Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi ini warga siber bersarapan dengan satu lagi pendedahan visual-visual lucah yang melibatkan Datuk Mustapha Ali, Setiausaha Agong PAS. Nampaknya makin dekat dengan PRU ke 13 makin rancak dan galak media sosial dikotori dengan berbagai paparan lucah dan berahi.
Di dalam wawancara dengan sebuah portal berita Datuk Mustapha secara ‘gentlemen’ tampil menjelaskan dan mengakui beliau adalah lelaki dalam video yang tersebar semalam dan wanita berkenaan sebenarnya adalah isteri beliau yang sah.
Beliau amat kesal dengan permainan politik jijik Pakatan Rakyat dan percaya perbuatan ini adalah hasil kerja orang 'dalam' PR sendiri. Menikam dari belakang untuk menghancurkan kebangkitan politik beliau.
Perkahwinan adalah dituntut di dalam Islam. Kahwin lah dua, tiga atau empat tetapi kalau tak mampu dan tidak bertenaga seorang sudah mencukupi. Tidak ada satu syarat pun yang ditetapkan oleh agama Islam untuk si suami mesti mendapatkan keizinan dari isteri pertamanya jika beliau ingin menambah lagi isteri.
Cuma persoalannya sejauh mana keberanian si suami untuk berhadapan dengan isteri pertamanya. Kalau ketakutannya mengatasi keberanian isteri pertamanya adalah lebih baik si suami berkahwin secara sembunyi-sembunyi.
Apabila bercakap tentang keberanian si suami masyarakat sering keliru di dalam membuat tafsirannya. Kadangkala si suami kelihatan berani, jaguh dan hebat berpidato di hadapan ribuan penyokong partinya di salang seli pulak dengan takbiiirr “Allahhuakbar!!” tetapi semua itu bukan ukuran keberaniannya di hadapan isterinya.
Kerana isteri seringkali mudah hilang kewarasannya, beremosi dan menyinga bagai harimau hilang anak ketika di paras darjah ini si isteri tidak mudah dipujuk dan dilentur dengan gema takbiirr “Allahhuakbar!!”.
Dialog yang sering membuat si suami menjadi bodoh dan rasa bersalah ialah “OOOO…dulu sebelum jadi YB, belum jadi Menteri, masa susah, badan gedempol inilah yang awak peluk siang malam. Hari ini bila dah jadi YB, bila dah senang mula lah miang nak kawin lagi, nak tambah bini. Nak yang tegang nak yang cekang. Sekarang awak pilih!!! Saya atau pompuan tu!!” Jeng...jeng..jeng. Ini lah di antara dialog drama sebabak yang membuat si suami menjadi kelu, bisu, lemah dan lembik ditambah pula apabila si isteri mendapat sokongan padu anak-anak perempuan.
Maka tidak hairan lah jika insiden sebegini meruntun rumah tangga Datuk Mustapha Ali sehingga beliau terpaksa bersembunyi dan berjumpa isteri mudanya dibilik hotel.
Cuma kesilapan besar beliau ialah menginap di bilik dan hotel yang sama sehingga musuh politik dalamannya dapat menghidu dan memasang kamera tersembunyi.
Bukan menjadi kesalahan kepada Datuk Mustapha Ali jika wanita itu memang isterinya malah mereka yang mengaibkannya telah melakukan satu fitnah dan dosa yang besar bersamaan dosa membunuh.
Kesimpulannya, Datuk Mustapha Ali lebih bersih dan mulia kerana berani membuat pengakuan daripada sesetengah pemimpin pembangkang yang bijak bersandiwara dengan berlumuran najis dan dosa depan belakang.
"Kasihan Datuk, apa nak buat bersabarlah"
"Kasihan Datuk, apa nak buat bersabarlah"








