Friday, January 9, 2015

SETIAP MEJA DI ZAM NEWSROOM CAFE ADA CERITA DAN RAHSIANYA YANG TERSENDIRI



MR berkesempatan Brunch (Breakfast+Lunch) bersama Zam dan bekas CEO Bernama TV, Ibrahim Tiger di Zam Newsroom Café di Ayer 8 Putrajaya.
Banyak perbualan kami berkisar politik semasa. Ada yang panas ada yang sejuk tetapi Zam seperti biasa tak habis-habis dengan nostalgia cinta lamanya iaitu dunia kegemilangan ketika menjadi seorang wartawan. Hiasan dalaman cafe tersebut cukup menceritakan kehebatan Zam.
Dan tak habis-habis dengan Lee Kuan Yew. Tidak ada buku tentang Lee Kuan Yew yang Zam tidak ada. Semuanya terpapar rapi di rak buku dalam Café nya. 
Sesiapa sahaja boleh pergi dan baca tapi tidak benar di bawa balik mungkin beliau bimbang yang pergi tak kembali.
Apa pun yang menarik di café ini ialah setiap meja mempunyai cerita dan rahsianya yang tersendiri. 
Kalau ingin tahu pergilah lepak satu hari dengan secangkir Espresso dan baca sampai petang.

Friday, December 26, 2014

TUNKU ABD RAHMAN, MAHATHIR DAN NAJIB SEMUA SAMA



“NERO FIDDLED WHILE ROME BURNED”

Sejarah sentiasa berulang pemimpin mudah lupa:

Pada 17 Jun 1969 Mahathir hentam Tunku dalam surat terbuka katanya:

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Kata Musa Hitam : 
“Dr Mahathir berada di Kl semasa peristiwa Memali bukan di China”

Kata Kadir Jasin dalam blognya :
“Negara Banjir, PM Bergolf Di Hawaii”
 Apa pun rakyat akan menghukum pemimpin yang gagal.

Saturday, December 20, 2014

BANGUNLAH KEDAH!!

KOMEN
Kerajaan Kedah kena fikir. Bagaimana jika kawasan-kawasan nelayan seperti di Kota Kuala Muda, Tanjung Dawai, Kuala Kedah, Kuala Sanglang dibangun seperti Adelaide?

Bangunlah Kedah!
Jangan Tidur Lagi,
PRU Nak Mai Dah
Kelak Melayu Yang Rugi.

Thursday, December 18, 2014

KEDAH BUAT APA?

Pulau Pinang optimis mencapai sasaran 5.7 juta kedatangan pelancong tahun depan berikutan Malaysia menjadi Pengerusi Asean. Pengarah Tourism Malaysia Pulau Pinang, Harun Pilus berkata pihaknya akan menggunakan kesempatan tersebut sebaik-baiknya bagi mempromosikan Pulau Pinang dalam kalangan negara Asean. 
"Kita sasar kedatangan pelancong meningkat 5% tahun depan berbanding jangkaan 5.5 juta tahun ini. 
"Sehingga September lepas, lebih 3.8 juta pelancong melawat negeri ini melalui lapangan terbang dan pelabuhan serta jalan darat," katanya di George Town hari ini. 
Harun berkata lebih 20 acara menarik dirangka bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong. – Bernama.

KOMEN:
KEDAH BUAT APA?

Tuesday, December 9, 2014

BERNAMA TV SEDANG KEBULURAN



Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA bukan satu nama kecil tetapi Bernama TV merupakan satu nama baru dalam industri penyiaran Negara. Kelahiran awal Bernama TV pun ibarat lahir senyap-senyap tanpa pengetahuan Menteri Penerangan ketika itu. Ia cetusan dari kepala otak Tan Sri Anuar Zaini orang kuat Pak Lah Badawi ketika tu.
Hari ini Bernama TV sedang kebuluran. Menurut CEO nya Datuk Ibrahin Yahya @ Ibrahim Tiger mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya. 
Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak. Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh Bernama TV.
Menurut Ibrahim gaji terakhir dibayar oleh BTV pada 20 Oktober lalu pihak beliau juga belum pasti bila gaji penuh akan dibayar, kerana mereka kini telah pokai.
Nampaknya Bernama TV sedang nyawa-nyawa ikan dan akan hanyut pada bila-bila masa sahaja jika Kerajaan tidak campur tangan.
Yang sebenarnya banyak lagi cerita menarik di belakang tabir Bernama TV ini yang ramai tidak tahu kerana penonton hanya menonton wajah-wajah jelita penyampai  berita nya.

Thursday, December 4, 2014

LIHATLAH SIAPA YANG BANGANG?



MR bermula blogging pada 27 June 2006 dan aktif serta ligat pada13 Oktober 2008. Bermakna sudah lebih kurang 7 tahun secara konsisten blogging. Ramai rakan-rakan seangkatan sudah kecundang samada putus asa, keciwa, kekeringan ilham, dan ada yang sudah beralih angin apabila ditawar dengan jawatan yang lebih hebat dan habuan yang lumayan.
Malah ada yang sudah kena beli dan yang yang menyedihkan ada yang kena lelong seperti Abdul Wahab dan Abdul Wahib dalam filem P Ramlee “Tiga Abdul”.

Dalam ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang lepas Najib telah terlepas gurauan apabila beliau telah membangangkan blogger-blogger yang hentam ‘beliau’ dan ‘isteri beliau’ sesama UMNO. Tidak dapat disalahkan apabila blogger-blogger UMNO ini nampak banyak kepincangan di dalam UMNO sendiri atau isteri PM sendiri maka mereka mempunyai banyak bahan untuk menghentam UMNO.

Berhubungan dengan bangang MR ingin membuka soalan, siapa yang bangang dan siapa yang otak kangkung apabila syarikat-syarikat minyak terpaksa mengimport bekalan petrol RON 97  dari Singapura bagi menampung kekurangan stok di negara ini.?

Laungan konon pentadbiran ekonomi yang cekap dan ampuh kini sedikit demi sedikit nampaknya sudah mula akan terlondeh memperlihatkan panau dan kurap pentadbiran Najib.

Walaubagaimanapun saraf dan nadi politik Najib yang sedikit tersumbat akan kembali lancar apabila wang BR1M mula ditabur kepada rakyat.

Wednesday, December 3, 2014

PENYAMUN TARBUS YANG GADAI TANAH MELAYU PULAU PINANG



Kita tidak pasti kenyataan ini benar atau tidak. Harap yang ampunya diri bangun dengan tegas menjelaskannya kalau mereka tidak berdosa.
Baca sini berita penuh : These-Are-Crooks

Thursday, November 27, 2014

“PERHATIAN!! SURAT SOKONGAN ROSMAH DIHARAMKAN DI PEJABAT INI”

“Whoever uses my name, I ask the offices and ministries not to approve it. How can the department heads approve such projects without even checking the facts with me?” 
Membaca kenyataan Rosmah yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 26 Nov 2014 ternyata ianya memberi nafas yang cukup lega dan selesa kepada seluruh usahawan Melayu, saudagar Melayu, peniaga Melayu dan penjaja Melayu apabila mereka tidak lagi perlu bersaing dengan kontraktor-kontraktor yang mengonggong surat sokongan DS Rosmah. 
Dengan kenyataan yang jelas lagi bersuluh itu mereka kini boleh bersaing dalam pasaran terbuka tanpa ada cuak dan curiga dicantas oleh tangan-tangan yang tersembunyi di belakang tabir. Inilah masa nya untuk mereka membuktikan kemampuan, kewibawaan dan kesungguhan sebagai usahawan Melayu di dalam negara yang sudah 57 tahun Merdeka.
Pegawai-pegawai kerajaan juga tidak harus melayan 'phone call' dari pejabat Rosmah atau sahabat Rosmah atau rakan Rosmah. 
Untuk memudahkan pentadbiran dan rasa seram mereka sepatutnya menampal kenyataan besar “SURAT SOKONGAN ROSMAH DIHARAMKAN DIPEJABAT INI” di setiap pintu masuk pejabat kerajaan khasnya yang di bawah kementerian Kewangan. 
Apa pun di dalam rekod kepimpinan yang lepas kita tidak pernah mendengar isteri Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Siti Hasmah terpaksa mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. 
Mungkin kerana Tun Dr Siti lebih gemar melengkar diceruk dapur menumbuk sambal belacan daripada menyibuk menyelak proposal perniagaan.