Wednesday, December 31, 2008

Bertahan biaq saampai naik asap

Kita pun tak faham awat yang depa dok kalut nak “translate” bible ke Bahasa Malaysia ni?. Dok tak duduk berbangkit nak terjemah bible ke Bahasa Malaysia. Besar sangat ke pasaran Melayu yang nak dikristiankan?

Yang sebetuinya bukan depa minat nak terjemah sangat. Tapi depa ni nak cabar dan memporak perandakan Islam, itu sahaja. Inilah kalau kita terlalu terbuka sangat. Bila dah bagi betis nak paha pulak.

Elok sangat kalau Zahid Hamidi sebagai Menteri di JPM tegas dalam hal ini. Selagi kita tuan dalam negara ini yang kita kena pertahankan bukan sahaja Melayu tetapi Islam.

Zahid kena bertegas biaq sampai naik asap. Ini bukan alat politik. Ini adalah maruah dan kesucian agama Islam.

Apabila Islam sering di asak sebegini selepas satu isu ke satu isu di hadapan mata kita, apakah kita masih nak bertokak sesama kita?

Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah - hari ini dan kelmarin

Kadangkala keasyikan menyambut tahun baru, kita lupa bahawa dalam masa yang sama kita juga sedang menyambut jasad yang semakin lama.


Jasad yang semakin lama ”depreciation value”nya pun semakin rendah. Tenaga dan “performance” semakin kurang. Maka jadilah “second hand value”.


Jika hari ini kita menyambut ulangtahun yang ke 45, bayangkan saluran-saluran darah di dalam badan seperti saluran paip sinki dapur yang telah berusia 45 tahun yang penuh dengan sisa-sisa makanan, minyak masak, lemak ayam dan daging yang dah tersumbat seperti pulut di dalam buluh lemang yang hangit.


Asset yang ada hanyalah semangat dan pengalaman hidup kalau mahu dikongsi dengan generasi model baru. Semangat dan pengalaman pun akan beransur-ansur “korupt” seperti memori komputer lama, tersepit di antara lupa, nyanyuk, ingat-ingat lupa, latah dan kadangkala “blank” terus.


Ayat-ayat di dalam ucapan pun sudah banyak diselang-selikan dengan sendikata-sendikata seperti - “aaaaaaa”, “apanama…apanama...”, “if I can recall”, “if I’m not mistaken”, “ I think we met somewhere”, “ooooooo…” “yaaa…. now I remember”, “yaaa…la….”, “aaa..ha!” dan tercari-cari perbendaharaan kata yang sesuai untuk menyudahkan sebaris ayat.


Rumusannya apa yang kita pikul hari ini adalah dari dasar yang kita buat kelmarin.

Saturday, December 27, 2008

Sejauh mana ekonomi kita kental?

Temporary layoffs for 1,429 factor workers

SUNGAI PETANI: Some 1,429 workers from 17 factories in Kedah will be temporarily laid off in wake of the economy slowdown.The employers had notified the state Labour Department of the move, which would take place within the next two months.

Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam said the factories would reduce the number of working days of the affected workers. He said five factories had also the notified the Department of an impending retrenchment that would involve some 102 workers during the same period.

Sumber : V. Chandrasekaran, The Star

KOMEN:

Berita ini seperti satu bom yang mengemparkan. Saban hari pemimpin kita menyakinkan kita bahawa ekonomi kita kental dan tidak akan terjejas dengan kegawatan ekonomi Amerika Syarikat. Ada rakan-rakan dah mula merungut nak dikenakan VSS. Jika kegawatan ekonomi berulang ianya akan lebih parah dari apa yang berlaku pada tahun 1997/98. Kerajaan harus menyatakan realitinya yang sebenar untuk rakyat bersedia.

Jika ini berlaku rakyat akan hilang keyakinan kepada kerajaan. Apakah persediaan kerajaan dan apakah persediaan rakyat?

Gambar Wan Farid berkaroake

Demi keadilan kepada Wan Farid, Mummy postkan kembali gambar yang tersiar dalam blog ini agar sahabat bloggers tidak membuat andaian negatif dan "jump to conclusion." Rupanya Wan Farid berkaroake bersama keluarga.

Rakyat sudah terluka

Telah menjadi satu “trend” setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil media-media electronik dan cetak akan menyiarkan lakonan-lakonan calun baik BN atau pembangkang turun menemui rakyat-rakyat marhain.


Mereka akan menemui rakyat-rakyat yang miskin, melarat, sakit, OKU, orang tua dan ibu-ibu tunggal. Mereka akan turun menemui rakyat-rakyat ini bersama-sama sekampit beras, 1kg gula, 12 tin sardin, 1kg tepong, 2 tin susu pekat,2 paket teh atau kopi dan sehelai sampul surat yang berisi wang tunai. Rombongan calun akan didiiringi oleh Mentri Besar atau seorang menteri cabinet.


Jika berlaku banjir, kebakaran atau kematian di dalam kawasan tersebut setiap calun-calun yang layak bertanding akan berpusu-pusu menziarahi mangsa musibah tersebut. Seolah-seolah musibah tersebut satu rahmat bagi bakal-bakal calun untuk mendapat “media milage” yang seluas-luasnya. Mereka berlakon seolah-olah mereka prihatin dengan kesengsaraan rakyat. Keesokannya gambar mereka terpampang luas dalam akhbar dan TV sambil menayang cek dan sekampit beras dan sumbangan tadi. Sama jugalah juga dengan projek-projek pembangunan yang kecil, sederhana dan besar yang dahulunya "pending" dan "KIV" selama beberapa tahun pun akan dilulus secepat kilat.


Begitu juga seperti kenyataan calun BN Kuala Terengganu Wan Farid baru-baru ini dimana beliau akan memberi tumpuan untuk mendidik pengundi-pengundi dalam kawasan KT cara-cara untuk megundi kerana semasa PRU12 yang lepas banyak kertas-kertas undi yang rosak. Mungkin beliau baru sedar.


Apabila rakyat keterlaluan disogok dengan lakonan-lakonan ini,rakyat mula naik loya, jelak dan termuntah dengan sikap pemimpin yang ada. Rakyat seolah-olah dicekik dan diugut untuk meraih undi. Sahlah kata mereka, bila nak undi baru turun padang.


Bila dah menang mereka bergentayangan dengan kereta-kereta besar. Bila dah menang hisap curut yang sebatangnya Rm300 lebih mahal satu paket beras tadi. Bila dah menang kedudukan pun tinggi dan melihat yang di bawah semakin kecil. Kasut – Salvatore Feragamo. Jam- Rolex. Baju – Piere Cardin.


Rakyat terluka dengan sikap-sikap pemimpin sebegini. Jika rakyat terluka mereka akan pangkah semborono. Bukan kerana mereka mahu hudud. Bukan kerana mereka mahu Anwar Ibrahim dan bukan kerana mereka mahu PAS.

Thursday, December 25, 2008

Selamat Tinggal Kuala Terenganu

Wawancara Calun BN Kuala Terenganu Wan Farid dalam The Star 25/12/2008 menunjukkan dengan jelas sikap calun ini. Di antara faktor untuk menang yang digariskan calun ini ialah :

a) Selama ini beliau banyak membela pengundi pos yang berjumlah 1,001 di Parlimen. Beliau penuh yakin mereka ini akan menyokongnya.

b) Diukur dari jumlah ribuan kedatangan semasa Rumah Terbuka Hari Raya setiap tahun memang mereka ini sokong beliau dan yakin akan undi beliau.

c) Setiap satu malam sekurang-kurangnya 12,000 orang kampong akan datang hanya untuk berjabat tangan dengan beliau.

d) “Saya yakin dengan nilai diri saya sendiri apabila wartawan mempertikai pengaruh saya di akar umbi. Sebab itu saya telah menjawab surat berjela-jela kepada wartawan bukan kerana saya angkuh.” kata Wan Farid.

e) “Penyokong saya bukan sahaja datang dari UMNO. Saya bercampur dengan semua kaum. Rakan kongsi firma guaman saya juga CINA. Saya bekerjasama rapat dengan Cina. Pengundi Cina merupakan 11% dari jumlah 80,000 pemilih. Saya yakin mereka akan menyokong saya” kata Wan Farid lagi

Komen:
Inilah wajah pemimpin muda UMNO yang akan pimpin negara dimasa hadapan. Rakan karib KJ. Begitu mudah dan sap-sap sway membuat kenyataan dengan penuh keyakinan akan menang. Tidak langsung menyentuh sensitiviti dan kemaslahan rakyat di bawah. Dalam kenyataan yang katanya tidak angkuh tetapi penuh berbau keangkuhan.
Adakah beliau tahu kerusi tersebut panas dan duhulu pernah diwakili oleh PAS? Adalah beliau tahu calun dahulu hanya menang dengan majoriti tipis sebanyak 1,933 sahaja. Adakah beliau tahu rakyat sudah cerdik?
Memang beliau tahu semua ini, tetapi hanya sikap tidak sensitif terhadap perubahan dan kehendak rakyat kerana buta dan tuli dan "arogan".
Sama-samalah kita ucapkan selamat tinggal Kuala Teranganu.

Wednesday, December 24, 2008

Naik pokok jadi Kera, masuk sungai jadi Buaya.

Memandangkan PRU12 membawa kejayaan cemerlang kepada Pakatan Rakyat, PAS kali ini mengambil pendekatan bijak untuk “customize” matlamat perjuangan mereka mengikut kehendak, citarasa, selera dan ramuan pengundi setempat.

Bagi menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terenganu PAS membawa isu Hudud untuk memenuhi kehendak, selera dan citarasa pengundi Kuala Terenganu. Isu yang telah lama dilupakan telah dibangkitkan kembali walaupun hala tuju hudud masih kelabu bagi PAS.

Ini memang biasa bagi PAS yang tidak pernah konsistent dalam perjuangan mereka. PAS memang bijak memenuhi kehendak pasaran. Contoh yang terdekat ialah identiti mereka sendiri, ada ketika mereka mengenakan kopiah hitam di tempat-tempat yang tertentu dan ada ketika mereka mengenakan kopiah putih di negeri-negeri yang tertentu.

Mereka sentiasa akur dengan kata pepatah “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak” atau pepatah orang tua-tua di Kedah “Naik pokok jadi Kera, masuk sungai jadi buaya”.

Pendekatan “customization” ini telah memeningkan kepala rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Sehingga Karpal Singh, singa DAP terpaksa memohon bantuan kaptain mereka Saudara Anwar Ibrahim untuk bercakap dengan PAS supaya jangan laksanakan Hudud. Ini kerana PAS menjadi serba salah apabila pengundi-pengundi Terenganu akan menyoal mereka kelak, “kalau kadang Babi pun boleh laksana apa susahnya nak laksanakan hudud?”.

Jika ini dipersoalkan PAS sekali lagi terpaksa meminta bantuan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan sebab mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih sibuk dengan kandang Babi dan mengapa tidak sibuk nak laksanakan hudud.

Akhirnya yang untung ialah Anwar Ibrahim dan PKR kerana hasil menjadi pengadil dia makan kedua-dua belah. Di sebelah PAS Anwar jadi Kera di sebelah DAP Anwar jadi buaya. Yang rugi adalah Melayu dan pengundi yang tidak sedar mereka dijadikan alat PAS, DAP dan Anwar Ibrahim.

Lagu Bekas Mufti tak ada MORAL?

RTM hanya lulus lagu berunsur nilai moral

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya meluluskan lagu berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Panel Penilai.

"Lagu-lagu yang dihantar ke RTM sama ada individu atau syarikat rakaman adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-Lagu RTM," kata RTM dalam satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan mengapa lagu puisi Aku Bukan Musuh Harta karya bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dianggap tidak sesuai untuk siaran. Lagu itu merupakan salah satu dari lapan buah lagu puisi Dr. Asri yang dimuatkan dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain.
(Sumber Utusan Malaysia 24.12.2008)

KOMEN:
Kenyataan Menteri Penerangan alasan RTM mengharamkan lagu bekas mufti Perlis kerana tidak ada nilai moral merendah-rendah bekas seorang mufti. Bagaimana begitu mudah seorang menteri memberi alasan bodoh "stupid reason @ lame excuses".

Ini bermakna bekas mufti yang selama ini kita rujuk tentang hukum-hakam menghasilkan senikata lagu yang tidak ada moral.

Jika begini bagaimana bukan Islam nak mengahormati institusi mufti negara ini? Sudah la Majlis Fatwa diperbodohkan oleh mereka.

Ribuan lagu setiap hari didendangkan oleh RTM, kini hanya satu lagu sahaja tidak ada nilai moral. Mungkin lagu-lagu yang ribuan itu disiarkan kerana nilai moralnya tinggi seperti lagu "Papa Jahat".

Rumusannya apa-apa juga lagu yang kena batang hidung pemimpin kita semuanya tak bermoral. Sekarang ini Panel penilaian lagu RTM seharusnya menjelaskan sejelas-jelasnya sebab diharamkan lagu itu untuk menyelamatkan penghinaan terhadap institusi mufti di negara ini.

Tuesday, December 23, 2008

UMNO nampak jahat, penyamun dan perompak.

IPOH: Gerakan wants the proposed privatisation of the National Heart Institute (IJN) to be scrapped, said deputy president Datuk Chang Ko Youn.

Privatising highways, Tenaga Nasional Bhd and Telekom Malaysia had left a poor impression, he said, adding that privatising IJN would also be bad for Malaysians.

"Healthcare is a social obligation which cannot be left to the private sector to handle. Once they take over, it's about dollars and cents. They are profit-motivated.

"We have to care for the people, especially low-income earners. It doesn't make sense for the private sector to run IJN," he said.

Chang said this in response to an announcement by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Friday that the takeover plan by Sime Darby had been put on hold pending a study by the Economic Planning Unit of the Prime Minister's Department, and Finance and Health ministries.

KOMEN :
Kenyataan Parti Gerakan di atas seperti di dalam NST 22.12.2008 berjaya memikat hati rakyat. Sudah pasti kenyataan ini mendapat sokongan dari pengundi-pengundi Cina di atas pagar. Gerakan akan dilihat lebih berani dan memang terbukti berjuang dan sanggup bercanggah dengan TPM, Najib.

Rumusannya di mana kesudahan UMNO? UMNO kelihatan jahat, penyamun dan perompak dan mengambil kesempatan di atas kesengsaraan rakyat dengan cadangan menjual IJN. Najib kena "scrap off the idea totally" jangan dok timbang-timbang lagi.

Sunday, December 21, 2008

Wan Farid calun Pilihanraya Kecil KT. HIDUP UMNO!!! HIDUP BARISAN!!!!!

Gambar dari sumber www.webpanas.blospot.com
Lagu yang dipersembahkan ialah Selimut Putih yang pernah dipopularkan oleh Orker El Suaraya. Sama-sama kita hayati lagu ini.

Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil, Jasad terbujur di pembaringan ( 2X )
Seluruh tubuh akan menggigil, Terbujur badan dan kedinginan ( 2X )
Tak ada lagi gunanya harta, Kawan karib sanak saudara ( 2X )
Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela kita ( 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang, Engkau digelar manusia agung ( 2X )
Sedarlah diri tahu diuntung, Sebelum masa kerenda diusung ( 2X )

Datang masanya insaflah diri, Selimut putih pembalut badan ( 2X )
Tinggal semua yang dikasihi, Berbaktilah hidup sepanjang zaman ( 2X )