR1M. 
Hakikatnya hari ini ‘workload’ Najib dah membonjol. Sudah tiba masanya beliau melantik Menteri Kewangan yang bijak daripada melantik penasihat-penasihat di sekeliling pinggang yang half past six
Gaji Menteri Kewangan hendak lah dibayar kepada Menteri Kewangan bukannya dibayar kepada Perdana Menteri. PM yang juga Menteri Kewangan tidak fokus untuk memecah otak memikirkan soal-soal kewangan negara kerana pasti sarat dengan tugas-tugas utama sebagai PM.
Kalau semua jawatan nak dipondoi kelak yang dikejar tak dapat rakyat yang dikendong berciciran. Balik Pulau Bayan Lepas, Sana Terpelau Sini Terlepas.
Najib pun faham pengurusan kewangan negara bukan seperti pengurusan restoran nasi kandar di mana tokey tak harap duit dipegang oleh orang lain takut disonglap. 
Tapi apa boleh buat. Ada yang diharap tapi nak percaya agak susah takut lawan tauke. Ibarat kata orang tua-tua “harap,  harap percaya tidak”.

2 comments:

  1. " Najib pun faham pengurusan kewangan negara bukan seperti pengurusan restoran nasi kandar di mana tokey tak harap duit dipegang oleh orang lain takut disonglap" - Pokoknya pemimpin UMNO yang berfalsafahkan Ketuanan Melayu memang kurang arif/kurang bijak dalam mengurustadbir urusan kewangan negara. Lihat dulu Madey sebagai wira dunia ketiga dan Bapak pemodenan Malaysia mengurus. Dulu nilai duit kita lebih drp Singapura kini apa dah jadi? Madey buat kereta Proton, jual RM30K dan berkualiti ke luar negara tapi jual RM60K kepada rakyat Malaysia. Madey pekak tak boleh baca yang krisis ekonomi akan melanda seperti krisis pada krisis kewangan dan kelam kabut apabila berlaku sehingga pada penghujungnya dia lakukan kawalan kapital setelah dah banyak duit keluar.Ekonomi orang UMNO yang berfalsafahkan kroni kapitalisme dan rentier kapitalisme membawa banyak kesan negatif sehingga ke hari ini.Tak tahu nak jawab cerdik UMNO katakan ini semua kerana Anuar Ibrahim! Lucu dan gelak tergolek anjing dibuat kita.

    ReplyDelete
  2. MR.

    Menteri/Timbalan Menteri Malaysia tak buat analisa atau kajian yang terpeinci.Tak ada ilmu.Banyak disuapkan oleh pegawai.Yang pakar itu pegawai.Menteri/Timbalan Menteri ZERO.
    Menteri/Timbalan Menteri Malaysia macam burung kakak tua.Dia sendiri pun tak faham apa yang dia cakap.
    Sebab itu pegawai boleh kelentong Kabinet atau Jemaah Menteri.
    Semua Menteri /Timbalan Menteri tak kosong.
    Rakyat lebih cerdik drp mereka .

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.