Thursday, June 30, 2011

Dasar 30% wanita dalam membuat dasar bukan dasar Rosmah

Dasar DS Najib ingin melihat 30% wanita diletak pada peringkat pembuat keputusan di dalam sektor swasta yang meliputi syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat dan institusi berkanun, serta institusi kewangan seharusnya dilihat dasar tulin dari seorang Perdana Menteri.

Ini berikutan beberapa pendapat yang dilontarkan bahawa dasar ini adalah dasar DS Rosmah Mansor atau “bedroom policy” kerana sekarang pun kata mereka telunjuk DS Najib sudah 30 peratus digubal oleh isteri beliau.

Pendapat-pendapat nakal sebegini tidak harus dilayan kerana hakikatnya tanpa dasar ini pun wanita akan menguasai bukan setakat 30 peratus malah mencecah 70 peratus memandangkan peratusan kemasukan pelajar-pelajar ke IPT baik awam atau swasta menyaksikan wanita lebih ramai dari lelaki.

Dunia akhir zaman.

2 comments:

  1. Semua ini fitnah besar yg ditujukan pada DSN.Sila buktikan kalau ada kebenaran.Banggakah kita hari ini dengan Melayu sendiri yang merobohkan Melayu.Sebab itu orang lain pun naik tocang.

    ReplyDelete
  2. Ini dasar populis yg kurang bijak. Saya tidak percaya Rosmah yg cerdik akan menyokong dasar sebegini. Soal perlantikan pengarah sesebuah syarikat terpulang kpd budibicara pemilik2 syarikat berkenaan. Kerajaan tidak perlu campurtangan dlm hal operasi syarikat yg bukan dimilikinya. Dan apa muslihat hendak mewajibkan dasar ini hanya bermula tahun 2015?
    Implementasi dasar ini dan menjadikannya undang2 amat tidak bijak. Dasar ini satu dasar yg hanya diimplementasikan di sebuah negara yg sistem politiknya sistem komunisme. Dan Malaysia bukan negara komunis.

    sri hartamas

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.