Friday, December 10, 2010

Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom dah dihinggapi batuk-batuk atas tangga perangai orang politik

Apabila Utusan menyiarkan berita di muka hadapan perkahwinan Abdul Manan Osman dan pasangannya Siti Maryam Mahmood yang berumur 14 tahun berbagai reaksi berbangkit berikutan perkahwinan ini yang dikira sebagai perkahwinan bawah umur atau “child marriage”.

Marina Mahathir melalui tulisannya dalam The Star menyelar pihak yang tidak menegur serta membenarkan perkahwinan ini. Menurut beliau perkahwinan tidak harus dilihat untuk menghalalkan perhubungan sex.

Justru itu beliau menyeru supaya diharamkan terus perkahwinan kanak-kanak dalam negara ini selaras dengan konvensyen CEDAW (Convention for the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women) yang ditandatangani Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong pula menyatakan pihak kementerian beliau tidak dapat campur tangan di dalam hal ini kerana tidak ada polisi di bawah kementerian beliau yang menegah perkahwinan bawah umur.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil langsung tidak bersetuju dengan perkahwinan yang melibatkan remaja bawah umur kerana khuatir kesannya kepada masyarakat.

Remaja bawah umur masih memerlukan perlindungan, bimbingan dan pembelaan daripada keluarga bukannya menggalas tanggungjawab untuk menguruskan rumahtangga.

Seperti biasa Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom telah dihingapi penyakit perangai orang politik yang cuba mengelak dengan kenyataan untuk tidak mahu perpanjangkan isu ini.

Hujah dan perdebatan ini jika tidak dihurai dan rungkai secara intelektual dan bijaksanana ia akan sekali lagi menampilkan kekolotan dan tidak bertamadun Jabatan Agama Islam, Menteri Agama Jamil Khir Baharum, perundangan Syariah dan Islam akan menjadi bahan lucu secara keseluruhan.

Apapun hujah logik akal, persepakatan konvenyen dan resolusi antarabangsa masakini tidak boleh dibuat perbandingan dan didebat “apple to an apple” di antara wahyu, sunnah, hadis, hukum yang termaktub di dalam Al Quran dengan hujah akal manusia yang hanya panjang sejengkal.

11 comments:

  1. kalau orang islam tak terima hukum islam aku tak tau la...aku harap orang misti terima hukm islam drpd hukum yg dibuat manusia..

    ReplyDelete
  2. MR,
    Sila Berita Harian Metro terbaru di bawah:

    ALOR SETAR: Tidak serik! Itu sikap tiga remaja perempuan berusia 14 hingga 16 tahun yang pernah dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki di sebuah motel di Jalan Lencong Barat, di sini, bulan lalu apabila dicekup kali kedua di motel sama kelmarin.

    Inilah bukti yang terpampang bahawa umur 14 tahun pun sudah bernafsu dan berkeinginan sex.
    Apa yang kita nak haramkan perkahwinan remaja pula?
    Apakah kita rela mereka berzina? dari berkahwin dan hidup bahagia?

    Puak yang pandai konon menentang perkahwinan umor pun kawin tak pernah bahagia?

    Jamil Khir sedikit lembab dalam hal ini.

    ReplyDelete
  3. Tindak tanduk Marina Mahathir dan Shahrizat hanya menunjukkan betapa
    CETEKnya ilmu ugama ISLAM,mereka berdua ini,walaupun mereka ini berpelajaran tinggi dalam ilmu SEKULAR.
    Walaupun undang2 Negara menetapkan had umur sah berkahwin seseorang perempuan adalah 16 tahun,tapi didalam undang2 Syariah,adalah sama.
    Tetapi diatas keputusan Hakim Syariah,perkahwinan dibawah had umur 16,boleh diluluskan atas sebab sebab tertentu.

    Jadi,sekiranya ada ketetapan dalam Undang2 Syariah bagi membolehkan perkahwinan dibawah umur 16,kenapa nak di-PERTIKAIkan,peruntukan Undang2 Syariah ini??

    Adakah ini menunjukkan KEDAJJALAN seseorang dalam memahami,mengikuti dan mematuhi Undang2 Syariah??

    Adakah seseorang itu,TIDAK MEMPERCAYAI Undang2 Syariah lebih afdal dari Undang2 Ciptaan??

    Kemananya pergi KEIMANAN dan TAQWA seseorang didalam mempersoalkan Undang2 Syariah???

    Ini datangnya dari seorang peguam bertaraf Menteri dan seorang aktivis sekular yang berugama Islam??? Janganlah "GO OverBOARD", sis,dalam memperjuangkan idiologi
    feminis,kau orang..!! Orang Islam yang silent majority pun ada HAK ASASI MANUSIA mereka didalam mempetahan dan MEMPERJUANGkan UGAMA ISLAM mereka(sifat MUJAHADAH)
    !!!!!

    Imbasi sejarah,50,60 tahun dahulu, perkahwinan bagi wanita di-Malaysia
    ,kita dapati ada perkawinan pada umur 12 atau 13 tahun,untuk semua kaum,tak ada masaalah pun..!Bahkan ramai anak2 mereka ini telah pun berjaya didalam berbagai kerjaya anak2 mereka ini.
    Dan apabila ada berita dalam akhbar Metro melapurkan "sikap tiga remaja perempuan berusia 14 hingga 16 tahun yang pernah dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki di sebuah motel di Jalan Lencong Barat, di sini, bulan lalu apabila dicekup kali kedua di motel sama kelmarin."memang nyata lah ada perempuan yang dah patut BERKAHWIN dan diKAHWINkan muda...!!

    Saya ingin menasihati Sharizat dan Marina..,JIKA TAK FAHAM akan keBIJAKSANAan Undang2 Syariah dan Undang2 Allah SWT,BACA lah agar kamu mejadi orang yang FAHAM...

    ReplyDelete
  4. MR..nenek aku kahwin dulu masa itu umurnya 13 tahun.Umor tok wan aku 16 tahun.Depa bahagia sampai akhir hayat.Kalau dah cukop syarat dan agama islam tiada halangan apa salahnya.Bukan semua orang politik betul dan tepat.Rujuk balik apa agama.Jangan rujuk pada nik ajis.

    ReplyDelete
  5. MOHON DI LINK KAN BLOG SAYA
    http://helangbuana.blogspot.com/
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  6. Mami,

    Bekas Jeneral kita kita dah perasan nak jadi Ketua Perhubungan Kedah jadi kenalah jaga PM Najib yg Islam Liberal setaraf dgn DSI tu pon!

    Saya cabar bekas Jeneral kita jawap cepat boleh tak kawin dlm Islam. Nak takut apa? Undang-undang Islam dah lebih 400 tahun bukan 40 hari atau bulan seperti bekas Jeneral kita jadi ahli politik?

    Inilah bahaya kalau kita tidak menghayati Islam sebagai cara hidup ttp hanya mengambil sebahagian yg kita mahu sahaja!

    ReplyDelete
  7. Pendidik Anak Watan KedahDecember 13, 2010 at 11:42 AM

    Mustaqim,
    Diharap menyakit orang UMNO seperti bongkak,sombong dan hidung tinggggi apabila ada kuasa tidak berjangkit pada beliau.

    Dengar dari pengalaman rakan perangai itu telah bertunas sedikit-sedikit dalam diri beliau apabila rakan lama beliau pergi ke pejabatnya di Putrajaya (Najib dok usaha pertahankan ambboiiiiii....bukan main sombong diperlekehnya sahabat lama kita itu.

    Maklumlah ada kuasa pangkat dan darjat itu baru sebagai Senator yang dilantik Najib bukan diangkat oleh rakyat dalam Pilihanraya atau diangkat oleh Allah SWT.

    Ingatlah Jamil Khair oiiiii...dunia ini di antara bintang-bintang, palanet-planet di cawarawala yang berputar dan bertawaf kepada Allah.

    Ada turun naiknya.

    ReplyDelete
  8. sesiapa yang MEMPERTIKAIKAN HUKUM ALLAH secara terhormatnya telah MENSYIRIKKAN ALLAH... DOSA BESAR ..terpesong sudah AKIDAH mereka.. HUKUM ALLAH wajar dipertahankan cuma disini kita perlu berwaspada supaya tidak dilanggar sewenang-wenangnya..
    disini isunya adalah kahwin muda dibawah 18 tahun..Allah bagi kebenaran selepas lelaki atau wanita itu akil baligh boleh berkahwin KENAPA kita MANUSIA pula nak MENENTANG?? Serupa macam BERPOLIGAMI..ALLAH dah bagi kebenaran KENAPA kita MANUSIA hendak MENENTANG?

    Apa yg perlu kita buat adalah menyediakan undang-undang yg bukan utk melarang tetapi undang-undang yg membela insan yg teraniaya..

    Oleh itu kepada WANITA_WANITA sekarang kena INGAT HUKUM ALLAH jangan ditentang dipertikaikan kerana penentangan itu menjurus kepada ROSAK AKIDAH,SYIRIK..

    Itu la pasal NABI MUHAMMAD dah bagitau dan peringatkan kita di NERAKA perempuan adalah PENGHUNI terbanyak!!

    ReplyDelete
  9. SHARIZAT NI ILMU ISLAM DIA CETEK...TENGOK DIRI DIA SENDIRI SUDAH LAH...TAK LAYAK BELIAU MENJADI KETUA WANITA UMNO...CONTOHI KETUA PUTERI UMNO...BAB KAWIN NI...DALAM ISLAM BILA BALIAQ SESEORANG MANUSIA TU LAYAKLAH IA BERKAHWIN...TAK JADI MASALAH...APA MASALAHNYA NI SHARIZAT????

    ReplyDelete
  10. "SHARIZAT NI ILMU ISLAM DIA CETEK...TENGOK DIRI DIA SENDIRI SUDAH LAH...TAK LAYAK BELIAU MENJADI KETUA WANITA UMNO... untuk beri CONTOHI kepada PUTERI UMNO...! "Dalam BAB KAWIN NI,walau pun dia ni loyar (loyar dah burok, agak nya..!!)tapi macam tak tau ILMU agama ISLAM..! Kalau begini lah kelakuan SHARIZAT sebagai pemimpin WANITA UMNO,saya rasa UMNO akan menemu jalan SUSAH dalam PRU 13 (2011/2012)nanti..!!! kerana
    orang Melayu tak akan menyokong pemimpin yang CETEK ilmu ISLAM..!!

    ReplyDelete
  11. Achi Achi MAMAK BETTLEJUICYDecember 14, 2010 at 9:36 PM

    RUPA Sharizat pun kalau kita tengok MATA dia,macam character "BETTLEJUICE". Dalam movie Beettlejuice ni,character BETTLEJUICE adalah seekor HANTU.

    Kerja nya MENGACAU orang aje,JADI si-Sharizat ni kerja dia nak mengacau Hakim2 Syariah,JANGAN BENARkan gadis2 baligh bawah 16 tahun berkahwin,agaknya lebih senang kalau biarkan BANYAK anak2 LUAR NIKAH terberanak sana sini atau terbuang sana sini,kot!!!???

    Dalam media,si-Sharizat pei rujuk, Quote "gadis 10 tahun nak dikahwinkan", buat apo???

    Be REALISTIC lah Mak Cik Sharizat oii...???? Kebiasaan umur 13,14,15 bawah 16,logik sikit...!!

    Konon,nak DRAMATIK lah TU...????

    Kalau Dato Sri Najib pilih Sharizat bertanding PRU 13,Habis lah Harapan BN/UMNO untuk menang!!

    NT MAMAK BETTLEJUICE

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.