Thursday, October 3, 2013

PAK MENTERI MANA PULA YANG BAKAL TERSUNGKUR HASIL PENDEDAHAN LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA

Dal Shabet di antar kumpulan yang dibayar RM1.6 juta konon dapat sponsor.
Bagaimana hendak menjawab pembelian 20 jam dinding berjenama dengan harga RM3,810 satu unit padahal ia boleh dibeli dengan harga RM100 sahaja. Harganya melambong 38 kali ganda. Siapa yang kena kapak? 
Bagaimana hendak menjawab pembelian scanner size A4 dengan harga RM14,670 seunit padahal ia boleh dibeli dengan harga RM200 sahaja setiap satu?. Harganya melambong 38 kali ganda. Siap yang kena kapak? 
Bagaimana hendak menjawab apabila Pegawai Kanan membuat 813 tuntutan berjumlah RM803,813 untuk lawatan sambil belajar selama 4 hari ke Geneva, Switzerland. Perjalanan yang sungguh mewah dengan pernerbangan kelas pertama, hotel bertaraf istana, wine & dine, belanja pakaian baju sejuk bulu beruang dan seluar dalam bulu kambing. Tidak masuk logik akal mewahnya pegawai ini berjoli sambil belajar di Geneva. Apa ilmu yang dibelajar selama 4 hari itu sukar difikir. 
Bagaimana hendak menjawab perbelanjaan yang dibuat sebanyak RM1.6 juta dibayar kepada tiga kumpulan K-Pop Korea, U-Kiss, Teen-Pop dan Dal Shabet dengan tarian terkangkang terkoyak, paha gebu putih melepak dihidangkan kepada belia negara ini sebagai ‘crowd puller’ di hari Hari Belia Negara konon untuk menawan pengundi muda dalam PRU yang lepas. Janjinya peringkat awal ada sponsor tetapi itu semua hanya ‘selling gimmick’ Stadium First Sdn Bhd promoter kumpulan tersebut.
Ini hanyalah secebis penyelewengan dari ratusan lagi penyelewengan yang mana hampir wujud setiap kali dilapurkan dalam lapuran Audit Negara. Wang rakyat dibazirkan, pentadbir tidak beretika, Pak Menteri tidak 'hand's on', mereka yang bersubahat membuat onar sudah pencen dan akhirnya integriti kerajaan dipersoalkan.  Rakyat disuruh berjimat cermat. Harga minyak dinaikan dan subsidi ditarik. Semuanya sukar dijawab.
Rakyat sedang menunggu Pak Menteri mana pula yang akan tersungkur kali ini hasil dari pendedahan Audit Negara ini.

19 comments:

  1. Mummy Rock
    InsyALLAH SPRM korek k lubng cacing.Kesian SPRM beban krja brtmbah tmbah.Brtimbun2 lgi si tamak haloba yg wajib d dedahkn.

    Wawa

    ReplyDelete
  2. Minta Maaf - letak jawatan atau berambus dari jawatan yang dipegang kerana rasuah yang tidak diheret ke mahkamah, subahat, penyelewengan, salahguna kuasa, leka lalai cuai dan sewaktu dengannya bukan budaya pemimpin politik kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Lagi sekali jelas bahawa rakyat jelata hirup kuah dan kunyah tulang.
    Daging pejal dan isinya orang keliling menteri atau orang keliling KSU..

    ReplyDelete
  4. getting sick with najib's govt..

    ReplyDelete
  5. Ketirisan dan korapsi mega berlaku saban tahun dan saban tahun juga tak nampak ada tindakan terhadap yang bertanggungjawab kerana yang terlibat adalah pemimpin UMNO/kroni beragama Islam dan mereka berlagak seperti memperjuangkan nasib orang miskin Melayu. Ramai orang Melayu masih miskin baik di desa atau di bandar dan mereka lihat UMNO saja yang boleh memperjuangkan nasib mereka walaupun dah 56 tahun nasib mereka tak ke mana pun. Parti alternatif pula belum dapat yakin golongan Melayu majoriti ini sepenuhnya alias mendapat sokongan mereka bagi mengambil Putrajaya. Jadi nampaknya begitulah ceritanya setiap tahun, berbilion tiris, UMNO buat pekak dan rakus lagi membiarkan ketirisan berlaku dan Malaysi pun menjadi negara maju pada 2018!

    ReplyDelete
  6. program permata tak kena audit ke?

    ReplyDelete
  7. Penyelewengan yg nyata,tapi aku percaya tidak akan ada tindakan yg akan dikenakan......

    ReplyDelete
  8. Dah beberapa kali Audit sama saja. Shahidan Kasim dah kata mana ada rasuah.

    ReplyDelete
  9. Jangan dok susah hati,tak sekoq menteri pun akan tersangkut...

    Semua akan terlepaih, kroni punya pasai..."I garu belakang U,U garu belakang I"

    ReplyDelete
  10. Jawapan kepada Ketua Odit Negera kenapa banyak barangan berlipat kali ganda dari harga asal sebenarnya.
    Ini disebabkan komisyen dan persen yang tinggi yang lazimnya di sedekahkan pada pejabat Menetri dan KSU.
    Kalau harga rendah matilah toke.
    Win win.Duit rakyat terguling.

    Semua nya selamat tak ada tindakan.
    Mana ada menteri kena tindakan drp SPRM setakat ini.
    Laporan Ketua Odit Negara pun macam wayang tongkoi juga.

    Rakyat juga minum kuah kosong.

    ReplyDelete
  11. betoi - getting sick with najib's gomen.

    umno must change. umno must change.

    persepsi awam terhadap umno mesti di ambil kira, lebeh dari persepsi ahli2 umno itu sendiri.

    why? sebab umno voice majoriti melayu. ramai bukan ahli umno sokong umno.

    dan melayu telah buktikan betapa bertolak ansur nya bangsa ini, dari merdeka, malaysia, singapore get-out, 13mei, BN,

    hanya sekarang umno lemah jadi gomen lemah, umno tak ada focus jadi gomen pon blurrrr

    umno kena kembali berani atas daya dan matlamat tersendiri, bukan angan2 populariti, mahu di terima di dunia dengan membayar, mahu invest luar negeri sedangkan anak2 melayu melarat dalam minda dan kebolehan bersaing di dunia.

    gomen yang cekap datang dari umno yang pandai.

    tiada tandingan president umno membayangkan umno kini lemah....rata2 majoriti rakyat rasa gomen hari ini tiada taring, ketirisan yang dilapurkan AG ini bukti betapa lemahnya pentadbiran umno sekarang.

    ReplyDelete
  12. KITA SEMUA LAH YANG TERSUNGKUR!
    1. RAKYAT kena bayar harga petrol mahal dan barang yang naik harga tak terkawal sebab nak tampung penyelewengan dan kerakusan pemimpin.
    2. MALAYSIA tersungkur jadi negara dunia ke3 yang mundur seperti zimbabwe sebab pemimpin rasuah.

    Nak biarkan ke?

    ReplyDelete
  13. Mana si Omar CEUPEC yang tak sudah-sudah minta naik gaji dan bonus tu. Kenapa senyap jer...

    ReplyDelete
  14. BERAPA RAMAI MENTERI YANG TERSUNGKU????? Sejak dulu lagi......
    Kerani, storkeeper, kerani kewangan & lain-lain penjawat intermidiate & rendah ramai yang kena menteri? Bertambah boncit ada........

    ReplyDelete
  15. Ini hanyalah sekadar lakunan utk tunjukksn kononnya kerajaan telus dan tidak berkeromi dgn rasuah. Ketelusan dan katakan tidak pada rasuah hanya terpakai utk golongan bawahan saja juga utk golongan atasan yg nak dikambing hitamkan spt mohd khir toyo. Ketua audit negara.boleh beri pujian lagi kat khazanah padahal bermacam penyelewengan yg kita dengar melibatkan kerugian ratusan malahan ribuan juta ringgit. Ketua audit negara hanyalah kuda tunggangan najib dgn.menjadikan golongan bawahan sebagai korban utk tutup penyelewengan mega najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada perkataan yang paling sesuai untuk anon 10:33 selain bangang dan bahlol apabila mangkok ini kata Ketua Audit Negara kuda tunggangan Najib.Bodoh punya pandangan kena jawab secara bahlol pula:Kalau KAN nak jaga air muka Najib,tak adalah beratus tajuk yang dipertikaikan olih KAN.Semuanya akan dijawab memuaskan sebagaimana kebanyakan menteri (kecuali KJ) menjawab

      Delete
    2. Tak ada perkataan yang paling sesuai untuk anon 10:33 selain bangang dan bahlol apabila mangkok ini kata Ketua Audit Negara kuda tunggangan Najib.Bodoh punya pandangan kena jawab secara bahlol pula:Kalau KAN nak jaga air muka Najib,tak adalah beratus tajuk yang dipertikaikan olih KAN.Semuanya akan dijawab memuaskan sebagaimana kebanyakan menteri (kecuali KJ) menjawab

      Delete
    3. kamu yg tak paham isu yg dipersoalkan. Semmgnya mana-mana pentadbiran ada diseliputi oleh anasir rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kecik makan kecik, besar makan besar. Ketua audit negara kena adillah dalam semakkannya. Jangan carisalah orang kecil saja tanpa melihat salah yg lebih besar oleh puak atasan. Kira baca macam-macam pelaburan yg tidak menguntungkan di buat oleh khazanah ttp tidak ada dalam lapuran. Begitu juga khidmat konsultan asing yg digunakan dgn yuran yg sangat tinggi sedangkan kita ada kepakaran tempatan. Ini melibatkab kerugian yg jauh lebih tinggi dari apa yg ditegur oleh audit negara. Jadi salahkah saya kata juru audit negara kuda tunggangan Najib dgn lapurannya yg berpileh-pileh.

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.