Friday, May 10, 2013

KITA INGAT CINA BOLEH DIBELI DENGAN JAMUAN PANGGANG BABI SETIAP HARI, SEPANJANG KEMPEN PRU DI PP?

Kepada UMNO, kita silap dalam memahami politik Cina. Kita ingat Cina boleh dibeli dengan jamuan babi panggang setiap hari, sepanjang kempen PRU di Pulau Pinang. Begitu juga jamuan di tempat lain, tanpa babi, atas nama bantuan 1Malaysia. Tidak ketinggalan kita tampilkan artis Cina tempatan (antarabangsa), Michel Yeoh. Tidak cukup dengan itu, kita import artis terkenal China, Jackie Chan dan PSY, Korea Selatan sebelum PRU. Ya, memang ramai Cina yang hadir. Tetapi, itu bukan petanda mereka menyokong BN.

KHAIRY HARUS DIBERI PELUANG DALAM KABINET

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atau nama mesra KJ dilihat sudah sampai masa untuk diberi tanggung jawab menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak. 
KJ telah melalui satu liku yang panjang selepas menang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila tidak dilantik menyertai kabinet dek stigma kait mengait beliau dan bapa mertuanya Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi yang dimarah oleh Tun M berpunca dari kecundangnya BN dalam PRU12 2008 yang lalu. 
Ketokohan dan kewibawaan KJ tidak harus dipandang sepi dengan kebolehan beliau berdebat dan berhujah malah fasih berbahasa Inggeris. Tokoh Wartawan Negara Datuk Kadir Jasin sendiri mengakui kebolehan KJ di dalam blognya dan mencadangkan KJ dilantik sebagai Menteri Luar. KJ sendiri telah menyatakan kesediaanya untuk memainkan peranan di dalam kabinet DS Najib. 
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas, Khairy yang bertanding di Rembau dan telah memenangi dengan majoriti sebanyak 18,357. Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi.
Dari segi kelayakan KJ mempunyai biodata yang sungguh menarik. Lihat biodata KJ yang dipetik dari Wikipedia:
Khairy dilahirkan di Bandaraya Kuwait, Kuwait pada 10 Januari 1976. Beliau merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan bekas diplomat Dato' Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid. Bapa KJ, Dato' Jamaluddin Abu Bakar merupakan bekas pegawai tertinggi, Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara, United Kingdom. Manakala ibunya Dato' Rahmah merupakan seorang sukarelawan. 
Penghulu Abu Bakar merupakan ketua kampung Kota Rembau yang juga datuk kepada khairy. Selain itu, Khairy juga mempunyai dua orang adik beradik perempuan iaitu Mona Jamaluddin dan Hana Jamaluddin. KJ dan pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah. 
KJ melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE). 1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford. 
Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, KJ menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau. Pada tahun 1998 – 1999 beliau menjadi Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm. 
Beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi. 
Pada tahun 2004-2006 khairy merupakan Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd dan juga ahli Perniagaan. 
Apa pun manusia yang mencadangkan tetapi Allah SWT jua yang menentukan.

Thursday, May 9, 2013

BIAR PADAN MUKA MELAYU, KINI APA YANG ADA LAGI?

Blog Mummy Rokiah pernah menulis di bawah posting yang bertajuk “Apa Lagi Yang Pengundi Cina Mahu?” pada 26 April 2010 klik sini (Apa Lagi Pengundi Cina Mahu?". 
Posting ini tiga hari lebih awal dari penyiaran di dalam Utusan Malaysia pada 28 April 2010 sebelum discoop oleh Zaini Hasan dan mengubah tajuk “Orang Cina Malaysia apa lagi yang anda mahu?” di dalam ruangan pojoknya ‘Cuit”.
Ilham saya untuk menulis di bawah tajuk ini tercetus  susulan kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor sebagai respon kepada jawapan Presiden MCA DS Dr Chua Soi Lek yang menegaskan bahawa pengundi-pengundi Cina tidak lagi mudah diumpan dengan keperluan asas mereka seperti peruntukan kepada sekolah Cina, dewan orang ramai dan pembaikan sistem perparitan sahaja.
Menurut Soi Lek lagi keperluan-keperluan tersebut sudah tidak penting bagi mereka, “mereka hari ini lebih tertumpu kepada isu-isu nasional berikutan itu MCA akan menjadi jaguh yang lebih vokal kali ini”, kata beliau pada ketika itu. 
Menyingkap kembali kronologi ini, Soi Lek yang sebenarnya telah menyampaikan mesej yang cukup tepat apa kehendak orang Cina yang sebenarnya cuma 'as time goes' Soi Lek buat bodoh sahaja kerana apa yang DS Najib tawarkan adalah lebih lumayan dari apa yang sebenarnya mereka mahu.
Buktinya, keputusan PRU13 di mana undi kaum Cina telah 'swing' secara pukal kepada DAP jelas menunjukan sasaran DS Najib tersasar dan jauh menyimpang dengan apa yang mereka mahu. DS Najib telah 'over' memberi lebih dari apa yang mereka mahu sebenarnya sehingga akhirnya jelas mengeciwakan beliau sendiri. Sehingga ke tahap melatih anaknya berbahasa Mandarin dan berucap di Pulau Pinang dalam Bahasa Mandarin konon ingin menambat hati sanubari kaum Cina di Pulau Pinang yang rata-rata bercakap Hokien. Ingin populariti dengan menghapuskan ISA sehingga konon mendahului Singapura sendiri yang masih mengekalkan ISA versi mereka. Tunduk berjumpa dengan Dong Zong, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang semua orang tahu NGO yang paling chuvanis.
Di dalam posting saya itu juga, saya menyudahi perenggan posting saya dengan menulis “Mungkin apa yang mereka maksudkan ialah hak-hak samarata dengan kaum lain. Tidak perlu lagi kontrak sosial yang sudah lapuk dan SATUKAN MALAYSIA SATUKAN SEMUA? Jika ini terlaksana maka baru BN akan mendapat undi kaum Cina?”. 
Itu lah sebenarnya yang DAP laung-laungkan selama ini dan MCA tidak perlu menjadi vocal seperti kehendak Soi Lek kerana dalam tidak vocal itu kaum Cina telah mendapat banyak dari apa yang mereka mahu. Biarlah DAP yang vocal kerana itu tugas DAP. 
Konklusinya “Sorong PapanTarik Papan, Sana Makan Sini Makan”

Wednesday, May 8, 2013

SALAM PERDAMAIAN DISAMBUT DENGAN LUDAH

Sesiapa yang ingin menghulur salam perdamaian akan dibalas dengan gelema kuning ludah Tok Guru.
Beginikah sikap seorang Tok Guru agama Islam yang berserban tiga tingkat?

Beginikah sikap seorang Tok Guru yang sedang berada di gigi kubur kata mari dunia kata pergi?

 

Tuesday, May 7, 2013

OPEN LETTER TO THE PRIME MINISTER

"I do not think anyone bright in UMNO will nor should ask you to step down as President of UMNO on the basis that BN performed worse off than 2008. These are two different scenarios.Pak Lah started with a landslide victory but you had lead BN at the worst of its times"
 
"I sincerely hope that the Government under you is open to the views of ordinary citizens and genuine NGOs. Please liberalise the registration process for the formation of NGOs so that more citizens can help shape the Nation. The days that politicians have absolute control is over, or more correctly, that illusion is over" Rapera 
Read here.. RAPERA

Monday, May 6, 2013

KE MANA HALA TUJU BARISAN NASIONAL?

Di dalam sidang media semalam ketika mengumumkan kejayaan BN menubuhkan kerajaan wajah DS Najib ternyata tidak ceria. Air muka dan wajahnya seperti keletihan selama 4 tahun naik turun untuk menawan jiwa semua rakyat jelata negara ini. 
Di dalam itu nampak tersirat kekeciwaan wajah beliau akibat gelombang pengundi Cina yang dipukul angin beralih arah kepada DAP. Kerusi-kerusi yang di menangi DAP jelas mencatatkan jumlah peningkatan majoriti yang besar. 
Jika disedut dari dialog filem Anak Ku Sazali arahan P Ramlee ia bersamaan "Apakah ini balasan engkau setelah 4 tahun aku menabur bakti kepada engkau semua?"
Contoh ketara ialah otai politikus Johor, Ghani Othman dipukul rapat dengan majority 14,762 undi oleh Lim Kit Siang di Gelang Patah. MB Johor itu hanya memperolehi 39,523 undi manakala LKS sebanyak 54,284 undi. 
Bezanya PRU13 kali ini ialah peningkatan jumlah yang keluar mengundi. Rata-rata pemerhati politik melihat peratusan keluar mengundi khasnya kaum Cina ternyata amat luar biasa sekali. 
Semalam di luar dewan mengundi saya bertemu dengan Ah Ee tua yang terbongkok-bongkok sakit pinggang beratur untuk mengundi selepas balik dari pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital. 
“Sakit badan tapi mau undi juga. Kalau takdak undi saya rehat rumah” kata Ah Ee itu sambil mengesat peluh dan lelehan air liur dibibirnya dengan ‘Good Morning towel’. Maksudnya beliau jarang keluar rumah dan kalau tidak disabitkan untuk membuang undi dia akan hanya berehat di rumah kerana badan sudah tua dan tak sihat. 
Jika PRU12 2008 DAP berjaya meranapkan Gerakan di Pulau Pinang kini mereka telah berjaya menerobos benteng kuat MCA di Johor dan MCA hancur. 
Semalam penganalisa politik di TV1 membidas MCA dan Gerakan kerana tidak bekerja kuat untuk memenangi pengundi Cina dan mencadangkan disisih sahaja ke dua parti ini. Ternyata ini adalah satu analisa yang cetek dan beremosi tanpa sedar bahawa jika berkuburnya MCA dan Gerakan kini hanya tinggal satu sahaja parti yang akan memperjuangkan orang-orang Cina iaitu DAP. Ini sungguh merbahaya.
Kini jelas pengundi Cina sudah berubah dan mereka tidak mudah termakan dengan apa juga manisan yang di hidangkan DS Najib selama ini yang jelas ada sesuatu yang ingin mereka nyatakan bahawa ada sesuatu tidak kena kepada BN dan UMNO. Istilah terbaru DS Najib ialah ‘tsunami Chinese voters’. 
Menurut DS Najib tindakan kerajaan Barisan Nasional seterusnya ialah akan memulakan program ‘national reconciliation’ bagi menyatukan kembali rakyat di mana terdapat polarisasi kaum di dalam keputusan pengundian dan segala bentuk ekstremisme dan perkauman yang tidak sihat untuk Malaysia akan ditangani.
Konklusinya, ulat sutra akan keluar dari kepompongnya apabila merasakan dirinya tidak selamat lagi di dalam kediamannya.

Saturday, May 4, 2013

PENGUNDI ISLAM YANG MENGUNDI PAS, DAP DAN PKR ADALAH TURUT MENGAMENKAN DOA MEREKA YANG DI DALAM VIDEO INI

Besok kita akan membuang undi. Jika pengundi Islam negara ini mengundi PAS, DAP atau Keadilan dan Pakatan Rakyat ingatlah ia bersamaan dengan mengamenkan doa-doa golongan di atas. 

Secara langsung dan tidak langsung undi anda akan menyegerakan peralihan kuasa negara ini kepada golongan yang pro Israel seperti kehendak puak-puak di dalam video di atas. 

Besok adalah hari penentuan. Awas kita sedang berada di bibir serigala. 
Ingatlah! Ingatlah! Ingatlah!

Friday, May 3, 2013

RAHIMI BERBAKAT, THE HIDDEN TALENT.


Kita sering dihidangkan dengan ucapan politikus-politikus arus perdana kini apabila mendengar kelantangan Rahimi Osman, bekas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mendedahkan kemungkaran bekas bossnya ternyata beliau mempunyai bakat kepimpinan.

Thursday, May 2, 2013

KEPALA BAPAK SAIFUL

Azlan Mohd Lazim, bapak Saiful Bukhari telah membuat pusingan 360 darjah dan kembali ke pangkal jalan setelah sesat lebih kurang 2 bulan lebih kerana dipukau oleh Anwar Ibrahim. Dulu menafikan anaknya diliwat oleh Anwar Ibrahim. 
Kini beliau memohon maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu dalam satu sidang pada media 8 Mac lalu. 
Bapak Saiful sudah insaf dan sedar di atas keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya. Ramai yang tidak faham apa yang ada di dalam kepala bapak Saiful ini. 
Bagaimana seorang bapak sanggup memperdagangkan maruah anak kandungnya sendiri. 
Walaupun sekejap bersama Anwar Ibrahim sebenarnya bapak Saiful telah membuat bakti yang besar dengan menyental cuci lendir ponggong Anwar Ibrahim di media antarabangsa.
Pada 3/4/2013 apabila Al Jazeera menyoal isu moral Anwar Ibrahim beliau dengan yakin menjawab semua itu adalah fabrikasi dan konspirasi pemerintah. 
“And now the father of so called victim has come out publicly apologizing to me and my family” jawab Anwar Ibrahim semasa di soal secara ‘live’ oleh Al Jazeera.  
Kenyataan ini jelas mewangikan ponggong Anwar di media antarabangsa dan membusukkan Kerajaan Najib.

Wednesday, May 1, 2013

POSTING KHAS UNTUK SUAMI YANG SAKIT LUTUT, SAKIT PINGGANG DAN SAKIT KAKI.

Posting kali ini adalah ekstrak tulisan Azah Abdullah di dalam BH yang pernah disiarkan dalam tahun 2006 yang dirasakan cukup relevan dengan isu beberapa tokoh politik tua yang di kira kembali muda dengan miang dan gatal mereka. 
Walaubagaimanapun miang dan gatal itu bukan sesuatu perangai yang luar biasa tetapi ia adalah kebiasaan kepada lelaki yang berusia emas.
Hanya mereka harus berwaspada di dalam mencari penawar dan ubatnya. Adalah lebih afdal jika miang dan gatal itu diubati dengan berpegang dengan ajaran agama Islam yang betul yakni melalui perkahwinan yang disertai dengan ijab dan qabul. 
Ini adalah lebih baik daripada menyimpan wanita-wanita simpanan atau melakukan dosa zina secara sulit dek takut kepada isteri melebihi takut kepada Allah SWT.
Berikut adalah tulisan beliau: 
SEJAK kebelakangan ini, isu wanita muda memilih lelaki tua begitu hangat diperkatakan. Malah, Dewan Negara dan Dewan Rakyat turut membincangkan isu ini terutama dengan berita perkahwinan penyanyi nombor satu Malaysia, Datin Siti Nurhaliza yang dilaporkan secara meluas di media. 
Sebenarnya, perkahwinan membabitkan jarak usia yang agak tinggi itu bukan perkara baru. Jika anda masih ingat, beberapa tahun dulu seorang artis muda, Azreen, pernah mengahwini kerabat Diraja Pahang meskipun ketika itu usianya belum mencecah 16 tahun, manakala suaminya berusia 40-an. 
Tahun lalu, bekas pengacara program popular televisyen Nona, Datin Norjuma Habib Mohamad yang ketika itu berusia 24 tahun, turut mencuri tumpuan apabila mengahwini ahli perniagaan, Datuk Mohamed Nazim Razak, 43.
Terbaru, perkahwinan bekas model, Puteri Shahanaz Hazlin, 24, dengan ahli perniagaan Datuk Roslan Hashim yang berusia 49 tahun kembali menghangatkan isu berkenaan.
Sebahagian masyarakat, seolah-olah enggan mempercayai bahawa perkahwinan dibina lahir daripada cinta yang luhur memandangkan kebanyakan jejaka dipilih mempunyai latar belakang yang berduit. Tetapi, jika ditanya kepada si empunya badan, semuanya mengakui kematangan dan keikhlasan yang ditunjukkan suami berjaya memikat hati.
Ini membangkitkan persoalan, benarkah lelaki muda tidak matang dan ikhlas dalam menjalin hubungan? Kali ini, tinjauan Citra cuba menyelongkar di sebalik rahsia perkahwinan berbeza usia itu. Pelbagai faktor boleh dilihat menyebabkan lelaki berusia lebih memilih wanita muda sebagai pasangan hidup mereka. 
Ini boleh dikaitkan dengan senario beberapa dekad dulu apabila ramai ibu bapa memilih lelaki yang matang usia sebagai menantu. Misalnya, zaman dulu pendidikan tidak menjadi keutamaan dan faktor kemiskinan juga penyebab ramai ibu bapa mahukan kebahagiaan anak mereka dengan mengahwinkan anak gadis mereka dengan lelaki berusia yang berkedudukan. 
Bagaimanapun faktor kesabaran, kebijaksanaan dan kematangan melalui pengalaman dalam perkahwinan dulu menyebabkan lelaki berusia lebih bijak membimbing isteri dan menguruskan rumah tangga mereka. Ini diakui sendiri oleh Azmi Salleh, 52, berkata pengalaman daripada perkahwinan yang lepas banyak membantu lelaki berusia dalam menangani masalah rumah tangga.
“Kadangkala perkahwinan berbeza usia berlaku kerana beberapa faktor misalnya lelaki berusia dipilih wanita muda berdasarkan harta dan kedudukan ekonominya yang boleh dikatakan dapat menjamin kebahagiaan keluarga. Tambahan pula, sikap golongan lelaki muda yang tidak serius dan kurang matang menyebabkan wanita muda lebih suka memilih lelaki yang matang dan pandai mengatur kehidupan berumah tangga.
“Lagipun, pada masa kini, ramai anak remaja dan lelaki muda terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti dadah menyebabkan lelaki berusia yang berkerjaya lebih dipilih wanita muda kerana dikatakan setanding dan layak untuk mereka yang berpendidikan,”katanya.
Bagaimanapun, beberapa oran yang ditemui tidak menafikan perkahwinan sebegitu mengundang reaksi negatif daripada masyarakat. Norlaila Harun berpendapat timbul beberapa konflik yang mungkin tercetus daripada perkahwinan itu dari segi mental dan fizikal. 
“Orang ramai mungkin akan menganggap lelaki berusia mengahwini wanita muda kerana gatal dan dikatakan tidak sepadan dengan isterinya yang masih muda. Malah, akan timbul kata sinis seperti kebimbangan lelaki berusia akan mengalami masalah seksual apabila umur meningkat lanjut. Kemungkinan ini berlaku kerana perkahwinan antara lelaki berusia 50-an dengan wanita 30-an atau wanita di kalangan 20-an,” kata pelajar berusia 23 tahun itu.
Pendapat Norlaila disokong oleh Aminuddin Mohamad, 25 yang berpendapat sememangnya perkahwinan sebegitu akan menimbulkan konflik kerana kebanyakan ibu bapa hari ini mengimpikan menantu yang setaraf usia dengan anak gadis mereka.
“Ada di kalangan kita berkahwin berdasarkan cinta dan mereka tidak kisah jika pasangan mereka lebih tua daripada mereka. Tetapi, tidak semua ibu bapa yang dapat menerima menantu berusia hampir sama dengan mereka" katanya. 
Bagaimanapun rata-rata orang ramai yang ditemui juga berpendapat lelaki berusia dikatakan mampu menguruskan rumah tangga serta mengawal emosi dengan kerenah wanita muda.
Justeru, pengalamannya sebagai suami dan bapa ketika perkahwinan yang lalu boleh membantu mereka memperbaiki keadaan dan mencari punca permasalahan seterusnya mengatasi masalah agar ia tidak berulang untuk kali kedua.
Islam sendiri sudah menggariskan beberapa panduan dan terserah kepada kita untuk memilih pasangan yang bersesuaian. Jika ingin memilih berdasarkan kecantikan, harta, kedudukan atau pangkat semata-mata, nescaya tidak bahagialah rumah tangga itu, namun jika memilih pasangan kerana agamanya, besar kemungkinan mahligai yang dibina diberkati. 
Jarak usia membina gerbang perkahwinan adalah subjektif dan bukanlah penentu kepada kebahagiaan yang akan dikecapi, tetapi keikhlasan, kasih sayang, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain dalam menjalankan tanggungjawab berumah tangga adalah dititikberatkan. 
Apa yang penting, perkahwinan itu mestilah ikhlas untuk menjalankan kewajipan dan tanggungjawab yang diamanahkan Tuhan serta menyerapkan kasih sayang dalam berkeluarga bukan kerana semata-mata untuk memiliki harta, kedudukan, pangkat atau rasa terpaksa kerana faktor sebegini akan membuatkan rumah tangga tidak akan kekal lama.