Thursday, July 30, 2009

Bernas dilacurkan , bukti kegagalan Malaysia Incorporated

Di dalam kesibukan pemimpin negara ini berpolitik mereka ternyata terlepas pandang untuk menghidu periuk nasi rakyat negara ini tergugat@hangit.

Bernas sebuah syarikat strategik di dalam membekalkan beras negara, perlahan-lahan telah dikuasai oleh sebuah firma Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Mereka telah menguasai saham Bernas di pasaran terbuka sebanyak 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470,402 juta saham Bernas.

Wang Tak Co Ltd (WTCL) mula membeli saham Bernas sejak dari 2003 secara berperingkat bermula dari empat ke lima peratus dan kini pada 2009 mereka telah menguasai lebih dari 30 peratus. Ini bermakna WTCL mengambil masa selama 7 tahun untuk menguasai sebuah syarikat strategik negara ini yang memonopoli sepenuhnya pengimportan Beras dan pembekalan Beras untuk rakyat negara ini yang rata-rata makanan ruji mereka adalah beras.

Bernas ditukarkan dari Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada tahun 1994 yang kononnya atas dasar Malaysia Incorporated dan di senarai awamkan pada tahun 1997. Apabila Bernas disenarai awamkan di BSKL, saham Bernas diperdagangkan dengan rancak dan kepentingan Bernas telah terdedah kepada sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual saham Bernas. Pokoknya sesiapa sahaja yang ada wang khasnya jutawan dan billionwan boleh menguasai Bernas.

Kadangkala aktiviti membeli dan menjual saham-saham Bernas di BSKL itu lebih rancak dari aktiviti-aktiviti teras Bernas itu sendiri iaitu membeli dan menjual Beras untuk kepentingan petani dan rakyat jelata negara ini.

Jika semasa LPN dahulu aktiviti-aktivitinya lebih mesra rakyat khasnya golongan petani dan pesawah tetapi apabila dikorporatkan aktivitinya telah beralih kepada yang lebih mesra golongan elit dan kapitalis. Ini telah mengwujudkan jurang pemisah di antara petani dan kapitalis.

Hakikatnya hari ini jika Bernas gagal dipertahankan dan terlepas ke tangan Cina Hong Kong ternyata dasar-dasar Malaysia Inc yang diagung-agungkan oleh Che Det dan Daim Zainudin selaku penasihat ekonomi dan Menteri kewangan ketika itu telah gagal. Malaysia Inc. hanya memperkayakan yang kaya dan menindas yang miskin.

Dahulu kita bangga hampir setiap bulan Malaysian Business Magazine galak menyenaraikan jutawan-jutawan Melayu seperti Tajudin Ramli, Wan Azmi Wan Hamzah, Amin Shah Omar Shah, Shamsudin Abu Hasan dan ramai lagi tetapi di manakah mereka hari ini? Mereka tenggelam apabila Che Det dan Daim tenggelam dan rupa-rupanya mereka ini hanyalah cerita rekaan semata-mata.

Hari ini Bernas pula telah dilacurkan untuk kepentingan pihak dan kumpulan tertentu, maruah dan hak kita telah tergadai, petani dan pesawah pasti menangis apabila periuk nasi mereka bakal jatuh ke tangan tauke Cina Hong Kong.

"Tuai padi antara masak besok jangan layu-layuan,. Jika beras telah menjadi dedak di masa itu hilang keruan"

Tuesday, July 28, 2009

Negara kehilangan seorang tokoh di sebalik tabir

Di dalam kita baru saja mengenang pemergian Mikael Jackson dan Yasmin Ahmad, Mummy juga baru sahaja kehilangan seorang rakan dan sahabat yang Mummy kira tokoh disebalik tabir yang tidak semahsyur MJ dan Yasmin.

Tokoh tersebut ialah Dr Mahadzer Mahmud, 47, Director Infrastructure Research and Development Center Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd.

Beliau yang merupakan salah seorang pakar dalam kajian tanah runtuh di negara ini telah pulang ke rahmatullah pada 28 July 2009 jam 12.15 malam di Hospital Kajang kerana serangan jantung.

Beliau banyak membantu Mummy dan beberapa wartawan lain semasa membuat liputan tragedi Tsunami dan kejadian-kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi di negara ini di mana yang terakhir sekali ialah di Bukit Antarabangsa.

Seorang jurutera yang berkhidmat penuh professional dan dedikasi yang dikira pakar kajian tanah runtuh ini tidak pernah ditonjolkan dan mahu menonjolkan diri.

Tetapi setiap kajian beliau digunapakai oleh JKR dan kertas-kertas teknikalnya digunakan oleh pemimpin-pemimpin negeri khasnya Selangor dan Pulau Pinang untuk membuat kenyataan akhbar semasa kejadian tanah runtuh.

Marilah kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama dengan para-para wali dan anbiya.

Wanita UMNO masih bermimpi di siang hari

JOHOR BAHRU: Pergerakan Wanita Umno meminta sekurang-kurangnya 30 peratus wanita diletakkan di peringkat pembuat keputusan dalam parti sebagai cadangan dalam pindaan perlembagaan Umno.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco pergerakan itu semalam untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno.

AS I SEE IT:
Wanita UMNO mungkin bermimpi di siang hari dengan permintaan ini. Yang sebenarnya peranan wanita bukan setakat 30 peratus tetapi sudah 70% dan ada ketika 80%.

Peratusan ini sepatutnya diambil kira atas peranan Rosmah Mansor yang juga wanita UMNO yang kadangkala berperanan lebih penting dalam "menentukan keputusan" PM.

Jika kita menatap akhbar dan TV setiap hari pasti ada liputan penting tentang Rosmah mengatasi sesetengah Menteri-Menteri Kabinet.

Saturday, July 25, 2009

Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dan pendedahannya

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihak yang mempunyai dakwaan berhubung sesuatu penyelewengan perlu bertanggungjawab melaporkannya kepada pihak berkuasa dan bukan setakat mendedahkan dakwaan itu di dalam blog.

Abdul Khalid berkata penulis blog mesti bertindak secara 'gentleman' dengan mendedahkan identiti mereka dan bukan 'baling batu sembunyi tangan'. Abdul Khalid diminta mengulas dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.

Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco terbabit.

KOMEN:
Siapa yang baling batu sembunyi tangan? Mungkin Khalid dan PKR sendiri yang membaling batu tersebut kerana pening dengan kerenah DAP.

Friday, July 24, 2009

Peruntukan PPRT gagal jika Ketua-Ketua UMNO Bahagian memperalatkannya untuk pengaruh politik

CYBERJAYA, 23 Julai (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menubuhkan pasukan khas atau "Flying Squad" bagi memantau pelaksanaan projek perumahan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pasukan khas tersebut diberi tanggungjawab memastikan projek perumahan itu berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan bagi memenuhi keperluan masyarakat. "Kita nak melihat dari segi keberkesanan bukannya dari segi kelemahan mana-mana pihak (dalam menjayakan projek ini)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dengan ahli exco luar bandar (Mexclub), di sini, Khamis.
Mohd Shafie berkata pasukan khas itu akan mengkoordinasi agensi peringkat negeri bagi mencapai matlamat tersebut termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra). -- BERNAMA


AS I SEE IT: Bercakap isu PPRT ini bukan satu perkara yang baru. Isu ini tidak akan selesai selagi pemimpin yang dilantik rakyat dan pemimpin JKKP mengamalkan sikap tamak, haloba dan menyeleweng.

Selagi projek-projek PPRT ini diperlalatkan oleh Ketua-ketua UMNO Bahagian, Ketua-Ketua UMNO Cawangan, penyelia-penyelia Kemas untuk mencari pengaruh politik mereka selagi itulah isu PPRT ini tidak akan selesai.

Ketua-Ketua UMNO Bahagian akan berpakat dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan yang pro mereka sahaja untuk menyalurkan bantuan PPRT seperti saudara-mara mereka, kroni-kroni yang menyokong mereka sahaja.
Rakyat-rakyat yang betul-betul daif dan layak diabaikan kerana tidak menyokong mereka.

Shafie Afdal mesti berani dan tegas supaya peruntukan PPRT tidak disalurkan atau diuruskan melalui Ketua-Ketua UMNO Bahagian khasnya negeri-negri yang diperintah pembangkang, walaupun kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan terjejas.

Jangan percaya kepada sumber-sumber data PPRT dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan cawangan atau penyelia-penyelia Kemas yang aktif dalam politik.

Thursday, July 23, 2009

NIzar tiup lilin Happy Birthday bukan pegang lilin

SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes. Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu. Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.

Jumaat lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri M:ohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

KOMEN:
Hanya yang berilmu dan arif berhak komen isu ini.

Monday, July 20, 2009

UMNO membuang masa berkursus.

SHAH ALAM 19 Julai - Semua pemimpin UMNO di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat baru di kalangan mereka mulai bulan depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau memberitahu, program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT UMNO itu akan diperluaskan ke seluruh negara dan melibatkan pemimpin UMNO bahagian dan cawangan.

Katanya, langkah itu untuk menyuntik semangat pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut.

AS I SEE IT :

Muhyiddin dan MT UMNO hanya membuang masa menganjurkan kursus-kursus ini kerana yang hendak pergi kursus itu ketua-ketua Bahagian yang ego mereka tinggi seperti contoh yang terbaik ialah Ketua Bahagian Merbok, Tajul Urus, Ahmad Bashah Hanipah, Ketua Bahagian Alor Setar dan Mahazir Khalid.

Mereka yang harus memberi kursus bagaimana menerima wang untuk menang pilihanraya. Bagaimana mengagih projek-projek mega kepada kroni dan bagaimana strategi cantas-mencantas generasi pelapis.

Saturday, July 18, 2009

"Zahid met Ehud Barak, not Israeli PM " Zahid Hamidi nak jadi hero ke?

Zahid met Ehud Barak, not Israeli PM 2009/07/18

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today explained that he never met with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu at the Paris Air Show in France last June, as previously reported. In a brief media statement issued by Special Officer (Media) Abd Halim Ab Majid in Kuala Lumpur today, it was explained that Ahmad Zahid had instead met with Israeli Defence Minister Ehud Barak during a cocktail function at the air show. Previous reports mentioned Ahmad Zahid meeting with Netanyahu during the Paris Air Show in France last June to explain Malaysia's stance on the West Asia issue.
Ahmad Zahid is currently on a six-day visit in Lebanon. -- Bernama


AS I SEE IT :
Tindakan Zahid ini seharusnya berhati-hati. Jangan cuba nak tunjuk hero dan tindakannya sudah melangkah ke dalam kawasan Menteri Luar. Jawatan Menteri Pertahanan adalah sebuah jawatan yang "powerful" yang selalunya dipegang oleh PM sahaja.

Zahid selalu bertindak memandai-mandai seperti semasa beliau memegang jawatan Ketua Pemuda dahulu bertindak menyinggung perasaan PM, Dr Mahathir ketika itu kerana memohon maaf kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew di atas kebiadaban Pemuda UMNO Johor Bharu ketika itu mengangkat "banner" mengutuk Singapura.

Jika Zahid tidak berjaga-jaga pertemuan ini akan menjadi isu besar dan yang terpaksa menyuci najisnya ialah Najib dan Muhyiddin.

Friday, July 17, 2009

Manik Urai : Kelantan and the Kelantanese

Seperti satu lumrah, budaya, style atau memang perangai begitu apabila menyebut Kelantanese semangat kenegeriannya begitu menebal.

Ianya bermula dari ”boarding school” di mana setiap sekolah yang ada pelajar-pelajar Kelantan mereka akan bersekongkol sesama mereka sahaja.

Jika di Universiti mereka akan berkawan sesama mereka sahaja, jika ada perdebatan mereka akan berdebat habis-habisan sehingga mencetuskan pergaduhan. Jika berlaku kekasaran dalam bersukan seperti bolasepak pastinya pergaduhan akan berlaku sehingga di luar stadium atau padang bola.

Jika mereka menguasai syarikat besar seperti Permodalan Nasional Berhad mereka akan membawa masuk sebanyak mungkin geng-geng Kelantanese atau orang Kelantan. Kalau Menteri dari Kelantan maka banyaklah agensi-agensi di bawah kementerian tersebut akan dikuasai oleh orang Kelantan.

”Tribal spirit” mereka begitu kuat hanya kepada Kelantanese atau orang Kelantan sahaja tidak kira benar atau salah.

Apa pun yang sukar ditandingi dengan orang Kelantan ialah Mek Kelate, mereka memang menawan dan pandai melayan suami.

Thursday, July 16, 2009

Puduraya seharusnya berubah sebelum lawatan Najib

Datuk Jaafar Hassan

Pagi ini MHI TV3 telah menemuramah Pengarah Urusan UDA Holding, Datuk Jaafar Hassan berhubung kerja-kerja pembaikkan dan menaik taraf Puduraya yang merupakan lokasi pertama golongan rakyat marhaen jejak kaki mereka apabila berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tindakan secepat kilat ini dilakukan selepas lawatan turun padang YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

Apa pun yang melucukan rakyat ialah mengapa UDA mesti menunggu lawatan YAB PM baru bergegas mengambil tindakan. Apakah selama ini mereka tidak pernah menyedari tentang isu Puduraya ini?

Kalau KLIA dan Twin Tower boleh disiapkan dengan begitu cepat mengapa Puduraya harus menunggu lawatan PM yang ke 6 baru ingin dibangunkan?