Tuesday, August 25, 2009

Yb Radhi Salleh, ADUN Lunas pulang ke pangkuan pengundi Melayu

Tindakan Yb Razhi Salleh, ADUN Lunas yang mengistiharkan keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang sebenar adalah menifestasi kehendak rakyat kawasan beliau..

Beliau membuat percaturan yang tepat kerana kembali ke pangkuan rakyat dan kehendak pengundi- pengundinya yang rata-rata adalah Melayu.

Tidak dapat dinafikan kemenangan YB Radhi Salleh di Lunas dalam PRU12 yang lepas dengan majoriti yang tinggi sebanyak 10,323 adalah komposisi di dalamnya yang terdiri dari pengundi-pengundi Melayu amnya dan UMNO khasnya yang mengundi beliau kerana tidak mahu kepada BN yang meletakkan calun India S.Ananthan dari MIC.

Sentimen pengundi-pengundi Melayu ketika itu meruap-ruap marahkan kaum India kerana tindakan Hindraf yang baru sahaja menunjukkan belang mereka dengan perarakan besar-besaran menunjuk perasaan di Kuala Lumpur. Berikutan itu pengundi-pengundi Melayu menterjemahkan kuasa mereka dengan mengundi calun Melayu iaitu YB Radhi Salleh walaupun dari PKR.

Hakikatnya tindakan Yb Radhi Salleh menepati kehendak rakyat di dalam kawasan beliau apabila beliau bertindak keluar dari PKR yang jelas masih mengamalkan sentimen emosi Hindraf seperti apa yang dilakukan oleh Gobalakrisnan atas bimbingan Sdra Anwar Ibrahim semasa penamaan calun di Permatang Pasir.

Iktibar dari insiden ini juga ialah ia membawa satu pengajaran kepada BN supaya mereka tidak boleh lagi dengan sewenang-wenangnya meletak calun atas dasar lambang kerana rakyat sudah mula cerdik untuk menjatuhkan hukuman.

14 comments:

  1. Mummy,
    The truth is he had been pressured by various corruption charges including excessive claims.
    Utusan pun dah lama kelaur berita ini cuma tak sebut nama.
    Dia pun dah banyak kali bagitau dengan MB Kedah yang dia tak happy dengan apa ang dia dapat selain elaun exco yang hampir 15 ribu sebulan tidak termasuk elaun ADUN 4500 sebulan tu.
    Dia banyak tanggungan dengan 4 orang bini.
    Tak taulah berapa ramai anak dan anak-anak tiri yang perlu ditanggung.
    Dia pun dah dapat banyak tanah termasuk di Langkawi semenjak dah jadi Exco.
    Leboh pelik dia kaa dia kelaur PKR tapi nak lagi jadi Exco??? Macam mana u nak masuk meeting Exco kalau u sendiri tak setuju dengan PKR tetapi nak duduk dalam mesyuarat lagi? Pelik betul. Kalau dah tak suka dan semua PKR salah dan dah pun kelaur dari PKR dan kutuk semua dalam PKR termasuk Anwar Ibrahim uat apa duduk dalam kerajaan yang dianggotai oleh PKR sendiri?
    kalau ada mesyuarat Exco nanti macam mana kalau dia datang mesyuarat semua orang keluar dan buat tempat lain?
    Tak tau malu ker? Ata memang dasar lelaki yang kawin cerai ni jenis muka tebal?
    Pelik sekali ialah, kalau benar-benarlah dia ni mewakili rakyat Lunas dan amat perihatin terhadap rakyat Lunas,kenapa pula kena buat press statement d hotel mewah di Kuala Lumpur?
    kenapa tak buat di bawah rumah penyokong kuatnya yang sama-sama keluar dari PKR dan yang turut bubarkan PKR?
    Atau di tepi reban ayam atau kandang lembu di Lunas?
    Ini baru menandakan anda betul-betul bersama rakyat marhain dan sanggup buat apa saja demi rakyat?
    Kenapa perlu lari ke Kuala Lumpur?
    Anda bukan MP dan tidak ada kena mengena dengan Kuala Lumpur pun.
    Lebih pelik lagi tidak semena-mena menyatakan sokongan kepada perdana menteri???? Pelik dan sungguh pelik.
    Inilah antara orang yang anda kutuk dulu masa kempen nak menang kerusi DUN Lunas. Anda kutuk UMNO dan anda hentam BN.
    Kalau budak darjah 1 bolehlah kata tak cukup sekolah.
    Ini bini sampai 4 dan pernah kawin sampai 5-6 kali.
    Tak taulah berapa dah cucu.
    Kalau anda keluar dari PKR dan hentam PKR dan menubuhkan parti baru semua orang boleh terima. Mungkin ada gagasan baru.
    Alih-alih anda jilat balik orang yang anda ludah tahun lepas. Bukan 10 tahun lalu. Anda cium balik dasar yang anda kritik dan yang menjadi alasan anda masuk PRU dan bertanding atas tiket parti pembangkang yang semua orang anggap parti nyamuk tunggu nak mati saja. Takdir anda menang dan dapat pulak jadi Eco dan mampu beli berkeping tanah di merata Kedah.
    Jadi kalau anda mengatakan sokongan pada orang yang anda ludah dulu, bererti MB sekarang ini jugak haprak dan tak guna.
    Jadi kita pun nak dengar apa yang kotor dan keji dengan MB sekarang?
    Jangan tunggu lama-lama. Buka segala rahsia supaya rakyat boleh dengar. Kalau masih nak bersembunyi dan menyorok di KL macam 2 orang ADUN PKR Perak yang lompat parti dulu, orang akan anda dayus dan pondan.
    Bini-bini anda pun akan ketawakan anda nanti.
    Apa lagi cucu yang dok cari Tok Wan hilang pi mana???
    Mai Kolumpur awat tak habaq cek??

    ReplyDelete
  2. Keluarnya Mat Radhi Ini adalah sebahagian dari proses mentayamumkan PR dari kekotoran dan tahi yang masih terdapat di dalam PKR khasnya. selepas ini, insyaAllah PKR dan PR akan menjadi lebih suci. Bandingkan ini dengan parti pemerintah yang penuh terpalit dengan najis berat yang memerlukan samak, di mana bekalan air sudah dipotong terus, kerana sudah disnaraihitamkan oleh Syarikat Bekalan Air.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  3. Salam,

    DAP untuk cina, PKR untuk paria. Selamatkan tanah Melayu, selamat pulang radhi.

    ReplyDelete
  4. elok sangat lah dia keluar
    kawan kita kat atas kata nak mentayamumkan PKR...
    PKR memang kotor lah dari dulu...
    org kata lubang jubur yang berdarah bila di tarik keluar anunya mesti lekat tahi...
    mcm mana pemimpinnya macam tulah pengikutnya..
    korek jubur ciumlah sendiri...

    ReplyDelete
  5. Betoi...Mummy

    Pasai salah letak calon lah...BN telah kalah teruk dalam pilihanraya ke12 di mana 5 negeri pembangkang sapu. Dah la tu...dalam PRK di DUN Bkt. selambau, PAR Bukit Gantang & Kuala Terengganu semuanya BN tetiarap pasai salah letak calon. La ni rakyat dah pandai main politik depa tahu nak pilih sapa calon sebagai wakil depa bukan macam dulu letak tunggul kayu pun menang kalau bertanding atas tiket BN. Tapi la ni...mummmy oii...pengundi tak kira parti tapi calon yang bertanding.

    ReplyDelete
  6. Bab calun tu aku memang setuju sangat,kita tak mahu kalau tersalah letak calun nanti habis kalah semua peti undi...buat abis duit kerajaan jer...carilah yang bersesuaian dengan tema yg d bawa - rakyat diidahulukan,pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  7. HIDUP MELAYU! 1/3

    Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

    Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.

    Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

    Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

    Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

    Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

    Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

    Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

    ReplyDelete
  8. HIDUP MELAYU! 2/3

    Polemik kaum

    Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

    Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

    Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

    Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

    Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.

    Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

    Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

    Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

    ReplyDelete
  9. HIDUP MELAYU! 3/3

    Hidup mewah

    Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

    Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

    Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

    Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

    Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

    Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

    Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

    Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

    Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  10. Salam mummy, saya setuju dengan pandangan anon 1/3,2/3 dan 3/3 memang pemimpin Melayu yang menindas kaum sendiri .Kita tidak ada pemimpin yang jujur seperti Tun Razak, Dato Onn dan Tun Ismail yang ada macam Mahatir kaya kan diri dan anak2 begitu juga Pak Lah kayakan anak menantu.Jadi bukan sesiapa yang tindas bangsa selain pemimpin yang cakap tak serupa bikin.Jadi fikirlah bukan PAS, PKR atau DAP yang salah tetapi pemimpin BN banyak yang korup!

    ReplyDelete
  11. yang buruk sumenya pemimpi UMNO & yang baik sumenya dari pemimpin PAS,PKR dan DAP...(oh!!!!lupe pulak aku,kan nik ajis kata puak PAS dan puak PR akan masuk syurga kerana parti ini akan ke syurga buat penyokongnya)....kalau mcm nielah perpepsi puak2 pembangkang terutamanya melayu insyallah nanti negara malaysia yang tercinta akan terjatuh ketangan cina seperti yang terjadi di singapura....aku sedih aper yang akan terjadi pada anak cucu2 aku nanti...melayu dan penduduk bumiputra yang lain akan merana lagi terseksa.....insflah,jangan sampai mrempat dinegara sendiri....

    ReplyDelete
  12. Berkata tentang corruption kita hanya ingat korup wang atau rasuah.
    Tetapi yang sebenarnya korup yang paling bahaya ialah korup akidah dengan memutar-belitkan hukum-hakam untuk kepentingan parti sendiri.
    Jangan disangka yang pakai kopiah puteh, berjubah dan serban itu sempurna dan bebas berkata-kata tentang hukum dan hakam.
    Manakala yang berseluar jeans itu jahil dan dipandang rendah dan tidak berhak bercakap tentang Islam yang dianutinya.
    Akan kita dedahkan skandal di sebalik jubah jika mahu.

    ReplyDelete
  13. elok sgt la tu..... org kembali kepangkal jalan, ke jalan Allah, bukan ke pangkuan Umno... bila ikut jalan Umno hancussssssssssssss

    ReplyDelete
  14. penulis tak ada masyuuuk ka,,,musti ada ni maa

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.