Tuesday, September 30, 2014

AIRPORT DI KULIM - REALITI DAN FANTASI.

Posting di bawah disedut dari blog Zamkata:- 

Pengundi Kedah dah mangli dengan janji-janji pemimpin dari ‘federal’ bila balik menjadi MB. Dulu ketika Sanusi Junid dihantar oleh Mahathir balik ke Kedah untuk jadi MB secara paksaan untuk diterima oleh wakil-wakil rakyat di Kedah amboi bukan main cita-cita nak bangunkan Kedah.
Kononnya nak tambak laut dari Sanglang ke Kuala Muda. Syarikat Samudera Darulaman diberi hak ‘deal ‘ pasir di Acheh. Rakyat Kedah menaruh harapan mengunung. Sanusi nak tanam padi atas bumbung. Gagasan MENJERO –Mental, Jasad dan Rohani hanya tinggal gagasan. 
Akhirnya bila Sanusi tersungkur tak dapat 2/3 dlm pilihanraya parti BN menjadi nyawa-nyawa ikan di Kedah. Gagasan tinggal gagasan, tambak laut jadi bahan lawak penglipurlara rakyat Kedah. 
Hari ini mai pulak Mukhriz. Dok nak buat airport di Kulim. Kesan dari pengumuman Mukhriz itu telah melahirkan ramai speculator harta tanah mula goyang loceng jadi broka nak jual tanah di Kulim dan kawasan yang sekitar dengannya. La ni dah ada ketua bahagian UMNO dok gila merian melobi projek nak buat airport bawa profile syarikat jumpa MB. Menjual air lior sana sini. 
Hakikatnya pengundi hari ini sudah cerdik. Depa tau projek jangka panjang macam ini bukan senang nak dilaksanakan. Pengambilan tanah sahaja memakan masa 3 atau 4 tahun. Kajian EIA sahaja makan masa 4 tahun. Itu tidak termasuk lagi gangguan ekonomi negara kesan pergolakan politik di Asia Barat dan negara China yang hari ini sedang berlaku tunjuk perasaan di Hong Kong di mana generasi muda mahukan demokrasi mutlak dengan sokongan ‘the hidden hand of America”. 
Jika semua ini diambil perkiraan secara rasional bermakna projek ini akan menjangkau lebih dari 10 tahun. Tempoh satu penggal Mukhriz jadi MB pun tak lama. Lagi sekali PRU Mukhriz akan balik federal dan tinggal Kerajaan Kedah terkontang kanteng. Masa itu mai pula MB baru yang entah apa pulak projeknya nasib tak baik balik kepada pemerintahan PAS. 
Apa yang Mukhriz harus tumpu ialah menambah nilai sektor yang sedia ada seperti pertanian dan pelancungan. Kerajaan persekutuan telah berbelanja billion ringgit memajukan Langkawi persoalannya apa usaha Kerjaan Negeri menarik pelancung dari Langkawi ke tanah besar? Tahun lepas kedatangan pelancung ke Langkawi dianggarkan berjumlah 2.8 juta malangnya tak sampai pun 10% yang datang ke tanah besar. Siapa yang untung dengan kemajuan Langkawi? Jawabnya ialah Satun, Phuket dan Hadnyai. Kerajaan negeri masih tidur dibuai mimpi. 
Projek jangka panjang memerlukan pemimpin yang lama memerintah seperti Mahathir. Memerintah dalam suasana politik yang stabil. Itu pun sehingga kini projek Proton masih dalam kawalan Mahathir dari sejak penubuhannya pada tahun 1983 sehingga hari ini tak ada satu pun pemimpin yang boleh diharap memimpin Proton. 
Kasihan, umur tongkat langit pun masih melancarkan model baru Proton. Jika Mahathir tak ada Proton gulung tikar.
Itulah realitinya kepimpinan Mukhriz. Lama mana nak pakai jubah dan ketayap? Pengundi ingin melihat pembangunan yang menyentuh jiwa mereka. Mereka mahu makanan untuk hari ini bukannya 20 tahun lagi yang entah apa akan jadi. 
"APA DIHARAP PADI SEBERANG ENTAHKAN MASAK ENTAHKAN TIDAK, APA DIHARAP JANJINYA ORANG ENTAHKAN TUNAI ENTAHKAN TIDAK"

Tuesday, September 23, 2014

"KONSEP PENGURUSAN LAKI-BINI" - DARI RANJANG KE MEJA PENTADBIRAN



Amalan pentadbiran dengan meletak isteri sebagai anggota penting dalam kerajaan semaada secara resmi atau tidak resmi nampaknya semakin popular. Memberi muka kepada pengaruh isteri dalam pentadbiran Kerajaan mungkin boleh diistilahkan sebagai konsep “Pengurusan Laki-Bini (KPLB)’ atau “Managing By Husband and Wife”. Pendekatan pengurusan terkini yang sebaris dengan pengurusan “Management By Objective” yang dipopularkan oleh Peter Drucker.

Dalam perkembangan terkini amalan ini baru sahaja menemui kegagalan apabila ia cuba dipratikkan secara sah dalam cubaan meletak isteri sebagai Menteri Besar Selangor. Ini kerana ia berjaya disekat oleh Sultan Selangor. Di mana Anwar gagal meletak Wan Azizah sebagai pemimpin bonekanya di Selangor.

Sebaliknya  konsep Pengurusan Laki-Bini berjalan segar secara terhormat  di peringkat pucuk kepimpinan tertinggi. Bayangkan majlis menandatangani MOU sesama sendiri yang dibuat di New York (klik sini). Entah apa sangkutan PERMATA Negara dan Petronas yang terpaksa dibuat di New York. Bukan kah ia boleh ditandatangani di dalam negara sahaja. 
Untuk hebat buat sahaja di pucuk menyayup tingkat 88 Menara Berkembar Petronas, di antara menera yang tertinggi di dunia. 
Mengheret rombongan isteri yang sebegitu ramai hanya untuk 'signing' MOU ke New York bukan nya satu perbelanjaan yang sedikit.

Tidak terkecuali di negeri Kedah pun sudah mengamalkan  konsep Pengurusan Laki-Bini. Pentadbiran Mukhriz telah meghalalkan Setiausaha Kerajaan Negeri melantik isteri kesayangan beliau menjawat jawatan nombor tiga tertinggi dan terpenting dalam negeri Kedah.

Apapun cukup-cukuplah sekadar berguling garak di atas katil apa perlunya dasar kerajaan sehingga dibawa ke meja pentadbiran di pejabat. Biar suami lebih objektif dengan pengurusannya.

Thursday, September 18, 2014

INI MENTERI TAK SOMBONG


INI MENTERI TARAK SOMBONG OOO...

Seperti kebiasaan di dalam mana-mana pilihanraya baik yang kecil atau pilihanraya umum ramai pemimpin turun padang dengan gaya simple, santai dan ada yang berkain pelikat untuk bertemu rakyat.
Mereka bersalaman tak putus arus. Tangan-tangan lembut gebu mereka bersalaman tidak kira waktu dengan tangan-tangan kasar rakyat. Samada ikhlas atau sebaliknya hanya Allah tuhan yang maha mengetahui.
Seperti kebiasaan juga selepas pilihanraya apabila sudah menang baru warna sebenar Pak Menteri terserlah. Mereka akan balik ke Putrajaya kembali ke pejabat penuh tapisan dan kawalan rapi dengan pengawal keselamatan. Mungkin bimbang lalat dan langau akan menyerbu. 
Dan kalau bersalaman pun kali ini mata menteri tidak melihat lagi mata rakyat kerana Pak Menteri amat sibuk. Rakyat di tinggal jauh sehinggalah berlaku pilihanraya pulak.
Sebenarnya tindakkan ini bukan lah menipu rakyat atau berlakon di depan rakyat tetapi ini adalah amalan demokrasi yang sihat di mana satu undi amat bermakna untuk kemenangan di dalam pertandingan mewakili rakyat. Kalau dengan title ustaz boleh memikat rakyat apa salahnya? Kalau dengan pakaian lebai dan visual bersolat  boleh meraih undi apa salahnya?.
Kerana rakyat mudah lupa. Ini menteri tarak sombong.

Saturday, September 6, 2014

MAHATHIR SAYANG NAJIB



 
REAKSI TUNKU MENERIMA TEGURAN MAHATHIR
Menurut Mukhriz teguran bapanya kepada Najib dalam blog chedet.cc adalah kerana sayang dan untuk menjana kekuatan atau energy kepada Najib yang sedang menghadapi berbagai ujian kebelakangan ini. (Di mana dan apa cerita di dalam KOTAK HITAM MH17?).
Allhamdulillah Mukhriz juga berprinsip yang sama dapat menerima teguran dengan terbuka dan beliau yakin hanya orang yang sayang sahaja akan menegur berlawanan dengan golongan yang menyokong manis dibibir atau pengampu sebaliknya membawa rebah.
Menurut Mahathir di dalam blognya beliau juga pernah menegur Tunku - “Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku”.
Mengimbau sejarah teguran Mahathir terhadap Tunku kerana sayang sebenarnya ia tidak mendatangkan kekuatan kepada Tunku sebaliknya ia mengeheret Tunku turun dari kerusi PM dengan lebih cepat
Kata Mahathir beliau “menegur” Tunku. Ikuti Perenggan 7 dan 8 dalam surat teguran Mahathir yang berbunyi :-
“Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenalkan sebagai ‘The Happy Prime Minister’ walaupun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku menggunakan kenderaan dan eskot Polis untuk bermain poker’
‘Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku ‘naïve’ dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang ta’ dapat patek sebutkan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hingga China becha.’
Hari ini teguran Mahathir terhadap Najib dalam para 25 blognya berbunyi - “Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng”.
Manakala para 31 Mahathir menegur - “Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan Negara”.
Hakikatnya Mahathir lebih sayang negaranya dan bangsanya daripada sesiapa juga.