Tuesday, January 19, 2010

Langkawi kotor – Apa Ustaz Azizan harus lakukan untuk disayangi rakyat?

Apabila MR menyentuh peranan MB Kedah, Ustaz Azizan di dalam menangani kekotoran di Langkawi, MR telah dihujani dengan berbagai komen melalui email ada yang pro dan ada yang kontra.

Apa pun ada beberapa tips atau petua-petua kepada Ustaz Azizan bagaimana memikat sanubari rakyat Kedah untuk terus Ustaz Azizan memerintah negeri Kedah Darul Aman.

Jika diamalkan tips dan petua ini nescaya rakyat Kedah akan sayang Ustaz Azizan seperti rakyat sayangkan Tun Mahathir selama 22 tahun. Amalan ini juga jarang-jarang sekali diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN kerana mereka hanya lebih rethorik dari praktik. Janganlah Ustaz ingat MR nak mengajar pulak, semuanya terpulang kepada Ustaz Azizan.

Apa yang Ustaz Azizan harus mulakan ialah mebawa buku catatan kecil seperti buku tiga 5. Setiap hujung minggu naik Pajero pandu sendiri tengok pasar kotor, sampah tak dibuang dan rumput panjang buat catatan keesokannya "call" Majlis Bandaraya bagi tau Datuk Bandar.

Minggu berikutnya ronda lagi, masih kotor tegur lagi dengan nada yang keras sedikit. Tengok tiang lampu condong catit. Tengok tandas kotor catit. Longkang tersumbat catit. Ada pokok yang mati catit.
Di dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bangkit lagi isu-isu ini. Tak ambil tindakan bantai dalam mesyuarat.

Inilah yang dikatakan pemimpin “hand’s on”. Dekat di hati rakyat. Rakyat akan sayang pemimpin. Inilah yang dilakukan oleh Mahathir semasa jadi PM.

Selama ini rakyat Kedah beranggapan “core business” PAS hanyalah berceramah dan berkempen berapi-api dan tidak mampu menjadi pemerintah. Stigma dalam minda mereka ini harus dihakis dengan tindakan pro-aktif seperti yang di atas oleh Ustaz Azizan.

Insyallah kekal sehingga tiga penggal lagi.

6 comments:

  1. Mana laaaa Ustaz Azizan larat nak buat macam tu dia kencing manis.

    ReplyDelete
  2. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya isu melibatkan sampah di sesebuah kawasan PBT adalah kerana sikap kakitangan PBT itu sendiri.

    Memang betul apa yg dikatakan oleh org ramai, kakitangan PBT makan gaji buta, buat duit buta-buta.

    Ada cadangan penambahbaikan yg dikemukakan dipandang sepi dgn 1001 alasan.

    Nak salahkan MB tak buleh sangat sebab kalau dia dipersalahkan, tak guna ada YDP, S/U dan ahli majlis. Biaq MB sendiri yg buat semua.

    Dulu, kini dan selamanya kakitangan KERAjaan makan gaji buta. Cik Omar plak dok kira lawan naik gaji ajer.

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete
  4. Tun Mahathir used to say and sing, my way. I like to say, its our way. When I was younger, people used to say that ustaz will teach you the religious way and teacher will teach you the academic way, two different ways. Are there really two ways, or there are actually many ways? http://kerjaya-muslim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. MR, sabenarnya Ustaz Azizan ni memang bodoh takmakan diajar. MR nak suruh dia ikut stail TDM buat kerja, Mampoih dia tak leh buat.

    Suruh dia cakap mmohong boleh lah. Bila wartawan tanya dia kes-kes macam tu, dia nanti jawab "depa tak bagi tau saya pun".

    Pegawai2 pejabat dia pun macam tu lah. Entah apa yang depa buat pun orang tak tau.

    Baru2 ni, tinjauan RTM ka tempat pelancung di Gunung Keriang. Punyalah kotor temap tu, sampai orang ramai termasuk pelancung nak hampaq tikaq habuan depa nak berkelah pun tak dak tempat.

    Ustaz Azizan ni jaga negeri kat Wisma Darulaman jeee.. Dia turun padang pun, pi kata kawasan di Sungai Limau jeee... Tu pun balik makan kenughi jaaa...

    La ni dok sakit pulak.

    Hmmm.. tak lama dah la tuuuu...

    ReplyDelete
  6. kencing manis tak pa jugak, tapi masalahnya Ustaz Azizan dan kakitangan pejabatnya, Setpol. Setiausaha akhbar, Pewgawai Khas dan barisan Exconya banyak kak kencing dan suka 'kencing kawan' kini kencing rakyat pulak

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.