Friday, April 24, 2015

NAJIB PUN DAH PANDAI MENARI

Kata Najib beliau juga tidak keseorangan. Harap-harap kita begitulah. Tetapi seperti yang ramai rakyat kenal, Najib bukan lah seorang 'fighter' seperti Tun M.
Tetapi mana tahu. Kadangkala ada lelaki yang tidak pandai menari tetapi menjadi pandai apabila dibimbing oleh isteri yang kaki suka menari.
Apa pun tunggu dan lihat. Seperti dalam senikata lagu Michael Jackson "I'm not a fighter, I'am A lover".

Tuesday, April 14, 2015

JANGAN SAMPAI KE TAHAP NAJIB DIBOGELKAN DI HADAPAN RAKYAT



Nampaknya Mahathir sedang mengatur langkah demi langkah dalam tempoh 2 tahun sebelum PRU untuk habiskan pukulan mautnya terhadap Najib.
Ini penting supaya calun Presiden dan PM yang akan datang bukan Najib. Dalam tempoh itu UMNO masih mempunyai masa membuat persediaan menentukan siapa calun selepas Najib.
Gelombang pertama atau libasan pertama sudah dipalu oleh Mahathir. Dan Najib sudah menjawab dalam TV3. Tetapi Mahathir tidak puas hati katanya itu bukan jawapan yang beliau mahu. Kalau tak puas hati nampaknya Mahathir akan hentam lagi.
Ramai rakyat yakin Mahathir mempunyai banyak rahsia tersembunyi perihal Najib hanya menunggu ketika dan masa yang sesuai. 
Ini semua banyak bergantung kepada Najib. Lagi kuat Najib lambung lagi kuat Mahathir libas sehinggalah tidak mustahil episode ini akan berakhir Najib dan Rosmah dibogelkan di khalayak.
Sama-sama lah kita berdoa supaya ia tidak berakhir dengan episode ke tahap Najib dan Rosmah dibogelkan. Bagi mengelakkan insiden ini berlaku adalah lebih baik Najib mengumumkan perletakan jawatan. 
Umum sahaja dahulu supaya Mahathir reda dan sejuk sedikit mungkin lagi 2 tahun baru Najib letak jawatan. Dan dalam tempoh itu Najib boleh membuat persediaan dan merancang 'retirement plan'.
Apa pun kita tunggu dan lihat episode seterusnya.

Saturday, April 11, 2015

CINTA ABADI HANYALAH CINTA ROSMAH KEPADA NAJIB.



Betul kah orang UMNO sokong Najib? Kata Daim orang UMNO hanya taat kepada pemimpin di hadapan sahaja di belakang apabila panik lain ceritanya. Begitu juga kata Rafidah Aziz, Putrajaya bukan semata-mata Najib tetapi kolektif semua yang berada di dalam kerajaan.

Hakikatnya mana ada kesetiaan, kejujuran dan cinta abadi orang UMNO kepada pemimpin UMNO. Sokongan orang UMNO adalah hippokrate. Daim sebagai orang lama dalam UMNO sudah boleh membaca kelaku, tabiat, sifat dan lakonan orang UMNO. Itulah realiti sebenar. Hawsiauuuu…loooo.

Orang UMNO akan sokong kalau dapat wang dan dapat kuasa. Sama ibarat berkahwin dengan isteri mata duitan ”Ada duit abang sayang tak ada duit abang melayang”.

Najib tak boleh dibuai di alam khayal keseronokan dengan harapan sokongan orang UMNO. Najib harus menerima hakikat bahawa cinta abadi  hanyalah cinta Rosmah kepada beliau.

Konklusinya bukan orang UMNO tak sayang kepada Najib tetapi alasan mereka ialah “Not that I loved Najib less, but that I loved UMNO more”

Friday, April 10, 2015

INI LAH JAWAPAN SEBENAR NAJIB KEPADA MAHATHIR



Semalam TV3 telah mewawancara Najib berhubung soalan-soalan yang dibangkit oleh Tun M khasnya berhubung kredibiliti Najib sebagai pemimpin.
Jawapan Najib yang penuh tersirat itu dapat MR rumuskan dengan 2 perenggan yang pendek yang tidak semestinya tepat. Terpulang kepada pendapat rakan sekelian.
1. Jawab Najib : "Saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden Umno, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti" 

“Sebaliknya, kritikan ini saya terima walaupun pedih, tetapi pokok pangkalnya saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti”

Konklusinya: Bolehkah tuan diam! kerana saya hanya jawab kepada Rakyat bukan kepada tuan dan tuan sekarang ini hanyalah seorang daripada rakyat biasa seperti yang lain.

2. Jawab Najib : “Selagi rakyat dan parti beri mandat pada saya, meletakkan amanah, saya tetap akan teruskan kepimpinan negara dan parti”

Konklusinya : Bukan tuan yang berkuasa menjatuhkan saya tetapi rakyat yang berkuasa.
Ini semua dapat dirumuskan dalam kata penjajah Inggeris "WILL YOU PLEASE SHUT UP SIR! I AM ONLY RESPONSIBLE TO THE PEOPLE NOT TO YOU. AND YOU ARE NOW ONE OF THE PEOPLES IN THIS COUNTRY! YOUR TIME HAS GONE DEAD. BYE!"

Wednesday, April 8, 2015

MAHATHIR DISERANG 'JALANG POLITIK'



Pentas politik negara ini nampak seperti cerita kartun Ninja Turtle. Puak–puak Ninja Turtle penyokong Najib sudah mula menyerang Tun M. Dulunya ketika Tun M masih berkuasa puak-puak ini menyentot kepala mereka dalam kulit kini apabila rasa mereka sudah kuat mereka nampak menjengngol keluar tunjuk kepala taring mereka.

Mereka harus sedar diri ketika mereka masih masih hingusan menjadi ‘jalang politik’ Tun M dah menjadi Perdana Menteri dan Tun M sudah berhadapan bukan setakat pemimpin veteran Barisan Nasional tetapi telah kehadapan pemimpin dunia ketiga dan negara-negara besar G7. Menurut seorang rakan ketika itu mereka ini bukan setakat berhingus malah ada pemimpin hari ini yang masih kecing di dalam lampin ketika Tun berhadapan dengan Lady Thatcher berhubung  isu ‘Buy British Last’. Bak kata pepatah Kedah 'sudah masak dan mangli' dengan lakunan politikus ini.

Kini apabila Tun tegur sedikit Najib masing-masing mula rasa Najib tergugat dan sudah merasa bahang kepanasan yang Najib akan jatuh dan merreka mula menembak Tun M dengan peluru air. Ini semua kerana takut kedudukan tergugat.

Mereka harus sedar Tun M tidak akan sedikit pun kehilangan apa-apa, baik populariti atau harta benda jika mereka berterusan menghina Tun M tetapi mereka lah yang akan terjejas teruk dibimbangi kelak berakhir menjadi bangsat politik jalanan.
Ingatlah peribahasa Melayu "Yang Tua Dihormati Dan Yang Muda Disayangi". Dan "Jangan dijolok sarang tebuan".

Konklusinya jangan lawan Mahathir.