Monday, July 30, 2018

HIPPOKRASI PENJAWAT AWAM DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN


Ramai penjawat awam masih terbawa-bawa dengan budaya pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang terdahulu. Budaya kerja, bodek dan politiking lobi jawatan yang sudah 60 tahun berdaki sukar diubah dalam sekelip mata 100 hari PH memerintah.
Penjawat awam yang tidak mampu menyesuaikan cara kerja di bawah Kerajaan Pakatan Harapan boleh angkat kaki. Mereka yang masih di dalam zon selesa budaya UMNO kini seperti kera sumbang di jabatan masing-masing.
Dulu kutuk dan maki Dr Mahantir dan pimpinan PH, kini terpaksa menjilat kahak-kahak ludah mereka kembali. Bagaimana rakyat benci kepada UMNO/BN begitulah hari ini rakyat benci dengan penjawat awam yang bermuka-muka hippokrate.
Diberitakan di Kedah seorang Pengarah  sebuah jabatan yang dekat dengan masyarakat, orang susah dan hal ehwal wanita di negeri Kedah cuba masuk daun dan ‘planting’ pegawai bawahannya untuk melobi ke jawatan Jusa ketika mengadakan pertemuan tertutup dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah baru-baru ini. Ini lah bagaimana muka tak malu malah ‘non-performer’ memperalatakan orang politik untuk menjawat jawatan tertinggi. Budaya kerajaan dahulu kini dibawa-bawa ke Kerajaanbaru.
Mereka ini cuba mengambil kesempatan kerajaan baru PH yang masih mentah dengan sepak terajang penjawat-penjawat awam ini.
Jika tidak berhati-hati dengan lakonan dan wayang kulit kumpulan ini Kerajaan PH akan berakhir dengan pemerintahan 5 tahun yang penuh dengan janji-janji terbungkang tidak tertunai.

Wednesday, January 17, 2018

NAJIB MENCACI MAHATHIR IBARAT ANAK MELUDAH KE MUKA BAPA

Buku terbaru Zainudin Maidin berjudul “Pergi Mampuslah UMNO” ternyata agak kasar tajuk nya tetapi tajuk ini telah dapat mengatasi buku “SHIT” karya saterawan Negara Allahyarham Shahnon Ahmad kerana Zam lebih realistik dan ramalan Zam ini sedang menanampakkan kenyataannya.

Ramalan Zam bahawa UMNO akan mampus yang disebabkan ramai rakyat semakin membenci pada UMNO dan di kalangan ahli UMNO sendiri yang sangat kecewa dengan Presiden mereka, Najib Razak.
Zam, Tokoh Wartawan Negara pada 2016 melihat serangan demi serangan oleh media kawalan Najib terhadap negarawan negara, Tun M adalah punca membangkitkan kemuncak kebencian kepada Najib Rosmah.
Hakikatnya, Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya terpaksa melancar serangan habis-habisan terhadap bekas PM itu seperti tidak ada noktah lagi. Serangan sudah tidak dapat dielakkan lagi kerana untuk menutup banyak bangkai yang sedang berulat seperti 1MDB, isu FELDA, penyelewengan demi penyelewengan, rasuah demi rasuah, dasar luar yang banyak merugikan rakyat.
Orang Melayu tidak akan dapat menerima cara Najib. Serangan, caci maki, kata nista dan kutukan terhadap Mahathir bukanlah adab-susila budaya Melayu. Tidak sepatut yang muda berlaku biadap terhadap yang tua. Ianya samalah seperti anak meludah ke muka bapa sendiri. Tun Razak dilahirkan pada 1922 dan Mahathir dilahirkan pada tahun 1926.  Jika ditakdirkan Tun Razak masih hidup umur beliau ialah 96 tahun dan Mahathir kini 93 tahun. Perbezaan umur bapa Najib dan Tun Mahathir ternyata tidak jauh.
Apa juga alasan Najib untuk hamun Tun Mahathir tidak akan menjadi asas kerana semua rakyat sudah mula sedar kegagagalan dan hippokrasi Najib.  Ini termasuklah polisi-polisi yang gagal seperti GST dan samunan wang 1MDB ke akaun pribadi nya. Kegagalan  Menteri GST, Ahmad Maslan yang dahulunya berdegang-degang mempertahankan GST kini sudah hilang langsung, ada seperti tiada, seperti kehilangan MH370. Ahmad Maslan ternyata mewakili barisan menteri-menteri cabinet Pak Lawak dan badut. Pertemuan dengan Presiden AS yang ternyata anti Islam ternyata bodoh dan menjadi bahan tertawa rakyat.
Analisa Zam dalam buku “Pergi Mampuslah UMNO” sangat realistik. Mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam ke mana akhirnya UMNO harus memiliki buku ini.
Kerana kekangngan kebebasan bersuara, tidak semua toko-toko buku yang berani menjual buku Zam ini tetapi ia boleh dibeli secara online. 

Yang berminat harganya RM35 (termasuk penghantaran). email : mamirokiah@gmail.com.

Monday, January 8, 2018

PAKATAN HARAPAN : PAKEJ BARU PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Tun M hari ini mengorak langkah bersejarah dalam politik negara ini apabila berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di dalam satu pakatan raksaksa, Pakatan Harapan.
Realitinya, ini lah kematangan politik yang ditunggu-tunggu rakyat selama ini. Rakyat kini disajikan dengan satu lagi juadah pilihan, Pakatan Harapan sebagai pilihan bagi mereka yang sudah muak dengan sajian lapuk Barisan Nasional. 
Generasi mutakhir hari ini melihat BN sudah lapuk tak habis-habis dengan nyanyian dendangan lagu klasik lama yang sudah berhabuk.
Grand coalition pakatan pembangkang ini lebih menyakinkan rakyat untuk mengambilalih pemerintahan negara ini sebagai salah satu 'option' yang garang, berwibawa dan 'stylish' untuk mengubah kerajaan yang tidak bermaruah, korupsi dan tidak jujur.
PRU kali ini adalah kemuncak segala PRU dalam negara demokrasi yang sudah 60 tahun Merdeka bilamana Tun M yang sudah 92 tahun di persetujui untuk menjadi PM ke 7 dan sementara menunggu DS Anwar Ibrahim bebas dari tahanan. TM di kelilingan dengan tokoh-tokoh muda yang berwibawa untuk berkhidmat kepada rakyat.


Syabas Pakatan Harapan!!

Sunday, March 19, 2017

NAZRI AZIZ BUKTIKAN BELIAU TIDAK PONDAN SEPERTI DAKWAAN ZAINUDIN MAIDIN

Zam atau Zainudin Maidin yang keterlaluan mengatakan Nazri Aziz Pondan Padang Rengas ternyata meleset sama sekali. Menyahut cabaran Zam Maidin untuk membuktikan beliau bukan nya pondan tapi “Jantan Sejati” Nazri Aziz pasti akan berdebat dengan Tun M tetapi meletakkan beberapa syarat ketat seolah-olah beliau memang pondan.
Persoalannya siapa yang untung dari berdebatan ini? Najib kah atau Mahathir kah?. Biar pun Nazri tidak di"endorse" oleh Kerajaan kerana bimbang Nazri kalah dalam gelanggang dan secara langsung akan menjatuhkan maruah dan kerajaan Najib tetapi Nazri tetap akan membuktikan beliau tidak pondan.
Mahathir akan menggunakan peluang baik yang amat dinanti-nantikan ini untuk menelanjangkan seluruh kemungkaran Najib melalui Nazri tanpa seurat benang pun yang akan menutup badan Najib kelak.
Sama-sama kita saksikan berdebatan ini pada 25 Mac 2017 ini di Kuala Kangsar.

Tuesday, December 6, 2016

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO- SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI?

Perhmpunan Agung UMNO yang lepas ibarat gelanggang pak lawak, badut dan pelakon. Penuh dengan toyol yang sedang menikmati harta samun.
PAU ini juga diguna sepenuhnya membodek ketua seolah-olah ini lah matlamat asal UMNO menyimpang terus dari berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam kepada berjuang untuk ketua yang sarat dengan penyelewengan.
Pauk-puak pmbodek ini pada hakikatnya mereka sedar bahawa najis ketua mereka semakin membusuk maka tidak salah untuk memberi nafas terakhir sekadar membodek dengan upahan yang lumayan. 
Yang sebenarnya kerja mereka sangat mudah kerana untuk menyungkurkan ketua mereka, mereka tak perlu susah payah. Kerana kerja-kerja ini sedang dilakukan oleh Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan rakan-rakan di dalam parti baru PPBM.
Ahli UMNO di akar umbi dalam dewan PWTC pada hari itu juga sedar dan membisik sesama sendiri bahawa mereka sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan atasan. Mereka tidak selera dengan hidangan maki hamun kepada bekas pemimpin Melayu. Inilah bijaknya ahli UMNO di akar umbi memerdayakan ketua mereka. Di suruh makan mereka makan disuruh sokong mesti ada habuannya. 
Jiwa nurani dan cinta mereka kepada pemimpin hebat Dr Mahathir yang banyak berjasa kepada orang Melayu sudah melekat dan tak mungkin dengan mudah dipadam dengan maki hamun biar bersembur air lior Najib.
Apa ke tidaknya? Langut ke langit Nampak Mahathir, pandu kereta Nampak Mahathir, berjalan di lebuhraya nampak Mahathir, ronda-ronda di Kuala Lumpur nampak Mahathir, selam dalam air Nampak Mahathir, hantar anak ke universiti nampak Mahathir, tunai haji Nampak Mahathir,ke luar negara bertanya Mahathir, ke pejabat Najib Nampak Mahathir malah lihat Najib nampak Mahathir.
Hakikatnya PAU yang lepas adalah gelanggang mempromosikan Dr Mahathir dan secara langsung menghidupkan parti yang bakal mengambil alih Kerajaan ia itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Wednesday, February 3, 2016

MUKHRIZ BARU GRADUATE UNIVERSITI POLITIK

Anak warisan Mahathir terpaksa akur dengan tekanan parti UMNO dan istana untuk letak jawatan sebagai MB Kedah biarpun hakikatnya rakyat jelata negeri Kedah suka pada beliau.

Percaturan politik adalah mainan yang licik seperti belut di dalam selut. Kelayakan, kejujuran, keikhlasan dan jasa bukan jadi pertimbangan kelayakan untuk jadi pemimpin sebaliknya mainan kotor dan hanyir adalah pra syarat utama. Politik tidak ada sekolah yang tak sekolah pun boleh berjaya dalam politik.

Mukhriz konon apabila diangkat menjadi MB Kedah mahu main politik bersih, musuh-musuh beliau yang terang-terangan menentang beliau diangkat menjadi exco kerajaan negeri konon pendekatan menjinakkan musuh. Hakikatnya formula itu gagal.

Keputusan-keputusan beliau tergagap-gagap ingin menjaga hati musuh beliau.  Pegawai-pegawai sekeliling beliau yang muda-muda langsung tak menghormati politikus tua. Setiausaha politik yang rapat dengan beliau langsung tidak dapat menghidu komplot untuk mengguling beliau kerana sibuk menjaga saku sendiri.

Hari ini Mukhriz baru tahu langit tinggi rendah. Hari ini Mukhriz baru graduate University Politik dengan ijazah PhD. Hari ini baru Mukhriz diuji untuk menghadapi peperangan politik yang lebih hebat di peringkat nasional. Mukhriz akan berdepan dengan naga-naga bernafas api yang sedang bermarajalela di Putrajaya sekarang ini. Kalau tidak bijak dan licik Mukhriz akan ditelah dan diratah mentah-mentah sebelum mengeluarkan taring.

Bersedialah wahai Mukhriz, jangan berkata kita kuat sebelum kita diuji. Kerajaan di hadapan sana sedang menunggu kejatuhan dengan penuh hina dan sengsara. Bersedialah untuk pertarungan yang lebih ganas di gelanggang sana.

Salam hormat pada Mukhriz. Ayuh! Rakyat bersama mu.

Sunday, December 27, 2015

"AKU BUKAN AHLI UMNO SELAGI NAJIB MEMERINTAH" Amir

Di bawah MR paste kan posting seorang pemuda UMNO bernama Amir yang keciwa dengan kepimpinan Najib. Posting ini diambil dari FB beliau. Beliau menawarkan secara percuma T-Shirt - T-Shirt simpanan beliau.


"Sapa nak boleh "PM".....aku nak bagi free ja....sudah tak diperlukan lagi akibat habis modal nak bercakap dan mempertahankan parti keramat yang selama ini disayangi.BAGI SAPA2 YANG MASIH MENJILAT NAJIB BOLEH AMBIK BALIK.Buat semak almari ja.SAPA2 NAK LAPOR ATAU VIRAL KAT PM PUN BOLEH......AKU BUKAN AHLI UMNO LAGI SELAGI NAJIB MEMERINTAH".

Friday, December 11, 2015

"NAJIB' DI BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO ......DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Apabila Datuk Hamzah Kassim, perwakilan UMNO cuba menghentam Tun Mahathir katanya “Kejayaan UMNO hari ini bukan kerana insan bernama Mahathir” beliau telah di boooo…gamat satu dewan dengan penuh muka kemaluan.

Manusia seperti Hamzah Kassim ini yang membodek Najib membabi buta ternyata mempunyai niat kedengkian yang amat tinggi. Hamzah bukan Melayu UMNO tetapi serpihan bangsat yang baru mendapat tempat dalam UMNO.

Tindakan boooo…oleh perwakilan ini sebenarnya ditujukan khas pada Najib secara langsung. Manusia yang tidak sedar diri siapa yang mengangkatnya ini adalah manusia yang mesti UMNO dan rakyat tolak. Jika Tun M sanggup dihina mereka apa tah lagi rakyat marhaen bawahan.

Hakikatnya Najib seperti telur dihujung tanduk. Bila-bila masa akan jatuh dengan penuh kehinaan dalam dakapan intseri tercinta. 
Selamat tinggal Najib.

Tuesday, September 15, 2015

NAJIB HANYA TINGGAL TAIK KALAT

Satu lagi cadangan pandir oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari bahawa Kerajaan akan menggunakan rangkaian skrin di tempat awam di seluruh negara untuk menangkis tohmahan terhadapnya.
Katanya ia juga untuk menangkis fitnah yang disebarkan oleh media sosial sehingga dikatakan menimbulkan kebencian terhadap pemimpin-pemimpin negara.
Kononnya cadangan ini merupakan pendekatan yang strategik dan berkesan untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. (Kerajaan akan guna skrin di tempat awam).
Apa punya sakai la cadangan Pak Menteri yang cuba berkerja rajin untuk memulihkan kembali imej Najib yang sedang merosot. Mungkin apa yang perlu dipaparkan di skrin ini ialah kemana pergi nya wang derma RM2.6 billion, isu 1MDB yang masih kabur dan gawat, isu bagaimana diuruskan pelaburan RM24 billion dan isu belanja mewah PUan Rosmah Mansor.
Isu-isu inilah yang menjadi punca utama imej Najib tercemar sehingga mencemarkan Negara di seluruh dunia.
Pada adatnya sudah tidak ada apa lagi pada PM Najib. Hanya tinggal kulit isinya kosong.  Rakyat dah mula muak dan jijik melihat wajah beliau di kaca TV.

Konklusinya yang tinggal pada Najib hanyalah taik kalat.