Sunday, January 31, 2010

Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mula membuasir

Chuvanist

Komunis

Dictator

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang merangkap MP Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim nampaknya cukup menyinga dengan sikap Lim Guan Eng berpunca dari Lim Guan Eng tidak menawarkan tender Pengswastaan Pengurusan Bukit Jambul Golf Club atas alasan syarikat Zahrain hanya bermodalkan RM2 bersamaan dengan sekeping Roti Canai berintikan sardin.

Zahrain telah menyatakan bahawa Lim Guan Eng mengamalkan corak kepimpinan Komunis, Chuvanist dan Dictator yang belum lagi dilabelkan pada mana-mana pemimpin dalam negara ini.

Kata Zahrain Lim Guan Eng Komunist, Dictator dan Chuvanist kerana :

a) LGE berucap dalam Bahasa Mandarin semasa convension Pakatan baru-baru ini.
b) LGE berjanji semua sistem tender akan dibuat secara terbuka tetapi sebaliknya beliau sendiri secara peribadi mempengerusikan lembaga tender dan ditawarkan tender kepada kenalan beliau.
c) Gerai-gerai peniaga Melayu diroboh dan lesen-lesen mereka ditarik balik.

Hakikatnya sikap Lim Guan Eng ini di warisi dari bapanya Lim Kit Siang dan datuk mereka Lee Kuan Yew. Mereka bersandiwara di hadapan Melayu Pulau Pinang dan Melayu Pulau Pinang terpikat dan jatuh cinta dengan Lim Guan Eng apabila beliau membawa contoh Khalifah Omar.

10 comments:

  1. Sepatutnya tuduhan itu keluar dari pemimpin UMNO yang wajar memantau, samada Zahrain berdusta atau lebih lebih kerana 'soal peribadi' atau sememangnya UMNO Pulau Pinang tak buat kerja, tidor dan tidor dan tidor...mewarisi siapa agaknya.

    Sikap pemimpin Melayu khususnya UMNO yang leka sebeginilah menyebabkan Melayu Pulau Pinang terus ketinggalan dan tertindas bukan sahaja di masa LEG tetapi juga semasa BN memerintah - nak salahkan siapa?

    Anwar dan LEG sendiri sudah tentu mempunyai mekanisme untuk menutup mulut Zahrain, dan tentulah mereka tidak akan 'merasuah' Zahrain sebaliknya menggunakan kaedah yang telus, suci lagi maksum.

    Sudah menjadi sejarah UMNO tidak pandai menggunakan 'isu' untuk meratah lawan sebagaimana hebatnya Anwar dan Lim Kit Siang yang menabur peluru kepada BN sehingga menjadi persepsi yang benar dan diterima rakyat.

    Contoh terdekat: kes Altantuya: benar atau persepsi?
    Kes liwat Anwar: benar atau konspirasi atau persepsi?

    Apapun yang telah dilakukan oleh Lim Eng Guan setakat ini, nyata ia tidak akan memberi kesan kepada pengundi Melayu untuk bertukar arah kepada UMNO dan penyokong PAS masih setia menyokong DAP.

    Lim Eng Guan perlu dikekalkan beratus tahun lagi di Pulau Pinang untuk sedarkan Melayu !

    ReplyDelete
  2. Mummy,

    Orang Kedah kata padan muka anak anak mummy yang mengundi DAP,la ni baru depa kenai sapa apek lim guan eng.

    Mana pi mamu mamu yang lawyor buruk,diam sunyi sepi ,nasib baik ada sorang anak mami Tanjong yang berani maki Apek Lim,yang lain lain semua cakap saja derdentum dentum macam nak tenggelam Pulau Pinang tapi dok tonggek kat puak pendatang.

    Anak anak muda mami Tanjung masih dok main goli dilorong kulit kot ? sampai tak ingat negeri depa dah kena jajah.

    ReplyDelete
  3. Bukankah mereka melaungkan keadilan dan kesamarataan. Macam tulah kesamarataan yang DAP boleh lakukan.

    ReplyDelete
  4. Bukankah mereka memperjuangkan keadilan dan kesamarataan? Itulah keadilan yang dapat mereka bawakan..

    ReplyDelete
  5. orang melayu pulau pinang harus bangkit dan terus maju menentang tompok pemerintahan pakatan rakyat sekarang bersama-sama lah dalam mebuktikan ketidakadilan dalam sistem pemerintahan mereka.

    ReplyDelete
  6. Hari ini timbul lagi sorang anak mami dari Nibong Tebal, iaitu MPnya yang menyelar Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pakatan dari DAP yang bertindak berat sebelah dan tidak menghiraukan pendapat kawan-kawan dalam Pakatan.

    Telah banyak orang memperkatakan ini parti pakatan sangat rapoh, tidak liat. Kerapuhan ini menunggu harinya akan hancur, hancai (selalu digunakan oleh Dato' Rosnah Majid) dan satu hari akan berkubur.

    Penasihat PKR asyiq memberi amaran dan akan mengambil tindakan keatas pemimpin PKR yang lantang. Mengapa beliau tidak menasihatkan Lim Guan Eng supaya menukar cara pemerintahannya yang 'DIKTATOR, CAUBENIS DAN BERFIKIRAN KOMINIS' saperti yang didakwa oleh DS Zaharin?. Peranan DSAI saharusnya terarah kesitu, iaitu manisihatkan Lim Guan Eng.

    Sebagai Ketua Pembangkan dan sebagai tokoh pembangkang yang sentiasa diminta nasihat, sahrusnya itulah diantara kerja beliau. Bukan menghukum kawan2nya dalam PKR.

    Kita fikir, keserabutan yang telah berlaku dalam Pakatannya (yang Anuar ketuai) memberi alamat kapada beliau bahawa bukan manusia dikurnia Allah sebagai tokoh 'SUPER' dalam kepimpinan sesbuah parti. Layaknya Anuar Ibrahim ini hanya sebagai manusia menjadi KETUA TUKANG SORAK. Sebab ucapannya berapi-api, akhirnya kampong tergadai.

    Sekarang Anuar Ibrahim telah sedar 'SIAPA SABENARNYA DAP KEPUNYAAN LIM KIT SIANG'. Karpal Sing hanya sebagai tunggul mati yang hanya menunggu hari untuk dicabut dan dilempar dalam hutan di Botrnikal Garden, Penang untuk berkawan dengan monyet-monyet yang selalu mengganggu pengunjung kesitu.

    ReplyDelete
  7. Mami, jika keluangmen ni Melayu, dia adalah Melayu dayus.

    BIAR MELAYU DIPIJAK DIHADAPAN KELUANGMEN, KELUANGMEN TETAP KETAWA "ha ha ha .... itu Melayu bukan bangsa aku".

    ReplyDelete
  8. zahrain seorang racist saki baki umno dalam pkr.. elok keluar ajelah... kera pr bukan racists...

    ReplyDelete
  9. Apa nak buat... macam 1Melayu cakap la. Orang Melayu yang nak sangat pilih LGE jadi pemimpin depa.

    Sampai nak takbir raya pon kena sekat. Bagi bantuan kepada orang miskin kat tokong.

    Kesian...

    ReplyDelete
  10. 1. mama mami dan mamu..sabarlah..pr kan pilihan anda. kalau kita memilih tanpa menggunakan akal tapi perasaan, itulah yang kita dapat.
    2. Bila mama mami dan mamu memilih pr, janganlah salahkan orang lain jika tidak tolong..kerana mama mami dan mamu tidak bagi mandat kepada orang lain.
    3. mama mami dan mamu sebenarnya beruntung kerana dapat merasai penangan pr memerintah. Sekurang2nya kami di negeri lain dapat juga dapat menilai pr.
    4. mama mami dan mamu, tak pe.. jerat tak akan melupakan pelanduk.. hanya pelanduk saja yang lupa jerat.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.